Tuesday, May 31, 2005

Album Farah - Antara Dua...Get Your Copy!!!

My goodness...

Semalam (30 May 2005) saje carik kat Tower Records album Breep2 nih, takde. Padahal Pakcik Nuar cakap ari tuh mmg semalam kuar. Then balik surfing, chatting n makan2. Malam tuh pegi Ampang Point jumpa Farah with her dad Pakcik Nuar. Fadam FC pon ade coz mmg diorang ader open stall kat food court atas tuh. Lepak2 kat food court tgk photos. Nak main bowling tp ramai sangat. Chiss...

Lpas lepak kat food court, turun bawah beli Domino's and makan kat mapley. (Aku bajet mmg si mamak tue bengang laa makan pizza kat gerai dia, order air je lak tuh) Then seorang kakak kenalan kitorang, one of FFC la...datang and bgtau dia dah dapat dah CD Farah. Farah punyerlaa excited at last jumpe orang yang dah beli album dia. Tp akak tuh pon dapat via kawan dia gak, jage Music Valley tuh. Before balik nampak Linda Onn balik from her restaurant...ngan saper tuh??? Haaaa......kikikikiki...

Image hosted by Photobucket.com

Ini ialah special photo daripada Farah yang akan diselitkan dalam album dia juz for ahli berdaftar FarahFanClub, lengkap with sign dan name pembeli. Hanya yang diorder melalui FFC laa kan. Pakcik dah lame dah suruh buat card nih sebnanyer, but skang is the best time laa. So kalo mane2 registered member FFC nak beli album tuh, beli laa from FFC....(Promo nih...bayar woi bayar!) Ekekeke...

Jom laa support local artist. Belilaa album Farah - Antara Dua yang original. Burning hanya boleh ditolak-ansur kalo satu nak dengar kat keta, satu kat umah.

Monday, May 30, 2005

Exclusive! Duta Power Root At Gold Goast!

Exclusive Pics! Hangat!

Disclaimer
These exclusive photos tak terdapat kat mana2 blog atau website(except a few kat farahfanclub.com) atau mana2 magazine. Sebarang bentuk penciplakan akan mendatangkan kegusaran dan kekecilan di hati pemilik photo. Okaylaa, save tuk tgk sindri no prob, kalo nak letak kat page sendiri give credits laa at least...

Image hosted by Photobucket.com
Abang Wan, Zahid and Farah kat airport. Diorang depart berasingan dengan orang lain.

Image hosted by Photobucket.com
Gorgeus gile....buat cover album ape...

Image hosted by Photobucket.com
Abang Nuar ngan kangaroo...Si Macho ngan Sang Comel...

Image hosted by Photobucket.com
Pegang banner tuh...

Image hosted by Photobucket.com
Zahid ngan koala...dua2 debab...kikikikik

Image hosted by Photobucket.com
Santai kat padang rumput yang menghijau...I can't see any rubbish, mcm kat Malaysia...ermm...

Image hosted by Photobucket.com
Beloved Farah ngan Harry Potter, Draco Mulfoy and Mrs Minerva McGonagall

Image hosted by Photobucket.com
Batman and his BatMobile...COOL!

Image hosted by Photobucket.com
And Farah dapat chance lepak kat BatMobile!!!

Image hosted by Photobucket.com
Mari bersenam with Bugs Bunny and frenz!

Image hosted by Photobucket.com
Rollercoaster yang membuatkan orang2 lain sakit telinga mendengar jeritan high-pitch dua orang penyanyi hebat Malaysia...eh..mane Bang Nuar??? Tuka tuka...sorang...ikikikikik

Image hosted by Photobucket.com
Farah, Neo and Trinity...Neo mula berubah hati terhadap Trinity lepas jumpa Farah...Ha..Ha...Tak tahu...

Aku sebolehnya tanak memberatkan page nie untuk post lebih banyak pics because these edited pics file dia agak besar utk dial-up (exceed 50kb each), demi memastikan qualitynya berada at a 'puas-ati' level. Tp kalo korang rase nak tengok lagi exclusive photos diorang yang lain2 tuh, bagitau kat aku via comments, atau jerit je kat shoutbox tuh. Dan kalo rase rajin tekan laa button vote tuh. (sempat lagi tuh)

Credits to Akak Canggish a.k.a Yusma for this camera canggish. Cybershot 5.1 megapixel okeh! Kikikikikik....

Sunday, May 29, 2005

Kembali! : After Hectic Days

Oh shuuuuuuuttt......

Penat gile tonite. I juz got back from Port Dickson. Ader Majlis Reunion Ansara Serting & Ulangtahun ke-10. This 2-day programme untuk ex-students MRSM Bitara Serting actually, but I was invited untuk buat performance sket. Not that grand performance laa, tak sampai 10 minutes pon. Me and kawan aku lagi 2 orang (trio nih) buat 1 full song : Tekad by Hazami, half song : Malam by Shades, and two short snippets : Julia and Bahu ke Bahu (I know this sounds like crap but we did well actually *wink) We made re-arrangements for the songs laa.

For a while aku tak update blog nih, I can see tonite ranking menurun. Tapi nie dah biasa, we have ups and downs in life too.

Alasan paling kukuh untuk tidak mengupdate blog ni is this week memang hectic sket sebab aku terlibat dengan a programme kat UIAM, named Kids Of The World, Children Are Our Future. This thingy agak grand jugak coz it involves Majlis Kebajikan Kanak2 and all that (Badan2 besar laa) so I must do well in what I supposed to do. Aku dipertanggungjawabkan untuk buat video and flash show for the Opening Ceremony. Consumed lots of my time termasuk kena perbetulkan beberapa errors, setelah semuanya diburn kat cd, and have to present kat committee sebelum diapprove. Gosh it was mind-blowing!

Now all that are over! Gile release tension laa pasnih. Tunggu kalo2 ade projek lain je laa.

For dear bloggers and surfers, aku berterima kasih banyaaaaaaaaaaaaaaaakkk2 sangat coz sudi meluangkan mase singgah kat blog nih dan kepada yang sudi menekan button vote tuh, I owe you ols....really appreciate it. Terima kasih kerana menyokong blogger freshie yang sangatlaa hijau nih...

Duta Power Root Ke Gold Coast (Edited)

Image hosted by Photobucket.com

25 - 29th May 2005
Gold Coast, Australia
Farah Diana, Zahid, Anuar Zain, Linda Onn
Special telecast for Era Radio by Linda Onn

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaarrgghhhhhhhh......

Tension :
1) Sebab tak dapat follow Farah, slalu dah asyik follow dia, kali nie tak bley plak
2) Sebab aku konon je nak buat special reports tapi dek sebab busy and hectic gile (Sile bace entry Kembali : Ater Hectic Days) tak dapat meneruskan niat murni aku

So, aku hanya nak share apa yang termampu jelaa. Nie ade gambar kenangan kat KLIA before Farah, Zahid ngan Abang Wan depart ke sane...

Image hosted by Photobucket.com
From left : Aku Si Budak Gile, Kak Yut Akak Canggish, Papa Breep2 Pakcik Anuar, Farah Diana Si Kekura, Mama Breep2 Makcik Farizah, Abang Wan Maestro, Zahid No Leher.
Tiada dalam gambar : Kak Sue The Panjang (berada di belakang gambar)

Image hosted by Photobucket.com

Oleh kerana Farah ngan Zahid pada awalnya tidak termasuk dalam list sebab tak berapa confirm, diorang bertolak pada waktu yang lain ngan Linda Onn and Anuar Zain. Diorang naik Singapore Airlines.

Dan kalo korang dapat lihat kat map, Gold Coast terletak jauh di sebelah timur Australia. Walaupon kita dapat sampai ke Aussie dengan cepat. namun untuk melintas continent ini mengambil masa yang saaaaaaaaaaangat lame! Juz note that Australia is a negara dan benua gak.

Image hosted by Photobucket.com

This is the map of Gold Coast. Dari ape yang aku sempat bace brochure percutian Duta Power Root ngan pemenang2nya, diorang berkesempatan melawati hotpots yang best kat GC nih.

One of them yang sangat digemari Zahid ialah Surfers Paradise!!! Man, kalo aku follow skali memang aku ngan dia akan lepak lame kat sini...Wehehehehehehe. Lots of skin bebeh!

Lain2 tempat - Movie World (Besh giloz) and tempat sekelilingnya (Wet N Wild, Dreamworld etc) dan Mount Tamborine (adventorous nih) Aku tak tau laa ape diorang ade hiking ke kat situ coz aku langsung tak sempat nak dengar lintasan Linda Onn kat Era tuh.

Whateva pon, esok pagi nak kena bangun pagi, nak jemput diorang balik Malaysia kat KLIA. Adehlaa...ponin kapla nih...

Thursday, May 26, 2005

American Idol 4 Finale!!!

Image hosted by Photobucket.com

Carrie Underwood is the all-new American Idol!!

Tak laa frust menonggeng but sedikit ralat laa. Selepas Vonzell kicked out, I was just focusing kat Bo aje. Carrie's his underdog for me. Niat produksi AI untuk melahirkan Idol Rock tidak tercapai, malah macam melahirkan Idol Country lak. Kuikuikui...

Hati aku tak puas macam aku tengok American Idol Season 3 dulu...Fantasia's the greatest laa.

Monday, May 23, 2005

Akademi Fantasia 3 : The Real Finalist!!! (Edited)

Ini ialah versi edited selepas menonton ulangan Konsert demi memastikan review dibuat dengan betul dan accurate. Tanak laa main hentam labu aje kan...

Image hosted by Photobucket.com

Alhamdulillah...

After the heart-beating-nail-bitting Konsert Prelude Akademi Fantasia 3 malam tadi, aku bersyukur sebab kebanyakan calon favourite aku berjaya melayakkan diri jadik the real student of AF3! And the most important one is AFUNDI AMYLEA!!! She rox man!

Actually, it's a lil bit unfair untuk menilai kemampuan mereka hanya melalui satu konsert sahaja, sebab banyak faktor yang membolehkan diorang tumpas dan gugur terus daripada perjuangan diorang tuh. Let's say macam si Marsha. Memang kesian laa kan kat dia. Cuba bayangkan macam Kak Siti kita...malam konsert dia kat Royal Albert Hall tuh, tetibe dia hilang suara. mau gamat 2 negara! Huisy....macam tu laa keadaannya. Kompem nangis gile2 nye Marsha....

But biarkan Marsha and frenz for a while, kita check out the real deal!!!


The Finalists!!!


Image hosted by Photobucket.com
Amylea - My first choice. Sepenuhnya disandarkan pada bakat. Okay, a lil bit of the cool personality.

If I Ain't Got You - Controlling power, namun tak all-out dengan bagi seluruh energy untuk project voice dia, macam Jac. But still thumbs-up sebab tak ramai boleh control voice sebagus budak unik nie.

Image hosted by Photobucket.com
Elliza - Tak tau nape, but when I look at her, I see Farah Breep2. With a lil bit more rock flavour.

Mengapa - Great! Gud choice of song, tapi menambah bayangan Farah kat diri dia. Aku rasa dia tak boleh tarik lebih tinggi macam Farah, but still gud sebab rock flavor dia enak didengari.

Image hosted by Photobucket.com
Idayu - I see Diva in her. Suara berpotensi besar. Macam LaToya London.


I Have Nothing - Aku sempat berbisik kepada seorang auntie kenalan aku "...dia bukan orang biasa, tgk laa lagu ape yang dia pilih..." Bukan calang2 org yang akan pilih lagu nie. Dia boleh jadik seorang diva suatu hari nanti.

Image hosted by Photobucket.com
Amy - Lebih kurang dengan Idayu. Tapi lebih cun sket.


Saving All My Love For You - A real rival to Idayu. Mereka akan bersaing hebat. Projection suara terang. Good bebeh!

Image hosted by Photobucket.com
Akma - Favourite ramai. Sebab banyak experience, especially WWW. Suara biasa, personaliti macam Zarina but kawalan vokal superb. Experiences really help.


I Will Always Love You - Is it the battle of divas macam American Idol 3? Akma got suara yang agak biasa but the quality and controlling 5 star! Future cerah...

Image hosted by Photobucket.com
Ekin - Cute! Macam Nurul. Pujaan jejaka2 Malaysia.


Dialah Di Hati - Okay laa. But celup teknik nyanyian live Kak Siti. Lenggoks and all that. But still will be our sweetheart.

Image hosted by Photobucket.com
Kefli - Bakal jejaka pujaan ramai. Penyokong Mawi boleh beralih kat Kefli nih. Cute.


Dir - Sekali dengar macam biasa, but bile tumpukan perhatian balik, suara dia ader lenggok orang lame plus nusantara. Dengan sedikit serak2 manja. Boleh bertahan lama dalam Akademi sebab akan ramai pengundi...

Image hosted by Photobucket.com
Felix - Boleh tahan. Tapi muka macam Mat Mot. Not my favourite buat mase nie. I have to see more in him.


Cinta Seorang Teman - Aku dah penat dengar lagu nie pelbagai versi, kenape dia boleh pilih lagu nie? But still, boleh tahan. Projection suara keluar dengan cara yang sepatutnya. Tapi nape aku masih tak tertarik dengan bakat and personaliti dia??? Belum mase nye kot...

Image hosted by Photobucket.com
Aidil - Rupa, rupa, rupa. Memang bersandarkan rupa, dan ada pesona bintang. Look good in camera. Bakal disukai Mak2 Ikan...heheheh.


Kau Lupa Pada Janji - Gerak tari dia yang dipermain2kan orang ramai. Keh3. Takdelaa kelakar sangat, juz bile Aznil buat yang jadik klaka. Suara biasa, hanya gud look dan charm dia yang memikat. Not in my list. Mungkin akan tersingkir awal...

Image hosted by Photobucket.com
Yazer - He rox! Muka boleh tahan, macam Raymee Innuendo pon ada. Kawalan vokal okay.


Relaku Pujuk - Takde cacat-cela sangat dia bawak lagu nie. Agak biasa tapi ade tarikan. Boleh jadik favourite ramai nanti. (Nape AF3 ramai rockers nih?)

Image hosted by Photobucket.com
Reza - Suara okay. Mungkin latahnya lebih disukai. Best ditonton kat Diari. Atau pon akan selalu dikacau Aznil. Melatah nie yang best nih!!!


KuHarap Cinta - Lagu nasyid! Bagus jugak pilihan dia. Bijak memainkan vokal. Takde tergelincir atau lari ke laut. Bakal menjadik favourite gak sebab melatah dia. Someday aku nak cucuk dia gak :p

Image hosted by Photobucket.com
Fuad - (Sorry AwekGemuk) Ya Allah...Macam mane aku bleh tertinggal mamat nie. Dia pon ade pesona bintang. Walaupon vokal memang laa tak power. Can be the second Zahid. Ramai jugak peminat skang nih.


She's A Lady - Terlampau over-confident. Maybe sebab dia tahu sokongan dia kuat, termasuk Klubbkidd yang betol2 melobi dia. Kikikikikikik. Suara tak menyerlah, namun showmanship dan keberanian memang bagus. Will be a performer, not a singer.


The Drop-Outs!!!

Image hosted by Photobucket.com

Mawi - Controversial! Malaysia bagaikan bergegar bila dia tak dimasukkan dalam senarai finalist. I think I know what Sifu's doing. M. Nasir bukan bodoh u know.

Intifada - Vokal tersendiri. Tidak selunak Ustaz Asri but dia ader his own style. Sangat digemari ramai sebab dia adalah heart-throb gadis2 Malaysia. Pilihan parents untuk menjadik menantu.

Image hosted by Photobucket.com

Rina - Wajah pelakon. Memang gorgeous! Walaupon tembam. Hihihi. Memikat.

Mama Ku Ingin Pulang - Satu lagi pilihan lagu yang membawa malang. Memang pulang ko Rina. Sayang betol. Aku suka tengok muka dia. (gatal) Suara ade quality sendiri. Mungkin boleh jadik lebih power kalo masuk AF.

Image hosted by Photobucket.com

Shiha - Macam Siti Sarah! Semua orang cakap macam tuh.

Gonna Get You Good - Wrong choice of song! Camaner dia boleh pilih lagu nih? Not suitable for a competition. Suara dah ade and showmanship okay. Try lagik dek...

Image hosted by Photobucket.com

Isa - Kehidupan dia nampak susah. Muka cute bakal menjadik pojaan ramai. Namun sayang tersingkir.

Aku Cinta Padamu - Bukan semua pernah dengar lagu nih. Versi Hazami memang superb, versi Isa boleh tahan namun ader beberapa yang tergelincir. Kalau dilatih dengan betul, budak nie boleh laa carik makan.

Image hosted by Photobucket.com

Haider - Satu lagik yang tak berapa menarik perhatian aku selepas Felix. Pun muka macam Mat Mot.

It's My Life - Pilihan lagu menarik namun tak sesuai dengan vokal dan suasana. Kalau konsert besar okay laa. Nie kat Studio 1 je. Tue yang jadik Rock Balada tuh. Tak kick, dan kena kick lak pastuh. tapi suara okay jugak sebenarnya.

Image hosted by Photobucket.com

Diana - Comel kecik molek aku tgk budak nih. Rase nak cubit2 je. Ader sumber kate dia pernah ade album? Betol ker? Jangan laa buat lawak kate album gambar plak...

Aku Sayang Padamu - Suara dia memang unik! Nampak je badan kecik, suara besar gile. Texture suara dia lain macam, memang boleh naik kalo dia masuk AF3. Projection and controlling bagus. Sayang dia tak masuk.

Image hosted by Photobucket.com

Azlif - Aku ingin menyukai dia namun tak dapat sangat. I want to see him as Bo Bice Malaysia, tapi tak cukup. Dia ade something wrong somewhere...

Isabella - Quite okay but not impressing. Suara dia ader uniqueness tapi entahlaa. Memang something wrong somewhere...

Image hosted by Photobucket.com

Marsha - Kesian, kesian, kesian, kesian....Dia ader potensi besar. Muka okay, suara okay. Inilah ujian yang datang kat manusia tak kira masa. Bergantung kepada clip audition aku dapat nampak kematangan dia mengawal suara. Thumbs-up!


Conclusion

Memang AF3 nie banyak yang berbakat, sampai aku pening nak pilih, selain daripada Amylea laa, coz dia my 1st choice. Aku nampak yang AF3 bakal meletakkan standard sama tinggi dengan Malaysian Idol, bukan populariti semata-mata. GO AF3!!!

More reviews coming soon!

Foto asal sumber Joe Klubbkidd.

Fadam Fanatic Gath

Love Is In The Air! - That's the tagline untuk gathering members Fadam FC nie...

Tarikh : 21 Mei 2005 (Sabtu)
Masa : 2 petang
Venue : Kelab Darul Ehsan (KDE)

Image hosted by Photobucket.com

Pheww......

Aku bukanlaa member rasmi Fanclub nie, tapi oleh kerana kekamcengan Pure FFC dengan Fadam FC, susah senang kami bersama, aku terima pinangan Presiden Fadam untuk menjadik MC dengan hati yang terbuka....kuang kuang kuang...

Image hosted by Photobucket.com

First time aku menjadi MC untuk majlis yg berkaitan ngan fanclub2 nih. Zaman2 dulu pernah laa jadik MC perhimpunan skola or mesyuarat agong tahunan kelab2 n persatuan. Heheh. Dan selepas melakukannya, aku rase lebih relax lagi sebab lebih santai dan suke ati aku je nak gelak! Wakakaka...memang besh. Senori kepada 'Orang Raub' yang aku kenakan....kehkehkeh...

Dengan bertemakan kaler Purple - Putih, memang nampak comel segala-galanya. Dan kaler purple tue sendiri sebenarnya gabungan kaler favourite artis mereka : Farah (Biru) dan Adam (Merah) Bagi yang agak lembab tue, cube korang campurkan kaler merah dan biru, nanti jadik laa kaler purple...adehlaa...

Image hosted by Photobucket.com

Makan time! Aku tak makan berat sangat sebab terikat dengan tugas aku sebagai MC. Heheh. Aku juz makan sandwich, drumet ayam yg kecik2 tuh ngan puding. (Nape citer pasal makan huh???)

Image hosted by Photobucket.com

Hari tuh aku rase macam aku dah terover-shadow budak2 Fadam dah...wakakaka. Aku laa MC, aku jugak yang layan karaoke. Yang paling besh lagu nie laa, Kenanganku, versi Kaer, sebab aku kenal lagu nie pon daripada Mamet tuh. Aku nyanyi ngan si Hakeem nih...Kalau korang perasan, si Hakeem nie laa yang rapping lagu Antara Dua ngan Farah mase kat Muzik@Ria dulu tuh. Best laa sebab ramai2 naik pentas berpopyehyeh!!!

Image hosted by Photobucket.com

Nie antara part paling best! Auntie Farizah a.k.a Mama Breep2 (Mak Farah laa) join skali karaoke lagu Cek Mek Molek. Tapi tak laa gelek kan. Jage imej. Wahahahah!!! Tapi yang lain2 layan gelek beb. Yang kecik, yang lebar sume ader. Wakakak.

Image hosted by Photobucket.com

Second last song for the day...Hanya Memuji, featuring couple terhangat FFC : Kak Yut and Bro Panjang. Yang lain2 nyanyi jugak laa. Stage time nih hampir2 roboh sebab aku tarik semua tetamu yang datang naik pentas. Mau tak roboh, banyak jugak yang XL. Heheheh...jangan marah...

Image hosted by Photobucket.com

Papehal pon gathering nih memang best giloz coz semua orang enjoy hari tuh. Nasib baik majlis nie diatur dengan penuh teliti, especially dari segi mase sebab majlis berakhir sebelum start Konsert Prelude Akademi Fantasia 3. Kalo tak mau tak datang aku, sebab AF3 is my priority. Hahahah.

Kalau nak join salah satu fanclub yang dipaparkan sila klik di bawah :

Farah Fan Club
Fadam Fan Club

Friday, May 20, 2005

Tentang Dia : The Film

Image hosted by Photobucket.com

Cast & Crew

Sutradara : Rudi Soedjarwo

Image hosted by Photobucket.com

Eksekutif Produser : Leo Sutanto & Elly Yanti Noor
Produser : Novi Christina
Co. Produser : Heru Hendriyarto, Mitzy Christina, Cindy Christina Produser
Pelaksana : Dani Sapawie, Dian Hehanussa, Krishto Damar Alam
Penulis Skenario : Titien Wattimena
Diangkat dari cerpen "Tentang Dia" karya Melly Goeslaw
Penata Photografi: Roy Lolang
Photographer : Timur Angin
Penata Artistik: Arif Hidayat
Editor: Satsha Sunu
Penata Busana: Chitra Subijakto
Penata Suara: Satrio Budiono & Adimolana
Musik: Anto Hoed
Lagu Tema: "Tentang Dia" oleh Melly Goeslaw dan Evan
Pemain (Pelakon) :
Sigi Wimala sebagai Gadis
Adinia Wirasti sebagai Rudi
Fauzi Baadilla sebagai Randu
Donna Agnesia sebagai Wirda
Raskhy Ramadhan sebagai Adi
Penampilan khusus: Didi Petet sebagai Pak Dibyo

Seriously! Tak banyak filem yang mampu membuatkan aku hampir2 tewas di dalam panggung, tewas dengan air mata yang berlinangan. Aku tonton filem ini beramai-ramai, semuanya yang lebih kertu daripada aku, so indirectly aku pon kena berlagak mcm dah besar. Tapi impak filem nie terlalu kuat, aku bernasib baik dapat menahan emosi aku. Yang pegi join tengok ngan aku nie plak jenis2 yang takkan nyesal kalo nak kutuk aku between my eyes. Huh. Bile2 mase maruah aku boleh tercalar. Keh3.

Tapi aku terpaksa berterus-terang kat sini, sebab aku dah buat polisi sendiri yang aku akan jujur dalam blog nih, walaupon dalam dunia sebenar aku tak laa 24/7 jujur kan. Ader 2 titis air mata yang mengalir kat pipi aku......hanya DUA yea! nasib baik takder sape2 pon perasan. Phew....(Tapi pas diorang bace nih, aku akan digelakkan berulang-ulang kali selama beberapa minggu. Adehlaa...)

Image hosted by Photobucket.com

Gadis

Watak nie lah yang aku rase begitu dekat dengan aku. Macam akulah Gadis tue, walaupun aku Jejaka sebnanye. Huehue. Segala emosi dan perasaan yang dialami Gadis, aku turut rasakan. Kalau korang letakkan video camera hadap ke arah muka aku, korang akan nampak bagaimana riak wajah aku bertukar-tukar mengikut perjalanan emosi Gadis. Nafas aku tercungap2 setiap kali mase Gadis menangis, dan yang paling hebat sekali mase dia tengok berita Rudi kena accident tuh. Dia tangkup mulut dia macam tuh sambil nangis...Ya Allah, memang time tue lah air mata aku sebutir jatuh, setelah ditahan dengan kuasa 1 Juta HP. Kalau tak ditahan mau satu baldi dapat!


Pengalaman Gadis aku tak pernah rase, tapi dalam filem nie membuatkan aku rase macam ada satu deja-vu yang melahirkan perasaan tue kat aku. Aku rasa dikhianati, kecewa dan sedih sentiasa. Dan bila Rudi hadir dalam hidup Gadis, aku rase begitu gembira, bahagia. Mane tak nya, lepas hidup diselubungi kesuraman dan kesedihan, ada cahaya baru yang datang. Dia bagaikan Guardian Angel bagi Gadis. Jaga, bagi nasihat, etc. Kalau aku pun aku akan rase apa yang Gadis rase. Dia tak bersalah hanya kerana tersalah anggap layanan Rudi! Lagak Rudi pun memang kasar dan kemaskulinitinya lebih terpancar daripada feminine sidenya. Mana2 pompuan pon akan anggap macam tuh.

Image hosted by Photobucket.com

Rudi

Watak paling natural dalam filem nie bagi aku, walaupun emosi diri dia tak sampai kepada aku macam emosi Gadis. Maybe sebab aku dah terlalu attached dengan Gadis kot. Who knows. Tapi kesempoiannya dah memikat banyak orang. Bila dia bercakap, ada dua unsur yang bergabung : realisme dan metafora. Dalam keganasan, ada unsur sasteranya. Macam skrip Aziz M. Osman campur Mohd Noor Kadir. Itulah yang membuatkan dirinya authentic dalam filem nie.
Aku mengaku sebelum aku tonton filem nie pon, aku telah membuat pre-judgment terhadap sexual orientation Rudi. Maybe sebab aku tengok promonya dan video clip Tentang Dia (Melly & Evan), kemesraan Rudi dan Gadis begitu kuat. Tapi kalau diikutkan observation aku terhadap dunia sekeliling aku, pompuan kalau mesra2 macam tue takde pape pon. Pompuan memang dicipta dengan sifat macam tuh. Kalau pompuan bergaul mesra, cuddling2, orang tak pandang ape2 sangat. Tapi kalau laki, ko peluk or cubit2 sikit pon orang dah muntah dalam hati dah. Itu aku rase pemikiran stereotaip masyarakat Asia kot.


Yang nyatanya, aku rase macam nak mintak maaf kat watak Rudi tuh, sama macam Gadis gak, sebab tersalah anggap layanan dia. Padahal hati dia punyalah suci, bersih, ikhlas kat Gadis tuh. Gue mintak ampun Rudi....

Image hosted by Photobucket.com

Randu

Mamat nie lagak dia kelakar sikit, ngan muka yang kadang2 sengaja dibuat cute2. Klaka! Personaliti dia menarik, sampai aku rase kalau dia pegi audition AF, confirm dapat sebab markah personaliti tinggi. Heheh. Randu aku tengok dia macam ada sikit2 persamaan ngan aku sendiri. Cuma tang muka tue memang lain laa. (Aku tau laa aku tak hensem, chet!) Dia menanti dan berharap, bezanya dengan aku, aku tak tau sape yang aku tunggu. So, kira Randu nie bervisi sikit laa. Nampak laa goal dia kat mane.


Keikhlasan Randu merupakan elemen utama yang menarik perhatian dan hati aku. Sincerity dia memang mewakili laki2 lain dalam dunia nie, yang mana kalau sorang laki tue dah suke betul2 kat pompuan nih, ikhlas plak tuh, memang perkataan give-up terus hilang dari muka bumi nih! Thumbs-up to Randu.

Dia hampir tewas sebab dah banyak kali kena depan muka ngan Gadis, tapi thanks to Rudi yang memainkan peranan saat2 akhir, Randu akhirnya tekad. Beberapa sumber kate orang gelak mase Randu tekad cakap ngan Gadis dalam hujan tuh, sebab dia tercungap2. Tapi cungapan itulah yang menambah unsur dramatik dan menusuk dalam hati orang2 yang absorb apa yang digambarkan dalam babak tuh. Dan kalau mengikut The Making Of Tentang Dia, babak itulah yang paling banyak take, diulang2 sebab nak dapatkan emosi dan jiwa yang betul dan tepat mengikut kehendak Rudi Soedjarwo The Director.

Image hosted by Photobucket.com

Technical

Perjalanan filem ini bergerak lambat, tapi taklah lembab. Memang sesuai dengan konsep cerita yang suram. Kaler videografi sunguh cantik dengan kaler yang suram, menambah kesan emosi yang lebih mendalam. Pengarah Artistik dan Fotografi memang memainkan peranan yang penting selain daripada Tuan Pengarah sendiri. Segala shot yang diambil memang superb! Bukan hanya 'mengacukan' kamera ke arah benda target, tapi perspektif, angle, kaler, dan nilai artistik memang sangat diambil berat oleh mereka. Contohnyer, shot yang mana bila Rudi datang berjumpa Gadis yang berada kat atas bangunan seberang drpd dia. Dan banyak lagi shot2 yang cantik.


Special effect juga digunakan dalam filem nie. Haa...jangan ingat cerita cinta takde pakai efect2 nih. Yang paling jelas dan thumbs-up ialah babak Gadis bermimpi dia hanya tinggal seorang di muka bumi nie. Memang menggambarkan perasaan Gadis yang rasa keseorangan. Bayangkan kota Jakarta yang memang sentiasa sibuk tuh, jadi lengang-kontang! Mungkin babak nie diinspirasikan daripada filem 28 Days Later, yang mana Kota London mengalami perkara yang sama, lengang. Babak2 seperti ini bagi saya susah jugak nak buat, sebab ia melengangkan bandar yang memang sentiasa busy tak kira masa. Kalau amik shot kat hutan tue yelah senang. For me, rasenyer diorang guna teknik layer-by-layer, yang mana sekeping gambar still yang lengang diamik then element2 yang supposed to bergerak ditampal kat atas dengan teliti.

Muzik dan timingnya memang banyak mempengaruhi filem ini dari sudut dramatiknya. Kerjasama Melly, Anto dan Rudi memang bagus, macam kerja2 diorang before nih mcm Ada Apa Dengan Cinta. Penggunaan lagu tema (Tentang Dia, Cinta etc) dengan pelbagai versi mengikut babak memang sangat aku salute habis-habisan. Aku suka style tuh, barulah namanya LAGU TEMA. Sebab kebanyakan filem (Malaysialah) cakap aje lagu tuh lagu tema, padahal sekali aje kuar lagu tu. Tak pon diulang2 beberapa kali, ataupon dibuat versi minus one aje. Come on!!!

Image hosted by Photobucket.com