Thursday, May 12, 2005

Demam AF3! Imbasan AF2...

Ulasan berikut merupakan pendapat personal aku terhadap ex-student Akademi Fantasia 2 secara brief sahaja. Kalau nak buat panjang2 berapa page laa plak kang. Korang tak diminta untuk bersetuju dengan pendapat aku, malah korang dialu2kan untuk berkongsi buah fikiran korang. Kalau ade buah lain untuk dikongsi (seperti buah lai, mangga etc) pun korang boleh kongsi ngan aku. (lawak sangat laa tuh)

Ulasan ini dibuat secara agak formal dan tertib dan sopan etc kerana kita sedang mengulas tentang ORANG. So kita kena bersopan bila bercakap tentang seseorang. Kata ganti diri 'aku' akan digantikan dengan 'saya'.

Image hosted by Photobucket.com

Zahid
Saya tidak berapa ralat dengan kejuaraan beliau. Zahid memang seorang penghibur yang lengkap pakej nya. I'm stressing the word 'PENGHIBUR', kerana bagi saya vokal beliau bukanlah hebat sangat. Ada beberapa bintang lagi yang mempunyai vokal yang lebih mengagumkan...yang boleh membuatkan orang berkata WO! Tapi beliau menjadi favourite dek kerana kesempoiannya <--- perkataan ape nih?, sedikit kekacakan (wajah yang agak manly berbanding bintang AF yang lain), dan mempunyai bakat yang sangat menyeluruh. Beliau tidak cemerlang dalam satu-satu bidang, tapi menguasai kesemuanya. Macam perbezaan keputusan PMR...orang lain 7A 1D 1F, beliau mungkin 5A 4B...it's better sebab walaupun agak sederhana, takde laa yang fail kan...*wink*

Image hosted by Photobucket.com

Linda
Saya boleh kata kemasukannya kembali ke Akademi memang menimbulkan ketidakpuashatian banyak pihak. Daripada yang suka pada Linda, ada yang terus jadi tak suka. Beliau memang mangsa keadaan. Kesian. Dari segi vokal, memang texture vokal beliau unik dan jarang ada pada artis Malaysia. Tapi, kalau ikut perumpamaan saya..."tak guna berharta kalau tak reti membelanjakan". Beliau ada vokal, tapi tak pandai menggunakannya. Walaupun dah jadi artis, pitching masih 'ke hulu hilior' bak kata Abang Mamat. Tapi kebolehan beliau bermain gitar memang dikagumi. Suatu ketika dulu saya terbayangkan mungkin beliau bakal menjadi Alanis Morrisette Malaysia, or at least Avril Lavigne. Tapi sekarang mungkin tidak lagi...

Image hosted by Photobucket.com

Adam
Kebanyakan remaja lelaki bencikan Adam, namun remaja perempuan memang dah angau dengannya. Pakej yang hampir sempurna bagi seorang artis lelaki. Wajah - thumbs up, penampilan - orait, namun vokal masih belum boleh dibanggakan. Nyanyian beliau terlalu dibayangi KRU! Saya cukup geram dengan itu. Bukan KRU tak bagus, cuma Adam memerlukan identiti. Beliau memang boleh menyanyi. High note pon boleh sampai. Dengarkan saja bahagian kemuncak lagu Haruskah...live pun Adam boleh buat dengan selamber. Beliau memang boleh menari, tapi belum cukup untuk mematahkan jurus2 N Sync, atau paling kurang Veet dari AF Thailand...

Image hosted by Photobucket.com

Farah
Yup. Maybe saya akan lebih bias bila menyebut tentang si Breep Breep nie...but what can I say? She's da bomb! Mana tak nya, beliaulah yang paling hangat bila AF2 dah berakhir. Selain menjadi duta Power Root, Farah telah muncul berpuluh2 kali menjadi cover, pin-up atau poster majalah. Belum diambilkira jumlah shownya. Ok, cerita tentang vokalnya. Kelebihan beliau telah disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak. Menyanyi atau MENJERIT??? Tolonglah. Nilaikan kelebihan beliau seadilnya. Jarang saya jumpa penyanyi wanita Malaysia yang mampu mencapai high note sepertimana Farah, sedangkan beliau belum lagi mencapai tahap profesional (semasa di dalam Akademi). Range vokalnya sangat besar, dinilai oleh Ramli MS sendiri. Kawalan vokal superb! Susah kita nak dengar pitching lari atau sumbang-sumbing daripada nyanyian beliau. Tapi yea...saya akui kadangkala bingit juga kalo dengar high note beliau dengan volume yang tinggi...Adeh...

Image hosted by Photobucket.com

Bob
Kalaulah Akademi Fantasia dinilai oleh juri profesional, saya yakin Bob lah yang akan memegang gelaran juara. Showmanship beliau juga superb sepertimana Zahid, namun vokal Bob lebih lunak, merdu dan begitu sedap telinga mendengar. Walaupun kadangkala kedengaran bau-bau Anuar Zain, namun teknik ramify nya yang seperti Misha Omar itu berupaya membentuk identiti vokal tersendiri. Sayang, Akademi Fantasia bukan setakat pertandingan nyanyian. Konsep rancangan ini telah mengenepikan bakat besar beliau dalam bidang seni suara. Dan perangainya yang sedikit over mungkin sedikit sebanyak telah menyumbang ke arah itu...

Image hosted by Photobucket.com

Kaer
Beliau merupakan satu lagi favourite saya selain Farah. His vocal is too delicious to digest! Walaupun range vokal Kaer yang agak kecil membataskan keupayaannya untuk membawa high note, namun beliau bijak bermain teknik vokal, menyembunyikan kelemahan beliau. Sesetengah orang agak meluat dengannya kerana bagi mereka Kaer 'mengR&Bkan' setiap lagu yang dibawanya. No. Beliau tidak 'mengR&Bkan' lagu2 tersebut, tapi itulah gaya vokalnya. Sebagaimana kita mendengar Ning Baizura menyanyikan lagu2 lain, seperti itulah Kaer. Authentic bagi saya...

Image hosted by Photobucket.com

Mas
Banyak orang mempertikaikan bagaimana Mas boleh 'terlepas' masuk ke Akademi Fantasia? Bagi saya memang keaslian vokal beliau yang dipandang oleh juri (selain drpd personalitinya yang jujur). Vokal yang begitu authentic. Namun sepertimana Linda, beliau tidak tahu bagaimana menggunakannya. Malah lebih malang beliau agak lambat menangkap apa yang diajar oleh tenaga-tenaga pengajar AF2. Kalaulah beliau bergerak seiring dengan kelas2 di Akademi dan lebih teruja untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh, saya dapat merasakan memang beliau mampu pergi jauh. Malah boleh menjadi Juara, atas undian peminat. Sokongan peminat terhadap beliau tidak boleh dipertikaikan. Begitu kuat. Tapi sehingga minggu ke-9, peningkatan Mas agak lambat dan tidak boleh diselamatkan lagi. Bagi saya baik juga Mas tersingkir sebelum Final kerana mungkin kredibiliti pihak penganjur dan tenaga2 pengajar AF akan tercalar sedikit kerana kekurangan daripada persembahan Mas. No Offence! Sorry to say...


Image hosted by Photobucket.com

Nurul
Comel! Memang perkataan itulah yang terpacul di fikiran saya jika memandang gadis bertubuh kecil ini. Keadaannya yang lemah-longlai, manja, dan kecomelannya itu banyak mencuri perhatian penonton untuk menyukai beliau...atau lebih tepat...menyayangi beliau! Adorable sangat. Suaranya memang gemersik, boleh disamakan dengan Liza dalam AF1 dulu, cuma saya rasa Nurul lebih bijak mengawal vokalnya. Waktu di dalam Akademi, bagi saya, Nurul menyanyi waktu rehersal lebih sedap berbanding waktu konsert. Mungkin nervous? Tapi sekarang saya bangga dengan peningkatan mendadak Nurul. Gaya lontaran vokal Nurul meyakinkan dan memang merdu untuk didengar. Tapi mungkin belum cukup untuk menggegarkan penyanyi2 yang sedia ada. Good luck si kecil...


Image hosted by Photobucket.com

Zarina
Beliau merupakan antara pilihan saya pada awal Akademi Fantasia 2 dulu. Dengan wajah yang innocent, personaliti bak Malaysia's Sweetheart, dan gosipnya dengan Khai membuatkan gadis ini popular sebelum bermulanya AF2! Thanx to Zaidi maybe...heheh. Lontaran vokal Zarina sedap didengar, walaupun gaya dan identiti vokalnya tidak begitu unik. Kalau beliau tak masuk AF2 dan terus menjadi artis, mungkin beliau akan menjadi satu lagi Klon Siti Nurhaliza. Namun apa yang membuatkan beliau lain ialah sedikit sentuhan sengau pada sesetengah bahagian bila menyanyi. (No offence bagi peminat Zarina kerana ini bukan kutukan! Saya juga minat pada beliau) Namun sengau beliau hanya berguna apabila menyampaikan lagu2 tradisional berbanding lagu pop. Saya dapat melihat ini dengan jelas waktu beliau berganding dengan Rosma di Konsert AF Luxor dulu.


Image hosted by Photobucket.com

Anding
Saya tidak berapa menumpukan perhatian pada beliau ketika awal AF2 dulu, walaupun beliaulah yang paling daring dan berani semasa audition. Namun keyakinan, imej dan karisma beliau berjaya mencuri perhatian saya sedikit demi sedikit. Vokal beliau unik namun memang senang sangat hilang kawalan! Beliaulah satu-satunya bintang AF2 yang mampu mencuri perhatian saya BUKAN melalui vokal. Personaliti Anding sangat disenangi. Tubuh badan yang sasa, citarasa berpakaian yang bagus (memang stylo!) dan cara komunikasi membuatkan orang menyukai beliau. Anding bergerak lincah di atas pentas, penuh keyakinan. Karisma beliau sebagai performer memang tinggi. Sayang sekali vokal beliau tidak meningkat dengan baik. Saya betul2 berharap beliau akan pergi kelas vokal kerana sayang industri seni kita jika beliau tiada di sini. Beliau boleh menjadi Usher Malaysia *wink lagi*


Image hosted by Photobucket.com

Fitri
Personaliti merupakan faktor utama jejaka kacak ini terpilih menjadi pelajar AF2 dulu. Bakat beliau tidak sehebat imejnya. Ya, suara beliau unik, agak besar. Namun potensi menjadi penyanyi tidak kelihatan dan terserlah daripada dalam dirinya. Beliau sendiri mengaku. Menjadi pengacara mungkin yang paling sesuai bagi dirinya. Personaliti Fitri memang best. You won't regret knowing him. Inilah yang dilihat oleh pengundi2 beliau masa di Akademi dulu. Bagi saya Fitri is One In A Million. Tiada duanya...


Image hosted by Photobucket.com

Edlin
Semasa Trek Selebriti menyiarkan muka beliau waktu audition, saya sudah jatuh cinta dengan Edlin. "...Comelnya..." kata hati saya. Heheh. Vokal beliau best juga. Teknik ramify sering digunakannya, menjadi rempah yang melengkapkan vokal beliau yang agak unik itu. Penyingkiran beliau dulu memang saya juga tak jangka, kerana beliau mempunyai potensi yang agak besar. Mungkin personaliti Edlin tidak menyerlah dan beliau tenggelam dalam himpunan pelajar2 lain yang mempunyai charm yang lebih istimewa. Bagi saya beliau mampu berjaya jika berusaha dari sekarang dan boleh juga menerbitkan album sendiri tanpa penglibatan Maestro. Beliau tetap ada pengikutnya...



Make-It-Short!
(3 benda pertama yang terlintas di fikiran aku bila sebut nama Bintang2 AF2 nih)

Zahid : Gempal, Bakat, Pandai Move
Linda : Suara Tebal, Gitar, Sabah
Adam : Yak A Auw, Hensem, Malu
Farah : BreepBreep, Diva, Comel!!!
Bob : Lemak, Ringan, Suara Best!
Kaer : Sweet, Sedap, Bijak
Mas : Blur, Asli, Funny
Nurul : Cute!, Cubit pipi, Kecik
Zarina : Khai, Pelakon, Melayu Asli
Anding : Tough, Stylo, Dance
Fitri : Jepun, Rambut, Lawak
Edlin : Cun, Kecik, Anding

2 comments:

berriesgone said...

hahaha...di sini rupanya kau...yeahhhh...breepbreep!!!

Anonymous said...

Keep up the good work
» »