Friday, May 20, 2005

Tentang Dia : The Film

Image hosted by Photobucket.com

Cast & Crew

Sutradara : Rudi Soedjarwo

Image hosted by Photobucket.com

Eksekutif Produser : Leo Sutanto & Elly Yanti Noor
Produser : Novi Christina
Co. Produser : Heru Hendriyarto, Mitzy Christina, Cindy Christina Produser
Pelaksana : Dani Sapawie, Dian Hehanussa, Krishto Damar Alam
Penulis Skenario : Titien Wattimena
Diangkat dari cerpen "Tentang Dia" karya Melly Goeslaw
Penata Photografi: Roy Lolang
Photographer : Timur Angin
Penata Artistik: Arif Hidayat
Editor: Satsha Sunu
Penata Busana: Chitra Subijakto
Penata Suara: Satrio Budiono & Adimolana
Musik: Anto Hoed
Lagu Tema: "Tentang Dia" oleh Melly Goeslaw dan Evan
Pemain (Pelakon) :
Sigi Wimala sebagai Gadis
Adinia Wirasti sebagai Rudi
Fauzi Baadilla sebagai Randu
Donna Agnesia sebagai Wirda
Raskhy Ramadhan sebagai Adi
Penampilan khusus: Didi Petet sebagai Pak Dibyo

Seriously! Tak banyak filem yang mampu membuatkan aku hampir2 tewas di dalam panggung, tewas dengan air mata yang berlinangan. Aku tonton filem ini beramai-ramai, semuanya yang lebih kertu daripada aku, so indirectly aku pon kena berlagak mcm dah besar. Tapi impak filem nie terlalu kuat, aku bernasib baik dapat menahan emosi aku. Yang pegi join tengok ngan aku nie plak jenis2 yang takkan nyesal kalo nak kutuk aku between my eyes. Huh. Bile2 mase maruah aku boleh tercalar. Keh3.

Tapi aku terpaksa berterus-terang kat sini, sebab aku dah buat polisi sendiri yang aku akan jujur dalam blog nih, walaupon dalam dunia sebenar aku tak laa 24/7 jujur kan. Ader 2 titis air mata yang mengalir kat pipi aku......hanya DUA yea! nasib baik takder sape2 pon perasan. Phew....(Tapi pas diorang bace nih, aku akan digelakkan berulang-ulang kali selama beberapa minggu. Adehlaa...)

Image hosted by Photobucket.com

Gadis

Watak nie lah yang aku rase begitu dekat dengan aku. Macam akulah Gadis tue, walaupun aku Jejaka sebnanye. Huehue. Segala emosi dan perasaan yang dialami Gadis, aku turut rasakan. Kalau korang letakkan video camera hadap ke arah muka aku, korang akan nampak bagaimana riak wajah aku bertukar-tukar mengikut perjalanan emosi Gadis. Nafas aku tercungap2 setiap kali mase Gadis menangis, dan yang paling hebat sekali mase dia tengok berita Rudi kena accident tuh. Dia tangkup mulut dia macam tuh sambil nangis...Ya Allah, memang time tue lah air mata aku sebutir jatuh, setelah ditahan dengan kuasa 1 Juta HP. Kalau tak ditahan mau satu baldi dapat!


Pengalaman Gadis aku tak pernah rase, tapi dalam filem nie membuatkan aku rase macam ada satu deja-vu yang melahirkan perasaan tue kat aku. Aku rasa dikhianati, kecewa dan sedih sentiasa. Dan bila Rudi hadir dalam hidup Gadis, aku rase begitu gembira, bahagia. Mane tak nya, lepas hidup diselubungi kesuraman dan kesedihan, ada cahaya baru yang datang. Dia bagaikan Guardian Angel bagi Gadis. Jaga, bagi nasihat, etc. Kalau aku pun aku akan rase apa yang Gadis rase. Dia tak bersalah hanya kerana tersalah anggap layanan Rudi! Lagak Rudi pun memang kasar dan kemaskulinitinya lebih terpancar daripada feminine sidenya. Mana2 pompuan pon akan anggap macam tuh.

Image hosted by Photobucket.com

Rudi

Watak paling natural dalam filem nie bagi aku, walaupun emosi diri dia tak sampai kepada aku macam emosi Gadis. Maybe sebab aku dah terlalu attached dengan Gadis kot. Who knows. Tapi kesempoiannya dah memikat banyak orang. Bila dia bercakap, ada dua unsur yang bergabung : realisme dan metafora. Dalam keganasan, ada unsur sasteranya. Macam skrip Aziz M. Osman campur Mohd Noor Kadir. Itulah yang membuatkan dirinya authentic dalam filem nie.
Aku mengaku sebelum aku tonton filem nie pon, aku telah membuat pre-judgment terhadap sexual orientation Rudi. Maybe sebab aku tengok promonya dan video clip Tentang Dia (Melly & Evan), kemesraan Rudi dan Gadis begitu kuat. Tapi kalau diikutkan observation aku terhadap dunia sekeliling aku, pompuan kalau mesra2 macam tue takde pape pon. Pompuan memang dicipta dengan sifat macam tuh. Kalau pompuan bergaul mesra, cuddling2, orang tak pandang ape2 sangat. Tapi kalau laki, ko peluk or cubit2 sikit pon orang dah muntah dalam hati dah. Itu aku rase pemikiran stereotaip masyarakat Asia kot.


Yang nyatanya, aku rase macam nak mintak maaf kat watak Rudi tuh, sama macam Gadis gak, sebab tersalah anggap layanan dia. Padahal hati dia punyalah suci, bersih, ikhlas kat Gadis tuh. Gue mintak ampun Rudi....

Image hosted by Photobucket.com

Randu

Mamat nie lagak dia kelakar sikit, ngan muka yang kadang2 sengaja dibuat cute2. Klaka! Personaliti dia menarik, sampai aku rase kalau dia pegi audition AF, confirm dapat sebab markah personaliti tinggi. Heheh. Randu aku tengok dia macam ada sikit2 persamaan ngan aku sendiri. Cuma tang muka tue memang lain laa. (Aku tau laa aku tak hensem, chet!) Dia menanti dan berharap, bezanya dengan aku, aku tak tau sape yang aku tunggu. So, kira Randu nie bervisi sikit laa. Nampak laa goal dia kat mane.


Keikhlasan Randu merupakan elemen utama yang menarik perhatian dan hati aku. Sincerity dia memang mewakili laki2 lain dalam dunia nie, yang mana kalau sorang laki tue dah suke betul2 kat pompuan nih, ikhlas plak tuh, memang perkataan give-up terus hilang dari muka bumi nih! Thumbs-up to Randu.

Dia hampir tewas sebab dah banyak kali kena depan muka ngan Gadis, tapi thanks to Rudi yang memainkan peranan saat2 akhir, Randu akhirnya tekad. Beberapa sumber kate orang gelak mase Randu tekad cakap ngan Gadis dalam hujan tuh, sebab dia tercungap2. Tapi cungapan itulah yang menambah unsur dramatik dan menusuk dalam hati orang2 yang absorb apa yang digambarkan dalam babak tuh. Dan kalau mengikut The Making Of Tentang Dia, babak itulah yang paling banyak take, diulang2 sebab nak dapatkan emosi dan jiwa yang betul dan tepat mengikut kehendak Rudi Soedjarwo The Director.

Image hosted by Photobucket.com

Technical

Perjalanan filem ini bergerak lambat, tapi taklah lembab. Memang sesuai dengan konsep cerita yang suram. Kaler videografi sunguh cantik dengan kaler yang suram, menambah kesan emosi yang lebih mendalam. Pengarah Artistik dan Fotografi memang memainkan peranan yang penting selain daripada Tuan Pengarah sendiri. Segala shot yang diambil memang superb! Bukan hanya 'mengacukan' kamera ke arah benda target, tapi perspektif, angle, kaler, dan nilai artistik memang sangat diambil berat oleh mereka. Contohnyer, shot yang mana bila Rudi datang berjumpa Gadis yang berada kat atas bangunan seberang drpd dia. Dan banyak lagi shot2 yang cantik.


Special effect juga digunakan dalam filem nie. Haa...jangan ingat cerita cinta takde pakai efect2 nih. Yang paling jelas dan thumbs-up ialah babak Gadis bermimpi dia hanya tinggal seorang di muka bumi nie. Memang menggambarkan perasaan Gadis yang rasa keseorangan. Bayangkan kota Jakarta yang memang sentiasa sibuk tuh, jadi lengang-kontang! Mungkin babak nie diinspirasikan daripada filem 28 Days Later, yang mana Kota London mengalami perkara yang sama, lengang. Babak2 seperti ini bagi saya susah jugak nak buat, sebab ia melengangkan bandar yang memang sentiasa busy tak kira masa. Kalau amik shot kat hutan tue yelah senang. For me, rasenyer diorang guna teknik layer-by-layer, yang mana sekeping gambar still yang lengang diamik then element2 yang supposed to bergerak ditampal kat atas dengan teliti.

Muzik dan timingnya memang banyak mempengaruhi filem ini dari sudut dramatiknya. Kerjasama Melly, Anto dan Rudi memang bagus, macam kerja2 diorang before nih mcm Ada Apa Dengan Cinta. Penggunaan lagu tema (Tentang Dia, Cinta etc) dengan pelbagai versi mengikut babak memang sangat aku salute habis-habisan. Aku suka style tuh, barulah namanya LAGU TEMA. Sebab kebanyakan filem (Malaysialah) cakap aje lagu tuh lagu tema, padahal sekali aje kuar lagu tu. Tak pon diulang2 beberapa kali, ataupon dibuat versi minus one aje. Come on!!!

Image hosted by Photobucket.com

2 comments:

Anonymous said...

huh? positivo menitiskn 2 titik air mata ? air mata croc ke tuh??? waaa... story of the year nih ...hueehue...

-supir diRaja PureFFC-

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! cosmetics discount prices Brunette hairy women Hot latins com Hooded gags bdsm pictures Natural hippie maternity clothes Free penis galleries Airport transportation in ca mesotherapy Idol shape of male penis http://www.stylussofas.info/scrabble-deluxe-keegan.html