Sunday, June 12, 2005

Konsert AF3 02 : Hadapilah Realiti!

Fewh...

Update lambat sebab pegi join Gempak Selebriti Astro kat Ampang Point & NZ Curry House, kedua2 hari Sabtu dan Ahad. Sempat buat promotion for Farah's album dan sambutan memang menggalakkan. But that's the lain story. Nanti lepas review nih barulaa sentuh bab tuh.

Okay, let's get it started. The second concert of AF3, or maybe aku bole panggil the first concert balik, sebab format baru hanya dipakai di konsert nie? Call it whatever yang kita mau, apa2 pon realitinya bermula pada konsert ini! Debaran baru bermula, the game baru hangat, dan budak2 tuh baru tersentap. Penyingkiran ialah satu step untuk menggerakkan sesuatu permainan, bukan hanya menghangatkannya...

Apa2pon, news awal yang aku dapat ternyata kebenarannya, iaitu proses penyingkiran memang berlaku di konsert nie, dan suatu kejutan yang melibatkan artis AF memang benar2 berlaku. Thank God kezutan tuh kena kat my fav Amylea, sebab aku takut Astro menggunakan Farah untuk gimik Puteri Fuad. Thanx Pakcik for the hint, walaupon kabur benar clue yang diberi. Kuikuikui...

The Show

Image hosted by Photobucket.com

Idayu - Superstar
Sayang sebab vokal mantapnya tak digunakan dengan sepenuhnya, mungkin sebab lagu nih memang tak sesuai dengan vokalnya, ataupon suasana konsert sendiri yang tak seswai? Masa latihan di Diari sedap je. Mungkin aspek persembahan yang banyak affected this gurl's overall performance sebab showmanship dia pon tak berapa outstanding. Tapi apa2 yang disampaikan daripada Idayu sememangnya tak menghampakan. Still okay. Mintak2 next week dapat ballad sebab vokal dia sangat superb nyanyi slow number.

Image hosted by Photobucket.com

Kefli - Mungkin
Masa hari dia dapat lagu nih, I was thinking like what the hell kan? Mamposlaa dia dapat lagu nih and maybe dia bole terkeluar. Sangat bahaya nyanyi lagu Abang Anuar. But last nite, his show tidaklah terlalu menghampakan aku. Sememangnya, tak sebagus anak Pak Zain tuh (yup memang jauh laa beza kan?) but it wasn't that horrible. Aku sebenarnya expected worst! But it came not that teruk sangat. Macam ape yang dijangka, takkan kedengaran pengklonan style Anuar Zain sebab Kefli ada his own voice. But some parts pitchy dan mase part kemuncak lagu nih, which is mase dekat2 nak abih, dia tak naikkan lagi feel lagu nih dan tak tarik betol2. Maybe sebab dia memang tak mampu laa kot...

Image hosted by Photobucket.com

Elliza - Aku, Dia dan Kamu
Dalam latihan mungkin lebih baik vokalnya, sebab kat konsert lontaran suaranya tak begitu dinamik. But it was an energatic dan full of attitude nye show. Memang feel ngan lirik lagunya. But sometimes macam dia ulang aksi yang sama. Mungkin sebab liriknya juga berulang. Sketsa yang ditampilkan mungkin memang memberikan kesan kat Elliza sebab nampaknya Kefli betul2 bermesra ngan Marsha...ekekekek....Marah ke Baby? I like the part yang dia tendang kerusi last2 tuh. Rock tuh...

Image hosted by Photobucket.com

Fuad - Puteri
Same like Kefli, I thought that budak nih goin to spoil the song and the whole show. But it was all fine, except for the over-expression. Bilakah part yang Fuad tak over? Macam dia over 24/7 lak rasenya. Tapi aku memang dapat maafkan segala expression dan herot-berot muka dia dan lerekan senyum senget dia tuh, becoz the vocal memang tak menghampakan. Aku expected lebih teruk but he did good. Itu yang aku suka. Budak nih memang ada talent, cuma kena polish up personality dia. Nampak show-off, gimic sana sini, dan sedikit irritating. Dan please jangan gune gimik Farah tuh lagi....

Image hosted by Photobucket.com

Amy - Sesalan
Keciwa. Bukan konichiwa ye, kecewa. Budak berbakat besar menyampaikan persembahan yang kurang memberangsangkan daripada pelajar2 yang bukan favourite. How come? Lagu nih mungkin juga memberikan kesan, sebab berlaku kekeliruan dan percanggahan antara lirik ngan irama. Juga melodi nya takde klimaks dan nampak flat. Tapi tak patut laa kalo Amy buat dengan sambalewa je. Where's the moves? Kaku je. Dan keunikan dan kekuatan vokalnya tak dieksploitasi dengan maksimum. Sayang...hope next week dia meletup vavavoom.

Image hosted by Photobucket.com

Yazer - Sejati
Aku dah start bohsan dengar Yazer nyanyi rock aje. 3 minggu berturut2 tau! Bajet next week dapat memang jauh ngan porte dia. Dondang sayang ke...wakakak. Anyway, the show was quite good. Memang dia mempunyai feel rock yang agak baik. Dapat diterima semua lapisan masyarakat. Dan mata dia sememangnya mesmerizing. Tak perlu buat macam Azlif The Pontianak Jantan tuh. Vokal pon okay dan showmanship juga okay. (Asyik okay je...dah memang tiga minggu same je....camaner nak comment lain?)

Image hosted by Photobucket.com

Amylea - Asmara
I'm not being bias but...It was the best show of the nite! Aku bersyukur sebab my favourite memberikan sesuatu yang sangat istimewa. Tak sia2 aku lobi dia kat member2 suruh vote...ekekekek. Segala liuk-lentuk, gerak badan, dan cara interaksi dia sangat astonishing! Walaupon vocally taklah mencapai tahap optimum, tapi bila dia memberikan sebuah showmanship yang bagus, orang dah tak berapa pandang sume tuh. This is the real performer, kalo itu yang M. Nasir nak carik. Dan macam comeback Kaer, bile a student memberikan yang terbaik, akan ade laa kezutan. Farah, Zahid and Nana masuk sebagai backup dancer tanpa disedari orang ramai (kecuali bagi sesetengah orang yang dah agak atau perasan badan Zahid yang kembang tuh) dan hanya disedari lepas abih lagu. Then a free promotion for the debut album from Farah - Antara Dua bila Amylea dihadiahkan sekeping CD tuh.

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Aidil - I Don't Wanna Miss A Thing
Tak seswai kalo everybody expected a rock performance daripada dia, sebab aku sendiri dah agak dia akan memberikan sentuhan ballad kat lagu nih. A quite nice blend. Tapi memang laa tak cukup mantap untuk membuatkan orang suka. Orang anggap macam juz another show to watch je. Ade sedikit pitchy dan feel pon tak cukup so that macam takde connection antara dia ngan penonton, walaupon dia pandai gune mate dia pandang camera. Patutlaa kawan aku sorang pompuan nih suke gile angau kat dia. Hope dia dapat improve segala2nya lepas nih, coz personality dia tak laa dibenci sangat dah, coz kat diari dia okay...But u have to now how to impress people.

Image hosted by Photobucket.com

Ekin - Joget Sayang Di Sayang
Satu lagi performance of the nite, tapi tak sepenuhnya daripada diri Ekin sendiri sebab yang menghavockan show nih ialah Felix yang ternyata naturally funny. Selenge aje dia menari kat atas stage tuh. Ekin's voice sometimes boleh meruntun jiwa sebab mendayu tapi for this song taklaa superb but it was good jugak. Walaupon sedap tapi macam tak kedebaboom sangat. Don't know why. Gerak tari dia mase latihan lebih bagus rasenye daripada kat konsert nih. Ape2 pon memang dialah yang paling lawa sekali atas stage malam tuh. Memang package la. Except for the height...hihihi...

Image hosted by Photobucket.com

Felix - Berjuta Batu
Mak aiih....tebal gile make-up dia. Kelakar pon ade. Hahahaha. Tapi dia nih memang secara semulajadi memang kelakar laa. Segala tindak-tanduk dia menghiburkan. Juz like what the Sultan Melaka of PGL said, weird tapi memang dia nih something. Kita akan tertarik sendiri dengan karektor dia. (Wah, aku dah mula suke Felix...before nih tak pon...pengaruh SM ka? Hehehe) Suara dia macam biasa takde slack. Okay je, berjalan lancar. Part tinggi pon dia buat selamba sambil menari2. Harap next week dia dapat lagi lagu2 yang boleh menghiburkan penonton...

Image hosted by Photobucket.com

Akma - Cahaya
She was very lucky dapat favourite song dia. Lagu KD nie kalo salah orang bawak memang tak sedap. But she did well, really well. Dengan hanya sorang2 atas stage tanpa ada sebarang props dia berani mencuba dengan yakin untuk mendapat the whole dim light dari mula sampai habis, dan dia berjaya! Bukan sebarang orang boleh buat, before nih yang betol berjaya pon the well-known singers namely Abg Nuar, Ning, Misha etc. Dia berjaya mendapat perhatian penonton from the begining sampai habis walaupon vokalnya taklaa betol2 100% marvellous. But memang it was good. Harap dia tak dibazirkan dengan penyingkiran mingguan...


Image hosted by Photobucket.com

Marsha - Ingin Bersamamu
My God she was sexy malam tuh. Mase dia duduk ngan Aznil tue pon, ngan pakai skirt terbelah pastuh boleh plak dia silang kaki lagi. Maunye tak berdarah hidung player2 Malaysia. Begitu jugak ngan performance dia, sexy! Communication dia memang seductive. Segala langkah yang diatur, kaki yang dihayun, bahu yang digoyang lembut, dan lirikan mata yang menusuk kalbu, semuanya menawan. But that wasn't enough for me to give her high marks. Aku tak tau, mungkin juga teknikal sebab ada yang di stadium dengar suara dia okay, tapi aku yang menonton kat TV dapat dengar yang suara dia memang tak jelas, tak keluar dengan betul. Ada yang kata tekak dia masih dalam pemulihan, lame laa plak proses recover dia. Berapa minggu nih? For me, the auditon clip tue yang membuatkan aku masih lagi menganggap Marsha is something special...Buktikannya next week Marshmallow...

Image hosted by Photobucket.com

Reza - Terhangat Di Pasaran
Sayangnya, aku mengexpect yang Abon akan muncul kat atas stage sebagai gimic. Kenapalaa diorang tak wat camtuh kan? Kasik havoc sket. Maybe sebab tanak Reza terlalu diovershadow sangat. Vokalnya mula2 kedengaran okay tapi makin lame makin tenggelam dan mengah. Tapi boleh dimaafkan sebab lagu asal dinyanyikan oleh 4 orang, setiap verse bahagi2 manakala dia nyanyi sorang dan hanya dibackup di bahagian hujung2 tuh oleh Fuad (yang jelas macam memang betol2 nak overshadow Reza). Nampak benar dia mengah dan tatkala itu laa dia betol2 nampak kecik kat atas stage. But the showmanship was okay. Tak membosankan laa. Tapi hanya nampak he was trying a lil bit too hard, padahal lagu nih simple je...Relaxlaa beb.

Image hosted by Photobucket.com

Mawi - Dari Kekasih Untuk Kekasih
Persembahan yang controversial daripada seorang pelajar yang controversial. Apa yang berkaitan dengan Mawi memang terhangat di pasaran skang nih. Too many pros and contras. Aku terpaksa agree yang memang Mawi banyak juge wat silap malam tuh. But fikir2 memang banyak unsur luaran dan dalaman yang menyebabkan keadaan tuh. The pressure, tanggungjawab, keyakinan, sorakan, first-timer, dan banyak lagi yang ditanggung jejaka nih. Kalo aku pon, aku pon gugup kalo dah sorakan yang sangat laa meriah gile2 dengan bannerz and all that. Tapi ini memang tak bagus kepada penyokong2 die-hard dia yang banyak berhabis demi dia. Lebih2 lagi yang tak fikir pasal apa2, kecuali nak sokong dia. Bole lari tau peminat2 tuh. Harap dia dapat prepare himself dengan lebih baik next week. Sayang kalo peminat ramai tapi banyak buat slack...

Image hosted by Photobucket.com

Menuju Puncak Version 3.1
Tak pernah plak aku tengok orang ramai gelak2 tengok the students tuh nyanyi and nari lagu tema nih. Obvious bila nampak budak 3 orang tuh (Zahid, Farah and Nana) kat bawah gelak2 dan orang sekeliling diorang pon same. Ini terjadi bile choreography nya jadik berterabur, dan tumpuan plak kat Mawi yang agak kayu jati dalam bab nari2 nih. Dia memang lambat dalam beberapa milisaat untuk setiap gerakan. Dan students yang lain2 pon macam tak bersungguh2 nak buat yang terbaik. Buat mase nih aku masih respect dengan AF2 sebab diorang are still the best dancers of all generations of Akademi Fantasia...

The Elimination

Image hosted by Photobucket.com

Ape kena dengan Astro, nasib baik aku tak campak TV keluar via balkoni. Boleh plak tengah hangat2 stop live buat Berita Astro? Dahlaa Berita Astro tuh macam xde impact pon. Nasib baik belom sempat aku angkat TV tuh dia sambung balik. But it as quite horrible sebab terlalu rushing. Terus umum Elliza is the one kuar. Orang2 yang di sekeliling aku yang majoritinya anti-Elliza melonjak gembira, but I was tergamam there. Don't know why, adakah aku dah mula fallin kat budak comel tuh? Based on performance dan talent, she wasn't supposed to be out last nite. Terlalu awal. Potensi dia besar. Tapi ini Akademi Fantasia, where all things are possible, dan bakat bukannya satu2 nya perkara yang dinilai. Personaliti Elliza yang membuatkan orang semakin muak lalu stopped voting for her. tapi sayang la, she can go far. Takpe, dah kuar senang lagi. Banyak show dah boleh dapat...hehehe...Ahad tadi nie pon dah buat show kat Ampang Point...

(Sumber foto asal daripada Astro - Akademi Fantasia)

5 comments:

Anonymous said...

Hey roman, nice blog. nice review. nanti aku dtg lagi! keep writing!

~Starchaser-EE~

Anonymous said...

mm aku x ske aa mawi.. kecoh je sme org minat2 dia.. aku dah pening.. aku pon dah jadi tertengok af nih.. gara2 eliza dengan amylea.. aaa skenye aku tgk amylea comel.. aa rasa nak pelok2 je.. eliza pon comel nye sgt2.. huhuhuhuhu kalo kuar amylea.. they will take away my reason of living.. hahahha poyo cam lancau je.. hahaha

sincerely

~kareembagos~

Anonymous said...

oh manok.. aku dah fall in love dgn amylea. aaahhhhhh

RosmanPositivo said...

wahahaha kareem....same laa aku! amylea amylea amylea....hahahaha

Anonymous said...

best regards, nice info » » »