Monday, June 20, 2005

Konsert AF3 03 : Feel The Heat

Vroom Vroom...

The game dah bergerak skang nih. The heat is on. Engine dah mula panas. Masing2 pon agak panas bontot takut terkeluar. So semua kunun2 nak mintak mahap atas kesalahan dan 0-0 laa kire. (Ego taknak buang pon tak bole beb) Pembelajaran mula menunjukkan keseriousannya. Aku dah start interested nak follow religiously dah. Baru nak start naik macam tahap AF2 dulu.

Memang terbukti penyingkiranlah penggeraknya. Dan after this, selepas 2 kerusi dibiarkan kosong, masing2 baru nak sedar yang diorang bukan sampai mati dok dalam tuh. Seramai mane pon yang berbakat atau berpersonaliti menarik, still, 6 atau 7 orang lagi have to blah and chow kit road. (Baru perasan yang aku masih tak sure berapa orang akan ke Final) Ape2 pon aku boleh berpuas ati secara overall dengan performances this week sebab masing2 mula menunjukkan improvement.

The Show

Image hosted by Photobucket.com

Marsha - Lelaki Idaman
I don't know what happened, supposedly kemasukan Marsha memberikan momentum yang lebih besar, but it still blom jadik lagi. Yeah, suara dia sedap, but tak tau, sama ada sound system yang tak besh atau dia sendiri yang menyebabkan suara dia tak kedengaran jelas terkeluar. Lontarkan vokalmu! The choreograph macam takde ape2 yang istimewa untuk ditonton (lain laa kalo Marsha pakai seksi lagi macam last week...hehehe) But again, Marsha paling pandai bermain mata, dengan kamera and penonton, dan gaya dia sememangnya seductive. Dia dilahirkan sexy! Bagi sape2 yang tak paham erti seksi, tengoklaa Marsha. She don't have to undress utk menjadi sexy. Satu kelebihan untuk performer, but vocal always menjadi priority girl...Upgrade dirimu menjadi version 2.0...

Image hosted by Photobucket.com

Aidil - Nak Dara Rindu
Pernah tengok pokok kepala, eh, kelapa (typo betul2 nih) yang ditiup2 bayu nan lembut? That's Aidil! Kaku but lembut. Sekali tengok macam tak best, 2 kali tengok macam menenangkan fikiran. Ade pros and contras laa kire. Yup, juz like whut Afdlin said, very safe performance. Vocal dan melody tak dieksploitasi dengan optimum. Props yang diberi langsung tak guna??? Ape laa Encik KK nih. Yes, the old film technique tue quite interesting, but hanya memberi impak kepada kita yang menonton, not to him. So performance dia still cenggitu jugak. But anyway I'm starting to like this guy sebab dia memang okay dalam Diari. Look, the magic of AF...you don't have to do well kat konsert to make people like you...

Image hosted by Photobucket.com

Amy - Asmaradana
A part of me not satisfied but the other part impressed! Camaner tuh? Yeah, the performance taklaa seperti yang diexpected, especially gerak tari dia. Takde kuis2 kaki macam Tiara buat kat AIM, and aggressive moves. Dia hanya banyak menggerakkan tangannya. But yet, i'm impressed ngan effort dia, macam pengkritik dah cakap laa. Look, Tiara pon miming je buat performance dia, and she took months untuk training. Tapi tengok laa Amy, she did that hanya dalam masa seminggu, plus ngan assignments lain namely Kefli's Kendahan Pantai, Menuju Puncak etc. Clap Clap to her...But she has to do 300% to impress the voters next time. Kalo tak...

Image hosted by Photobucket.com

Reza - Mungkin Nanti
Okay, better than last week. Tapi macam kosong, tak berjiwa. Nape huh? Vokal quite okay sebab memang porte dia, Indonesian numbers. Maybe dia patut improvise lagu nih coz lagu nih actually flat jer, only unique vocals dan improvisasi yang mantap boleh mewarnakan this song. Let's say bagi lagu nih kat Vince or Kaer - the hantus of improvisasi. People like them boleh bagi colour kat lagu nih. Contoh jela. But yeah, showmanship dia okay, macam I mentioned before, dia ade karisma. But karisma alone won't help. Plus, imej dia makin lama makin tercalar skang...

Image hosted by Photobucket.com

Yazer - Suatu Masa
Straight forward dan cukup makan (Memanglaa cukup makan, sampai naik 10kg...hahaha) Yazer terlalu takut ngan M. Nasir maybe. He played safe juz like Aidil. But anyway I like his face, eyes and expression, naturally mesmerizing. The magic of a performer again. But yet, vokalnya tak laa superb, but it's still the only Yazer's one. Startingnya, memang best, the lighting laa. Begitu memberikan impak to me as a penonton. Astro boleh buat lagi benda2 yang macam ni untuk menjadikan performance diorang a good thing to watch. Yazer tak banyak buat slack both in Diari dan Konsert. Mungkin akan selamat daripada tersingkir...but who knows...?

Image hosted by Photobucket.com

Kefli - Keindahan Pantai
I clapped my hand actually after it was over! Hahaha. Very entertaining. Budak2 lain banyak membantu. Really. Kefli should thank them. Based on the bakat, he's not in my list. But yes, kadang2 suara tak sedap but persembahan menarik, it happens. The mp3 of this performance maybe tak best, you should see the video instead. Last week vokal dia lebih baik. Kali nie tahap vokal menurun sebab penghayatan tak digunakan sangat. It was pitchy at times. But I agreed wif Afdlin (again) yang dia really enjoyed to perform, yang mana kalo itu terjadi, so the performance should be very natural dan menghiburkan...

Image hosted by Photobucket.com

Amylea - Anggapanmu
Standing ovation anyone? Orang Malaysia tak sporting bab2 standing ovation nih. If I was there memang dah besorak-sorai..hahaha. She did it again! The best performance of the night. Selalunya lagu rancak dan meriah je dapat title nih but she was awesome there. Feel terseksa tuh sampai terus ke hatiku, macam nak nangis la plak. (Teringat scene dia nangis tuh...sedey beb) Afdlin said she needs originality but for me she got it, dan dah apply pon but minimal aje. But the pakaian...seksi sket laa. Season nih the wardrobe memang penuh dengan baju sexy je ke? Isy...Anyway, gud luck budak kecik!!!

Image hosted by Photobucket.com

Fuad - Gerimis Di Lautan
He did well last week dan juga minggu nih. Kawalan vocal yang baik banding dengan the other boys. But the expression again. Dia nih aku rase dilahirkan begitu laa (Haha...bak kate Juan - muka menjijikkan! Hahahaha) Muke dia tak bley blah punyer. Sorry if that was offending dan berbaur kutukan dan hinaan. Bukan maksudku begitu. Cuma melahirkan ape yang terbuku di hati je. Performance dia okay jugak, menghayati character laa. Start daripada perkenalkan diri lagi dah start hayati dah. Sayang, seorang yang berbakat besar, tapi kureng dari segi attitude...

Image hosted by Photobucket.com

Akma - Lagu Rindu
X-Factor! That's the thang! Aku selalu nak sebut tapi tak terkeluar dari mulut. Afdlin said it. And yup, itulah yang dia takde. Tapi serious...kelakar laa rambut tuh. Macam zaman Zaiton Sameon ngan Ramlah Ram muda2 dulu! Kikikikik. Nape tak grooming betol2? Astro kekurangan image consultant? Heheh. The show was good. Siap ade api2 lagi but what's the point? Sekadar nak membuat something yang menarik je laa. Vokal dia tak perlu dipertikaikan lagi. Dia tak pernah buat slack every konsert, dan segala persembahannya dari Prelude lagi memang memuaskan hati. Dia cukup segalanya tapi takde nilai simpanan, macam main kad Magic The Gathering laa. Kalo dia tak develop personaliti dia, bila2 dia bole kuar...

Image hosted by Photobucket.com

Felix - Memori Bahagia
Dengan lagu nih baru aku tau falsetto dia hancus. Sebab suaranya memang dah tinggi so dia tak pernah buat falsetto, but this song is soo challenging. Sahri pernah bagitau personally to me yang lagu nih memang susah dan senang nak pecah or lari. Nasib baik bakat dan pengalaman Sahri banyak membantu, but not this Felix the Cat! It was the worst performance dari dia stakat nih, and harap ia kekal begitu. Thank God dia ade follower yang cukup kuat untuk mengundi dia sampai ke Final. Dari segi personaliti takde ape2 yang slack and I hope the same goes to his next performances...Go go Felix the bontot kecik tonggek! Hahahah...

Image hosted by Photobucket.com

Ekin - Mimpi Sedih
Sekali lagi masalah pakaian yang seksi dan menampakkan kependekannya. Hahah. Okay, this performance bukan my favourite but it was still good. Dia memang ade magic untuk memukau. Dengan wajah cunnya dan suara yang meruntun jiwa. Cair laa buaya2 darat seMalaysia. Aku lebih suke performance dia last week, nampak sket cheeky plus anggun. Kali nie nampak stiff sket. Tak banyak interaksi sangat. I don't know why tapi aku rase dia mampu ke Final. Nape huh???

Image hosted by Photobucket.com

Mawi - Gadis Melayu
Macam Aidil, tapi dia nie pokok lain plak. Kelapa sawit kot. Keras tapi lembut melambai2. Hahah. Improvement, it was good! Semua peminatnya lega. Puas hati, but not me. Dia sepatutnya lebih agresif! I was expecting more actually. Ingatkan dia dah boleh laa all-out, tapi maybe blom masenye. Interaksi dengan rakan2 backup cukup menghiburkan (Read : Cukup, bukan Sangat) dan kawan2 pon baguihlaa sketsanya. The gatal side of Mawi mula tertonjol. Heheh. Akma yang menjadik pilihan? Jangan...makan hati jutaan perempuan bertudung di Malaysia, tolak yang tak pandai urut tuh...\('o')/ Okay, I'm expecting more from you...WORLD!

Image hosted by Photobucket.com

Idayu - Curiga
Sorang lagi yang takkan memberikan persembahan yang mengecewakan. Membawakan genre lagu favouriteku. A good job. Tapi aku sedar yang dialah yang kurang originality, bukan Amylea! Anyway dengar tak dia buat macam Mariah Carey kat hujung2 tuh? Vokalnya sangat flexible, hasil bantuan range vocal yang besar. Cukup untuk memberikan performance yang tidak cacat but yet tak menjanjikan persembahan yang must-watch. Faham ke bebelan aku nih? Persembahannya mungkin suatu mase marvellous, dan at times mungkin bole jadik biase aje. Bergantung kepada keadaan dan lagu. Then, personality dia juga makin tercalar juz like Reza. Dua2 makhluk Allah nih banyak menghidupkan Diari dengan krisis...huhuhu...

Image hosted by Photobucket.com

Menuju Puncak Version 3.2
Kali nie nampak lebih kemas, lebih tersusun, lebih serious mereka beraksi. Mawi dah banyak belajar dan berusaha bersungguh2, mungkin dorongan magic daripada Cikgu Linda? Wahahahahah. But still, blom ade cabaran yang lebih. Simple je. Tau laa korang, nanti kalo Cikgu Corrie datang...haaaaa. Mampuih kena kerjakan! Ngeh3...

The Elimination

Image hosted by Photobucket.com

Tak terkezut. Aku dapat banyak sms yang sangat berpuas hati dengan penyingkiran budak nih. Macam mase Elliza kuar, I was like rase sayang jugak budak macam diorang nih. Berbakat besar but personaliti memang terbukti lacking sangat2. Dah tak bole buat ape2 dah. Tak bole selamatkan dah. Kalo diorang dah tak bole kawal the true colours of themselves, nak buat camaner lagi kan? It was their choice untuk mengontrol diri sebaik mungkin, atau main belasah aje tak pikir ape2 dah. Yes you have to be honest dan tak plastic but it's still a competition kan? Wahahaha....Terpulang kepada diri masing2 laa. But nape dia sangatlaa cengengnya? Nangis tak hengat. Elliza pon tak macam tuh. Sian plak aku tengok. But his mom was there untuk mengurut2 dada dan blakangnya. Anak mak rupanya...macam Aidil. Kui3...

Cahaya Tinggi (Highlights)

  • Astro banyak juga berusaha nak buat something interesting i.e Aidil's old film effect, lighting for Yazer's performance etc...
  • Aidil punyer seluar tinggi gile! Kalah bapak aku time dia mude2 dulu...ekekeke...
  • Kaer pon menunjukkan minat kat Amylea, juz like me...Hahaha. Ade backup laa nih...
  • Abang Api Akma macam tak berapa nak reti cakap Melayu je...Orang Siam ke bang?
  • Abang Api lagi - perasan tak dia tergolek dong tuh? Ngeh3...nasib baik tak terbakar bang.
  • Felix nampaknya makin hensem...nape yek?
  • Pelajar yang tersingkir keluar melalui penonton...kurang privacy and exclusiveness sket.
  • Papa Amylea sangat sporting dan pandai berlakon.
  • Lain2 korang bole tambah sindri kat bahagian respond aka comment yek?


Peace Peace Kacang Buncis!

4 comments:

alienaet said...

kwahaahah, yup3 kaer pun minat amylea. sesama minat rnb. gila 1st time tgk kaer jerit g2. slalu org jerit tgk dia now dia jerit plak hahaha. patut kezutan from astro time amylea nyanyi sumwhere utk konsert mendatang bg mamet kuar nyanyi skali wakakaak. baru best, sesama rnb.

predascal said...

Wah2! Hemoh, hemoh ye cik rosman...jd pengkritik ttp nampaknya...hehehe, well done...cuma nak komen, overall performance was okey...better than earlier...lagu2 pun sumer beh2...mcm AF2...3rd konsert sumer lagu beh...and actually x kesah pun sapa yg terkeluar..even mawi pun (bkn anti/favour mawi)...but hopefully, finalist biarlah yg betul2 performer...something like yazer, idayu, felix, akma...but not someone like marsha pleaseeeee....i dont know mana kelebihan dia baik sbg penyanyi/penghibur...bkn memperkecilkan dia...tp sora dia mmg kecik...kalo nyanyi x pki microphone, i bet xde sapa buleh dgr suara dia...please lah...

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP » » »

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... nursing program online Peugeot 307 schematy Nottingham hotels uk