Sunday, June 26, 2005

Konsert AF3 04 : Hiccup, Tersentap!

Hiccup...hiccup...

So all the predictions craps, tak menjadi langsung (especially bab Reza). Cuma satu hipotesis yang betul2 tepat, that is yang ditulis oleh SM - the third student voted out, three of them adalah bekas pelajar UiTM. Tak tau plak itu dibuat before konsert atau selepas. But anyway, this is the concert yang mana I caught my eyes blurry dan kelihatan genangan of ayer mata yang tak semena2 keluar selepas pengumuman elimination. Yes it was a shocker, even kalo tak pon, at least taklaa sebegini cepat! We need the students yang standard nya selevel Idayu untuk beraksi di Final though...

The Show

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

Amy - Bilang Saja
Salah satu of my favourite songs. Amy bagi aku berjaya membawakan lagu nih dengan attitude yang betul, vokal yang mantap dan energy and confidence level yang tinggi. Tapi satu lacking, the first performance of the nite memang slalu kena, iaitu volume mic utk backup singers tak kuat atau tak dengar langsung. Ini dah menyebabkan Amy terpaksa menanggung beban lagu nie sepenuhnya dari mula sampai the end. Sedangkan kalo nyanyi grouping pon mmg mengah (yang mana aku dah saksikan budak2 AF1 and AF2 bawak setiap kali AF Tour dulu), inikan plak dia bawak sorg2 tanpa kedengaran backup vocals. So dia tak bole nak goreng demi mempertahankan melodi asas lagu nih. So dari alasan tuh, aku bole maafkan kesemputannya yang berlaku tuh dan claps to Amy for the good improvement.

Yazer - Nyanyian Serambi
Yup, aku juga salah seorang yang dah start muak dengan pilihan lagu yang betul2 nak memihak kepada budak besar nih. I like him, really, dari segi personality especially, bakat letak nombor dua. Next week, TOLONGlah bagi dia lagu yang betul2 lari dari porte dia. Untuk lagu nih, Yazer membawakannya dengan agak baik, tapi still tak cukup. Persembahannya yang bersahaja, dan simple begitu menyenangkan mata untuk kita menonton selain daripada air muka dia yang jernih tuh. Good interaction dengan rakan2 atas pentas, nampak hidup suasana kampung yang nak ditonjolkan. Tapi setiap patah ayat lagu tersebut dia tak sampaikan dengan betul, dia hanya nyanyikannya. Dan I agreed with the lovely Cikgu Syafinaz yang bau rock kat vokal dia perlu dikurangkan sebab agak kasar bunyinya. Anyway, still a gud show to watch, taklaa menghampakan...

Akma - L.O.V.E
Adehlaa....actually I was expecting more laa. But for me, sepertimana Amy, aku tak meletakkan sepenuh kesalahan kat bahu dia. Bagi aku, the music tak begitu meriah dan happening sebab I was expecting sound (dan kemeriahan pentas) yang voguethevast macam the one yang kita boleh tonton kat babak2 dalam filem Chicago. Okay, maybe over lak expectation tuh. But yet, memang Akma pon masih macam malu2 kambing nak all-out kan segala keseksian dia walaupon pakaian dah seksi abih dah (bagi orang macam dia laa). Setuju dengan tulisan SM, dia tak membuat scat untuk menambah perisa dan feel jazz kat lagu nih menyebabkan banyak ruang kosong dalam persembahannya. Berdasarkan AF2 dulu, mengambil kata2 Kudsia, Edlin adalah orang yang mempunyai feel jazz yang agak kuat dan pandai scat (ramify Edlin juga sedap didengar). Persembahan vokal Akma macam biasa memang sedap tapi secara keseluruhan, this is not on the top list of her best performances.

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

Kefli - Seksa
Agree with Mr. Fauzi Marzuki, seksa melihat Kefli menyanyi, seksa juga mendengarnya. Suaranya mempunyai potensi untuk membuat orang irritated dan tutup telinga kalo tak dijaga dan dikawal dengan baik. Kesumbangannya memang kedengaran at some parts, tapi lebih mengeruhkan keadaan bila kadang2 notes yang diproject lari, tinggi, dan menyakitkan telinga. Lagu Mungkin masih lagi merupakan persembahan vokalnya yang terbaik setakat nih disebabkan kawalan vokal yang bagus. Walaupon dia begitu bersungguh2 memproject suaranya keluar, tapi tak dicontrol dengan begitu hensem menyebabkan ia jadik shaky. Lenggoknya pada lagu nih agak sedap dengan lenggok2 irama Malaysia tapi itu tak membantu untuk menyedapkan dan menaikkan mutu persembahannya kali nie...

Marsha - Tunggu Sekejap
Now this is what I've been waiting for! Inilah Marsha yang aku carik selama nih. Keyakinannya dari mula2 dapat lagu nih mungkin sangat membantunya untuk tak langsung bersikap negatif this week. Itu yang dia perlukan sebenarnya, confidence. Projection vokalnya lebih meyakinkan kali nie, kedengaran lebih jelas dari minggu2 lepas. Walaupon dah biase dengar versi Jac, live and album version, namun itu tak mengganggu aku untuk terus menikmati setiap inci persembahannya, vocally dan visually. Plus Marsha dah memang born sexy in every single way. Itu banyak juga membantu. Segala tindak-tanduk dan gerak-geri dia memukau penonton...dan memaku mereka untuk tengok dari mula sampai habis...

Felix - Aku Semut Merah
Macam dilahirkan untuk menyanyi, lebih2 lagi lagu dangdut! Kehkehkehkeh. Plus with the weird gelek dan bontotnya tuh. Adlin menerangkan keadaan yang memang tepat kena kat the most of us, yang kita macam takde reason untuk tidak menyukai Felix. Apa aje yang dibuat Felix sangat mencuit hati (susah susah...!). Orang kate his face was expressionless balik mase lagu nih, but itu adalah penghayatannya sebenarnye. Lagu dangdut yang sedih, itulah jadiknya. Orang jadik confuse, sepertimana yang jadik kat Amy dulu mase lagu Sesalanku. Gelek Felix sangat disukai semua orang and thank God, dia sangat bijak mengawal tingkah-lakunya untuk tidak over bergelek atau cuba meraih perhatian penonton. Semuanya memang cukup2, dan fits all. Walaupon kedengaran his voice was like suara tersepit macam si Iwan Dangdut tuh, tapi still, boleh diterima jugak...

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

Reza - Senandung Semalam
When we expected seseorang tuh nak keluar dah, dan kita sendiri pon dah rase it's enough for him, macam dah takde mood sangat dan tak teruja pon nak tengok performance dia. But still nasib baik mood still ade untuk terus menonton sampai habis, sebab memang Reza banyak idea untuk mencorakkan persembahan dia. Kepala dia penuh dengan ideas yang boleh digunapakai, kalo digunakan pada masa dan tempat yang seswai. Selendang ijau tuh bole diterima tapi it will be a no no no kalo digunakan sepenuh mase. Vokalnya walaupon agak sedap dan kedengaran unik dan langsung tak terikut gaya Jamal, namun still tak punya kick untuk membuat kita Wow! Kekuatan vokalnya tidak meyakinkan. Hanya another show to watch jadiknya. But the expression muke dan penghayatan, memang aku bagi markah tinggi sebab memang terserlah riak mukanya yang seswai untuk lagi nih.

Ekin - Antara Dua
Ada lagu yang sememangnya dicipta khas untuk sesorang penyanyi tue. Dan Antara Dua nie memang specially untuk Farah. Bila Ekin menyanyikannya, sedikit sebanyak orang akan membandingkannya, apatah lagi bagi yang dah biasa follow show2 Farah. Suara Ekin naturally memang sedap, tapi besar, berbanding Farah yang suaranya lantang (and nyaring) plus range vocal Farah lebih besar. Ekin dilihat tak berapa nak sampai untuk mencecah the high notes. Dan attitude sangat2 diperlukan dalam mengekspresikan lagu nie sampai ke penonton. Ekin nampak bergerak lincah, tapi feel dan makna lagu tak connected dengan viewers. Ade parts pitchy dan nafas tak cukup dan berlakulah kesemputan yang terang dan jelas. Energynya tak konsisten, sekejap on dan off. Kemunculan dua jejaka terhangat di pasaran kunun2nya itu berjaya memberikan colours pada performance nie dan memberikan tenaga dan aura yang lebih kepada Ekin. Tapi tak berapa ditangani dengan begitu bijak oleh Ekin sebab dia hampir2 diover-shadow oleh mereka. Just another show to watch...

Idayu - Tiada Lagi Tangisan
What can we expect more from the best singer (technically) in AF3 nie? Vokalnya takkan sesekali menghampakan kita. No pitchy parts, takde ke laut atau ke longkang mahupun ke Tesco sekalipun. Maybe dia memang ade advantage sebab dia belajar music secara formal di UiTM (and Syafinaz is one of the tutor) tapi itu tak perlu dipertikaikan sebab biarlah dia ade apa2 advantage pon, itu rezeki dan haknya. Setuju dengan Adlin (again) yang persembahan Idayu yang minimal dan berpada2 itu memang mencantikkan lagi performance dia selain teknik dan kelunakan vokalnya. Penghayatannya baik dan feel berjaya sampai kepada audience. Biarlah orang nak kate pasal apa identiti dan keunikannya yang kurang menonjol tapi itu bukanlah isu yang besar, cuma ia jadi besar sebab ini Akademi Fantasia. Apa2 pon gud luck to Idayu di luar sana...

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

Amylea - Don't Know Why
Tak sia2 aku meletakkan Amylea sebagai my favourite. She done it again, and again. Semua performancenya membanggakan, menunjukkan prestasi yang sangat konsisten (setakat nie). Agree with SM (again) yang startingnya mengingatkan aku pada performance Fantasia Barrino untuk Summertime (which is the all-time favourite untuk segala persembahan realiti show) tapi bab baju tue tak ingat plak. Vokalnya memang sangat suit dengan genre lagu, pasai tue la budak kecik nie suka sangat dapat lagu nie. Startingnya sangat memberi impak dan ia tidak berakhir dengan cepat malah energynya begitu konsisten bertahan sampai lagu abih. Suaranya yang penuh attitude tue lebih membantu untuk mewarnakan lagu nie. Pergerakan yang minima, persembahan simple dan tiada gimik yang macam2 membuatkan segalanya cukup. Well done, dan harap dia berjaya mendapat tempat di Final. If you're looking for a performer with voice of a nightingale, then do vote for her...

Aidil - Suratan Atau Kebetulan
At first, I believe this song sangat seswai dengan vokalnya. But Aidil let me down, sorry to say. Nampak macam dia memang tak pernah dengar lagu nie, which is weird sebab, entahlah, kate songwriter tapi Kenny, Remy ngan Martin punyer lagu takkanlaa tak pernah dengar? Tak tau laa sama ada dia sengaja bermain dengan tempo dan beat ataupon dia memang tersilap masuk, namun itu langsung tak membantu malah merosakkan serba sedikit lagu yang sedap nih. Mukanya sangat kosong, feel langsung tak terpancar dari mukanya, apatah lagi nak connected dengan feel penonton. Suaranya kadang2 terlari ke laut bila high notes especially. Setuju dengan Cikgu Siti Hajar yang suaranya ade identiti dan personaliti yang baik, sopan santun dan obedient, namun jika bakatnya sebagai penyanyi tak diasah dan diusahakan dengan betul, takde maknanya. Yup I'm starting to like his personality tapi kalo bakat dan persembahannya tak convincing, he has to go. Mungkin ini boleh dikira sebagai his worst performance setakat nih.

Mawi - Nour El 'Ain
Setakat nie, ini mungkin persembahannya yang terbaik jika di evaluate secara keseluruhan. Tak dinafikan lagu nie yang kena dengan porte nya memang membantu, tapi sepertimana advantage Idayu, itulah kelebihan Mawi yang tak perlu dipertikaikan lagi. Bukan senang nak membawakan sebuah lagu fully Arabic kalo takde asas yang kuat. Cubalaa kasik lagu nie kat orang lain di AF3 tuh, mungkin boleh tapi tak fluent dan bau2 Arab mungkin takkan kedengaran. Walaupon pergerakan Mawi masih lagi kayu dan tak all-out, namun improvementnya boleh dibanggakan. Dan gerak silat yang ditunjukkan tue memang dah diberi kelonggaran oleh Cikgu Linda sendiri so takyah nak bising2 lagi, walau seswai atau tak. Bagi aku, itu the last resort sebab daripada dibiarkan kosong lagi baik buat tue. Sebutan2nya begitu meyakinkan sampai kalo orang yang tak paham Arab langsung pon akan angguk2 geleng2 jugak. Dan interaksinya dengan penari2 latar juga bagus, hasil daripada usaha dan latihannya yang agak baik. Mawi dah pandai menari laa sekarang...

Menuju Puncak Version 3.3 - We Had Enough

Image hosted by Photobucket.com

Okay, that's enough. Mawi dah catch-up, Felix dah lembut, yang lain2 dah okay. Everything was there, so kita mahukan perubahan dan improvisasi. Gerakan versi AF3 nie sangatlah simple dan bohsan atas alasan budak2 susah nak catch-up, but now semua dah, so let's move on to the next level. Kita dah tak perlukan gerakan tangan yang banyak melambai2 lembut, putaran alam berpusing2 yang tak patut dan etc. Semalam di Plaza Angsana JB semasa lagu Menuju Puncak dipersembahkan, nampak betul perbezaan AF2 dengan AF3. Farah, Zarina, Anding, Edlin dan Mas menyanyi dan menarikan sekali lagu tersebut dengan begitu meriah dan penuh warna manakala Fuad walaupon dibantu oleh Anding, masih lagi nampak kosong, kucar-kacir dan takde makna. Need I say more...?

The Elimination of the Tibeet Tibeet - The Hiccup

Image hosted by Photobucket.com

My prediction out, everybody's predictions pon out. Cuma prediction yang main2 pulak yang jadik betul2. Dengan nada gurau, me and frenz pernah meramal penyingkiran Idayu sebab familynya yang dah pokai akibat dirompak ari tuh. Tapi betul2 tak sangka itu terjadi. I was a lil dissapointed dengan keputusan ini tapi tak ralat atau tak puas hati sebab this is Akademi Fantasia di mana semuanya possible.

For me, memang konsert Final perlukan Idayu sebab kita mahukan konsert Final yang berkualiti tapi bila kita sebut AF, that means yang ini bukan sekadar pertandingan menyanyi (and I say Syafinaz tak berapa tepat dengan statementnya) sebab AF sememangnya bukan sekadar a singing competition, tapi sebuah pertandingan keseluruhan, iaitu bakat dan personaliti. Dan tak tau di mana silapnya, personaliti Reza yang betul2 tercalar dapat diselamatkan tapi Idayu yang berjaya sedikit sebanyak membersihkan imejnya dan merangkul gelaran Ratu Sopan Santun tak berjaya survive walaupon undiannya tinggi pada awalnya.

Ketika group terakhir yang dipanggil ke depan iaitu Idayu, Marsha dan Ekin, aku sebenarnya lebih rela Ekin yang dicantas sebab berbanding dengan yang dua lagi tuh, mereka lebih kuat dari segi bakat dan 'nilai jual-beli'. Sorry to say lah kan, walaupon aku sendiri minat gak kat Ekin tapi kita kena telus dan tegas. Dan jika dinilai dari segi persembahan malam tue, memang Ekinlah yang paling corot skali. Tapi ape2 pon penyingkiran Idayu membuatkan semua tersentap dan boleh membuatkan masing2 berfikir yang sekarang, sape2 boleh terkeluar, anytime. Okay, maybe Felix dan Mawi mungkin jauh ke depan, but who knows? Mas dan Linda dulu pon macam tuh jugak kan? Lalalalala.....


Cahaya Tinggi (Highlights)
  • Ramai bintang2 AF lain datang memberi sokongan.
  • Mawi antara percaya atau tak dengan Berita Astro tuh (nampak jugak pembaca berita tuh macam tahan gile gelak)
  • Wardrobe Astro semakin galak dengan pakaian2 seksi. Tolonglah!
  • Osman Kering and Harun Salim Bachik really funny!
  • Penyokong2 Mawi havoc sangat...
  • Ketiadaan Kudsia kadang2 nampak elok but sometimes rase kosong jugak?
  • Camera works tak berapa memuaskan penonton TV.
  • Syafinaz memang daring.
  • Ape lagi?

6 comments:

tiade_ko$ said...

Alahai...aku taktau nak cakap camne pemikiran pengundi2 sms kat mesia ni..stakat ni yang tersingkir sumer yg best2, ada bakat, tak macam AF1 yg mana yg tidak begitu berbakat di'rehat'kan dari meneruskan aktiviti akademi di minggu2 terawal.

Agaknya, selepas keluar berita umah family dia kene rompak, mentaliti penonton dah dipengaruhi...." wahh...ni anak org kaya ni, buatpe nak undi lagi..bapak dia leh kasi kete tu..", "alahhh, abang dia kan jual prepaid, tak payah undilah family dia pun da mampu nak undi dia.."..bla bla bla..

Naper ek naper ek...??

Minggu depan nak pi tengok konsert kat Dataran Putrajaya ler..huhuu...hmm..tersingkirnya Idayu, aku terpaksalah meng'consider'kan nama Yazer untuk meneruskan perjuangan ke Top5 bersama Amylea,Akma dan 2 lagi student yg memang takkan tergugat sampai ke peringkat akhir - Mawi + Felix... Apapun ni just pilihan aku, tatau ler rakyat Malaysia yg lain kan..huhuu..realiti realiti...

P/s: Errr...En.Reza tu nak simpan sampai bila ek..sukalah dia Idayu da takde, tapi nemesis dia si Amylea still ada...ahakss...go go Amylea!!

tiade_ko$ said...

erkkk...aku tulis yazer ke? alamak..correction...aku boh dia under my waiting list ler..huhu..nak Marsha la gi Top5, tapi dia kenelah belajar sebut ikut slang org kita...kenela pandai komunikasi kalu nak jadi artis ni...jangan main belasah jer..huhuuu

Anonymous said...

idayu....

mistery!! said...

agree with u about yazer..mggu ni dpat lg jamal lak.rsnya x der mslah.tingin nk tgk dia nyanyi lg2 rnck lak.kru ke..huhaha

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. femdom chicago http://www.venlafaxine-8.info/Montgomery_sa_1995_venlafaxine.html venlafaxine and generic Gmc truck parts ecu free nasty anal Ice cream makers retail Hotel and business management schools Honeywell he160a humidifier dishwasher digoxin asthma remedies Belk jelwery of sterling silver loop earrings 1994 toyota camry carburetor center for pain relief webster

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it here