Friday, June 17, 2005

Scandals & Politics Part Three...

Sigh...

Image hosted by Photobucket.com

Please Bring back The Magic...

Semua orang dah tengok the Diaries. Masing2 ada penilaian sendiri. Persoalan yang timbul, dimanakah magik yang selalunya kuat pada musim2 lalu, di AF3 nie? Ramai yang berkata, mase tengok AF2, mereka boleh lupa AF1 sekejap. Tapi bile AF3 ditonton, kenape tak boleh lupa AF2? Apa silapnya? What is lacking? Friendship, the bond, ikatan yang kuat itulah yang semakin hilang. Something yang sepatutnya semakin kuat kenapa semakin lemah dan terlerai?

There's a lot of possibilities dan hipotesis yang dibuat. Mungkinkah hadiah yang lumayan dan fame yang dikejar2 oleh mereka semakin mengaburkan mata masing2? Adakah semangat juang dan daya saing yang terlampau telah menghilangkan semangat kekitaan, ikatan kekeluargaan yang selalu disebut2 dalam siri AF nih? Sifat mementingkan diri sendiri makin tebal? Aku-Aku, Kau-Kau, itu yang mereka fikir? Kau orang kampung, aku orang bandar, tak boleh 'masuk', itu yang dalam fikiran diorang? Aku lagi tua, aku lagi matang, apa yang kau tau, itu yang diorang gembar-gemburkan?


Mungkin, inilah yang membuatkan AF semakin real, sesuai dengan konsep realiti TV. Tapi adakah ini yang kita nak, untuk jadi bintang ciptaan kita? Mungkin tak ini semua hanya rekaan? Diorang hanya berlakon? Sanggup ke diorang memburukkan imej sendiri semata2 nak menghidupkan rancangan nih? Aku tak sanggup. Bayarlah banyak mana pon, dignity perlu dijaga. Sesiapa pon aku rase tak sanggup. Mungkin ini salah satu jawapan bagi mereka yang rasakan diorang nih berlakon...

Kalo diorang tak berlakon, apa yang membuatkan diorang semakin lupa diri? Diorang lupa kamera ada di sana sini? Mengapa sampai berlaku pergaduhan? Ego. Itu benda yang ko buat macam mana pon, benda tu lah yang paling melekat dalam diri. Itu lah dia benda yang telah merosakkan Akademi Fantasia...

Image hosted by Photobucket.com

Realisme Mengatasi Persahabatan?

Satu benda yang tak lekang daripada sifat manusia, lebih2 lagi, orang Malaysia, orang Melayu (no offence, aku pon Melayu), mengumpat, menghina, merendah2kan orang lain, dan menikam dari belakang. Ask yourself, pernah tak korang buat salah satu? Paling lekeh pon mengumpat laa ye tak? That is the realism yang ingin dipaparkan dalam musim nih. Itulah yang produser nak, sebab musim2 sebelum nih, tak ada pon. Semuanya indah belaka, dengan semangat kekeluargaan yang cukup kuat. Tapi bila realisme mengatasi persahabatan, the effect adalah long-term...

Kat dalam tuh, kalo diorang buat perangai tapi banyak penyokong, bila dah keluar, boleh ke carik makan lagi? Okay, kalo laa yakin sangat dengan bakat yang ada (kalo ada laa), tengok laa bintang2 before nih, atau artis sedia ada. Realiti yang lebih real ada di luar sana. Can you just play well? Tidak. Ego lah penghalangnya. Busuk hati lah penyebabnya. Dengki lah pemusnahnya.

The Characters and The Drama

You've seen it, you've heard it, apa yang berlaku kat Elliza. Dengan Diari2, Xtra, dan mp3 umpatannya tuh. Attitude is the biggest quality yang dinilai penonton. Now, it's maybe Reza's turn!

Apa yang berlaku di Diari? Kenapa Reza marah Amylea? Kenapa Reza bergaduh dengan Idayu? Kenapa budak2 laki tak suke Amylea? Betul ke semua budak lelaki tak suka Amylea? Kenapa Reza terlalu bersifat diktatorisme? Kenapa Reza berlagak ketua? Kenapa Idayu kasar? Banyak lagi kenapa....

Bagi aku, Reza yang berlagak 'abang' di Akademi, adalah patut juga. Sebab macam mana pon, kite kena ada seseorang yang bertanggungjawab dalam sebuah kumpulan. Kat mana2 pon macam tuh. But one thing, abang itu juga manusia biasa. Manusia, banyak kekurangannya. Ego Reza yang membuatkan dirinya bersifat diktator telah sedikit sebanyak memberikan kesan yang buruk kat imejnya. Now, orang makin lupa dengan latahnya, dengan lawaknya, kerana egonya. Kerana sifat kasarnya. Kerana lagaknya. Salah langkah cik abang kita, boleh terkeluar.

Kenapa dimarahnya Amylea sebab menegur benda yang betul? Dapat kita lihat, how imej tak membawa apa2 maksud dengan karakter kita. Amylea yang berimej westernized, penyanyi kelab, tapi still anak abah. Ikut nasihat abahnya, jaga tingkah lakunya, fokus dengan pembelajarannya. Reza, berimej lawak, sederhana, bertanggungjawab, but se what have he done. Berpeluk2 lelaki-perempuan dah menjadi isu besar lepas AF1 dulu, so follow the rules. Sepatutnya Rezalah yang menegur Aidil, bukan marah balik orang yang menegur Aidil. Ironiknya, Aidil relax aje!


Kemudian, dengan Idayu. My otak memberitahu yang Idayu sebenarnya PMS ari tuh. (Hahahahahahaha....Jahat, jahat) So wrong time wrong place, Reza berlaku kasar dengannya. Dengan sifat kasar Idayu jugak (plus her PMS) mana tak bengang pompuan tuh! Macam apa yang kita selalu tengok kat 3R, respect adalah benda yang selalu lelaki take for granted dan terlepas pandang dengan pompuan. He should respect every single manusia yang ada kat situh walaupon dia yang paling tua.

Sebenarnya, from there, the magic of AF beraksi lagi. Idayu ke betul, Reza ke betul, if you played wrong, you'll pay. Idayu jugak mendapat kesan daripada insiden tuh. Dengan menunjukkan the dark side of you dalam Diari, sedikit sebanyak imej akan terjejas. Dan Amylea juga, sebetul mana pon dia, pengundi2 kita terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. And don't expect them to be so smart....

Play wisely...

6 comments:

predascal said...

Hmm...bro...cayalah...berjaya mengupas isu yg hangat...wpun org maybe tertanya-tanya, u ni sapa nak komen2 psl bebudak tu? But the fact is, mmg diaorg tu patut dikomen...blm penah I rs sakit hati tgk AF sejak diperkenalkan..but for this AF3, xtahulah mmg ASTRO bernasib malang ke dpt bdk2 yg sumer ego. They're gonna pay for their attitude once they were out. In fact, they might be out for what they've done! GOOD LUCK!

Anonymous said...

wow.. at least ade le same thinking.. bravo..

Anonymous said...

i like your comments :)

Anonymous said...

AF3 dikatakan mantap but not utk saya. diari AF3 tak ader aper yg special. nothing. itupun nasib felix ader. lawak2nya sedikit terhibur. tpi AF2 kaya dgn nilai kasih sayang. persahabatan. ribuan penonton akan rindukan pelajar AF2... gelak besar farah. kenakalan zahid. budak cermin adam. senyum mengejek kaer. jelas saya rindukan saat za8 jadi tok rimau, bob jadi ibu ayam. za8 & kaer kacau farah... tapi nilai2 tu tiada dalam AF3.... miss so much student Af2

RosmanPositivo said...

thanx 4d responds. mmg af2 sentiasa di hati...af1 dlm kenangan. af3 camaner? kite tgk nnt...

Anonymous said...

Best regards from NY! »