Wednesday, July 27, 2005

Konsert AF3 08 : Entertainment Tonite!

Lalalalalalala....

Korang...sorry giler laa, lambat gile babas nyer update kali nie. Kalo konsert kelapan nie boleh dikatakan konsert yang paling besh, entry/review aku kali nie plak boleh dikategorikan sebagai entry paling lewat! Malah memenangi kategori entry konsert paling lambat antara blogger2 lain. Hahahaha (gelak malu campur bangga tak kena tempat) Untuk pengetahuan semua, dah jugak aku bagitau pada entry yang sebelum nie yang aku dah bekerja skang, dan kerja tue memanglaa sangat time and energy consumingnye. Balik2 umah atau umah kedua memang penatnyer mengalahkan petani2 moden mahupon petani primitif. Pastu lak PC ialah hak milik bersama, takleh conquer sorang2, lagi menambahkan aroma kelambatannya. Papehal pon, skang nie aku nak hapdet, nah amik orang!!!

(Kali nie tak cerita sangat pasal ape2 kat stadium)

The Entertaining Show




Lagu Bonus 01 - Ladki Badhi Anjani Hai
Konsert dimulakan dengan sangat baik! Petunjuk bahawa konsert nie memang merupakan konsert yang paling entertaining. Unsur2 persahabatan, persefahaman, peningkatan prestasi dan abiliti pelajar2 bercampur-baur menjadikan persembahan nie sangat seronok dan full of colours. Aku sangat terkezut dan respect jugak kat Mawi dalam lagu nie, bukan hanya sebab dia turun dan berjoget2 ngan tenaga pengajar, tapi kerana dia mampu untuk catch-up dan sambung dengan tepat step2 tarian selepas balik ke atas pentas! Improvement nie membuktikan bahawa masalah temponya semakin hilang dan dia banyak belajar di Akademi, bukan hanya main2. Kemampuan Amylea menari tarian Hindu juga berjaya mencuri perhatian penonton (aku pon teringat waktu zaman sekolah dan matrix aku juga pandai dan selalu menari tarian tue...hahahaha) tapi perlu lebih banyak belajar lagi, kalo rase nak celen Ramli Ibrahim The Sifu. (my Mak Su said he is my uncle...wah...) Pasal vocal, aku setuju ngan Aznil. At least it was their own voices...



Marsha - Cobalah Untuk Setia
Ya, semua bercakap perkara yang sama. Performance Marsha kali nie kurang memuaskan walaupon tak teruk mana dan sekadar okay saja. Aku enjoy sebab aku memang suke lagu nie. But okay, I agree yang penghayatannya tidak connected dengan audience. Mesejnya antara sampai dengan tidak. Penguasaan vokal was average dan tidak memberikan impak WOW. Memang sedap di telinga tapi so-so laa. Menonton di stadium mampu membuatkan bulu roma aku meremang, tapi aku tau it's not that good. Imej seducer berjaya dikikis sedikit demi sedikit oleh Marsha. Dia nampak lebih matang sekarang di atas pentas, walaupon di Diari masih sama. But that's good actually, kekalkan personaliti tapi tingkatkan kematangan persembahan. Marsha ada banyak aset untuk diketengahkan dalam industri. Cuma dia perlu dibimbing dengan betul oleh orang yang betul. Aku suka Marsha, dan memang mahu melihatnya ke Final. Bukan dengki dengan rezeki Kefli, tapi kalo Kefli menjadi punca Marsha tersingkir next week, aku tak tau nak cakap ape dah...



Kefli - Hati Emas
Satu lagi advantage (atau curse?) bila menonton live, kita boleh layan dan enjoy dengan performances walaupon taklaa sehebat mane. Ya, memang Kefli boleh dikatakan pelajar yang paling kurang potensinya waktu konsert, tapi itu tak menghalangnya daripada membuatkan penonton menyanyi dan menggerakkan badan bersama2! Stadium Malawati jadi hidup. Dia berjaya membawa penonton bersama2 dalam lagu yang dipersembahkan. Setuju dengan my lovely inspiration Yasmin Ahmad, pergerakannya seiring dengan jiwa lagu tersebut iaitu sebuah lagu jalanan, sepertimana jiwa filem From Jemapoh ke Manchestee. Kefli bergerak kesemua arah dan spot2 penting di atas stage, sekaligus membuatkan kita seolah2 meneroka dan mengembara bersama2nya. Tapi hanya setakat itu aje kreativiti Kefli kerana sepatutnya banyak lagi yang boleh dibikinnya. Kalo Aznil ditegur kerana mencuri tumpuan penonton, aku meletakkan kesalahan tue atas bahu Kefli sendiri kerana itu merupakan kelemahannya sendiri. Untuk performance nie aku tak pandang sangat dengan vokalnya sebab persembahannya hidup dan menghiburkan, tapi kita semua dah tau vokalnya tak laa berapa outstanding sangat. Ramai kate dia patut kuar, tapi di Akademi Fantasia tiada term 'patut kuar' tuh. Cuma kehendak kita yang mahu dia kuar. Aku juga berkehendak begitu, hanya atas nama maruah Finale Akademi Fantasia, bukan dasar favouritisme. Masing2 ada pilihan sendiri, even pengetua pon...



Yazer - Mengapa Harus Cinta
Aku sempat berbisik kepada seorang kawan, janganlaa Yazer rosakkan lagu favourite aku nih. Ya, tidaklaa rosak mane tapi tetap tidak memuaskan hati. Dengan masih mengekalkan imej rocknya (tatau nak salahkan wardrobe lagi ke atau dia sendiri?) dengan seluar koyak2 tue, hello? Takleh ke sekali sekala kasik dia pakai smart2 sket. Hisy. Ya, memang dia mempunyai identiti vokal yang tersendiri dan merupakan pelajar yang masih mengekalkan identitinya iaitu Rocker AF. Tapi kalo pengekalan itu berupaya mempunahkan satu lagu yang smooth sailing dengan serak2 rock itu, dia harus menjadi lebih flexible. Mengambil langkah yang sangat safe, tidak mencuba note2 yang mencabar dan menyanyi dengan flat aje. Tak seronok untuk didengar. Aku lebih menyukai personalitinya yang nampak sincere dan baik, daripada bakat dan prestasinya di Akademi. Salah siapa...? Jawab sendiri. Yazer bernasib baik kerana hanya ade Kefli sekarang untuk menutup kelemahannya. Kalo Kefli takde, kredibiliti Yazer sebagai penghibur boleh dipersoalkan...



Mawi - Pupus
Ramai yang menjangkakan lagu yang bagus nie bakal dirosakkan oleh seorang idola rakyat Malaysia yang sorang nie. Siap ade yang cakap2 kat belakang seat aku lagi, yang "...lagu nie sedap, kalo salah nyanyi memang rosak laa..." I agreed with him. But hellyeah, Mawi did make us proud and relieved. Ketepikan soal pakaian badut plus tukang cat Nippon tuh. This performance boleh dikatakan dalam ranking persembahan terbaik Mawi. How he nailed it, and how he made the improvement for the tempo, tue yang kita perhatikan. Vokal authenticnya tue memang kita dah tau. Dengan suara jantannya, dan tempo yang semakin bagus, plus penghayatan yang digambarkan secara virtual reality oleh Kudsia tuh memang betul2 mendatangkan hasil, kerana aku menghangguk2kan kepala aku semasa menonton, tanda berbangga dengan Mawi. Dia dah membuktikan dia mampu ke Final. Juara macam mana? You decide!



Akma - Selamat Jalan Romeo
Aku dah dapat rasakan badi tajuk lagu nie sejak awal tapi aku tetap berfikiran positif hinggalah keputusan diumumkan. Lagu nie dikatakan yang paling mencabar buat Akma, hanya sebab dia kena menari gelek. Okay, plus lenggok vokal dangdut yang sememangnya agak susah untuk dibuat kalo takde didikan yang betul. Akma dilihat telah mampu mengenepikan rasa malunya tue dengan satu step yang paling mengejutkan aku, iaitu step goyang Beyonce tuh! Uisy....itu Akma ke tuh? Yeah, at first I thought it was unnecessary, but itu sebenarnya menolong Akma membina keyakinan dan keberaniannya. Sekaligus membuktikan jugak yang budak baik dan sopan-santun nie boleh transform menjadi Ratu Gelek kalo nak. Dia mendengar nasihat Zainal Alam Kadir yang lalu supaya membuat something yang unsangkarable (mengikut ayat aku) atau sesuatu yang lebih daripada cukup2. Dia melarikan sedikit persepsi kita terhadap dia, atas tiket persembahan dangsut sahaja. Vokalnya sekadar okay, tapi lenggok dangdut tue menjadi jugaklaa. Persembahan yang menghiburkan tapi tak mengeWOWkan. Sayang, sayang...



Amylea - Dua Insan Bercinta
Lawa jugak rambut dia straighten, macam Rani Mukherjee. Tergoda kejap (padahal dah lame tergoda) Ape lagi aku nak tulis tentang budak nie? Every week mesti same...SHE ROXX!!! Aku bangga betul2 dengan dia. Dibantu dengan lighting yang memberi impak, perjalanan persembahannya begitu dirasai penonton. Permulaannya sedikit berbunyi Ella, but then dengan bijak menjadi Amylea sendiri. Ini juga disedari Kudsia. Vokalnya memang asli. Kalo mula2 dulu kita ingat dia Alicia Keys No.2, kini tak lagi. Amylea memang Amylea. Entah kenapa aku terbayang Kid Rock bila menonton persembahan Amylea nih. Mungkin dia betul2 berjaya membawakan flavour rock dalam performancenya? Dengan pergerakan snake charmer yang dikatakan Joe Klubbkidd, aku suka walaupon merasakan sedikit odd jugak. Tapi memang satu kelainan, itu yang nak ditekankan. Apa lagi yang pengundi nak daripada Amylea? Dia dah deliver segalanya daripada mula lagi. If you're looking for an entertainer, dan kalo laa last2 nanti dia tak dapat first, second, atau at least third place, then pengundi bukan mencari seorang performer yang bagus sebenarnya...

Konsert yang ke-8 nie mengingatkan aku kat konsert yang sama di musim ke-2 dulu. Kalo dulu salah sorang fav aku Kaer mendapat peluang berjumpa family, kali nie fav aku jugak yang dapat berjumpa familynya. And satu laie, kedua2nya nyanyi lagu rock. Suratan atau kebetulan kata Aidil...



Felix - Hukum Karma
Mungkin bukanlaa persembahan vokal yang terbaik malam tuh, tapi aku berani bet it was the performance of the nite! Aku tak laa sefanatic audience2 lain yang betul2 carried away dan layan hangguk2 geleng2 sama2, tapi aku faham keadaannya dan perasaan diorang. Memang rock habih, lebih rock daripada rocker AF (jangan mara...huhuhuh) Daripada view aku, dah nampak macam gig liar mane tah, sebab nampak tangan2 terhayun2 ke atas dan ramai yang layan head banging sendiri dan menghentak2 kaki. Itulah bukti yang aku amik untuk meletakkannya sebagai performance of the nite, bila penonton2 semua sangat terattached dengan show nya. Tapi aku terkilan sebab bagus macam mane pon, please, aku betul2 kecewa penonton boo Syafinaz bila dia cuba memberikan kebenaran. Truth hurts, terima laa weih. Aku rase macam nak capai mic dan menjerit "...shut up! Aku sepak korang sume kang nak?" Komen Kudsia yang sedikit terlampau tue laa yang memberi lesen kat diorang buat camtuh. Aku sendiri sedar pada sesetengah note dia bukan perfect pon. Ini sampai macam dah betul2 sempurna lak Kudsia gambarkan. Dia memang gegarkan stadium dan buat orang sume enjoy, but it wasn't that perfect.



Lagu Bonus 02 - Sri Langkat
Tak macam Ladki, persembahan nie tak begitu menarik perhatian. Bukanlah satu persembahan yang akan diingati sangat, kalo nak banding dengan Medley Joget AF2 dulu (that one was really happening!!!) Dengan jumlah pelajar yang tinggal sikit, dan ketidakseimbangan lelaki-perempuan, keharmonian persembahan dan vokal tak menyerlah. Setuju dengan SM, kalo difokuskan betul2 pasangan2 yang menyanyikan rangkap2 tertentu momentumnya lebih kuat. Sebuah persembahan yang boleh dienjoy, sekadar enjoy ajelaa...

Menuju Puncak Version 3.7




Takde ape2 yang nak diperkatakan sangat pon. Apa yang specialnya ialah Amylea mengekalkan tema malam tuh dengan pergerakan tarian Hindu tuh. Quite good.

The Frustating Elimination?



Aku semacam begitu yakin, atau mengkehendakkan penyingkiran Kefli minggu nie. Setiap kali ditanya pendapat tentang penyingkiran memang aku akan sebut Kefli walaupon hati kecik aku mengatakan yang dia akan diselamatkan jugak. Akma juga dalam waiting list aku cuma kehendak aku yang kuat meletakkan Kefli di tempat paling bawah on my list. Sedikit sebanyak aku tergamam bila nama Akma disebut. Bukan terkejut tapi semacam terasa satu frustation. Kehendak aku meletakkan Akma di atas Kefli, jadi bagi hati aku Kefli yang ingin dikeluarkan dulu sebelum Akma. Datang dengan rakan2 yang mempunyai favourite yang berlainan membuatkan aku relax aje walaupon tergamam tuh masih takleh reda. Dari segi bakat memang takleh laa kita nak pertikaikan tentang Akma nih. Semua orang tau dia memang boleh nyanyi. Cuma isu X-factor tue aje yang diheboh2kan. Then kuar skandalnya dengan Felix, ramai yang suke, ramai jugak yang nyampah kate itu strateginya untuk mendapat perhatian. Dan kita jugak dapat saksikan dalam AF3 nih semua couple2 tak sempat nak jadik betul2, mesti salah seorang akan kuar. Teori Konspirasi?


Last Words

Apa2 pon, kalo next week nye konsert Kefli masih terselamat, itu akan menjejaskan kredibiliti Konsert Final AF3 nanti. Aku bukan mengatakan nie dengan sewenang2nya, sebab aku takde apa2 masalah menerima Kefli. Cuma peluang dan tanggungjawab undian itu perlulah kita amik serious sebab yang akan menonton konsert Final tuh nanti kita jugak. Memang laa duit masing2 suke ati nak buat ape, tapi kita cuba bezakan duit yang jumlah yang sama, kita pilih untuk beli Coke, atau beli susu segar, mana lebih mendatangkan khasiat...

Saturday, July 23, 2005

Signboard : Kawasan R&R...

Sigh sigh sigh...

Diz week korang nampak betapa kosongnya blog aku nih. Yups, aku terpaksa memperlahankan aktiviti2 internet, mahupon aktiviti2 hiburan, mahupon segala benda2 yang selalunye aku buat. Ini kerana aku skang dah ade karier yang perlu aku berikan segala fokus dan memang time consuming, dan jugak energy consuming. Eceh, bunyi macam kerja ape tah ye dak? Padahal kerja biase je, tapi mmg sampai susah laa nak hapdet blog nih. Sorry laa banyak2.

Tapi dalam kesibukan aku tuh, sempat jugak esok, Sabtu 23 July aku pegi Stadium Malawati tengok konsert. Abih kojo je den terus berushing gi. Adehlaa. Hope to watch a better performances from the students laa kan. Penat2 kita datang and pay for it. Ahadnye plak keje laie. My God. I have to make myself comfortable untuk suit ngan situasi nie skang. But in the meantime untuk menyempurnakan kewajipan sebagai blogger. Paling2 busuk pon hapdet konsert je pon bole laa. Tue pon dah parah dah tue.

Thanx and sorry kepada sape2 yang sudi melawat blog nie selama nie. Don worry, I'm still blogging. Akan cuba jugak curi masa. Sorry laa kalo lambat sket tuh kan. Jumpa esok!

Sakit kaki nih....

Tuesday, July 19, 2005

Konsert AF3 07 : Friendship

Hmmm......

(Review kali nie disertakan sekali dengan cerita2 aku di stadium. Harap maaf kalo ia meleret2. Juz scroll down untuk skip those junks, or press the X button kat bahagian atas skali kanan untuk close. Thank you)

Cerita Before Konsert

Sampai stadium petang, boleh dikatakan awal. Aku terkezut, memang terkezut. Cuma tatau bercampur ngan marah ke, kecewa ke, sebab melihatkan suatu eksploitasi besar-besaran. Mawi telah dieksploitasi oleh peniaga2 kecil yang nak senang dan untung dengan cepat dan mudah! Terlalu banyak gerai yang menggunakan nama dan visual Mawi pada produk2 mereka. Boleh dikatakan sepanjang laluan gerai2 tuh, korang boleh tengok pelbagai jenis t-shirt, merchandise dan even makanan/minuman yang memperagakan Mawi sebagai jenamanya.

Berkesempatan melepak kejap di gerai Mawi FC dan jumpa AwekSahri aka AwekGemuk aka AwekMawi aka Fattymah (yang masuk TV tuh) juga Juan (yang semakin comel :p ) juga beberapa committee Mawi FC. Diorang jugak melahirkan rasa terkilan sebab terlalu banyak peniaga yang gunakan nama Mawi. Sebabnya minggu2 lepas peniaga2 nie gunakan strategi menciplak t-shirt Akademi Fantasia yang dijual Astro, tapi tumpas setelah dirampas pihak berkuasa. Melihatkan gerai Mawi FC aje yang dibenarkan pihak tuh, diorang pon terus gunakan Mawi untuk produk mereka. Isy....


Cerita Stadium

Masuk stadium awal, so sempat ke surau for Maghrib. Jumpa Uncle Azizan, Daddy Amylea (ayahku! heheheh) dan sempat amik a few snaps with him. Then jumpa jugak Mama Aidil yang tengah meluahkan rasa lucunya "...anak kita yang masuk kita pulak yang lebih2..." selepas ramai yang tangkap gambar dengannya. Then jumpa Faiz Alienaet kat surau. At last we met Faiz! On the way balik ke seat, I stunned, hidung rasa nak berdarah sebab nampak sesuatu yang boleh dikira salah satu the most beautiful creature on Earth : AMY. She IS gorgeus. Elliza was there smiling and we were saying Hi to each other but my eyes were caught kat Amy sahaja. Plus memang me and Elliza dah pernah jumpa before so tak heran sangat. Hahaha. Lepas sampai kat seat everybody were saying the same thing. Me, my frenz and beberapa family yang kitorang baru kenal pon agreed. Konsert minggu 8 nanti I have to se her again...hehehehe....

Cerita Konsert (Reviewla)



Kefli - You To Me Are Everything
Menonton di stadium membuatkan aku enjoy dengan semua performance tidak kira persembahan tersebut best, sederhana atau hancur. Aku tau, aku dengar pitching Kefli memang ke laut, tapi aku tetap bertepuk dan bersorak sebelum dan selepas persembahannya. Apa yang melegakan, flow persembahan Kefli berjalan agak lancar sebab kalo diikut daripada peningkatannya dalam latihan, memang merisaukan. Tapi flownya smooth. Apa yang buruknya, vokalnya semacam tiada peningkatan langsung. Sama saja setiap minggu kecuali untuk Mungkin dan Berhenti Berharap. Sebutannya walaupon tidakla membanggakan tapi agak baik daripada mula2 dia dapat lagu nie. Agak ralat jugak sebab aku menyangkakan penguasaan Englishnya bagus, melihatkan gayanya dan keadaan keluarganya. Walaupon prestasi dia di Akademi tak begitu memberangsangkan tapi silap2 dia boleh sampai ke Final. Quote kata2 Zainal yang kecomelannya menyelamatkannya. For me, I want to see him kat bawah masa Final nanti. No offence.

Akma - Bertakhta Di Hati
Aku dah tau yang lagu nie sememangnya sangat seswai dengan vokal Akma. Ballads memang batu loncatan untuknya mendapat markah tinggi daripada pengkritik dan pengundi. Bermula dengan sedikit tergelincir tapi dengan lajunya Akma membetulkannya dan kemudian membawa audiens ke dalam ruangnya. Sweet. Cara persembahannya nampak professional. Macam ada chemistry antara dia dan pentas. Then lampu disuluh ke arah Felix yang bersusah-susah bergegas ke atas tangga sebelum turn dia melakukan second voice untuk chorus. Felix sememangnya pelajar lelaki yang paling pandai membuat harmonizing. (Sebab dah pernah buat album ke?) Dan juga, dia sangat humble dan tahu macam mana meletakkan diri sebagai back-up. Tak perlu mengover-shadow penyanyi utamanya. Akma semacam ada satu keserasian dengan Felix. Perhubungan diorang dalam lagu nie nampak ada impak. Pergerakan walaupon minimal tapi still connected dengan audiens. Tahniah! Vokalnya dah cukup matang, cuma perlu berani membuat the unexpected. Setuju dengan Zainal lagi, Akma should give more, next time maybe...



Amylea - Penawar Rindu
Erma Fatima pernah berkata pada Bob dulu "...awak menyanyi macam awak makan..." I should say that to Amylea. But Amylea patut dapat lebih kredit sebab dia tak makan macam Bob :p Apa lagi yang nak diujikan pada budak kecik nie? Juz say it, dia akan menghiburkan kita semua dengan stylenya sendiri. Lihat aje gabungan irama ghazal dengan vokal uniknya yang berbau R&B tue. Memang tak segah Zarina atau Rosma masa mereka menyanyikan lagu irama etnik masing2, tapi ade class nya yang tersendiri. Tidak melakukan improvisation yang mengarut sebab dia tau yang itu akan jadik mengarut. Dia tau untuk menjadi moderate. She juz go with the flow. Kagum dengannya sebab dapat mengalunkan lenggoknya yang tersendiri yang memang merdu. Dulu, aku pernah risau kalo2 dia memang tak boleh carry lagu2 berirama etnik, but she proved I was wrong. I have and I will never regret meletakkan dia sebagai favourite no.1 aku...

Yazer - Nazraku
Chi seen ah! Aperlaa Astro nih. Yes, I'm blaming the production bukan kat Yazer sendiri. Tau tak ramai yang boring dengan song selection untuk budak Rock Steady nih? Aku dah mentioned beberapa kali dah. Blom kire orang2 lain laie. Adakah memang dia dimanjakan? Atau sememangnya Akademi nak lahirkan seorang Rocker sejati macam Bo Bice? Tak salah kalo nak lahirkan rocker tapi masyarakat Malaysia dah dididik dengan abiliti untuk menjadik versatile dalam Akademi Fantasia. Ujilah dulu, dah kuar nanti suke hati laa nak jadik rocker ke hape. Take Zahid as a good example. Again, aku tak blame Yazer but the production. Dari Prelude (Prelude takpe pilihan sendiri) sampai minggu ke-7 dah nie, tak lari jauh sangat dari fortenya. So tak banyak benda yang nak review performance dia sebab lebih kurang aje. Cuma kali nie lebih bertenaga sket. Dan kali nie stand mic digalas bukan ditendang atau ditolak. Persembahan yang memang bagus, aku tak nafikan. Vokal juga okay, cuma sebab lagu yang rancak, dia jadi mengah sket.



Ekin - Maafkanlah Pemergianku
Lagu sebegini sebenarnya seswai dengan vokal Ekin, lebih kurang macam lagu Mimpi Sedih. Kalolah dia memberikan 200%, atau at least 100% pon, dia akan membuatkan kita bertepuk sambil menitiskan airmata. Tapi dia tak. Dia tak pernah pon memberikan kita lebih. Aku hanya betul2 puas dengannya untuk Let's Get Loud. Jika diteliti, range vokal Ekin agak besar sebenarnya. Suaranya besar, so dia ade kelebihan pada low note. Dan advantage padanya sebab high notenya juga agak baik. Bukan semua orang dapat kelebihan nie. Tapi dia memang tak mengambil peluang dengan bijak. Dia tak betul2 serious dalam perjuangannya. Jadi persembahannya jadik hambar, mencerminkan kesungguhannya yang rendah. Orang sedih dengan pemergiannya hanya kerana ikatan mereka di Akademi baru saja terjalin dengan baik...

Mawi - Oh Fatimah
Macam sengaja aje production memberikan lagu2 dengan tajuk nama2 perempuan kat Mawi. Tapi tue tak jadik hal. Yang jadik hal ialah gerakan kepalanya yang hangat diperkatakan kat blog2 dan Astro@15. Memang agak odd sebab gerakannya tak seiring dengan tempo lagu. Walaupon tempo Mawi sememangnya improve betul kali nie, gerak kepalanya memang lari beat. Orang akan kate itu tak jadik hal tapi dari sudut persembahan penonton boleh jadik kurang selesa dengan ayunan kepalanya tuh. Tapi boleh dikira sebagai minor aje. Vokalnya baik. Takde benda2 yang tak elok. Juga takde benda yang wow sangat. Cuma dia telah menunjukkan bahawa vokalnya ade identiti, hanya perlu pandai digunakan dengan optimum, which is belum dibuktikan laie. Dia perlu belajar dengan bersungguh2 untuk mengoptimumkan penggunaan suaranya untuk memukau semua orang, yang minat dia atau tak. Persembahannya agak longgar sebab "...awak tak move!" bak kate Adlin. Memang dia tak move kecuali pada bahagian break/bridge. Kalo dia gigih belajar menari dan membuktikannya di atas stage, he'd be the man...



Felix - Fantasia Bulan Madu
Seriously, arrangement baru lagu nie sememangnya aku suke. A big clap to Sham. Dia menjadikan lagu nie begitu besar. Walaupon Felix mampu untuk memikul kebesaran lagu nie tapi dia tidak bergerak seiring dengannya. Expectation aku untuk performance nie memang tinggi. Tapi Felix menjayakannya dengan begitu bersahaja, and did a very safe one! Sedap sahaja tak cukup Felix. Walaupon dengan backup ala2 gospel yang meremangkan bulu roma pon tak cukup memberikan umph untuk jiwa lagu nie sebab karakter utamanya tidak memberikan punch yang cukup. Macam sebiji burger yang sayur2annya segar dan lazat, rotinya empuk tapi dagingnya tak cukup masak. Felix sepatutnya melepaskan segalanya untuk lagu nie. Teringat gaya Hani Mohsin dulu berkata "...belasah aje!". Tak dinafikan kawalan vokal Felix adalah yang paling hebat berbanding pelajar2 laki yang lain. Falsettonya cukup terkawal. Penghayatannya juga bagus kali nie. Nampak serious melakukan performance. He was into the song. Sayangnya, kalo dia betul2 lepas geram pada lagu nie, mungkin dah jadik performance of the year dah...

Marsha - Jambatan Tamparuli
Kenyataan S. Atan betul2 mencabar kewibawaan team produksi. Ramai yang sependapat dengannya, including me. Cuma kadang2 Astro sememangnya nak tunjukkan muhibbahnya Malaysia dengan kepelbagaian kaum, bangsa dan agama. Tapi bakat besar seorang pelajar dah dibazirkan satu minggu untuk membawakan lagu nie. Atas nama muhibbah, okaylah, terima aje. Bawaklah lagu ape pon, Marsha tetap seksi menyanyikan lagu rakyat nih. Tak mustahil keluar Akademi nanti dia akan jadik hot stuff walaupon tak menduduki sebarang tempat. (terbayang Farah) Walaupon aku tak paham sebutan2nya tapi suasana persembahan telah membawakan aku ke dalam komuniti masyarakat di Sabah. Macam ayat Kudsia. Bangga jugak sekejap sebagai rakyat Malaysia. Vokal Marsha jelas dan sedap didengar macam biasa. Tiada improvisation dilakukan sebab lagu2 sebegini sememangnya tak perlukan improvisation sangat, macam jugak performance Amylea. Walaupon nampak meriah dengan penari2 jemputan khas, konsep pengulangan dalam lirik dan irama membuatkan lagu nie kedengaran mendatar mendatar mendatar... (Cikgu Ramli)

Lagu Bonus & Menuju Puncak Version 3.6



Bonus - Anekaragam
Tersenyum. Memang enjoy tengok orang lain enjoy. Inilaa yang kekurangan daripada konsert pertama dulu. Kali nie mereka betul2 enjoy all-out. Sebabnya kemesraan betul2 dah berputik. Dalam menuju kemesraan nie laa diorang telah melalui hard times masing2. Aku dah tak pandang pada pitching atau keseragaman atau stamina mereka, sebab energy dan simbol utama konsert kali nie terserlah pada lagu nie iaitu Friendship. Walaupon Marsha tak dapat mic ear-piecenya, itu tak menjejaskan ape2 pon. Inilah yang aku2 tunggu2 selama nie. Satu elemen paling penting dalam siri Akademi Fantasia. Dan elemen penting dalam persembahan lagu2 bonus...

Menuju Puncak Version 3.6
Tak banyak untuk diperkatakan. Another Menuju Puncak yang diimprovise dan dimantapkan lagi pergerakan2nya. Salah satu platform untuk kita lihat perkembangan pelajar2 secara equal sebab masing2 menyanyikannya bersama2.

The Elimination



Suatu eliminasi yang dah dijangka. Juga diungkap oleh Juan masa jumpa sebelum dia keluar stadium. Ekin ialah Sabahan pertama yang terkeluar daripada Akademi Fantasia 3, boleh membuatkannya masuk dalam senarai Fantasia Book of Records. Memang sampai masanya untuk budak kecik nie kuar. Konsistensinya tak boleh kita harapkan. Kesungguhannya tak mencapai tahap yang memuaskan bagi seseorang yang ingin ke Final. Berbeza dengan Idayu dulu, kesungguhan yang tinggi tapi personalitinya sedikit sebanyak menjejaskan undiannya. Selepas nie kita hanya menantikan penyingkiran Kefli maybe?

Cahaya Tinggi dibekukan buat masa nie.

[Credits to Fana, Farah (bukan Farah AF), Atun, Wani, BikWan and Dzareef coz membuatkan aku sampai jugak ke Stadium Malawati Shah Alam for this concert]

Friday, July 15, 2005

SundayNiteLive Zahid & Frenz!

I Say Wo!

(Entry ditaip ketika penulis sedang mamai2 lalat, mengantuk nak titon. Sorry kalo ader typo error)

Petang semalam, Khamis, 14 July ada press conference untuk showcase Sunday Nite Live Zahid & Frenz. Mula2 ingat juz showcase Zahid aje, tapi dah jadik And Frenz lak laa nie. Akan ada Farah, Adam, Nana and kalo ader yang lain2 tue ader laa nanti. PC nie dihadiri jugak oleh Farah, Adam, Sham Kamikaze and Abang World kite, Abang Aman. Showcase akan berlangsung pada 7 and 21 August 2005 nih, tiket dipercayai bereger RM35. Standard price laa untuk Sunday Nite Live. Nak berapa laie.


(Farah tengah mempromote banner showcase which is lebih elok laie daripada banner album tour Zahid ngan Farah tue...)

Gambar2 mase press conference insyaAllah akan diedit cepat2 dan dipostkan ke fotopage aku. Rajin2 laa jenguk yea. Dan entry nie mungkin akan diedit nanti setelah otak berfungsi dengan elok balik. Bolelaa tambah laie info2 ape yang patut.

(Petang esok [Jumaat] aku akan berangkat ke Melaka untuk Album Tour Farah and Zahid. Jom laa gie skali yea?)

Wednesday, July 13, 2005

Santai : Recommendation/Free Promotion

Hahahahaha....

Tengok jela tajuk aku buat. Lepas dah siap editing sume baru sedar macam free promotion lak entry aku kali nie. Ape2 pon, ia cuma benda yang best yang ingin aku share dengan masyarakat Malaysia yang asyik2 berinternet sepanjang mase macam korang nih! Hahahaha (jangan buat2 pandang tempat lain lak)

Winamp 5.093 and The No.1 Skin


(Haaa..nie contoh Winamp skin yea...bukan suruh korang tengok wallpaper yang anggunz tuh...ekekeke)

Before nih aku pernah pakai semua series Winamp and what I found ialah Winamp3 aku rase yang tak berapa user-friendly sangat. Masuk Winamp5 memang puas ati, cuma PC korang kalo yang jenis lame, zaman2 Tok Kenali mahupun Tutankhamun, jangan laa pakai Winamp5 nih, berat jadinyer. Skang, Winamp5 dah ade 5.093 yang the latest (buat mase nih) dan mengikut historynya, berikut ialah ape yang telah difixed :
  • Fixed: OSD stays onscreen in DirectDraw Mode*
  • Fixed: Fullscreen video OSD doesn't reappear after using Pause*
  • Fixed: ML Playlist > Select all (no delete key)*
  • Fixed: Vis data for in_mod (and possibly other input plugins)*
  • Fixed: msvcp60.dll now linked static*
  • Fixed: Small intermittent bugs in gen_ml and gen_ff*
  • Fixed: Greater than 2 channel vis data now works*
  • Fixed: Media Library problems with parentheses/brackets in artist or album names*
  • Fixed: Ripping CDs with trailing ellipses (...) in artist or album name*
  • Fixed: Better video flipping for YUV colorspace videos*
  • Fixed: Saved mute settings with modern skin.*
  • Fixed: Drag and Drop from external applications*
  • Fixed: Open File Dialog always-on-top*
  • Fixed: Crossfade on start*
  • Fixed: Freeze when switching audio tracks in a multi-audio stream.*
  • Fixed: Fullscreen switching with scaled video window.*
  • Update: Dynamic Online Media can now alert users to live events(can disable).

(Main console dia...)

Apa yang sebenarnye aku nak promote ialah the no.1 skin rated kat Official Website Winamp titled MMD3. Dah lame berada kat no.1 di carta tapi aku buat dek aje. Ingatkan another skin yang konon2 canggish gile and mengarut2 laa. Tapi this one memang best, user-friendly dan tak mengarut2 pon. Ade lebih daripada 70 color themes yang ada dalam pack. Dan yang menariknya ialah advanced visualizationnya memang menarik. Yang paling special ialah visualization muke orang macam Gwen Stefani. Cantek! Juga ada choosable drawer nak kat kiri ke kanan. Window untuk video memang compact. Winshade mode nya boleh buat vertical atau horizontal. And ade knob khas untuk volume bass dan treble. Sape2 nak donlod skin nih...

(DOWNLOAD SINI)


HeroMachine

Benda nie diintroduce oleh NizamZakaria di blognya untuk buat karakter Sikapitan. Selepas ditry dengan cemerlang oleh aku, memang benda nih best. (Link di sini) Ade 32 bahagian badan+accesories yang boleh kita buat sendiri (disupply laa,bukanla lukis sendiri) hanya pilih yang mana berkenan di hati dan wallah, siap! Nak watak2 canggish ke, watak zaman Conan ke, suke ati korang laa. Kalo aku programmer dah lame aku buat gak benda nie. Isy...Papepon nie antara percubaan aku buat karakter superhero...


(Yela, kalo tak lawa takpelaa. Korang buat laa lagi lawa)

Ini saje free promo aku pada hari nie. Dua website nie nanti kena bagik royalti nih kat aku sebab promote diorang. Hahahahah. Nanti ade benda best lagi aku letak yea.

Layankan!

Sunday, July 10, 2005

Konsert AF3 06 : The First Standing Ovation

Hoorah!

Dalam Konsert2 AF3 nie, konsert nie adalah konsert yang pertama aku tengok orang kasik standing ovation. Untuk keseluruhan siri Akademi Fantasia 1, 2 and 3 aku tak pasti pulak, sebab tak ingat sangat. Persembahan comeback Kaer dulu pon macam bukan standing ovation but suatu kelegaan yang terlampau dan menyebabkan orang jadik histeria. Tabik to Marsha sebab bukan senang nak membuatkan seseorang yang sangat fussy dan cerewet macam Adlin untuk mencemar duli kasik standing ovation, plus Iman Wan (yang jugak sangat fussy) pon did the same thing.

Neway, konsert yang ini aku tonton dengan sedikit rasa risau sebab kalo ikut sebelum nie student yang dapat banyak airtime dan difokuskan masalahnya dalam minggu berkenaan, memang tersingkir. Tengok aje Elliza, Fuad, Idayu dan Reza. Amy terkecuali sebab dia terkeluar bukan atas tiket masalah attitude tapi persembahan yang tak memuaskan. Amylea punya potensi untuk kuar jugak walaupon undi dia naik before konsert, tapi kedudukannya di tempat ke-3, which is kedudukan berhantu. But hell yeah, budak kecik tuh terselamat gak dengan memaintainkan diri di tempat yang sama after the konsert...

The Show



Yazer - Cinta Kilat
Suaranya betul2 telah dikilatkan. Thanx to Syafinaz yang memberikan comment tersebut padanya dulu. Tapi I bet Yazer dah confused sekarang. Syafinaz suruh kilatkan, Iman Wan nak serak. Mana satu nak ikut? Ikutlah kata hati dan tenaga pengajar. This konsert aku memang banyak setuju dengan pendapat2 Adlin. Dia tak banyak berinteraksi dengan audience. Kalo muke dia hadap depan dia banyak tutup mata plak. Tapi penghayatan baik. Feel lagu nie memang dia dapat follow dengan betul, so kite pon terikut same ngan feel tuh. Lagi best kalo dia interact. Tapi sampai sekarang pon pilihan lagu memang masih belum betul2 menguji dia. Semuanya walaupon genre berlainan tapi seswai dengan vokalnya. Kasik laa bubble gum pop ke, R&B ke etc...

Marsha - Destiny
Dia dah buat sejarah di Akademi Fantasia 3. 1st standing ovation, dan 1st student yang main instrument live. And she did it very2 well. Superb. Mule2 disuruh menggetekkan diri (again) untuk Adlin, but then mase buat performance terus jadik macam Diva! Yeah guys, she is not juz a getek gurl. I mentioned bout her charisma before. Itulah salah satu benda yang bagus dalam dirinya. Dia jugak sangat loveable (like the critics mentioned). Aku dah fallin dengan dia. Walaupon menyanyi dan bermain simultaneously, her vocals controlled dengan sangat baik. Dia bukan saja melakukan konsistensi tapi peningkatan yang baik. I bet she'll do her best kat Final nanti...I hope so...

Kefli - Kenang Daku Dalam Doamu
Seorang yang paling tak konsisten dalam AF3 nih. Mungkin ke Siti Hall tuh mengganggu konsentrasi dia? Nampak gak dia nie memang terkezut dengan kehadiran budak Ferry tuh sampai nak lari daripada dia bila dah bukak mata. Vokal, kembali membingitkan dan irritating. Juz like Seksa. Memang dia tak boleh nyanyi Irama Asli laa. Melancholic ballads yeah, he can tackle dengan sangat superb. Dia melepaskan volume dengan sangat kuat. Yang ini memang tak dapat dihadam dengan baik oleh kornea telingaku. Juz another show to watch. Tue pon aku boleh laie pi dapur wat nescafe.



Amylea - Hati Ini Telah Dilukai
Kalo aku puji dia nie, adakah aku akan dikatakan bias? Mesti tak sebab sume orang tau performance dia memang sangat bagus. Meremang bulu roma kan? Yeah. Ketepikanlah segala benda2 yang ditunjukkan kat Diari yang membingungkan tuh. Tengoklah pada potensi, bakat, karisma dan kebolehannya, coz itu jugak yang aku buat skang. Kalo ikut hati aku yang melulu mau aje aku sembur pepperspray kat orang2 yang ngutuk budak nih. Tapi aku fikir balik secara rasional, dan kembali melihat persembahannya sahaja. Memang hebat. Paling konsisten berbanding budak2 yang lain. Kalau SM terlari fokusnya bila Felix masuk, aku tidak. Tumpuan aku masih terhadap dia. Felix hanya menyedapkan lagi dengan kombinasi vokal yang tepat dan tak lari keynya. Thank you Felix. Then, ketepikan soal cengeng atau ape pon. We're not in her shoes so memang tak patut kate ape. Maybe we'll cry louder than her pon. Aku akan 'berkabung' kalo dia terkeluar...

Ekin - Warna
Juz like my review untuk Konsert ke-5, ada cara tertentu untuk menyanyikan lagu2 Sheila Majid. That's why dia ade class yang tersendiri. Lagu Sheila Majid kebanyakannya 'membunuh' orang yang menyanyikannya semula. Amylea dulu pon performancenya jadik sedikit tak bagus disebabkan lagu Ratu Jazz itu jugak. Ekin juga salah seorang yang tak konsisten dalam AF3. Kadang2 superb, kadang2 hambar, ikut lagu laa kot. Kalo masa Let's Get Loud dia sangat energatic, dia sangat lemau dalam Warna. Warna itu sendiri aku tak dapat rasakan, juz like whut Adlin said laa. Sepatutnye suasana jadik ceria. Untuk wardrobe malfunction, sila ke blog Joe Klubbkidd.

Felix - Smooth
I'm with Adlin. Setiap kata2nya, tak taulah, memang aku setuju. Tapi adakalanya dia terlalu tegas. Memang hancur lagu nie dibawak Felix. Diction jangan expect yang bagus laa kan, dia pon memang ngaku dia tak pandai English, so itu dapat diterima. Lirik dikunyah setelah terlupa. Lirik yang sama diulang dalam dua rangkap. Bole diterima dalam keadaan terdesak. There...tengoklaa, setiap kesalahan dia, aku susuli dengan 'boleh diterima'...kenape? I don't know, itulah magicnya Felix. Orang akan terima apa shaja yang dibuatnya. Plus showmanship yang ditunjukkan memang menarik. Gerak badan dia yang berterabur tue still menarik untuk ditonton. Ntahlaa, memang dia nie spesies yang disukai ramaila! Tapi bagi aku dia perlu lebih pro dan series lain kali...



Aidil - Matahari
Whoa, sedap gak lagu Amuk nie di tangan Aidil. Merdu. Lembut dan boleh didengari bila2 dan di mana sahaja. Sebutannya terang dan jelas. Tapi, (ada tapi nie) dia terlampau statik. Tak banyak pergerakan. Memanglaa lagu slow tapi at least janganlaa terpacak berdiri saja. Dia juga tak menyelami emosi lagu tue dengan mendalam. So expressionnya lebih nampak dibuat, bukan natural. Bandi muncul, tapi Aidil plak buat dek aje. Dah berapa kali dia dapat benda/props tapi tak digunakan langsung, macam Nak Dara Rindu dulu. Suara yang sedap dan nyanyian yang tak banyak slack tapi tak diambil kesempatan nie untuk membuat sedikit (at least, kalo tak banyak pon) improvisation untuk mencantikkan lagi lagu nie. But still, sedap untuk didengar...

Mawi - Memori Cinta Luka
Lagu nie tinggi, tak ramai yang bole nyanyi dengan sedap. But Mawi did it with his own style. Suaranya besar tak macam Nassier Wahab yang lunak dan lembut. So memang lari dari bayangan Nassier. Penghayatannya memang tinggi, dan congratz kerana berjaya menangkis tekanan yang begitu kuat daripada penonton dan penyokongnya yang sangatlaa bising bersorak-sorai. Aku betul2 berharap yang penyokong2 Mawi akan lebih memahami situasi Mawi lain kali dan tidak lagi bersorak-sorai sebab akan mengganggu tumpuannya. Tapi ini merupakan latihan yang bagus buatnya sebab dia dah makin lali dengan situasi nie. Mula2 aku tak dapat detect apa yang kurangnya nyanyian Mawi, but then baru realized yang takde backup vocals untuk buat 2nd voice. Patutlaa kurang sket umph dia. Memang gile tinggi second voice lagu nie but Felix bole buat rasenyer. Tempo Mawi okay jugak, tak banyak yang lari, minus the minors.

Akma - Hati Keliru
A different Akma this time. Nampak funky. Pergerakannya nampak yakin juga. Suara memang macam biasa okay. But the high note ad-lib macam tak kena dengan suaranya yang sikit tebal. Vokalnya paling optimum untuk lagu2 ballads. Persembahannya dah bagus, tapi kenapa masih tak cukup nak memuaskan hati kita semua? Tepukan untuk Akma memang kurang sangat. Penonton macam sekadar menonton sahaja, dan tidak enjoy. Itulah kekurangan Akma. Dia tak mampu untuk menarik penonton masuk ke dalam ruangnya untuk enjoy bersama2. Bila waktu break dan dia menari, tiada tepukan, yang mana kalo orang lain buat (especially Mawi la) mesti orang akan terjerit2 dan bertepuk. Sampai Iman Wan juga mengatakan perkara yang sama. Ada kekurangan yang kita tak dapat nak ungkap. Kesian jugak kat Akma nie...

Menuju Puncak Version 3.5



Kali nie ditambah/diubah sket tarian dengan ada gerakan gelek2 bontot. Nampak Mawi ngan Felix tergelak2 bila buat gerakan tuh. Macam biase okay je sume2. Cuma yang kurang adalah bunga api. Astro pokai ke tanak pakai bunga api lagi? Wehwehwehwehweh....

The Shocking Elimination



Memang a shocker laa. Bukan penyingkirannya (sebab itu boleh sangat diexpect, no offence) tapi reaksinya yang memang real! Cikgu Marlia must be proud of him. Aku dah tatau nak cakap apa mase tuh, plus tengok muka mama dia yang betul2 risau kat bawah, hampir2 naik atas stage je tuh. Dia juga membuat satu sejarah yang mana membuatkan eliminasi jadik ceria, gembira dan mesra. Best dapat tengok masing2 tergelak, termalu sendiri. Penyokong2 Sarjan nih walaupon sedih tapi tersenyum riang jugak. Memang best. Orang tak benci kat dia dan dia kuar pon secara terhormat. Elimination yang paling best, bukan sebab aku nak dia out, tapi sebab aku tersenyum2 sendiri gak. All da besh Mat Belia!!!

Cahaya Tinggi Lagi (Highlights laa Mak Ngah)
  • First time pengkritik muncul dengan cara naik ke atas pentas.
  • Mase Kak Pah naik, lagu jadik lagu suspen, macam lagu untuk Edisi Siasat, tak pon 999.
  • Iman Wan dengan pantas tak mengaku dia yang kasik lepas si Aidil (jahat nih...ikikikikikik)
  • Lagu Pokok Kelapa(k) pertama kali dinyanyikan live kat Konsert.
  • Ferry tuh memang hebat. Suara sejibik Siti. aku ingat pompuan, walaupon setelah dia kuar ke atas stage...
  • Wardrobe malfunction berlaku pada Ekin. Gi ke blog Klubbkidd untuk pics.
  • Bandi muncul dan bukak topeng tapi haram sorang pon tak nampak muke dia. Cheesedale betol.
  • Kak Pah bakal mengundang kontroversi dengan mempersendakan pemakaian tudung. Tapi bijak menutup kesalahannya dengan memuji idola Malaysia, Mawi...
  • Aidil rapping untuk Akma, tapi tak mendapat sambutan yang sepatutnya daripada audience.
  • Aidil memang besh laa...hihihihi. Ai Ai Sarjan!
Di waktu malam...bulan mengambang....

Friday, July 08, 2005

Scandals & Politics Part Four

Yikes!

Monolog Terhadap AF3...



Pernah tengok cerita ala2 dark? Suram, kelam, banyak benda negatif, melankolik. That's Akademi Fantasia sekarang. Banyak sangat benda2 negatif yang dah merosakkan Akademi. AF is not AF anymore. Thanx to Mr. Panjang (which is way older & matured than me), I've broaden up my mind to a different wavelength rite now. He affected my mind in a way, so that I can see things clearer than before. Maybe it's rite, maybe it's wrong, but it's still a gud angle to look up from. At least aku dapat menilai banyak pendapat daripada school of thought yang berlainan untuk dinilai.

Dengan title yang aku berikan saja dah cukup mengatakan keseluruhannya. Skandal dan politik yang dimainkan dengan baik sama ada oleh pemain2nya sendiri, cikgu2, krew penerbitan mahupon penerbit sendiri. Skandal dan politik yang membuatkan AF semakin dramatik, penuh kontroversi dan mengabui banyak mata peminat2/penonton2. Kalau tak mengabui, bukanlah skandal dan politik namenyer...

Isu paling besar sekarang ialah isu Amylea. Bagi mereka2 yang dah pernah bace blog aku dari mula, atau yang dah tau, memang Amylea is my favourite, and she will alwayz be. Benda pertama yang memikat aku untuk minat dengan budak Christmas Tree nie mestilah bakatnya. Personaliti dan attitude are different things. Selama nie memang segala tohmahan yang diberikan aku telan bulat2. Bukan senang nak mengikis sifat favouritisme dalam diri insan marhaen macam aku nih. Cuma yang penting betapa kuatnya penerimaan kita untuk membuka minda, dan consume segala pendapat dan teori2 untuk meneutralkan pemikiran.

Konflik2 yang berlaku di Akademi sememangnya buatkan aku dan korang jugak makin teruja nak tengok Diari, tapi sedar tak sedar benda nie lah yang mencemarkannya. Kalo dulu kita seronok menonton betapa neutralnya budak2 AF1 berkawan. Hidup yang betul2 harmoni, innocent. Nilai kekeluargaan sangat kuat. Itulah yang terjadi kalo masing2 tak tau ape2 pon tentang flow Akademi Fantasia. Season ke-2, musim paling hangat. Semua all-out, daripada pelajar, ke tenaga pengajar, kepada team penerbitan, semua all-out. Nilai kekeluargaan, bakat dan personaliti diseimbangkan sampai ke tahap optimum. Tak dinafikan mestilah ade jugak sikit salah faham walau sekelumit pon, tapi itu semua diorang handle dengan sangat bijak. Masalah dalam kelambu diorang settle dalam kelambu, itulah caranya. Bukan menjaja di hadapan bejuta2 rakyat Malaysia.

Di AF3 pulak, semua dah jadik lain. Flow perjalanan rancangan dah berubah. Pertandingan yang sebenar dah jadik. Pertandingan bakat tak jugak, tapi yang nampak pertandingan personaliti. Semua mesti ade identiti, mestilah baik dan tingkah laku yang menarik perhatian secara natural, kalo ade bakat itu satu advantage. Dah terbalik! Mereka kena tonjolkan sesuatu dalam diri mereka. Tapi cara penonjolan itu mesti dipersembahkan secara natural. Macam mana tue? Memang susah.



Banyak sangat yang kurangnya dalam AF3 nie. Bukan dari sudut bakat dan persembahan nyanyian laa, tapi dari sudut kemanusiaan. Sememangnya bila pergolakan dan permainan kapitalisme menguasai, bila wang ialah penggerak utama, nilai2 kemanusiaan akan semakin susut. We have learned all of these before, dari sejarah dunia sebenar mahupun dari medium seluloid sekalipun. Sedangkan kejatuhan Atlantis pon ada dikaitkan dengan komplot nie, dan kalo dari filem, kita boleh tengok macam mane korupnya Gotham. Money is everything nowadays...

I'm enjoying myself watching the Diaries but now, aku memutuskan untuk hanya menontonnya sahaja, dan cuba mengelakkan daripada emosi aku menguasai diri bila menonton. Aku akan hanya menonton untuk hiburan. Kita tak boleh menilai segala2nya hanya daripada Diari sekalipon menonton Xtended sekalipon. Banyak lagi benda yang kita tak tau, yang tak dipertontonkan, dan anytime kita boleh dimanipulasikan.

Thank God, review aku hanya tertumpu pada Konsert2. Aku akan melihat AF3 sebagai pertandingan nyanyian dan persembahan semula. Aku tak mahu tersilap langkah, tersilap pandang, tersilap kata. Buruk padahnya...

Be united, tetap kupegang...

Wednesday, July 06, 2005

Rojak Punya Entry Kali Nie

Hulla Hulla Hoop...

Peringatan : Entry kali nie memang rojak sket. Takyah bace kalo tanak. Terima kasih.

One : Album Tour

Macam2 gak benda yang terjadi minggu nie. Sampai nak buat entry konsert ari tuh pon tergendala sket. Pegi Ipoh untuk promotion album Farah ngan Zahid. Berkesempatan jual skali CD Farah. Boleh tahan jualannya skang. Tapi company tanak declare jumlah jualannya buat mase nih. Maybe diorang akan buat official declaration nanti kot.

Ramai gak yang memeriahkan Megoplex tuh. Plus ade Billion Supermarket bukak kat situ. The crowd mmg gile fanatik. Menjerit2 bila artis datang. Ade gak si Shiha ngan Isa buat show skali. Wahwahwah....Isa dah makin smart skang dowh. Adelaa sket buat touch-up tuh. Yelaa, dah ade name skang, penampilan kena jage. Peminat dia bukan sikit, malah aku tak takut mengatakan yang fanz dia mungkin sama banyak atau lebih banyak daripada budak2 yang ade kat dalam Akademi, atau yang pernah ade :P

Two : Fotopagesku...? Multiplyku...?

Aku nak post gambar2 kat situ, yelaa, pics terbaru diorang kan. Tapi Fotopages yang aku harap2kan memang makin hampeh lak skang nih. Asyik under maintenance ajek. Aku baru je semangat nak banyakkan koleksi gambar2. Yelaa, aktiviti banyak, alang2 gunakan peluang untuk share pengalaman and benda2 dengan masyarakat. Haa, bagi mereka2 yang belum tau, Fotopages sebenarnya degrades/deduct the quality of our images!!! So bagi gambar2 yang cantik, bole jadik tak berapa cantik rupanya bila dah upload ke situh. Patutlaa aku tengok lain macam je gambar yang aku upload banding dengan original pics. Hisy, apa dah jadik ngan Fotopages nih??? Bengang aku!



Nasib baik aku dah prepare dengan Multiply, sebuah website agak cambest gak. Dia mencantumkan konsep blog dan photopage/photoblog. Juga terdapat video dan file2 multimedia sharing skali. Baguih kan? Interface nya agak friendly tapi mungkin bagi mereka yang belum biasa bole confuse, tapi senang je nak paham. Aku jugak dalam usaha nak explore TextAmerica dan gunakan blogspot sebagai photoblog. Tengoklaa yang mane berhasil dan memuaskan...

Three : Kuih...

Minggu nih aku dapati aku makan kuih dengan portion yang lebih daripada makan nasik. Pisang goreng, cempedak goreng, aiskrim goreng, kopok lekor, dan cekoi (tatau nak eja cekoi betol2...betul ke nih?) Dan buat sekelian kalinya, baru aku tau yang cekoi sebenarnya makan dengan sos yang tersendiri! Ya ampun!!! Selama nie aku makan kosong mentah2 je. Ingatkan macam makan doughnut atau croissant. Patutlaa dia tak buat manis2 kan...Hahahaha (gelakkan diri sendiri)

Four : Menuju Puncak Thang

Tengok kat Diari macam dah agak cambest lak, boleh dah follow betul2. Lambat betul bahang dia nak melekat di hati keras nih. Tambah2 skang diorang kat dalam tuh dah makin rapat dan tak banyak hal lagi timbul macam awal2 dulu. Mungkin orang akan sokong dengan mengatakan ini disebabkan penyingkiran the Peace2 Kacang Peas gak. Tatau nak komen ape tapi bagi aku tepukan dan sorak sorai penonton mase konsert ari tuh adalah tak perlu pon. Tak berapa manis dipandang. Walau macam mane pon behaviour mereka kat dalam tuh, kalo bole kita tetap menyokong sebab macam mane pon diorang yang akan mewarnakan industri seni tanah air kita nih. Lagipon, budak2 yang kuar before nih pon tersingkir atas tiket yang sama iaitu ekspresi personaliti yang kurang disenangi masyarakat. Tapi apa2 pon, you decide!!!

Five : Pop Corn

Ari tuh gi tengok War Of The World kat Times Square. Expectation aku agak tinggi kat filem nie, plus ade Tom Cruise kan? Sampai Times Square, kena lepak dulu tunggu Akak Canggish sampai lambat. (Chiss! Lambat tol) Lepak2 kat Dome. Masuk lambat beberapa minutes, dalam 5-10 minit kot. Masuk2 je tengok Tom Cruise tengah cakap2 ngan anak dia si Dakota Fanning tuh. The cinematography was good, dan ceritanya bermula dengan agak baik.



Fenomena alam yang ditunjukkan bole dikira scary gak. Ala2 nak Apocalypse dah. Then kuar robot bagak gile, walaupon turun sket tahap scary tapi bole tahan gak takut balik sebab dia bole tembak laser selamber je kasik mati sume orang kat situ (gengster punyer robot nih) Perjalanan kescaryan tuh bergerak dengan baik sampai Tom Cruise dengan anak2nya lari ke town lain dan robot2 mula bangkit dengan banyak dan dengan selamber dek diorang kasik clear ini Bumi tercinta. Takut dowh.

Banyak jugak tempat2 yang tiga beranak tuh pegi dan pelbagai kesusahan diorang tempuh. But the most mendebarkan mase diorang menyorok kat basement sebuah rumah seorang laki bodoh dan gile hendaknya. Kat sini kepercayaan aku mula turun, dan expectation terus tak sampai. Sebab inilah babak yang paling mendebarkan, tapi kemudiannya menjadi scene yang melemahkan filem ini keseluruhan...


Malas nak tulis banyak, inilah list benda2 yang menurunkan graf cerita nih :
  • Alien turun dengan petir/kilat untuk menggerakkan robot2 sume tuh, tapi robot2 bangkit secara berkala, dan macam mengikut tempat aje. Okaylaa, mungkin strategi...?
  • Semua jenis tenaga mati serta-merta mase alien turun dan robot dihidupkan. Ini disebabkan oleh gangguan tenaga magnetik, mungkin macam EMP. Gangguan yang sangat besar, sampai enjin kereta pon boleh mati dan tak dapat dihidupkan, apatah lagi tenaga elektrik dan battery. Tapi tetibe je mase robot tengah beraksi, ade scene dua orang boleh sedap2 tangkap gambar (sorang pakai handycam) Whut the heck?
  • Kalo plan mereka nak menggunakan manusia sebagai bahan tenaga atau bahan mentah, kenape buat massacre dengan menembak berjuta2 manusia dengan selamber dek je? Okay, mungkin nak gertak kot?
  • Teknologi yang sangat canggih, maju daripada manusia selama berjuta2 tahun (even sebelum manusia wujud di dunia pon) tapi takkan laa tak bole track manusia menggunakan system body heat atau pergerakan (at least macam Predator) Alien2 tuh hanya menggunakan tentakel yang bergantung kepada mata kamera saje.
  • Alien sendiri tak dilengkapi dengan peralatan mengesan manusia kat suit diorang.
  • Alien tak menakutkan sangat, comel lagi aderlaa :p
  • Tempat Tom Cruise menyorok di check beberapa kali oleh alien2, tempat lain tak buat pon?
  • Kalo ikutkan robot bole tembak terus mane2 benda yang menghalang, tapi dibiar aje, macam Felix yang hulurkan telinga untuk Ekin cubit...
  • Teknologi canggish, tapi hanya disebabkan menggunakan darah manusia yang ade bakteria, robot2 sume rosak dan pertahanan terus out....?
  • Bumi terus selamat daripada ancaman diorang the Alien?
What an ending! (this goes to the ending of this entry too)

Monday, July 04, 2005

Konsert AF3 05 : Turn It On!

Wow!!!

Tak sangka sungguh! Konsert nie merupakan konsert terbaik daripada mereka setakat nih. From my point of view, ini adalah mungkin disebabkan oleh aura dan tenaga yang dilantun oleh penyokong2 dan penonton yang hadir memberi sokongan. Konsert sebegini sememangnya agak beneficial kepada those students, sebab ia akan banyak membantu diorang dalam persediaan membuat persembahan di tempat2 yang lebih besar.

Banyak peningkatan yang dapat dilihat dengan begitu obvious skali, especially daripada students yang kita tak expect untuk memberikan impak yang besar kat konsert slalunye. And hell yeah, korang tau whut I mean. Ini membuatkan ramai daripada kita yang menyokong atau mengundi mengikut peningkatan pelajar akan tertarik dan memberikan sokongan kepada mereka2 nie. Now, AF is better (at least it's improving) , and not just another show to watch.

The Show



Akma - Camar Yang Pulang
Baju memang macam Zarinalah, mase dia nyanyikan Pulangkan dulu. Tapi tue tak menjejaskan ape2 pon. She got the voice, so takde benda yang salah dengan performance dia. Tapi sebab suara dia dah biasa so bukan saja takde yang salah tapi takde yang vavavoom jugak. X-factor thang? Tatau nak komen pasai tuh. But for me untuk lagu yang sebegini tak perlu untuk memberikan lebih sangat. Cara Akma yang minimal dan sederhana memang seswai. Suara dia dah cukup sedap untuk didengar, cuma kena bagi perasa lagi, macam ajinomoto tuh. Untuk orang2 jenis macam Akma nie sebenarnya takde benda sangat yang nak dibetulkan oleh guru2 cuma dia sendiri yang kena bagi colours kat diri dia sendiri dan vokalnya.

Aidil - Senyuman Ragamu
Improvement, that's it. Agak berbangga dengan Mat Belia nih sebab berjaya mengeluarkan dirinya daripada kepompong dunia belia dia. Tiada lagi Aidil yang stiff dan blur di atas stage. Pergerakannya menarik, suaranya tak banyak yang salah. Malah menarik juga dengan gabungan vokal yang banyak treble dan kemudian rapping style ala2 Shaggy, memberikan variasi kepada persembahannya. Interaksinya dengan penonton begitu baik berbanding sebelum nie. Cuma kalo laa konsert kali nie ala2 style gig, mungkin lebih menarik dengan penonton ramai2 move seiring dengan muzik (mungkin jugak memang berlaku kat blakang2 tuh, I don't know...huehueh) Dia lebih banyak bergerak tidak lagi kaku, tapi pergerakannya tidak over, itu yang cantik. Harap2 kalo lepas nie dia keluar pon, dia keluar dengan bermaruah macam nih...

Marsha - Bossanova
Wow! Wow! Wow! Tiga kali aku wow nih. Sexy, vocally and visually. (Hidung aku berdarah weii...hahahaha) Aku nampak personaliti dia hampir2 kepada Ella, our Ratu Rock. Karisma yang ada pada dia sangat besar. Seperti Ella, walaupon dia manja dan agak 'getek' di dunia realiti tapi bila di atas stage dia bukan getek tapi sexy! Vokalnya kali nie sangat lain, sangat pure, sangat memukau. Ramai yang perasan benda nih. Projection vokal dia lebih jelas dan keluar tanpa sebarang masalah. Dia merupakan salah seorang yang menunjukkan peningkatan yang baik sejak dia masuk ke Akademi. Peningkatan yang konsisten. Tona suara dia agak unik dan tak biasa kita dengar sebelum nie. Pergerakannya begitu berani dan tahap keyakinan yang ditonjolkan memang tinggi. I luv everythin' bout her, but wardrobe please take note that pakaian yang sexy sebegini boleh menyebabkan dia tak disukai...



Amy - Antara Anyer & Jakarta
One of the students yang aku suka but I've never put on big hopes on her. Sebabnya kita dah tau selera pengundi dan juga Amy tak menunjukkan peningkatan yang boleh dibanggakan. Lagu nie sedap, dan dia juga memang nak membawakannya dengan baik, tapi dia tak mampu. Dia suka kepada improvisasi (juz like me...hahahaha) tapi kadang2 improvisasi tue tak patut dilaksanakan, lebih2 lagi lagu Sheila Majid. Ada cara yang tersendiri untuk nyanyi lagu Sheila Majid nih. (Ask the pro, they know better) Vokalnya kadang2 terlajak dan tergelincir. Jugak, persembahan dia takde benda yang boleh buat kita terpaku. (sampai aku pon bole bace newspaper lagi mase dia nyanyi) Lagu yang berpotensi untuk membosankan bukan alasan sebab lagu Don't Know Why yang Amylea bawak konsert lepas pon boleh membosankan but she did it very well. Ada banyak lagu2 lain yang seswai dengan Amy, so semoga dia berjaya di luar sana pasnih...

Reza - Ala Emak Kahwinkan Aku
Expression yang bagus. Selitan dialog lucu yang selalunya dibuat S.M Salim tue membantu. Sampai Kudsia ketawa terbahak2 kat bawah. Persembahannya meriah, menarik. Kawan2nya banyak membantu. Kalau pengantin tue dibiarkan kat atas stage tue lagi baguih dok ada. Seperti persembahan Kefli untuk Keindahan Pantai, persembahan vokal tak begitu diperhatikan sangat so apa2 kelemahan vokalnya tidak memberikan impak yang besar kepada performancenya secara overall. Memang laa tak berapa mantap vokalnya, sebab kedengaran biasa dan berulang2 tapi bila showmanship bagus, okay aje. Orang lebih suka menerima persembahan nie daripada persembahannya untuk Mungkin Nanti tuh. Secara overall, persembahan terbaik daripada Reza...

Yazer - Takdir Penentu Segala
Mendengar dan menurut permintaan Syafinaz untuk mengilatkan vokal seperti rambutnya. Tiada lagi serak2 rock yang tak patut tuh. Persembahan vokal yang baik, sedap dan boleh diterima. Tapi genre lagu yang diberikan masih lagi pada tahap yang sama dan membuatkan kita tak lagi teruja untuk menonton persembahan daripada Yazer, sebab kedengaran sama saja daripada konsert yang dulu2. Memang isu versatiliti nie dah menjadi isu hangat, sebab tak semestinya pelajar2 tue mesti versatile, tapi ini Akademi Fantasia, yang mana masyarakat dah diajar untuk melihat pelajar yang versatile sebagai pelajar yang bagus. (Read : masyarakat ialah pengundi) Walau bagus macam mana pon Yazer, lambat laun mungkin orang akan bosan untuk mengundinya sebab cenggitu aje persembahannya, yang bertukar cuma tajuk lagu...



Amylea - Hak Milik Kekal
Takde perasaan lain selain berbangga dengan pelajar favouriteku...(hins hins hins - hidung kembang) Mulanya aku takut sebab lagu nie langsung tak menarik untuk dibawa untuk konsert AF sebab takkan mencabar vokal Amylea, but nasib baik Amylea sendiri yang membuktikan dia mampu! Dia mampu menjadikan lagu tue best daripada version asal! I bet Linda ngan Diana mesti termalu2 sendiri kat kerusi diorang tuh...huehuehue. Suaranya yang authentic tue telah mewarnakan lagu nih dan memberikan feel dan sentuhan yang lain kepada lagu nie. Dan ad-lib ala2 hop tue juga membantu, dan kemudian diberikan pulak kat kita rapping yang dibikin sendiri olehnya, dengan baik skali! (ingat Fuad je boleh rapping? Hihihi) Then, tak cukup dengan tue, dia bagi pulak kita teknik whistling yang agak baik (tak taulaa itu boleh dikategoikan sebagai whistling atau tak???) but that was goooooood. Tarian dan gerakannya begitu baik dan langsung tak menjejaskan kualiti vokalnya. Tahap stamina dan controlling yang tinggi. Dia banyak memberikan kita lebih daripada apa yang kita harapkan, dan ini adalah bagus dan penting untuk menarik perhatian dan meraih sokongan lebih2 lagi sokongan daripada mereka2 yang pada awalnya tak menyukai dia. Konsisten. I hope she's on her way to the Final...

Mawi - Beautiful Maria
Don't you laughing around menjaja betapa kekoknya sebutan English Mawi, sebab itu bukan the biggest point. Sedangkan orang politik, orang2 besar, Dato'2 dan Datin2 yang belajar tinggi2 pon English mereka pon berterabur jugak. (let's put ourselves on the list too, if u wanna) Tambah2, lagu nie sendiri pon bukan pure English. Aku nampak yang sebenarnya fanz yang terlalu ramai memberi pressure yang sangat besar kepada Mawi. Cuma Mawi sendiri sebenarnya patut dipimpin dengan betul untuk mengambil tekanan itu sebagai tenaga lebihannya dalam menyampaikan persembahan. Mawi sering salah tempo, dan dapat dilihat daripada awal lagu lagi. Orang boleh kate, Sifu M. Nasir pon beberapa kali salah tempo, tapi beliau sekurang2nya dah ade tempat yang selesa di dalam industri. Mawi mesti membuktikan beliau mampu menangani masalah nie dengan baik so that orang2 yang anti-Mawi, atau yang tak menyokongnya, at least dapat menghormatinya selepas nih. Suara Mawi memang ade keunikan, dan ade warna. Cuma teknik dan kekuatan yang perlu dicari. Penghayatannya sangat baik, dan Cikgu Marlia pasti bangga. Suaranya yang ada bunyi2 menahan tangis tue boleh meruntun jiwa gadis2 yang mendambakannya. Dan persembahannya yang sekadar duduk di atas kerusi tue merupakan idea yang baik, sebab effectnya agak kuat.

Ekin - Let's Get Loud
Menari sakan nampaknya si Ekin!!! Meriah sangat! Seswai dengan vibe dan rentak lagu nie. Aku sangat kagum dengannya sebab memang nampak staminanya sangat tinggi, betul2 tinggi! Suaranya tak terjejas pon dengan step2 tariannya. Mungkin inilah kesan paling besar daripada energy yang disampaikan dengan betul kepada penonton dan kemudian dilantun balik dengan baik. Mungkin lain kali bole buat lagi konsert kat tempat macam Dataran Putrajaya tuh. The best part was masa dia joget lambak dengan libasan2 rambut dia tuh...My God, dia memang all-out, sakan habis! (pernah clubbing ke kak? Heheheh) Dan part yang dia tarik tinggi tue....mulanya aku memang bajet sama ada dia akan rendahkan atau tergelincir, but she did marvellous bebeh! Dan mampu lagi mengeluarkan suara dengan baik sambil menari lagi. Geez, kalaulah minggu lepas dia buat macam nih, tak laa rosak lagu Farah tuh...



Kefli - Berhenti Berharap
Sape sangka? Aku pon tak sangka. Orang macam Kefli ni lah yang membuatkan aku salute betul2 kat dia. Macam mana nak membina satu persembahan yang betul2 membangkitkan rasa di hati dan membuatkan orang menitiskan air mata? (read : membina, yes, membina) It did went through my heart dowh. Penghayatannya sangat2 laa hebat. Jauh lebih hebat daripada persembahan Akma for Cahaya, yang juga sama2 tegak berdiri di satu tempat, dan berjaya menarik semua benda datang kepadanya (quote kata2 Adlin Sultan Melaka) Orang dah tak nampak benda lain selain dirinya, dan perasaannya. Vokalnya dikawal dengan sangat baik, dan penanahan yang baik memang diperlukan bila dia mencecah high note. Tak pecah, walaupon ada jugak bunyi sengau tapi memang tak memberi kesan yang banyak. Bila sesuatu performance tuh penuh dengan the good things, kesalahan2 yang minor nie memang takkan dipandang pon. Persembahan yang meninggalkan kesan yang kuat pada diri ramai daripada kita. Bukan calang2 orang yang boleh buatkan kita terpaku, dan menangis juga. Penyanyi2 yang sedia ada pon susah nak buat. Standing ovation for Kelfi...

Felix - Hari Ini Dan Semalam
Felix tackle lagu nih macam nih aje (sambil petik jari) Senang sangat untuk dia. Memang sedap, macam biasa. Dengan lakonan yang selamber, pergerakannya banyak ke hulu ke hiliur, tapi vokal maintain beb! Pitching tak lari langsung. Takde terjejas dengan hentakan dan gerak langkahnya. Persembahan selamba, bersahaja tapi full of confidence. Macam performance2 dia before nih laa (except Memori Bahagia yang kureng sket) Tapi ada kebenaran gak kate2 Kudsia (I've misspelled her name numerous times by typing Kudisa...why?) yang ianya terlalu straight forward, but I won't say 'terlalu' sebab lagu nie pon tak memerlukan improvisasi yang banyak. Perwatakan Felix banyak membantu menaikkan mood lagu, dan vokalnya yang merdu sangat seswai dengan lagu2 macam nih. Cuma, memang kadang2 dia perlukan sentuhan improvisasi jugak, sebab sampai bila dia nak buat the same style, straight forward. Bagi lagu yang susah giler kat dia nih Tuan Produser, kasik challenge lagik!



Menuju Puncak Version 3.4
Nothing interesting. Biasa, semua dah catch-up. Okaylaa, nampak tersusun dan teratur. Yang meningkat ialah pergerakan mengikut beat 5 steps yang terakhir tuh atas teguran dan ajaran Cikgu Linda. Tapi perhentian pergerakan di hujung lagu tak berapa kemas sangat sebab still ade yang bergerak2 pas hit yang terakhir. Walaupon ramai yang nak steps tarian nie diubah dan dienakkan lagi, tapi pas dipikir balik, diorang takkan ubah sebab every batch mesti ade steps yang tersendiri dan ianya default bagi every students untuk batch masing2. Nanti kalo nak perform dengan senior2 nanti macam mane nak buat kalo minggu nih lain, minggu nih lain plak...kan? Haru lak Elliza, Fuad ngan Idayu nak belajar balik...


The Double Cheeseburger Elimination



Yeah, dah diwar2kan dah poon sebelum nih. Dan aku pon memang dah agak dah. Sebab ini saja cara nak cut out so that finalist jadi 5 orang balik macam biasa. Penyingkiran Reza memang ditunggu ramai penonton, in the mean time, penyingkiran Amy walaupon hati berat nak menerima tapi akal membembenarkannya. Peningkatannya tak menyerlah, atau memang takde peningkatan pon, either one, u choose. Reza, sejak last week aku dah predicted dia akan kuar sebab imej dia yang tercalar tuh. Walaupon dia dah cuba memperbaikinya minggu lepas, itu tak cukup sebab dah melekat di fikiran orang. Walaupon dia memang nampak berbakat, kreatif dan berkarisma, but in Akademi Fantasia, that's not it. Amy pulak nampak macam tak menghargai peluang yang ada, dan tak menonjolkan imej yang tersendiri dalam Akademi. Skandalnya dengan Mat Belia Aidil terlalu lambat berputik. Kalo awal sket mungkin akan nampak kecomelan the two of them...


Cahaya Tinggi (Highlights)

  • Seramai lebih 30,000 manusia yang hadir memberi sokongan kat Dataran Putrajaya (mengikut apa yang dibaca, kalo dia tipu, aku pon tipu gak laa...wahahahaha - gelak jahat)
  • Angin banyak membantu persembahan students
  • Pentas agak kecik, jalan sket pon dah sampai hujung (and muke Aznil banyak masuk dalam performance budak2 tuh sebab seat dekat)
  • Aidil sangat gentleman dan sporting layan gossipnya dengan Amy, but Amy was blushing dan segan2
  • Orang tak guna lighter but handphones instead untuk lights
  • Style Felix ngan Pak Wahid Satay memang dua2 lawak abih
  • Orang tak terkezut sangat dengan double elimination dan the students yang eliminated
  • People were cheering mase Reza diumum kuar? Tak baik tau...

Woo! Peace2 Kacang Peas!