Monday, July 04, 2005

Konsert AF3 05 : Turn It On!

Wow!!!

Tak sangka sungguh! Konsert nie merupakan konsert terbaik daripada mereka setakat nih. From my point of view, ini adalah mungkin disebabkan oleh aura dan tenaga yang dilantun oleh penyokong2 dan penonton yang hadir memberi sokongan. Konsert sebegini sememangnya agak beneficial kepada those students, sebab ia akan banyak membantu diorang dalam persediaan membuat persembahan di tempat2 yang lebih besar.

Banyak peningkatan yang dapat dilihat dengan begitu obvious skali, especially daripada students yang kita tak expect untuk memberikan impak yang besar kat konsert slalunye. And hell yeah, korang tau whut I mean. Ini membuatkan ramai daripada kita yang menyokong atau mengundi mengikut peningkatan pelajar akan tertarik dan memberikan sokongan kepada mereka2 nie. Now, AF is better (at least it's improving) , and not just another show to watch.

The Show



Akma - Camar Yang Pulang
Baju memang macam Zarinalah, mase dia nyanyikan Pulangkan dulu. Tapi tue tak menjejaskan ape2 pon. She got the voice, so takde benda yang salah dengan performance dia. Tapi sebab suara dia dah biasa so bukan saja takde yang salah tapi takde yang vavavoom jugak. X-factor thang? Tatau nak komen pasai tuh. But for me untuk lagu yang sebegini tak perlu untuk memberikan lebih sangat. Cara Akma yang minimal dan sederhana memang seswai. Suara dia dah cukup sedap untuk didengar, cuma kena bagi perasa lagi, macam ajinomoto tuh. Untuk orang2 jenis macam Akma nie sebenarnya takde benda sangat yang nak dibetulkan oleh guru2 cuma dia sendiri yang kena bagi colours kat diri dia sendiri dan vokalnya.

Aidil - Senyuman Ragamu
Improvement, that's it. Agak berbangga dengan Mat Belia nih sebab berjaya mengeluarkan dirinya daripada kepompong dunia belia dia. Tiada lagi Aidil yang stiff dan blur di atas stage. Pergerakannya menarik, suaranya tak banyak yang salah. Malah menarik juga dengan gabungan vokal yang banyak treble dan kemudian rapping style ala2 Shaggy, memberikan variasi kepada persembahannya. Interaksinya dengan penonton begitu baik berbanding sebelum nie. Cuma kalo laa konsert kali nie ala2 style gig, mungkin lebih menarik dengan penonton ramai2 move seiring dengan muzik (mungkin jugak memang berlaku kat blakang2 tuh, I don't know...huehueh) Dia lebih banyak bergerak tidak lagi kaku, tapi pergerakannya tidak over, itu yang cantik. Harap2 kalo lepas nie dia keluar pon, dia keluar dengan bermaruah macam nih...

Marsha - Bossanova
Wow! Wow! Wow! Tiga kali aku wow nih. Sexy, vocally and visually. (Hidung aku berdarah weii...hahahaha) Aku nampak personaliti dia hampir2 kepada Ella, our Ratu Rock. Karisma yang ada pada dia sangat besar. Seperti Ella, walaupon dia manja dan agak 'getek' di dunia realiti tapi bila di atas stage dia bukan getek tapi sexy! Vokalnya kali nie sangat lain, sangat pure, sangat memukau. Ramai yang perasan benda nih. Projection vokal dia lebih jelas dan keluar tanpa sebarang masalah. Dia merupakan salah seorang yang menunjukkan peningkatan yang baik sejak dia masuk ke Akademi. Peningkatan yang konsisten. Tona suara dia agak unik dan tak biasa kita dengar sebelum nie. Pergerakannya begitu berani dan tahap keyakinan yang ditonjolkan memang tinggi. I luv everythin' bout her, but wardrobe please take note that pakaian yang sexy sebegini boleh menyebabkan dia tak disukai...



Amy - Antara Anyer & Jakarta
One of the students yang aku suka but I've never put on big hopes on her. Sebabnya kita dah tau selera pengundi dan juga Amy tak menunjukkan peningkatan yang boleh dibanggakan. Lagu nie sedap, dan dia juga memang nak membawakannya dengan baik, tapi dia tak mampu. Dia suka kepada improvisasi (juz like me...hahahaha) tapi kadang2 improvisasi tue tak patut dilaksanakan, lebih2 lagi lagu Sheila Majid. Ada cara yang tersendiri untuk nyanyi lagu Sheila Majid nih. (Ask the pro, they know better) Vokalnya kadang2 terlajak dan tergelincir. Jugak, persembahan dia takde benda yang boleh buat kita terpaku. (sampai aku pon bole bace newspaper lagi mase dia nyanyi) Lagu yang berpotensi untuk membosankan bukan alasan sebab lagu Don't Know Why yang Amylea bawak konsert lepas pon boleh membosankan but she did it very well. Ada banyak lagu2 lain yang seswai dengan Amy, so semoga dia berjaya di luar sana pasnih...

Reza - Ala Emak Kahwinkan Aku
Expression yang bagus. Selitan dialog lucu yang selalunya dibuat S.M Salim tue membantu. Sampai Kudsia ketawa terbahak2 kat bawah. Persembahannya meriah, menarik. Kawan2nya banyak membantu. Kalau pengantin tue dibiarkan kat atas stage tue lagi baguih dok ada. Seperti persembahan Kefli untuk Keindahan Pantai, persembahan vokal tak begitu diperhatikan sangat so apa2 kelemahan vokalnya tidak memberikan impak yang besar kepada performancenya secara overall. Memang laa tak berapa mantap vokalnya, sebab kedengaran biasa dan berulang2 tapi bila showmanship bagus, okay aje. Orang lebih suka menerima persembahan nie daripada persembahannya untuk Mungkin Nanti tuh. Secara overall, persembahan terbaik daripada Reza...

Yazer - Takdir Penentu Segala
Mendengar dan menurut permintaan Syafinaz untuk mengilatkan vokal seperti rambutnya. Tiada lagi serak2 rock yang tak patut tuh. Persembahan vokal yang baik, sedap dan boleh diterima. Tapi genre lagu yang diberikan masih lagi pada tahap yang sama dan membuatkan kita tak lagi teruja untuk menonton persembahan daripada Yazer, sebab kedengaran sama saja daripada konsert yang dulu2. Memang isu versatiliti nie dah menjadi isu hangat, sebab tak semestinya pelajar2 tue mesti versatile, tapi ini Akademi Fantasia, yang mana masyarakat dah diajar untuk melihat pelajar yang versatile sebagai pelajar yang bagus. (Read : masyarakat ialah pengundi) Walau bagus macam mana pon Yazer, lambat laun mungkin orang akan bosan untuk mengundinya sebab cenggitu aje persembahannya, yang bertukar cuma tajuk lagu...



Amylea - Hak Milik Kekal
Takde perasaan lain selain berbangga dengan pelajar favouriteku...(hins hins hins - hidung kembang) Mulanya aku takut sebab lagu nie langsung tak menarik untuk dibawa untuk konsert AF sebab takkan mencabar vokal Amylea, but nasib baik Amylea sendiri yang membuktikan dia mampu! Dia mampu menjadikan lagu tue best daripada version asal! I bet Linda ngan Diana mesti termalu2 sendiri kat kerusi diorang tuh...huehuehue. Suaranya yang authentic tue telah mewarnakan lagu nih dan memberikan feel dan sentuhan yang lain kepada lagu nie. Dan ad-lib ala2 hop tue juga membantu, dan kemudian diberikan pulak kat kita rapping yang dibikin sendiri olehnya, dengan baik skali! (ingat Fuad je boleh rapping? Hihihi) Then, tak cukup dengan tue, dia bagi pulak kita teknik whistling yang agak baik (tak taulaa itu boleh dikategoikan sebagai whistling atau tak???) but that was goooooood. Tarian dan gerakannya begitu baik dan langsung tak menjejaskan kualiti vokalnya. Tahap stamina dan controlling yang tinggi. Dia banyak memberikan kita lebih daripada apa yang kita harapkan, dan ini adalah bagus dan penting untuk menarik perhatian dan meraih sokongan lebih2 lagi sokongan daripada mereka2 yang pada awalnya tak menyukai dia. Konsisten. I hope she's on her way to the Final...

Mawi - Beautiful Maria
Don't you laughing around menjaja betapa kekoknya sebutan English Mawi, sebab itu bukan the biggest point. Sedangkan orang politik, orang2 besar, Dato'2 dan Datin2 yang belajar tinggi2 pon English mereka pon berterabur jugak. (let's put ourselves on the list too, if u wanna) Tambah2, lagu nie sendiri pon bukan pure English. Aku nampak yang sebenarnya fanz yang terlalu ramai memberi pressure yang sangat besar kepada Mawi. Cuma Mawi sendiri sebenarnya patut dipimpin dengan betul untuk mengambil tekanan itu sebagai tenaga lebihannya dalam menyampaikan persembahan. Mawi sering salah tempo, dan dapat dilihat daripada awal lagu lagi. Orang boleh kate, Sifu M. Nasir pon beberapa kali salah tempo, tapi beliau sekurang2nya dah ade tempat yang selesa di dalam industri. Mawi mesti membuktikan beliau mampu menangani masalah nie dengan baik so that orang2 yang anti-Mawi, atau yang tak menyokongnya, at least dapat menghormatinya selepas nih. Suara Mawi memang ade keunikan, dan ade warna. Cuma teknik dan kekuatan yang perlu dicari. Penghayatannya sangat baik, dan Cikgu Marlia pasti bangga. Suaranya yang ada bunyi2 menahan tangis tue boleh meruntun jiwa gadis2 yang mendambakannya. Dan persembahannya yang sekadar duduk di atas kerusi tue merupakan idea yang baik, sebab effectnya agak kuat.

Ekin - Let's Get Loud
Menari sakan nampaknya si Ekin!!! Meriah sangat! Seswai dengan vibe dan rentak lagu nie. Aku sangat kagum dengannya sebab memang nampak staminanya sangat tinggi, betul2 tinggi! Suaranya tak terjejas pon dengan step2 tariannya. Mungkin inilah kesan paling besar daripada energy yang disampaikan dengan betul kepada penonton dan kemudian dilantun balik dengan baik. Mungkin lain kali bole buat lagi konsert kat tempat macam Dataran Putrajaya tuh. The best part was masa dia joget lambak dengan libasan2 rambut dia tuh...My God, dia memang all-out, sakan habis! (pernah clubbing ke kak? Heheheh) Dan part yang dia tarik tinggi tue....mulanya aku memang bajet sama ada dia akan rendahkan atau tergelincir, but she did marvellous bebeh! Dan mampu lagi mengeluarkan suara dengan baik sambil menari lagi. Geez, kalaulah minggu lepas dia buat macam nih, tak laa rosak lagu Farah tuh...



Kefli - Berhenti Berharap
Sape sangka? Aku pon tak sangka. Orang macam Kefli ni lah yang membuatkan aku salute betul2 kat dia. Macam mana nak membina satu persembahan yang betul2 membangkitkan rasa di hati dan membuatkan orang menitiskan air mata? (read : membina, yes, membina) It did went through my heart dowh. Penghayatannya sangat2 laa hebat. Jauh lebih hebat daripada persembahan Akma for Cahaya, yang juga sama2 tegak berdiri di satu tempat, dan berjaya menarik semua benda datang kepadanya (quote kata2 Adlin Sultan Melaka) Orang dah tak nampak benda lain selain dirinya, dan perasaannya. Vokalnya dikawal dengan sangat baik, dan penanahan yang baik memang diperlukan bila dia mencecah high note. Tak pecah, walaupon ada jugak bunyi sengau tapi memang tak memberi kesan yang banyak. Bila sesuatu performance tuh penuh dengan the good things, kesalahan2 yang minor nie memang takkan dipandang pon. Persembahan yang meninggalkan kesan yang kuat pada diri ramai daripada kita. Bukan calang2 orang yang boleh buatkan kita terpaku, dan menangis juga. Penyanyi2 yang sedia ada pon susah nak buat. Standing ovation for Kelfi...

Felix - Hari Ini Dan Semalam
Felix tackle lagu nih macam nih aje (sambil petik jari) Senang sangat untuk dia. Memang sedap, macam biasa. Dengan lakonan yang selamber, pergerakannya banyak ke hulu ke hiliur, tapi vokal maintain beb! Pitching tak lari langsung. Takde terjejas dengan hentakan dan gerak langkahnya. Persembahan selamba, bersahaja tapi full of confidence. Macam performance2 dia before nih laa (except Memori Bahagia yang kureng sket) Tapi ada kebenaran gak kate2 Kudsia (I've misspelled her name numerous times by typing Kudisa...why?) yang ianya terlalu straight forward, but I won't say 'terlalu' sebab lagu nie pon tak memerlukan improvisasi yang banyak. Perwatakan Felix banyak membantu menaikkan mood lagu, dan vokalnya yang merdu sangat seswai dengan lagu2 macam nih. Cuma, memang kadang2 dia perlukan sentuhan improvisasi jugak, sebab sampai bila dia nak buat the same style, straight forward. Bagi lagu yang susah giler kat dia nih Tuan Produser, kasik challenge lagik!



Menuju Puncak Version 3.4
Nothing interesting. Biasa, semua dah catch-up. Okaylaa, nampak tersusun dan teratur. Yang meningkat ialah pergerakan mengikut beat 5 steps yang terakhir tuh atas teguran dan ajaran Cikgu Linda. Tapi perhentian pergerakan di hujung lagu tak berapa kemas sangat sebab still ade yang bergerak2 pas hit yang terakhir. Walaupon ramai yang nak steps tarian nie diubah dan dienakkan lagi, tapi pas dipikir balik, diorang takkan ubah sebab every batch mesti ade steps yang tersendiri dan ianya default bagi every students untuk batch masing2. Nanti kalo nak perform dengan senior2 nanti macam mane nak buat kalo minggu nih lain, minggu nih lain plak...kan? Haru lak Elliza, Fuad ngan Idayu nak belajar balik...


The Double Cheeseburger Elimination



Yeah, dah diwar2kan dah poon sebelum nih. Dan aku pon memang dah agak dah. Sebab ini saja cara nak cut out so that finalist jadi 5 orang balik macam biasa. Penyingkiran Reza memang ditunggu ramai penonton, in the mean time, penyingkiran Amy walaupon hati berat nak menerima tapi akal membembenarkannya. Peningkatannya tak menyerlah, atau memang takde peningkatan pon, either one, u choose. Reza, sejak last week aku dah predicted dia akan kuar sebab imej dia yang tercalar tuh. Walaupon dia dah cuba memperbaikinya minggu lepas, itu tak cukup sebab dah melekat di fikiran orang. Walaupon dia memang nampak berbakat, kreatif dan berkarisma, but in Akademi Fantasia, that's not it. Amy pulak nampak macam tak menghargai peluang yang ada, dan tak menonjolkan imej yang tersendiri dalam Akademi. Skandalnya dengan Mat Belia Aidil terlalu lambat berputik. Kalo awal sket mungkin akan nampak kecomelan the two of them...


Cahaya Tinggi (Highlights)

  • Seramai lebih 30,000 manusia yang hadir memberi sokongan kat Dataran Putrajaya (mengikut apa yang dibaca, kalo dia tipu, aku pon tipu gak laa...wahahahaha - gelak jahat)
  • Angin banyak membantu persembahan students
  • Pentas agak kecik, jalan sket pon dah sampai hujung (and muke Aznil banyak masuk dalam performance budak2 tuh sebab seat dekat)
  • Aidil sangat gentleman dan sporting layan gossipnya dengan Amy, but Amy was blushing dan segan2
  • Orang tak guna lighter but handphones instead untuk lights
  • Style Felix ngan Pak Wahid Satay memang dua2 lawak abih
  • Orang tak terkezut sangat dengan double elimination dan the students yang eliminated
  • People were cheering mase Reza diumum kuar? Tak baik tau...

Woo! Peace2 Kacang Peas!

6 comments:

Anonymous said...

mawi world!!!

guracus said...

mawi sebenarnya VILLAGE je. he was not outstanding in all af3 concerts he was in. he certaintly didnt impressed me.Dont you forget that when we had professinal jury during the prelude concert, HE WAS NOT SELECTED TO THE ORIGINAL 12. Kalau pro tak imprressed dan tak pilih dia, what does that tell you?

cik_julie said...

what's the problem with this guracus huh?? every single post here ada je dia tak puas hati...

from what u had said mr/miss guracus , for SURE ur are one of the anti-mawi.... its up to you to xpress ur opinion, but DO IT with a rasional thoughts.... dont simply said what ever in ur MIND without thinking the effect... bukan Mawi saja yg sentiasa buat silap (setiap anti-mawi pun akan mencarik kesalahan Mawi walaupun dia buat perfect performance, kalau tak takkan ada ANTI nye tu) other students pun buat salah... tapi disebabkan kedudukan mawi tak penah tergugat selepas dia masuk blk AF, sbb tu la munculnya org² sebegini....


che ros, this guracus ni penah post ckp korang berjaga mlm rite?? 2-3pagi kan?? yg dia duk post siang hari waktu time keje ke?? kalau dah namanye keje buat keje, jgn nak kutuk mengutuk mencemarkan blog org... tak puas hati ngan sesapa student AF buat sendiri blog, kutuk sendiri dlm blog anda tu....

guracus said...

I say cik_julie, saya bukan anti mawi la,saya mengulas kedudukan pelajar..mawi of course pada saya tak outstanding dan dosent deserve the no 1 ranking. kalau tak silap saya,,saya being rasional la in my ulasan tentang mawi,,kat mana yang tak rasional nya? of course la the other students pun suck but thier ranking reflect that. jangan pulak marah kalau ada org tak setuju dengan ranking mawi yang dosent deserve the no 1 slot. the point being,,kalau pro jury tak pilih dia sebab tak impressed dengan dia, org2 yang undi mawi ni kita faham2 je la kan kan
tentang postings pagi-pagi buta sampai tak tidur seperti sewajarnya,,tak rasional ke komen saya? the way you respond pun showed your mentality. you pulak assume saya keje.hehe
cik-julie,,btw tak semestinya every single post saya kat sini mesti menyenangkan tuan punya blog atau sesiapa juga yang membacanya. kalau i kena tulis semua yang indah2 je untuk awak dengar atau baca, than you have the mind of a cacing!

guracus said...

I say cik_julie, saya bukan anti mawi la,saya mengulas kedudukan pelajar..mawi of course pada saya tak outstanding dan dosent deserve the no 1 ranking. kalau tak silap saya,,saya being rasional la in my ulasan tentang mawi,,kat mana yang tak rasional nya? of course la the other students pun suck but thier ranking reflect that. jangan pulak marah kalau ada org tak setuju dengan ranking mawi yang dosent deserve the no 1 slot. the point being,,kalau pro jury tak pilih dia sebab tak impressed dengan dia, org2 yang undi mawi ni kita faham2 je la kan kan
tentang postings pagi-pagi buta sampai tak tidur seperti sewajarnya,,tak rasional ke komen saya? the way you respond pun showed your mentality. you pulak assume saya keje.hehe
cik-julie,,btw tak semestinya every single post saya kat sini mesti menyenangkan tuan punya blog atau sesiapa juga yang membacanya. kalau i kena tulis semua yang indah2 je untuk awak dengar atau baca, than you have the mind of a cacing! if you dont like i write, dont read my postings in the future. hehe

Anonymous said...

mana perginya dak2 yg dipuja2 tu dulu?