Tuesday, July 19, 2005

Konsert AF3 07 : Friendship

Hmmm......

(Review kali nie disertakan sekali dengan cerita2 aku di stadium. Harap maaf kalo ia meleret2. Juz scroll down untuk skip those junks, or press the X button kat bahagian atas skali kanan untuk close. Thank you)

Cerita Before Konsert

Sampai stadium petang, boleh dikatakan awal. Aku terkezut, memang terkezut. Cuma tatau bercampur ngan marah ke, kecewa ke, sebab melihatkan suatu eksploitasi besar-besaran. Mawi telah dieksploitasi oleh peniaga2 kecil yang nak senang dan untung dengan cepat dan mudah! Terlalu banyak gerai yang menggunakan nama dan visual Mawi pada produk2 mereka. Boleh dikatakan sepanjang laluan gerai2 tuh, korang boleh tengok pelbagai jenis t-shirt, merchandise dan even makanan/minuman yang memperagakan Mawi sebagai jenamanya.

Berkesempatan melepak kejap di gerai Mawi FC dan jumpa AwekSahri aka AwekGemuk aka AwekMawi aka Fattymah (yang masuk TV tuh) juga Juan (yang semakin comel :p ) juga beberapa committee Mawi FC. Diorang jugak melahirkan rasa terkilan sebab terlalu banyak peniaga yang gunakan nama Mawi. Sebabnya minggu2 lepas peniaga2 nie gunakan strategi menciplak t-shirt Akademi Fantasia yang dijual Astro, tapi tumpas setelah dirampas pihak berkuasa. Melihatkan gerai Mawi FC aje yang dibenarkan pihak tuh, diorang pon terus gunakan Mawi untuk produk mereka. Isy....


Cerita Stadium

Masuk stadium awal, so sempat ke surau for Maghrib. Jumpa Uncle Azizan, Daddy Amylea (ayahku! heheheh) dan sempat amik a few snaps with him. Then jumpa jugak Mama Aidil yang tengah meluahkan rasa lucunya "...anak kita yang masuk kita pulak yang lebih2..." selepas ramai yang tangkap gambar dengannya. Then jumpa Faiz Alienaet kat surau. At last we met Faiz! On the way balik ke seat, I stunned, hidung rasa nak berdarah sebab nampak sesuatu yang boleh dikira salah satu the most beautiful creature on Earth : AMY. She IS gorgeus. Elliza was there smiling and we were saying Hi to each other but my eyes were caught kat Amy sahaja. Plus memang me and Elliza dah pernah jumpa before so tak heran sangat. Hahaha. Lepas sampai kat seat everybody were saying the same thing. Me, my frenz and beberapa family yang kitorang baru kenal pon agreed. Konsert minggu 8 nanti I have to se her again...hehehehe....

Cerita Konsert (Reviewla)



Kefli - You To Me Are Everything
Menonton di stadium membuatkan aku enjoy dengan semua performance tidak kira persembahan tersebut best, sederhana atau hancur. Aku tau, aku dengar pitching Kefli memang ke laut, tapi aku tetap bertepuk dan bersorak sebelum dan selepas persembahannya. Apa yang melegakan, flow persembahan Kefli berjalan agak lancar sebab kalo diikut daripada peningkatannya dalam latihan, memang merisaukan. Tapi flownya smooth. Apa yang buruknya, vokalnya semacam tiada peningkatan langsung. Sama saja setiap minggu kecuali untuk Mungkin dan Berhenti Berharap. Sebutannya walaupon tidakla membanggakan tapi agak baik daripada mula2 dia dapat lagu nie. Agak ralat jugak sebab aku menyangkakan penguasaan Englishnya bagus, melihatkan gayanya dan keadaan keluarganya. Walaupon prestasi dia di Akademi tak begitu memberangsangkan tapi silap2 dia boleh sampai ke Final. Quote kata2 Zainal yang kecomelannya menyelamatkannya. For me, I want to see him kat bawah masa Final nanti. No offence.

Akma - Bertakhta Di Hati
Aku dah tau yang lagu nie sememangnya sangat seswai dengan vokal Akma. Ballads memang batu loncatan untuknya mendapat markah tinggi daripada pengkritik dan pengundi. Bermula dengan sedikit tergelincir tapi dengan lajunya Akma membetulkannya dan kemudian membawa audiens ke dalam ruangnya. Sweet. Cara persembahannya nampak professional. Macam ada chemistry antara dia dan pentas. Then lampu disuluh ke arah Felix yang bersusah-susah bergegas ke atas tangga sebelum turn dia melakukan second voice untuk chorus. Felix sememangnya pelajar lelaki yang paling pandai membuat harmonizing. (Sebab dah pernah buat album ke?) Dan juga, dia sangat humble dan tahu macam mana meletakkan diri sebagai back-up. Tak perlu mengover-shadow penyanyi utamanya. Akma semacam ada satu keserasian dengan Felix. Perhubungan diorang dalam lagu nie nampak ada impak. Pergerakan walaupon minimal tapi still connected dengan audiens. Tahniah! Vokalnya dah cukup matang, cuma perlu berani membuat the unexpected. Setuju dengan Zainal lagi, Akma should give more, next time maybe...



Amylea - Penawar Rindu
Erma Fatima pernah berkata pada Bob dulu "...awak menyanyi macam awak makan..." I should say that to Amylea. But Amylea patut dapat lebih kredit sebab dia tak makan macam Bob :p Apa lagi yang nak diujikan pada budak kecik nie? Juz say it, dia akan menghiburkan kita semua dengan stylenya sendiri. Lihat aje gabungan irama ghazal dengan vokal uniknya yang berbau R&B tue. Memang tak segah Zarina atau Rosma masa mereka menyanyikan lagu irama etnik masing2, tapi ade class nya yang tersendiri. Tidak melakukan improvisation yang mengarut sebab dia tau yang itu akan jadik mengarut. Dia tau untuk menjadi moderate. She juz go with the flow. Kagum dengannya sebab dapat mengalunkan lenggoknya yang tersendiri yang memang merdu. Dulu, aku pernah risau kalo2 dia memang tak boleh carry lagu2 berirama etnik, but she proved I was wrong. I have and I will never regret meletakkan dia sebagai favourite no.1 aku...

Yazer - Nazraku
Chi seen ah! Aperlaa Astro nih. Yes, I'm blaming the production bukan kat Yazer sendiri. Tau tak ramai yang boring dengan song selection untuk budak Rock Steady nih? Aku dah mentioned beberapa kali dah. Blom kire orang2 lain laie. Adakah memang dia dimanjakan? Atau sememangnya Akademi nak lahirkan seorang Rocker sejati macam Bo Bice? Tak salah kalo nak lahirkan rocker tapi masyarakat Malaysia dah dididik dengan abiliti untuk menjadik versatile dalam Akademi Fantasia. Ujilah dulu, dah kuar nanti suke hati laa nak jadik rocker ke hape. Take Zahid as a good example. Again, aku tak blame Yazer but the production. Dari Prelude (Prelude takpe pilihan sendiri) sampai minggu ke-7 dah nie, tak lari jauh sangat dari fortenya. So tak banyak benda yang nak review performance dia sebab lebih kurang aje. Cuma kali nie lebih bertenaga sket. Dan kali nie stand mic digalas bukan ditendang atau ditolak. Persembahan yang memang bagus, aku tak nafikan. Vokal juga okay, cuma sebab lagu yang rancak, dia jadi mengah sket.



Ekin - Maafkanlah Pemergianku
Lagu sebegini sebenarnya seswai dengan vokal Ekin, lebih kurang macam lagu Mimpi Sedih. Kalolah dia memberikan 200%, atau at least 100% pon, dia akan membuatkan kita bertepuk sambil menitiskan airmata. Tapi dia tak. Dia tak pernah pon memberikan kita lebih. Aku hanya betul2 puas dengannya untuk Let's Get Loud. Jika diteliti, range vokal Ekin agak besar sebenarnya. Suaranya besar, so dia ade kelebihan pada low note. Dan advantage padanya sebab high notenya juga agak baik. Bukan semua orang dapat kelebihan nie. Tapi dia memang tak mengambil peluang dengan bijak. Dia tak betul2 serious dalam perjuangannya. Jadi persembahannya jadik hambar, mencerminkan kesungguhannya yang rendah. Orang sedih dengan pemergiannya hanya kerana ikatan mereka di Akademi baru saja terjalin dengan baik...

Mawi - Oh Fatimah
Macam sengaja aje production memberikan lagu2 dengan tajuk nama2 perempuan kat Mawi. Tapi tue tak jadik hal. Yang jadik hal ialah gerakan kepalanya yang hangat diperkatakan kat blog2 dan Astro@15. Memang agak odd sebab gerakannya tak seiring dengan tempo lagu. Walaupon tempo Mawi sememangnya improve betul kali nie, gerak kepalanya memang lari beat. Orang akan kate itu tak jadik hal tapi dari sudut persembahan penonton boleh jadik kurang selesa dengan ayunan kepalanya tuh. Tapi boleh dikira sebagai minor aje. Vokalnya baik. Takde benda2 yang tak elok. Juga takde benda yang wow sangat. Cuma dia telah menunjukkan bahawa vokalnya ade identiti, hanya perlu pandai digunakan dengan optimum, which is belum dibuktikan laie. Dia perlu belajar dengan bersungguh2 untuk mengoptimumkan penggunaan suaranya untuk memukau semua orang, yang minat dia atau tak. Persembahannya agak longgar sebab "...awak tak move!" bak kate Adlin. Memang dia tak move kecuali pada bahagian break/bridge. Kalo dia gigih belajar menari dan membuktikannya di atas stage, he'd be the man...



Felix - Fantasia Bulan Madu
Seriously, arrangement baru lagu nie sememangnya aku suke. A big clap to Sham. Dia menjadikan lagu nie begitu besar. Walaupon Felix mampu untuk memikul kebesaran lagu nie tapi dia tidak bergerak seiring dengannya. Expectation aku untuk performance nie memang tinggi. Tapi Felix menjayakannya dengan begitu bersahaja, and did a very safe one! Sedap sahaja tak cukup Felix. Walaupon dengan backup ala2 gospel yang meremangkan bulu roma pon tak cukup memberikan umph untuk jiwa lagu nie sebab karakter utamanya tidak memberikan punch yang cukup. Macam sebiji burger yang sayur2annya segar dan lazat, rotinya empuk tapi dagingnya tak cukup masak. Felix sepatutnya melepaskan segalanya untuk lagu nie. Teringat gaya Hani Mohsin dulu berkata "...belasah aje!". Tak dinafikan kawalan vokal Felix adalah yang paling hebat berbanding pelajar2 laki yang lain. Falsettonya cukup terkawal. Penghayatannya juga bagus kali nie. Nampak serious melakukan performance. He was into the song. Sayangnya, kalo dia betul2 lepas geram pada lagu nie, mungkin dah jadik performance of the year dah...

Marsha - Jambatan Tamparuli
Kenyataan S. Atan betul2 mencabar kewibawaan team produksi. Ramai yang sependapat dengannya, including me. Cuma kadang2 Astro sememangnya nak tunjukkan muhibbahnya Malaysia dengan kepelbagaian kaum, bangsa dan agama. Tapi bakat besar seorang pelajar dah dibazirkan satu minggu untuk membawakan lagu nie. Atas nama muhibbah, okaylah, terima aje. Bawaklah lagu ape pon, Marsha tetap seksi menyanyikan lagu rakyat nih. Tak mustahil keluar Akademi nanti dia akan jadik hot stuff walaupon tak menduduki sebarang tempat. (terbayang Farah) Walaupon aku tak paham sebutan2nya tapi suasana persembahan telah membawakan aku ke dalam komuniti masyarakat di Sabah. Macam ayat Kudsia. Bangga jugak sekejap sebagai rakyat Malaysia. Vokal Marsha jelas dan sedap didengar macam biasa. Tiada improvisation dilakukan sebab lagu2 sebegini sememangnya tak perlukan improvisation sangat, macam jugak performance Amylea. Walaupon nampak meriah dengan penari2 jemputan khas, konsep pengulangan dalam lirik dan irama membuatkan lagu nie kedengaran mendatar mendatar mendatar... (Cikgu Ramli)

Lagu Bonus & Menuju Puncak Version 3.6



Bonus - Anekaragam
Tersenyum. Memang enjoy tengok orang lain enjoy. Inilaa yang kekurangan daripada konsert pertama dulu. Kali nie mereka betul2 enjoy all-out. Sebabnya kemesraan betul2 dah berputik. Dalam menuju kemesraan nie laa diorang telah melalui hard times masing2. Aku dah tak pandang pada pitching atau keseragaman atau stamina mereka, sebab energy dan simbol utama konsert kali nie terserlah pada lagu nie iaitu Friendship. Walaupon Marsha tak dapat mic ear-piecenya, itu tak menjejaskan ape2 pon. Inilah yang aku2 tunggu2 selama nie. Satu elemen paling penting dalam siri Akademi Fantasia. Dan elemen penting dalam persembahan lagu2 bonus...

Menuju Puncak Version 3.6
Tak banyak untuk diperkatakan. Another Menuju Puncak yang diimprovise dan dimantapkan lagi pergerakan2nya. Salah satu platform untuk kita lihat perkembangan pelajar2 secara equal sebab masing2 menyanyikannya bersama2.

The Elimination



Suatu eliminasi yang dah dijangka. Juga diungkap oleh Juan masa jumpa sebelum dia keluar stadium. Ekin ialah Sabahan pertama yang terkeluar daripada Akademi Fantasia 3, boleh membuatkannya masuk dalam senarai Fantasia Book of Records. Memang sampai masanya untuk budak kecik nie kuar. Konsistensinya tak boleh kita harapkan. Kesungguhannya tak mencapai tahap yang memuaskan bagi seseorang yang ingin ke Final. Berbeza dengan Idayu dulu, kesungguhan yang tinggi tapi personalitinya sedikit sebanyak menjejaskan undiannya. Selepas nie kita hanya menantikan penyingkiran Kefli maybe?

Cahaya Tinggi dibekukan buat masa nie.

[Credits to Fana, Farah (bukan Farah AF), Atun, Wani, BikWan and Dzareef coz membuatkan aku sampai jugak ke Stadium Malawati Shah Alam for this concert]

3 comments:

iwanshuaswad said...

rosman...

keifli...
saya enjoy dgn persembahan keifli, tapi sebutan bahasa inggeris dia langsung tak jelas dan tak faham. but nice try.

akma...
saya rasa lagu bertakhta di hati yang paling best buat akma. saya kat dalam stadium dgr vokal akma.. fuh.. power!

amylea...
saya sukakan versatiliti amylea. semua genre lagu dia boleh nyanyi. well done amylea.

yazer...
saya rasa lagu ni pun yang terbaik dipersembahkan oleh yazer. kesian ayah yazer, duduk lama kat mr. bola-bola tu. tak sabar nak tgk yazer nyanyi lagu yg agak mencabar, mengapa harus cinta kat stadium sabtu ni.

ekin...
ekin punya vokal pada nada tinggi.. power! bergegar satu stadium, cuma rasa sakit telinga bila kuat sangat. tapi aku still suka vokal power farah diana anuar. breep! breep!

mawi...
performance mawi pun ok. nampak ok jugakla pada gaya tari mawi. mawi enjoy dan takde buat silap. kalau ada pun.. aku tak perasan sgt sebab aku tak pro. tgk live je kat stadium

felix...
saya respect dekat sham kamikaze sebab tukar range lagu tu. nampak kelainan. so felix pun boleh nyanyi lagu tu dengan selamat. tapi felix macam tak bertenaga je malam tu. kecewa...

marsha...
rosman.. kau jangan marah plak ek. saya memang minat marsha. dari bakat personaliti dan segalanya. saya suka tone suara marha. performance dia malam tu pun best. saya tengok dengan penuh konsentrasi tapi kena diam-diam sebab mamat-mamat kat arena ni tak minat marsha sgt. bagus bila af bagi lagu ni untuk konsert. baru nampak malaysia ni indah dgn budaya dan bangsa. cuma lagu ni tak mencabar buat marsha dari segi vokal. takpe, kita tunggu cobalah untuk setia dari marsha sabtu ni. tak sabar nak tgk marsha kat stadium.

RosmanPositivo said...

hye iwan...i thought i saw u at the stadium :P huhu, nape lak nak marah? i pon minat marsha jugak, my no.2 favourite tau...

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » »