Wednesday, July 27, 2005

Konsert AF3 08 : Entertainment Tonite!

Lalalalalalala....

Korang...sorry giler laa, lambat gile babas nyer update kali nie. Kalo konsert kelapan nie boleh dikatakan konsert yang paling besh, entry/review aku kali nie plak boleh dikategorikan sebagai entry paling lewat! Malah memenangi kategori entry konsert paling lambat antara blogger2 lain. Hahahaha (gelak malu campur bangga tak kena tempat) Untuk pengetahuan semua, dah jugak aku bagitau pada entry yang sebelum nie yang aku dah bekerja skang, dan kerja tue memanglaa sangat time and energy consumingnye. Balik2 umah atau umah kedua memang penatnyer mengalahkan petani2 moden mahupon petani primitif. Pastu lak PC ialah hak milik bersama, takleh conquer sorang2, lagi menambahkan aroma kelambatannya. Papehal pon, skang nie aku nak hapdet, nah amik orang!!!

(Kali nie tak cerita sangat pasal ape2 kat stadium)

The Entertaining Show




Lagu Bonus 01 - Ladki Badhi Anjani Hai
Konsert dimulakan dengan sangat baik! Petunjuk bahawa konsert nie memang merupakan konsert yang paling entertaining. Unsur2 persahabatan, persefahaman, peningkatan prestasi dan abiliti pelajar2 bercampur-baur menjadikan persembahan nie sangat seronok dan full of colours. Aku sangat terkezut dan respect jugak kat Mawi dalam lagu nie, bukan hanya sebab dia turun dan berjoget2 ngan tenaga pengajar, tapi kerana dia mampu untuk catch-up dan sambung dengan tepat step2 tarian selepas balik ke atas pentas! Improvement nie membuktikan bahawa masalah temponya semakin hilang dan dia banyak belajar di Akademi, bukan hanya main2. Kemampuan Amylea menari tarian Hindu juga berjaya mencuri perhatian penonton (aku pon teringat waktu zaman sekolah dan matrix aku juga pandai dan selalu menari tarian tue...hahahaha) tapi perlu lebih banyak belajar lagi, kalo rase nak celen Ramli Ibrahim The Sifu. (my Mak Su said he is my uncle...wah...) Pasal vocal, aku setuju ngan Aznil. At least it was their own voices...



Marsha - Cobalah Untuk Setia
Ya, semua bercakap perkara yang sama. Performance Marsha kali nie kurang memuaskan walaupon tak teruk mana dan sekadar okay saja. Aku enjoy sebab aku memang suke lagu nie. But okay, I agree yang penghayatannya tidak connected dengan audience. Mesejnya antara sampai dengan tidak. Penguasaan vokal was average dan tidak memberikan impak WOW. Memang sedap di telinga tapi so-so laa. Menonton di stadium mampu membuatkan bulu roma aku meremang, tapi aku tau it's not that good. Imej seducer berjaya dikikis sedikit demi sedikit oleh Marsha. Dia nampak lebih matang sekarang di atas pentas, walaupon di Diari masih sama. But that's good actually, kekalkan personaliti tapi tingkatkan kematangan persembahan. Marsha ada banyak aset untuk diketengahkan dalam industri. Cuma dia perlu dibimbing dengan betul oleh orang yang betul. Aku suka Marsha, dan memang mahu melihatnya ke Final. Bukan dengki dengan rezeki Kefli, tapi kalo Kefli menjadi punca Marsha tersingkir next week, aku tak tau nak cakap ape dah...



Kefli - Hati Emas
Satu lagi advantage (atau curse?) bila menonton live, kita boleh layan dan enjoy dengan performances walaupon taklaa sehebat mane. Ya, memang Kefli boleh dikatakan pelajar yang paling kurang potensinya waktu konsert, tapi itu tak menghalangnya daripada membuatkan penonton menyanyi dan menggerakkan badan bersama2! Stadium Malawati jadi hidup. Dia berjaya membawa penonton bersama2 dalam lagu yang dipersembahkan. Setuju dengan my lovely inspiration Yasmin Ahmad, pergerakannya seiring dengan jiwa lagu tersebut iaitu sebuah lagu jalanan, sepertimana jiwa filem From Jemapoh ke Manchestee. Kefli bergerak kesemua arah dan spot2 penting di atas stage, sekaligus membuatkan kita seolah2 meneroka dan mengembara bersama2nya. Tapi hanya setakat itu aje kreativiti Kefli kerana sepatutnya banyak lagi yang boleh dibikinnya. Kalo Aznil ditegur kerana mencuri tumpuan penonton, aku meletakkan kesalahan tue atas bahu Kefli sendiri kerana itu merupakan kelemahannya sendiri. Untuk performance nie aku tak pandang sangat dengan vokalnya sebab persembahannya hidup dan menghiburkan, tapi kita semua dah tau vokalnya tak laa berapa outstanding sangat. Ramai kate dia patut kuar, tapi di Akademi Fantasia tiada term 'patut kuar' tuh. Cuma kehendak kita yang mahu dia kuar. Aku juga berkehendak begitu, hanya atas nama maruah Finale Akademi Fantasia, bukan dasar favouritisme. Masing2 ada pilihan sendiri, even pengetua pon...



Yazer - Mengapa Harus Cinta
Aku sempat berbisik kepada seorang kawan, janganlaa Yazer rosakkan lagu favourite aku nih. Ya, tidaklaa rosak mane tapi tetap tidak memuaskan hati. Dengan masih mengekalkan imej rocknya (tatau nak salahkan wardrobe lagi ke atau dia sendiri?) dengan seluar koyak2 tue, hello? Takleh ke sekali sekala kasik dia pakai smart2 sket. Hisy. Ya, memang dia mempunyai identiti vokal yang tersendiri dan merupakan pelajar yang masih mengekalkan identitinya iaitu Rocker AF. Tapi kalo pengekalan itu berupaya mempunahkan satu lagu yang smooth sailing dengan serak2 rock itu, dia harus menjadi lebih flexible. Mengambil langkah yang sangat safe, tidak mencuba note2 yang mencabar dan menyanyi dengan flat aje. Tak seronok untuk didengar. Aku lebih menyukai personalitinya yang nampak sincere dan baik, daripada bakat dan prestasinya di Akademi. Salah siapa...? Jawab sendiri. Yazer bernasib baik kerana hanya ade Kefli sekarang untuk menutup kelemahannya. Kalo Kefli takde, kredibiliti Yazer sebagai penghibur boleh dipersoalkan...



Mawi - Pupus
Ramai yang menjangkakan lagu yang bagus nie bakal dirosakkan oleh seorang idola rakyat Malaysia yang sorang nie. Siap ade yang cakap2 kat belakang seat aku lagi, yang "...lagu nie sedap, kalo salah nyanyi memang rosak laa..." I agreed with him. But hellyeah, Mawi did make us proud and relieved. Ketepikan soal pakaian badut plus tukang cat Nippon tuh. This performance boleh dikatakan dalam ranking persembahan terbaik Mawi. How he nailed it, and how he made the improvement for the tempo, tue yang kita perhatikan. Vokal authenticnya tue memang kita dah tau. Dengan suara jantannya, dan tempo yang semakin bagus, plus penghayatan yang digambarkan secara virtual reality oleh Kudsia tuh memang betul2 mendatangkan hasil, kerana aku menghangguk2kan kepala aku semasa menonton, tanda berbangga dengan Mawi. Dia dah membuktikan dia mampu ke Final. Juara macam mana? You decide!



Akma - Selamat Jalan Romeo
Aku dah dapat rasakan badi tajuk lagu nie sejak awal tapi aku tetap berfikiran positif hinggalah keputusan diumumkan. Lagu nie dikatakan yang paling mencabar buat Akma, hanya sebab dia kena menari gelek. Okay, plus lenggok vokal dangdut yang sememangnya agak susah untuk dibuat kalo takde didikan yang betul. Akma dilihat telah mampu mengenepikan rasa malunya tue dengan satu step yang paling mengejutkan aku, iaitu step goyang Beyonce tuh! Uisy....itu Akma ke tuh? Yeah, at first I thought it was unnecessary, but itu sebenarnya menolong Akma membina keyakinan dan keberaniannya. Sekaligus membuktikan jugak yang budak baik dan sopan-santun nie boleh transform menjadi Ratu Gelek kalo nak. Dia mendengar nasihat Zainal Alam Kadir yang lalu supaya membuat something yang unsangkarable (mengikut ayat aku) atau sesuatu yang lebih daripada cukup2. Dia melarikan sedikit persepsi kita terhadap dia, atas tiket persembahan dangsut sahaja. Vokalnya sekadar okay, tapi lenggok dangdut tue menjadi jugaklaa. Persembahan yang menghiburkan tapi tak mengeWOWkan. Sayang, sayang...



Amylea - Dua Insan Bercinta
Lawa jugak rambut dia straighten, macam Rani Mukherjee. Tergoda kejap (padahal dah lame tergoda) Ape lagi aku nak tulis tentang budak nie? Every week mesti same...SHE ROXX!!! Aku bangga betul2 dengan dia. Dibantu dengan lighting yang memberi impak, perjalanan persembahannya begitu dirasai penonton. Permulaannya sedikit berbunyi Ella, but then dengan bijak menjadi Amylea sendiri. Ini juga disedari Kudsia. Vokalnya memang asli. Kalo mula2 dulu kita ingat dia Alicia Keys No.2, kini tak lagi. Amylea memang Amylea. Entah kenapa aku terbayang Kid Rock bila menonton persembahan Amylea nih. Mungkin dia betul2 berjaya membawakan flavour rock dalam performancenya? Dengan pergerakan snake charmer yang dikatakan Joe Klubbkidd, aku suka walaupon merasakan sedikit odd jugak. Tapi memang satu kelainan, itu yang nak ditekankan. Apa lagi yang pengundi nak daripada Amylea? Dia dah deliver segalanya daripada mula lagi. If you're looking for an entertainer, dan kalo laa last2 nanti dia tak dapat first, second, atau at least third place, then pengundi bukan mencari seorang performer yang bagus sebenarnya...

Konsert yang ke-8 nie mengingatkan aku kat konsert yang sama di musim ke-2 dulu. Kalo dulu salah sorang fav aku Kaer mendapat peluang berjumpa family, kali nie fav aku jugak yang dapat berjumpa familynya. And satu laie, kedua2nya nyanyi lagu rock. Suratan atau kebetulan kata Aidil...



Felix - Hukum Karma
Mungkin bukanlaa persembahan vokal yang terbaik malam tuh, tapi aku berani bet it was the performance of the nite! Aku tak laa sefanatic audience2 lain yang betul2 carried away dan layan hangguk2 geleng2 sama2, tapi aku faham keadaannya dan perasaan diorang. Memang rock habih, lebih rock daripada rocker AF (jangan mara...huhuhuh) Daripada view aku, dah nampak macam gig liar mane tah, sebab nampak tangan2 terhayun2 ke atas dan ramai yang layan head banging sendiri dan menghentak2 kaki. Itulah bukti yang aku amik untuk meletakkannya sebagai performance of the nite, bila penonton2 semua sangat terattached dengan show nya. Tapi aku terkilan sebab bagus macam mane pon, please, aku betul2 kecewa penonton boo Syafinaz bila dia cuba memberikan kebenaran. Truth hurts, terima laa weih. Aku rase macam nak capai mic dan menjerit "...shut up! Aku sepak korang sume kang nak?" Komen Kudsia yang sedikit terlampau tue laa yang memberi lesen kat diorang buat camtuh. Aku sendiri sedar pada sesetengah note dia bukan perfect pon. Ini sampai macam dah betul2 sempurna lak Kudsia gambarkan. Dia memang gegarkan stadium dan buat orang sume enjoy, but it wasn't that perfect.



Lagu Bonus 02 - Sri Langkat
Tak macam Ladki, persembahan nie tak begitu menarik perhatian. Bukanlah satu persembahan yang akan diingati sangat, kalo nak banding dengan Medley Joget AF2 dulu (that one was really happening!!!) Dengan jumlah pelajar yang tinggal sikit, dan ketidakseimbangan lelaki-perempuan, keharmonian persembahan dan vokal tak menyerlah. Setuju dengan SM, kalo difokuskan betul2 pasangan2 yang menyanyikan rangkap2 tertentu momentumnya lebih kuat. Sebuah persembahan yang boleh dienjoy, sekadar enjoy ajelaa...

Menuju Puncak Version 3.7




Takde ape2 yang nak diperkatakan sangat pon. Apa yang specialnya ialah Amylea mengekalkan tema malam tuh dengan pergerakan tarian Hindu tuh. Quite good.

The Frustating Elimination?



Aku semacam begitu yakin, atau mengkehendakkan penyingkiran Kefli minggu nie. Setiap kali ditanya pendapat tentang penyingkiran memang aku akan sebut Kefli walaupon hati kecik aku mengatakan yang dia akan diselamatkan jugak. Akma juga dalam waiting list aku cuma kehendak aku yang kuat meletakkan Kefli di tempat paling bawah on my list. Sedikit sebanyak aku tergamam bila nama Akma disebut. Bukan terkejut tapi semacam terasa satu frustation. Kehendak aku meletakkan Akma di atas Kefli, jadi bagi hati aku Kefli yang ingin dikeluarkan dulu sebelum Akma. Datang dengan rakan2 yang mempunyai favourite yang berlainan membuatkan aku relax aje walaupon tergamam tuh masih takleh reda. Dari segi bakat memang takleh laa kita nak pertikaikan tentang Akma nih. Semua orang tau dia memang boleh nyanyi. Cuma isu X-factor tue aje yang diheboh2kan. Then kuar skandalnya dengan Felix, ramai yang suke, ramai jugak yang nyampah kate itu strateginya untuk mendapat perhatian. Dan kita jugak dapat saksikan dalam AF3 nih semua couple2 tak sempat nak jadik betul2, mesti salah seorang akan kuar. Teori Konspirasi?


Last Words

Apa2 pon, kalo next week nye konsert Kefli masih terselamat, itu akan menjejaskan kredibiliti Konsert Final AF3 nanti. Aku bukan mengatakan nie dengan sewenang2nya, sebab aku takde apa2 masalah menerima Kefli. Cuma peluang dan tanggungjawab undian itu perlulah kita amik serious sebab yang akan menonton konsert Final tuh nanti kita jugak. Memang laa duit masing2 suke ati nak buat ape, tapi kita cuba bezakan duit yang jumlah yang sama, kita pilih untuk beli Coke, atau beli susu segar, mana lebih mendatangkan khasiat...

2 comments:

Anonymous said...

Making money on the internet is easy in the hush-hush world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat seo techniques[/URL], Don’t feel silly if you have no clue about blackhat marketing. Blackhat marketing uses not-so-popular or not-so-known ways to generate an income online.

Anonymous said...

[url=http://www.realcazinoz.com]online casino[/url], also known as junk casinos or Internet casinos, are online versions of famed ("chunk and mortar") casinos. Online casinos lift gamblers to hand-picked up and wager on casino games with the pushed the Internet.
Online casinos superficially prescribe up in pad of exchange odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos contend higher payback percentages as a remedy into melancholy troop games, and some wager exposed payout force audits on their websites. Assuming that the online casino is using an fittingly programmed unsystematic condense up generator, catalogue games like blackjack clothed an established feign index edge. The payout participation proper notwithstanding these games are established at unthinking the rules of the game.
Uncountable online casinos haul together or mastery their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Universal Artfulness Technology and CryptoLogic Inc.