Monday, August 29, 2005

Gol & Gincu : Cukup Haul



(Entry dipost dalam keadaan belum siap sepenuhnya, namun demi menjaga kredibiliti dari sudut up-to-date kena laa post cepat2...hehehe)

Cukup haul.

Dah lame aku tak dengar term tue. Dulu mase still skola, kalo dalam subjek berorientasikan keagamaan biaselaa. Tapi sape sangka, orang yang mengembalikan memori dan menimbulkan kembali term bijak nie ialah Abang Bad Boy kita, Adlin Aman Ramlie, dalam komentarnya terhadap persembahan Marsha di Konsert Finale AF3.

Dan sekarang aku nak gunakan term tersebut kepada gambaran keseluruhan filem arahan mamat brilliant kita Bernard Chauly, Gol Dan Gincu. Jika filem lain ada sahaja benda yang kita detect kesalahannya dan kurang berpuas hati, filem nie memang cukup haul, dan membuatkan kita langsung tak nampak apakah yang kurangnya dalam penceritaan Bernard kepada kita. Segalanya nampak sangat jadi. Tak tau mane satu lubang2 atau bocor2 sana sini, atau yang lari ke laut sekalipon. Cukup haul mungkin satu term yang boleh menggantikan perkataan Perfect kerana perkataan itu memang agak besar dan berat sket untuk diterima dan dipikul.

Apa yang cukup haulnya filem ringan nie?

Yes, memang ia sebuah filem yang nampak ringan, dan ringan untuk kita tonton. Kerana pendekatannya memang begitu. Walaupon bagi aku sebenarnya banyak isu yang ditimbulkan dan ada pulak isu2 yang berat namun ditampilkan secara bersahaja (bak kata SM) oleh Bernard dan tak lupa kredit untuk skripnya yang ditulis Rafidah 3R kita yang kiut tue. Nampak kecik, wawasan besar. Kalo tak manekan dapat jadi Duta Unicef ye dak?

Filem ini cukup haul daripada segala aspek. Nampak macam perfect bunyinya. Mungkin, tapi kalo pon ia tak perfect sekalipon, ia menjurus ke arah itu. Bermula daripada skrip yang teliti, casting yang tepat, krew2 yang bagus, tajaan yang besar, arahan yang superb, lakonan yang sangat natural hinggalah kepada skor muzik yang begitu baik! Tak ke cukup haul? Segala aspek dijaga. Dan keseimbangan antara komersialisme dan artistik begitu hebat dikontrol team produksi. Filem ini hebat kerana team produksinya hebat! Segala penghasilan memang nampak kesinambungan dan kualiti memang dijaga. Lihat saja poster, trailer, props, lokasi, everything, memang baik sekali.

Trailer & The Making Of.. : First Impression Memang Critical.

Kadang2 sesebuah filem dapat kita hidu nilai tontonnya hanya daripada trailer sahaja pon cukup. Sorry to say, sebab to give u example, filem Di Ambang Misteri. Silver Chung mungkin terkilan, ataupon dia tak kesah pon, kalo aku cakapkan daripada trailer filem tue aje aku dah memutuskan bahawa sampai bile pon aku takkan kuarkan duit untuk tengok filem tue. Kalo free okey laa, tue pon tanak tengok kat cinema, VCD cukup. Di situlah datangnya nilai tontonan yang aku sebutkan. Filem Gol & Gincu nie pulak, membuatkan aku terus meronta2 nak cepat tengok. Apatah lagi bile slot The Making Of....nya memang betul2 interesting! Bayangkan, the making pon dah syok tengok. Whut the heck kan? Penampilan pelakon2nya begitu natural, dan konsep yang digunakan begitu menarik untuk membuatkan kita terus melekat di TV. Lihat saja telatah nakal dan funny Amani bermain2 kat belakang bila pelakon lain sedang diinterview. Comel gile! Hahahaha. Tambah pulak lagi lakonan ala2 poyo Pierre dan Ashraff.

Casting & Characters : Mix It, Match It!

Casting

Casting, tahap yang memeningkan kepala. Dan kalo pon Bernard dan Rafidah dapat migrain kerana proses nie, it's worth it. Filem nie memanglaa berkisarkan remaja, so mostly pelakon2nya teenagers. Dan teenagers yang dipilih memainkan peranan masing2 sangat seswai dan fit the specifications yang diperlukan. Bukan tue sahaja, menggunapakai teknik untuk menyerapkan unsur komersial, selebriti2 popular dan digilai ramai remaja dieksploitasi dengan baik skali.

Fazura, gadis manis idaman jejaka Malaya. Ashraff Sinclair, bukan remaja pompuan aje yang mendambakan dia, remaja laki pon ramai yang tergila2kannya (uiks?). Hos 3R, rancangan remaja paling popular skang nih dengan menerapkan begitu banyak positive influences. Syarifah Amani, Pelakon Harapan FFM05 dengan kecemerlangannya bersama Sepet. Melissa, cun, cute, dan ingat Table For Two? Dan how can i forget this petite Sazzy Falak? First time di layar perak, and she done it, tremendously! Juga hos rancangan hangat Astro Ria bersama The Most Eligible Bachelor 2005. Pierre Andre pulak simbol Melayu Terhangat. Cuma tak digunakan to the max sangat. Mungkin seswai dengan unsur2 mysterious guynya. And the list goes on...

Characters

Bagaikan magic, segala karakter dalam filem absorbed dengan begitu baik skali ke dalam diri pelakon2. Tak nampak pon ia dibuat2, macam lakonan Yusry dulu dalam Cinta Kolestrol. Alamak, aku terbagi contoh lagi plak. Takpe ar, honest (wink). Semua watak dalam filem nie memainkan peranan kepada cerita dan takde satu pon watak yang aku rase layak dipanggil picisan. Hinggakan watak sekecil watak Anding pon diberikan lime light yang adil tapi seswai. Itulah magiknya pada watak2 filem nie. Details and balance memang diberi keutamaan.

Fazura sebagai Putri memang padan. Sangat seswai dengan wajahnya yang fresh, attitude remajanya dan suara manjanya. Sebagai seorang anak Dato' dan Datin, belajar di kolej, penyayang dan sangat girly, dan tinggal dengan sebuah family penyayang dan understanding, semua spesifikasi tue Fazura penuhi dengan baik. But Sazzy pulak menakjubkan aku! Imejnya di luar memang sangat sweet, baik dan comel, tapi dalam filem nie you won't see that. She's fierce. She's full of hatred. She's cute but deadly (okay, deadly bukanlaa perkataan yang seswai sebenarnyer). Tapi dia berkarakter lain berbanding karakter sebenarnya di luar. Itu yang kita nak daripada seorang pelakon. Congratulations!!! She's much more better daripada sentuhannya dalam Surat Untuk Bulan. Dalam telefilem tue, memang sangat kena laa dengan kesweetan dia so macam ala2 senang sket but this one challenged her a lil bit.


Ashraff Sinclair memanglaa jejaka tumpuan utama dalam filem nie but the limelight kepadanya tidak besar sebab memang filem nie menumpukan terhadap karakter2 wanita. Tapi tue tidak menghalangnya untuk memberikan lakonan ala kadar sebab hasilnya dikira baik juga kali nie. Tak kaku dan natural. Mungkin bertepatan jugak dengan sifat sebenarnya lebih2 lagi dia memang kaki bola dan memang suka main futsal. Latar belakang keluarga juga bertepatan. Kira tak payahlaa nak buatkan Ashraff datang daripada keluarga kampung konon2nya nak tambah unsur real dalam filem (sape makan tomato dia rase masam laa kan...huhuh). Hero lagi satu Pierre Andre tak banyak memberikan impak pada filem sangat tapi kehadiran dia melengkapkan cerita. Dialog pon berapa kerat aje. Tapi ekspresi wajahnya yang 'berkata2'. Latar belakang budak nie tak diketahui. Yang tau dia keja kat Sportsplanet tempat orang main futsal tue. Dan dia ade seekor kucing yang comel. Dan dia berasal daripada Penang. Dan apa lagi? Oh yeah, of course, he had a crush on Putri.

Rafidah Abdullah (3R) sebagai Zie lebih meyakinkan. Karakternya yang ala2 tomboy/pengkid tue berjaya dihayati dengan baik. Lihat saja pada permulaannya, di mana skrip dan cara pengarahan Bernard dimainkan Rafidah dengan begitu deep. Ikutkan akal orang2 Malaysia atau di mana2 saja, Zie takkan membantu Putri juz like that. Reason 'sekadar menolong' hanyalah alasan mulut. Zie sebenarnya ada hati dengan Putri, pasal tue dia sanggup ajar Putri main futsal from scratch. So that dia boleh ade mase bersama Putri. (Ini merupakan tafsiran aku saja. Aku kena tanyer Bernard nanti untuk penjelasan sebenar) Dan lihat gaya dia pakai dress for the 1st time, memang nampak macam 1st time pakai pon (ntah2 MEMANG first time?). Rambut pendeknya membantu juga dalam pembawaan watak yang berkesan. Syarifah Amani, apa lagi yang boleh diperkatakan tentang Pelakon Harapan FFM15 nie. Wataknya bukanlaa besar sangat tapi ia nampak besar hasil lakonan yang baik dan skrip yang banyak membantu. Membawa karakter remaja yang bermasalah angkara perbuatan terkutuk abahnya lakonan Zahim Al-Bakri (akak dia pon pernah berlakon remaja bermasalah yang hisap rokok sembunyi2...). Impresi mukanya memang nampak tenang di luar namun banyak masalah yang melayang2 dalam kepalanya.

Pelakon2 lain dengan watak2 mereka juga berkesan dan kelihatan sangat serasi. Melissa sebagai Mia, rakan baik Putri membawa peranan tersebut dengan baik. Dah kena dengan karakter sebenarnyalaa kot, tue yang senang. Zarina tidak mengecewakan dengan watak Dayang. Kakak yang mithali kepada adik2nya, juga agak kasar dan brutal beb. Oh yeah, tidak dilupakan that tiny2 Tini (3R). Lakonan bersahajanya menjadi, plus with the muka yang comel sangat tue. Ida Nerina, Harith Iskandar, gang2 Bukan Team Biasa yang lain, kesemua mereka menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Mix and Match Bernard menjadi!

Cerita & Penceritaan : It's Like A Car With Petrol

Yup, it's like a car with petrol. Buatpe ade kereta Lancer Evo IX pon kalo takde minyak. Tak jalan laa gayenye. Buat untuk bangga2 aje. Tak sampai matlamat sebenar benda tue dicipta. Dan manusia dikira zalim jika tidak meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Biarlah kereta Kancil tapi minyak full, boleh bawak sampai Cannes...

Masalah dunia perfileman Malaysia bukanlah KOS seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pembikin filem. Masalah sebenar ialah CERITAnya. Kalo kos penerbitan tinggi berjuta2 tapi cerita memang tak bagus, takde makneenyyerrr (refer to Marsha Milan Londoh for an accurate intonation). Skrip yang bagus perlu ditulis dulu. Dapatkannya, carik, kalo boleh buang laa ego untuk mendapatkan skrip yang bagus dari kalangan orang2 marhaen juga. Sebab kadang2 skrip yang bagus ditulis oleh orang yang langsung kita tak kenal atau tak sangka, mungkin student universiti, mungkin suri rumah, mungkin kerani syarikat insurans. Kali nie Rafidah sebagai penulis skripnya. Bagi kebanyakan daripada rakyat Malaysia, mungkin mereka tertanya2 juga ye ke dia buat skrip. Wah, tak sangka laa kata mereka. Sebab mereka tak sangka dia sebenarnya boleh tulis skrip and actually done it numerous times before pon. And thank God, dia menghasilkan sebuah skrip yang penuh berisi, tapi mediumnya begitu bersahaja. Macam kita menonton 3R di layar perak pulak rasenyer. Cuma lebih up sket dari semua segi. Ditambah pulak dengan the touch of Bernard. Need I say more ke?

To be continued...

3 comments:

numanuma said...

ade smbungan psl ape lagi?

Anonymous said...

Excellent, love it! film editing schools

Anonymous said...

Couldnt agree more with that, very attractive article