Monday, September 19, 2005

AE05 : The Voters Had Spoken

Clap Clap Clap!!!

The first clap sebenarnya untuk diriku ini sendiri kerana berjaya jugak memunculkan diri ke Anugerah Era 2005. Walaupon tak berkesempatan melaram ngan pakaian funky-munky tuh, my double t-shirt wearing boleh laa diterimapakai untuk menepati tema. Confirmation hanya diberitahu around kul 7.30pm yang mana aku baru bangun from my tido petang (sebab daripada semalam tue aku tak tido okeh) Oleh kerana terjaga daripada rumah kedua, so selection wardrobe menjadik terhad so sarung saja ape yang patut. Tak dapat pakai my new unworn Renoma jacket. Hahah. Siap2 terus bergerak keluar bersama my buddy Hakeem a.k.a Protege Awal BeatTV. Thanx juga kepada Encik Supir DiRaja kerana menghulurkan bantuan kemanusiaan di saat2 genting. Heheh. Rupenyer ramai juga yang baru nak bergerak sama ke Bukit Jalil. Sampai kat sana, dah terlepas opening act. Rase rugi juga, but boleh tengok ulangan, tak kesa...


The Pentas of AE05

Clap seterusnya ditujukan kepada kesemua pemenang AE05, dan juga kepada team produksinya. Boleh tahanlaa standard majlis kali nie. Siap dengan 2 mini konsert Pra-Anugerah lagi sebelum nie. Theme funky yang dipilih juga orait kerana senang orang ramai dan artis nak melaram sebab jangkauan/radius untuk funky agak luas. Tak terhad sangat. Gambit dan gimik yang dibuat juga memang menarik, dengan lakonan dan telatah Saiful Apek yang aksi2 sarkastiknya tue memang mampu membuat sape2 aje gelak, at least tersenyum simpul. Agak daring dan berani juga Apek membawakan watak2 dalam lakonannya. Takut nanti ade suara2 yang membantah dengan pembawaan watak2 wanita (especially yang sexy abih...hahahaha) oleh Apek. Teringat Dee, Moon, Senario etc...

Gambar iklan : Tak menang pon takpe, asal korang beli album nie yek?

Penerima2 Anugerah ERA 2005 :

Artis Harapan Pilihan : Zahid
Di saat2 inilah popularitinya diperlukan, and he got it! Walaupon Farah dan Adam dicanang2 sebagai yang paling berpotensi sebab ramai penyokong, Juara AF2 nie membuktikan yang fanz nya masih kukuh dan mantap macam dulu. Senyap2 Za8FC dan other silent supporters bersatu dan memberikan anugerah ini kat dia. Berdasarkan bakat yang ade, memang dia layak. Ini juga sebagai menebus kecundangnya dia di AIM dulu, dan mengekalkan kredibiliti Juara AF yang sebelum nie dipegang kuat oleh Vince, Artis Harapan Pilihan taun lepas. Tak ralat sangat walaupon Farah tumpas.

Vokal Wanita Pilihan : Siti Nurhaliza
Tiada pertikaian dan tiada wah tak percaya. Vokalnya makin matang seiring umur dan pengalamannya dalam bidang seni. Berjaya membawa vokal Malaysia ke Kota Big Ben, takde sape pon yang akan berani mempertikaikan pilihan kita nie.

Vokal Lelaki Pilihan : Anuar Zain
Juga as expected. Sangat lega. Memang takut dan risau kalau2 anugerah nie Adam yang dapat. Seriously, no offence for peminat Adam. Cuma, bagi kategori2 sebegini memang patut kita berikan pada yang lebih seswai. Kalo Bang Nuar tumpas di tangan Zainal Abidin ke, boleh juga angguk kepala. Anyway terima kasih kepada yang mengundi dengan bijak.

Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan : KRU & Adam
Oleh kerana nie pakai undi, semua daripada kita tak berapa kesah sangat dengan kemenangan mereka. Memang as expected laa, cuma aku lebih expect (read : expect) Zahid, Adam & Farah sebab kat situ saja 3 fanclubs dan penyokong2 bergabung. Mungkin ramai yang tak mengundi. Kalo ikut juri mungkin Siti & Sifu yang dapat. Who knows.



Pose berangan ke hape nih? Funky ngan kipas2 lagi

Artis Inggeris Tempatan Pilihan : V.E
At last dominasi Too Phat berjaya dipecahkan oleh member2 diorang nih. Layak dengan buah tangan mereka For You. Populariti makin menaik, seswai dengan tahap bakat yang dimiliki. Sayang diorang takde di sana untuk meraikannya.

Band Pilihan : Spider
Wow. Spider mampu menangkis cabaran hebat daripada band2 besar daripada Indon. Ini membuktikan walau macam mane gah pon band Indon, orang kita masih support band Malaysia. Bagus. Aku bangga juga. Karya2 Spider juga memang best, mereka memang layak. Ini satu tanggungjawab daripada peminat untuk mereka muncul ngan idea2 lain yang lebih segar dan hebat. Challenge band2 Indon. Malaysia Mampu!

Irama Global Pilihan : Erti Hidup (Dayang Nurfaizah)
Menyambung kemenangannya daripada Juara Lagu 19 dulu. Tak dinafikan lagu nie memang best, dan baru popular di telinga2 pendengar selepas memang di AJL. Hebat juga peminat Dayang mengatasi fans Siti yang lebih menyeluruh dan besar amaunnya. Congratz!

Lagu Nasyid Pilihan : Aku Tanpa Cintamu (Mirwana & Jay Jay)
Naah, kan dah kate. Mirwana ade penyokong dan pendengarnya sendiri. Mereka dah bertapak lame sebelum kuar ke arena mainstream. Belum masuk junior2 dan rakan2 mereka di Maahad Hamidiah Kajang dan universiti2 yang setia menyokong. Plus juga peminat Jay Jay. Sorry laa kat Faiez manager kumpulan Far-East yang juga member aku sebab kecundang. Takpe, anugerah nie untuk semua kumpulan nasyid di Malaysia, kata mereka.


Saje jer buat muka cacat. Memang Apom betol...

Lagu Pop Pilihan : Elegi Sepi (Azharina)
There, sape sangka gadis Sabahan dan Mariah Carey Malaysia nie mampu bersaing dengan cabaran2 yang sangat kuat daripada Siti, Dayang, Liza Hanim & Aishah? Tapi dengan lagu yang cukup enak didengar dan suara gemersik Azharina tue memang tak ralat. Tambah juga, lagu tue rasenye sangat lame bertahan kat Carta Era. I mean, memang lame laa. Perasan tak? Tahniah, you go girl!

Lagu Rock Pilihan : Mungkin Nanti (Peterpan)
Orang yang memperjuangkan seni kat sini mesti laa rase lain sket bila band Indon menang mengalahkan produk tempatan. Sebenarnya sebab lagu Spider tercalon 3 skali! Terpecah undi peminat2, dan undi bagi satu2 lagu daripada 3 tue memang kecik laa jadiknya. Sayang betol. But hellyeah, lagu nie memang Song Of The Year laa kan. Semua minat, semua suka. So apa bising2...

Video Muzik Pilihan : Terhangat Di Pasaran (KRU & Adam)
Orang kate kalo video muzik daripada KRU nie memang best. It is! Memang sinematografi dan nilai dalam videoklip2 yang lain tue lebih tinggi, tapi isi dan cara penyampaian KRU & Adam lebih berkesan dan dekat dengan penonton. Plus their popularity laa kan. Sinikal, lucu dan terkena kepala sendiri. Hah!

Pilihan Kaki Wayang Era : Sepet
Nak kate ape lagi? Memang patut. The voters had spoken, good line Amani. Bisinglaa macam mane pon tentang kemenangannya di FFM, kalo kita dah bersuara yang Sepet memang layak, they deserved it.

Artis Pilihan SMS Digi : Mawi
Need I say more? (thank God I don't have to cut my fingers...hahaha)

Anugerah Carta Era : Mungkin Nanti (Peterpan)
Dia, lepas dia, dia. Lepas dia dia, lepas dia dia lagi kat radio. Memanglaa patut menang. Semua orang jugak yang pilih untuk Pilihanmu@Era.


Anugerah Seni Era : M. Nasir
Tahun nie taun dia laa kot. Rezeki. Seswai dengan jasanya (dia pon rase odd orang kate jasa because he's paid for doin stuffz) But memang jasa pon walaupon dibayar sebab meletakkan taraf industri lebih tinggi dengan karya2nya.


Kali nie semua nak pose berangan...sudeeehhh!!

Nak buat gaya2 kunun, kan kitorang dah kaco kat blakang...hahahaha..

Note : Entry still belom complete. Masih memikirkan untuk masukkan skali flow majlis dan performances atau tidak...

2 comments:

numanuma said...

wah kiutnya farah. ngko ni bodigad dia ka?

teruskan menulis.

numanuma said...

buat laa fasal pesembahan