Friday, September 16, 2005

Rojak : Mawi, Ella&Farah, Anugerah Era

Welllooowww....

Sekarang nie susah sket nak hapdet. Kalo dulu bole aje tiap2 ari atau selang sehari. Skang nie tengok ajelaa, hapdet sket, pastuh dah dekat seminggu baru hapdet laie. Sayang anak tangan2kan, sayang blog tinggal2kan. Bole pakai ke? Lantaakk...


Nie ade kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunyaa batuuuk. Hehehe. Main lak aku nih. Kisah hangat skang nih. Sape laie kalo bukan abang botak Mawi. Masuk perdebatan antara ahli2 politik plak skang. Satu parti lak tuh. Adehlaaa. Layaaannn....

Politicians and Mawi... (tajuk sendiri ni)



Abang Botak menjadi topik di sana-sini...

(newspaper quote start here)
Dewan Ulama Pas bantah Kelantan jemput Mawi
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD


KUALA TERENGGANU 14 Sept. - Dewan Ulama Pas hari ini membantah tindakan kerajaan Pas Kelantan menjemput juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi mengadakan persembahan di negeri itu.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, ini kerana Mawi bukan seorang penyanyi hiburan Islam sebenar, sebaliknya dia adalah hasil produk sebuah rancangan realiti televisyen yang jelas menyimpang daripada ajaran agama.

"Kita mahu penyanyi hiburan alternatif yang solid Islam dan bukannya yang lahir daripada rancangan yang jelas tidak berlandaskan Islam. Dewan Ulama tiada halangan sekiranya kerajaan Pas Kelantan menjemput penyanyi yang benar-benar memperjuangkan hiburan Islam sebenar untuk membuat pertunjukan di negeri itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
(newspaper quote end here)

Solid Islam? Aku sendiri tak pasti apa maksud sebenar term yang digunapakai itu. Korang paham? Apa yang aku tahu, selebai macam mana pon seseorang tue, hitam mane pon dahi seseorang tue, atau sekerap mane pon seseorang tue pegi solat berjemaah, itu tak menjanjikannya sebagai seorang Muslim yang sempurna dan tak terlepas dari sebarang dosa atau kesilapan. Dan bagi aku sesiapa pon tak layak untuk melabel dan meletakkan taraf atau tahap keIslaman seseorang yang lain...(and yet aku sendiri pon mampuih laa tak alim mane) But interpretasi orang lain2. Terpulanglaa...

End of story (eleh...dan2 je...padahal cuak jugak sebab nie berkait dengan politikus dan orang2 besar...hahahaha)


Perang Cinta Ella & Farah? (Kebelakangan nie title2 aku nie dah macam headline newspaper lak?)



Ratu Rock versus Baby Rock


Maybe ramai dah pernah dengar pasal Ella jemput Farah untuk berduet dalam satu lagu, which is titled Perang Cinta. Lagu tue dah disiapkan pon, dan menunggu masa untuk disiarkan dan akan dimuatkan dalam sebuah compilation album. Tak sure kompilasi EMI atau kompilasi Ella, nanti aku check balik. Dan sehubungan dengan tue, Ella akan buat show untuk Dari Studio Satu kat Astro nanti, 22th September nih. Berapa hari je lagi dari posting ini ditempek. Dan Farah menjadi artis jemputan untuk sesi rakaman tue, dan buat pertama kalinya lagu Perang Cinta tue akan dipersembahkan buat khalayak, live lagi. Boleh bayangkan Ratu Rock dan Baby Rock bergabung? Momentumnya pasti menggegarkan! (macam magazine pulaak dah...)

So start daripada skang bolehlaa sape2 yang nak join masuk tengok rakaman tuh bagi name kat Astro. Macam tak biase. Jangan nak tunggu jemputan lak. Pastu mengadu kat comments blog2 orang tak dapat jemputan. Hahaha. Jahat sungguh sindiran sinis aku kali nie. Sape makan tomato dia rase masam. Cuma jangan laa pastu baling tomato tue kat aku, nanti aku pon rase masam gak.

Anugerah Era 2005 : Nak Pegi!



Anugerah Pilihan Pengundi yaa tuan2 dan puan2...


Abah aku mengomel kat umah mase tengok segala ulangan Anugerah Era daripada yang pertama sampai la yang taun lepas punyer. Katenyer banyak sangat anugerah2 yang mengiktiraf orang2 seni kat Malaysia nih. Dalam setahun tue berlambak2 majlis2 yang diadakan. Katenye senang btol orang seni nak dapat anugerah, pengiktirafan, and stuffz. Orang lain (orang2 marhaen laa) macam kerani ke, askar ke, lagi banyak benda yang mereka lakukan tapi tak dapat anugerah hape pon. Biaselah, abah aku nie bekas askar. Semangat patriotisme dia lebih tinggi. Hehe. Aku jawab senang je. Terserah kat pihak yang berkenaan laa kalo nak buat majlis pengiktirafan. Kalo government sector, buat laa ape2 anugerah untuk pekerja2 kerajaan. Kalo tentera, buat aje majlisnya sendiri. And so on. Dah orang seni nie banyak pulak pihak nak buat anugerah, rezeki laa. Amik saja....

Hah. Until now, masih belum kompem lagi yang aku akan dapat tiket untuk ke Anugerah Era malam nie. Akak Canggish ade 2 tickets but meletakkan priority more on someone else. Rockin ade tickets juga, dan harapan hanya ada pada dia, kalo2 ade extra tickets nanti. Aku hanya perlu tunggu, kalo ade la. Geng2 bloggers mesti dah ade tickets, and actually they don't need it pon. Mesti laa VIP passes. Hahah. Adoi...susah btol. Adakah aku hanya akan menonton daripada the idiot box malam nie?

Sambil2 tue saje2 nak wat ramalan jugak untuk anugerah kali nie. Macam biase laa kan. SM, Joe, Kapitan, etc masing2 dah buat pon ramalan sendiri. Tapi nie pakai undian, tue yang susah nak ramal tuh. Mane tau baek nye orang2 yang tak diexpect potong line kat selekoh kan? Mungkin kita expect favourite ramai, tapi kalo tak ramai fanz yang mengundi takde maknenyerr jugak. Meh laa tengok kalo2 ade ramalan aku yang mengena...

Artis Harapan Pilihan :
Farah (aku undi), tapi cabaran daripada Adam memang kuat. Girls laa especially...

Vokal Wanita Pilihan :
Siti Nurhaliza laa hahaha...(tapi aku undi Farah...hehehe. Ala, Kak Siti ade ramai lagi penyokong)

Vokal Lelaki Pilihan :
Anuar Zain kompem, tapi kalo Adam dapat camaner? Jadik steward balik laa Bang Nuar oiii...

Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan :
Zahid, Adam & Farah berkemungkinan besar, aku pon undi, tapi KRU & Adam/Ahli Fiqir banyak penyokongnya... (kat sini aje Adam dah ade dua)

Band Pilihan :
Ikut trend, Peterpan, tapi orang ramai masih sukakan Spider untuk mewakili Malaysia (eceh)

Lagu Global Pilihan :
Populariti, mestilaa Lagu Rindu from Kak Siti, but Dayang's Erti Hidup is quite a good competition.

Lagu Nasyid Pilihan :
Aku Tanpa Cintamu from Mirwana & Jay Jay, sebab fans mereka kuat, terbukti pada taun lepas. Tapi Yalla Benna pon boleh tahan.

Artis Inggeris Tempatan Pilihan :
Too Phat mungkin still conquer untuk kali ke-5 tapi kena tempuhi cabaran yang sangat kuat daripada VE, atau at least Gerhana.

Lagu Rock Pilihan :
Mungkin Nanti laa! Hahaha. Tapi mane tau Spider merangkak diam2 naik atas?

Lagu Pop Pilihan :
Kak Siti's Seindah Biasa kuat, tapi Aishah and Dayang pon baguih tau...

Pilihan Kaki Wayang ERA :
Sepet kena kekalkan reputasi Filem Terbaik laa. Tapi kalo ade berlaku sedikit perselisihan oleh juri lagi, PGL menang plak. (balas dendam ka? Kikikikiki...)

Muzik Video Pilihan :
Ikut kekuatan populariti, KRU & Adam (remember, ini pakai undian ya) punyer Terhangat Di Pasaran, but I prefer Ning's or Siti's laaa...

Artis Pilihan DIGI :
New Boyz. (Hahahahahahaha) Memang jahat btol aku. Huh! Come on, sape lagi kalo bukan MAWI? Aku berani kerat jari kalo bukan dia yang dapat. Tapi kalo memang tetibe ade kezutan, dia memang tak dapat, korang takyah laa hiraukan statement aku nih yaa....

Diingatkan, ini semua pakai undian, undian dan undian. Pasal tue name semua anugerah ade PILIHAN. Kepada nyamuk2 yang masih2 otak tersekat tak paham konsep nie dan melalak2 selepas majlis berakhir tak puas hati, sila get a life. You need one. At least.

(Credit original photos : MawiFC, ERA, ArtisMelayu.Net)

Ooooiii.....aku nak pi malam nie.....

Waaaaaaa......

5 comments:

nourelain_mawi said...

iNsYaLlaH mAWi aKaN mENanG!

Anonymous said...

jangan disangka fans za8 dah berubah angin... dgr khabarnya undian za8 jauh meninggalkan farah & adam di belakang.... kesian lak. semua org jangka farah atau adam. farah sendiri kat radio era dgn berani mengatakan saingan sengit dr adam jer... tulah over confident sgt. saper sangka za8, azaharina, dayang boleh menang... maknanya fans dorang kuat

Anonymous said...

fans adam taklah sekuat mana. buktinya vokal lelaki pilihan pun tak menang. menang duo/video pun sbb + dgn fans kru... kalau tidak ning atau ct yg menang

RosmanPositivo said...

baguih laa fans za8 pakat undi habis2an. at least dia mempunyai potensi yang lebih menyeluruh. bole juga mengembalikan keyakinan lepas tumpas di AIM. dah mentioned pon kat entry, kite takleh expect sangat pemenang sebab pakai undi. memang btol pon, and banyak ramalan lari. mungkin jugak fans adam sedar dia takleh nak challenge seniors, so diorang tak undi utk vokal. (such a relief) and by the way, farah bkn over confident, cuma dia tengok pada keadaan semasa. (even ramai org pon tak expect sgt zahid dpt) but congratz laa dpt juga...

Anonymous said...

senang cakap... ginilah. kalau org tu popular ker tak semestinya dia menang. mcm ct. cuma satu jer anugerah dia menang.

4me, farah nampak popular coz dia selalu kuar majalah. mcm zack zaidi jugak wpun bakatnya tak seberapa.

semuanya kerja pihak media yg suka menonjolkan org2 yg mereka suka hingga yg berbakat jauh kebelakang. yg popular tu pun bukannya berbakat sgt.

mcm adam/farah popular dgn gosip cinta jer. farah ok lagilah, tapi adam harapkan tarian jer lebih. i think dia lbh baik join linda jasmin.

ayat evem ramai org tak expect pun... tu ayat over confident... ramai artis m'sia yg over bukan farah sorang jer

aper pun tak dinafikan dlm ramai2 bintang AF2 hanya za8, adam, farah yg lbh menonjol cuma tak elok jugaklah memperkecilkan bakat org. baik buat mcm ct nurhaliza. bila ditanya ... semuanya hebat & kita tak jangka siapa... belajarlah jadi org yng tahu menjaga hati orang sbb dah byk kali farah terlepas cakap bukan pd za8 jer tapi .... faham2 ajerlah