Saturday, September 10, 2005

XCVC : Farah, Fox And Snakes!

Eeeiiiiiiiwwwww......


Farah, Fox and Snakes...


Intro Borak2.

Pergh, lame betol tak hapdet. Macam dah mati betol dah blog nih. Orang pon dah mula tak masuk dah. Pemerhatian berdasarkan ranking yang semakin jatuh merudum. Ranking tuh bukan digunakan untuk berlagak atau ape cos it always change. Tapi saat2 nih laa ia berguna. Nak tengok ade orang masuk tak, atau digunakan sebagai pembakar semangat. Kalo ranking baek punya, maksudnye kena laa berusaha lebih keras untuk istiqamah berada di atas sebab pembaca dah ramai. Jangan hampakan pembaca. Dan kalo ranking jatuh merudum, get it back! Dapatkan balik pembaca2 setia atau tak itu. Berjaya atau tak, tak kesah, asalkan matlamat blogging itu tercapai. Jangan sampai account hangpa dah mati dan auto-delete oleh host. Itu blogger bermusim. I'm not one of em...

Time. Slalu sangat masyarakat dunia nie menyalahkan benda tue kalo tak dapat menyelesaikan sesuatuh. Aku pon nak gak join sekaki. Hahaha. Time tak kurang, cuma peluang menggunakan time tuh yang menjadik terhad. Kalo ade mase online, hanya sempat check e-mail, check offline messages YM, bace blog2 orang lain (yang jumlahnya memang banyak skang nih) untuk keep up-to-date, dan maintenance farahfanclub.com. Dah itu tanggungjawab yang diberikan, kena laa bagi komitmen. Macam Juan dengan URSnya, atau Joe dengan Malay Mail. SM dah tak bley kasik muka sebab dah bole goyang kaki kat umah. Kalo dia tak hapdet sila ganggu dia dengan hujanan calls atau sms-es anda. Kang asyik2 dok mengadap video clip Aku Semut Merah atau Hukum Karma. Hahahaha. (Fanatiklah tu!)

Tiga perenggan aku boleh namakan intro kan? Bagus bagus. Nak bermesra dengan pembaca laa konon. Piiirah. As you can see, entry bawah tue aje cukup untuk membuktikan aku dah makin mengong dan menghampiri ke arah ketidakstabilan berfikir. My Dream Girls? Chet. Konon sex sells laa. Hanya Kumprinx yang boleh membuktikan itu. Hahaha. (Aku semakin mengong dan membuatkan pembaca terpinga2 dan hampir menutup window ini)

Cover Story (ko ingat magazine ke)

Date : 7 September 2005
Time : 9.00am - 4.00pm
Location : Rebutia Camp Learning Centre, Batu 12 3/4, Gombak.

Dapat ajakan daripada Pakcik (Uncle Anuar, Papa Breep2) beberapa hari sebelum event. Katenye program XCVC, and I was like whut the hell nye program tuh? XC tuh macam aksi laa rasenye, from my thinking, and I was rite of course. Pakcik tanyer penah tengok tak? Haram J laa kan kalo itu TV biasa sebab jawapan Akak Canggish memang class : "...kitorang tengok TV berbayar je Pakcik..." dengan muke selamba aje jawab. Mula2 ingat TV3, but rupenyer lagi bawah lagi, RTM TV1. Hah! Amik ko. Saluran Infotainment Anda? Gelak sendiri laa jawabnya.

Mula2 ingatkan gameshow, coz Akak Canggish pon ingat macam tuh. And sekali lagi kitorang salah anggapan yang we just attend as a viewer or VIP or macam backstage passes je. It's NOT a gameshow (mane tau dah tak penah tengok) but a show yang ala2 program Astro yang Azura penah host dulu tuh, and we're not just a guest. Masuk skali dalam kamera laa bijaaakkk. Ya ampun....patutlaa beria2 Pakcik suh pakai sports attire. Masuk TV, it's okay, but it is RTM TV1...hahahaha. Hati aku kate okay jugak, at least tak ramai sangat yang tengok aku dalam tv, berpeluh2 pegang ular....



Bersiap2 untuk memulakan majlis...


Sampai di Kem Rebutia sekejap je. Ingatkan jauh laa sangat. Sebab katenye kat Bentong. Rupenyer Jalan Bentong Lame, Gombak. Kena jumpa Along Bakar (ala...PR Maestro yang paling glamer di Malaysia tuh..hahah) dulu baru gi kem. Sampai, breakfast and then terus kepada kerja...shooting. Dimulakan dengan sesi cakap2 dengan Farah sambil jalan2. Farah memang hebat bab2 menggoreng ayat yang patut dia katakan. Depan kamera, dia takkan kelihatan stupid macam sesetengah artis lain. Bagi aje points ape yang perlu dikatakan, dia akan goreng dengan bijak dan cantik skali ayat2nya, not too formal, and not that selamba kodok. Itu salah satu aset yang dia ade sebagai artis generasi baru nih. Walaupon bila bergaul secara personal dengannya dia nampak macam anak2 gadis yang lain, tapi bila bekerja, she's way matured enuff. Matang dengan caranya sendiri. Siapa lagi yang mendidik kalo bukan Pakcik, abahnya. A real Sifoo bagi dia dalam dunia seni. Pengalaman Pakcik selama lebih kurang 10 tahun dengan TV3 tak sia2. Banyak gosip2 psl Farah keluar, mereka berdua handle dengan tenang aje. Yes...ini memang sesi memuji Pakcik dan Farah.

Balik kepada topik asal (aku memang suke terkeluar tajuk).



Berbincang2 dengan krew, mencapai persefahaman laa kunun...


Kitorang berjalan2 sambil Farah bercakap dengan kamera (macam biasa tengok?). Yang ade di situ untuk menyibukkan diri ialah aku, Akak Canggish dan Temet (ala, yang Macam2 Aznil tuh). Kitorang di belakang Farah, disuruh membuat aksi2 macam melihat suasana persekitaran, buat ala2 poyo laa. Chiss. Kalo tau kena wat camni aku dah cakap kat Pakcik aku demam ke hape. Hahaha. (eleh, sebab TV1, kalo Astro okay saje. Kantoi) Jalan sampai laa ke tapak untuk memulakan aktiviti fyling fox. Tapi sebelum buat flying fox kena panjat jambatan tali bergantungan atas pokok2. Sebelum mula panjat, ade sedikit interview kat bahagian permulaannya. About how Farah started involve kan dirinya dalam bidang nyanyian nih. Blablabla. Panjat laa dia ke atas.



Mula shooting...


Memanjat dengan penuh perasaan...


Semakin tinggi, tahap cuak Farah semakin meninggi juga. Ala, sape2 pon makin cuak bila makin tingi. Chet. Kami di bawah hanya boleh memberi semangat, atau menurunkan semangatnya. Ade jugak bertempik "...Farah baik2, tali dah nak terputus...". Haha. Rasenye kalo boleh mungkin Farah dah baling batu je kat sape yang jerit tuh (aku ke?) Pakcik memberi nasihat, walau ape pon yang terjadi jangan lepaskan tali. Tak tau laa, tapi bunyi nya macam sinikal. Tergelak kami kat situ. Sempat juga sesi interview diadakan kat atas pokok tuh. Betol punya semangat. Sampai di puncak sebelum meneruskan niat berflying-fox juga ada interview dan chit-chat. Dengan camera canggish, penangkapan gambar menjadi sedikit masalah kerana ianya bukan SLR. Bila laa Bibik Larkin nak merealisasikan hajatnya membeli Nikon D50. Saya masih menunggu kak....hehehe.



Berlepas!!! Sekelempers punya owang....


Farah pon berlepas dengan flying-foxnya. Jadi kelakar juga sebab postur badan yang tepat tak dapat dikawal Farah. Itu belom lagi Akak Canggish yang lebih sekelempers (maksudnya lemak sana-sini...hahaha). Bukan susah sangat pon flying-fox nih. Nak memanjat tue laa yang susah sket.



Tiga budak dillee....


Selepas Farah selamat sampai di bawah, giliran kami pulak untuk memanjat dan musang-terbang. Berbekal ilmu Kadet Remaja Sekolah time skola dulu, aktiviti nie menjadi mudah. Equipments nya pernah aku pakai, pernah juga kenali tapi dah lupa nama2nya (lame dah tinggal skola konon). Tapi oleh kerana Akak Canggish yang lemak sana-sini berada di depan aku pergerakan menjadi terbatas sket. Slow mo laa kire. Bertambah haru bila seekor mengkarung yang berkilat melintas Akak Canggish. Terpaku dan menjerit lak dia. Panik seketika. Perjalanan diteruskan. Temet slow mo juga di belakang. Gayat mungkin. Akak Canggish terbang dengan sedikit tak stabil, obviously kerana dia sekelempers. (Hahaha. Marah dia entry nih banyak kutuk dia). Alah, aku dan Temet juga tak kurang haru, back-side kami juga boleh tahan berat.



Sila laa bermesra bersama ular2ku sayang...


Selepas selesai, kami beristirehat. Abang Daniel (Pihak XCVC) pada awalnya berkata ular tak sehat untuk dibuat rakaman bersamanya. (macam artis juga ular nih ya) Tapi begitu kejam mereka apabila dengan tak semena-menanya megejutkan Farah (dan kami!) dengan meletakkan seekor ular di tengkuk Farah. Seriously, kalo ko jantan machola pon kompem terkujat gila babas, kasik surprise ular skalik! Itu belum masuk ular ke-2. Hisy, memang tak makan saman btol abang2 nih. Hahah. Farah sememangnya takut dan panik jugak (yelaa diorang letak dia tak ready pon) tapi bila camera on, you'll see her profesionalisme mengawal keadaan. Begitu selambakodok dia bermesra dengan ular tuh sambil ular2 tersebut merayap ke seluruh body nya. Nyam nyam kate ular2. Baik punya landing kat bahagian2 yang sensitif untuk disebut dan ditenung. Hahah.


Konon je orang belakang tue pegang camera...


Belailah dengan manja...Pampers...


Kami juga tak melepaskan peluang untuk bermesra dengan ular2 comel ittiew. (tak lepas peluang? kalo ade peluang nak blah dah!) Chet. Yes, kami juga pegang2, dan angkat sama ular tuh demi menjaga kredibiliti masing2. Tak bolelaa nak biarkan Farah berlagak dan ejek2 kitorang pasnih. Tambah pulak lepas tengok Akak Canggish yang sememangnya penakut tue pon bole jadik berani pegang ular. Untuk shoot segmen ular nih memakan 4 kali take! 4 ke 5 huh? Lebih kurang laa. Tapi itu tak jadi masalah pon. Berapa kali take pon takpe. Cuma, diingatkan, ular tue BERAT laa bang oi. Naik lenguh 3 hari aku mengangkatnya. Tue belum masuk dia naik minyak lagi. Boleh merayap2 nak cium muka bagai? Seram sejuk juga aku. Take yang pertama bole laa control macho dan bermesra2. Masuk take yang ke-4, tangan pon dah lenguh, ular plak buat hal. Aku risau aje dia amik take yang keempat tue masuk tv. Pasrah...

Long story short, pas habis aktiviti dan shooting, kitorang diserved lunch yang fresh dan sedap. Ikan yang dihidang memang diamik aje kat kem tuh. Not bad. Borak2 sakan ngan mereka. Along dan Pakcik paling bersemangat bila part borak2 nih. Pakcik dan Farah berkenan nak jadikan kem Rebutia nih sebagai tempat untuk aktiviti FarahFanClub pas raye nanti. So sape2 rase nak join boleh laa get ready. Ape2 info bole access kat Official Website FFC (bukan Felix FC ye). Kitorang pon bincang2 kalo ade AF versi Survivor bole wat kat sini gak. Nie student AF dok Akademi dalam banglo mahal, air-cond aje sepanjang mase. Pas kuar pon bermewah2 aje. Kena gak dera diorang nih baru nampak their true colours. Hahaha. Insap laa sket kan. Mewah2 gak orang susah jangan lupa (cliche btol laa). Citer pasal mewah2 dan orang susah nie Along laa bukak cerita Bersamamu TV3 yang meruntun perasaan tuh. Program sebagus tue memang patut diadakan untuk membuka ruang2 bagi membantu orang2 yang memerlukan. Kadang2 bukan kita tanak donate, cuma tak nampak arah tujunya. Terkeluar juga kisah sepasang suami isteri yang dah pencen mengeluarkan simpanan mereka berjumlah RM18,000 untuk donate kat Bersamamu. Whow kan? Apa sumbangan kita pulak? (aku pon pokai skang nih...adehlaa. Alasan lagi)

Program XCVC nie khabarnya diudarakan setiap hari Khamis jam 3.30 pm. Yes, weekday dan working hours...tak ramai sangat yang tengok. Hahaha. Jom laa same2 tengok, aku pon mampuih tak pernah tengok. Nie baru laa ade alasan untuk menekan punat SATU di remote control Astro...Tentang tarikh siaran, tak sure tapi Pakcik kate maybe end of this month.

For more photos dan aksi2 mengghairahkan, boleh terus zass je RosmanPositivo Fotopage.

8 comments:

akakcanggish said...

yeehaaaaaaaaa...memang bestttttttt!!!!enjoy sehhhh!!!!

akakcanggish said...

cissss...banyak ko kutuk aku yek???sekelempesssss punye owang!!!

RosmanPositivo said...

hahaha....akak canggish suda mari....larrriiii!!!!!

Anonymous said...

beraninyer farah pegang ular. kalu aku ler taubat tak mau pegang.. geliiiii den!!nanti kalu XCVC farah tue dah nak ditayangkan jgn luper inform kat blog ko ni ek!aku tak nak ketinggalan...

azam said...

uih...mcm besh sgt jerk kat stu...huhu

RosmanPositivo said...

insyaAllah dah tau tarikh siaran akan impom. dont wori

Anonymous said...

bestnyer farah pegang ular ngan flying fox..2,2 aku suke...

rgrds,
sweetmk

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site...
bond funeral home web hosts hosting california