Tuesday, October 25, 2005

MamulaMoon, Marsha, Farah etc

Whasssuuppp....

Gambar hiasan semata. Like that old vase in your dining hall


Note : Entry dibuat dalam keadaan tergesa2 kerana online di CC, nak balik cepat tengok Desperate Housewives. Tiada images akan kelihatan sebab takde sebarang image editing software kat sini. Chiss. I need one boss!
Updated : Entry dah diedit baliks yeah...

01: Entry seminggu skali je ke?

Keadaan nie aku telah jelaskan kat entry
Ramadhan Rendezvous & Sesi Rojak. Cuma tak sangka akan berlarutan sampai macam nih. Oooo tidaaaakkkk. Bila online masa banyak dihabiskan dengan pickup balik membaca blog2 tahap selebriti atau topstar. Boleh perasan skarang ya rakan2.. Tapi apa pon yang terjadik usaha sedaya-upaya akan dilakukan untuk make sure blog nie dalam keadaan fresh gak. Ngohngeh.

02 : UiTM Disember nih?

Last week aku dah lalui satu interview ngan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
UiTM untuk masuk dalam semester hujung taun nih. Drawing test berjalan lancar (lancar laa sebab sorang pegawai datang tengok dan menepuk2 bahu sambil memuji, aku hanya mampu tersenyum kejap je sebab masa dah nak habis) Selepas tuh baru aku bangga diri dan kembang hidung seketika. Sesi interview dengan dua orang pegawai cum lecturer pulak tak aku sangka2 akan jadik begitu. Sebabnya diorang akan memberikan sokongan penuh hanya jika aku setuju nak amik Fine Arts for 1st option. Tak sangka sebab aku target nak masuk ke Grafik, cause for me it's more on commercial. But I think they know better sebab judgment dibuat berdasarkan drawing aku.

Entry berakhir di sini kejap sebab masa di CC dah habis!!!!


Drawing aku tue pon memang le agak fine arts sket bau2 dia. Time tuh otak tengah abstract mode. Heheh. In case kalo betol2 diroang nak campak aku masuk fine arts, aku memohon kerjasama sape2 yang still study fine arts kat mane2 institusi kat dunia nih, atau yang dah grade skalipon untuk share kan experience/ilmu korang ngan diriku yang agak confused nih. Huehue. Any feedback bleh mail jek.

03 : Mamula Moon, Era & Malaysia

Lepas satu, satu. Lepas Hattan kena serang, now it's KNK's turn plak. Maybe memang berdaulat lagu kebangsaan kita nih kan. Cuma kesian jugak kat Krill & Kieran. Hanya dengan menyiarkan Mamula Moon dan ajak pendengar kasik pendapat, mereka dah dituduh sebagai menghina dan merendah2kan Negaraku. Rasenya tak pernah ade laie undang2 yang melarang pemasangan Mamula Moon kat mane2 pon, itu kan lagu biasa. Cuma lepas isu nie hangat beberapa pihak tak sedap badan. So dengan tak semena2 KNK menjadik mangsa, sedangkan diorang hanya buat satu perbincangan/forum berkenaan isu nih pas Ramli MS buat suggestion untuk menukar melodi Negaraku so that ia dicomposed oleh penggubah/pencipta tempatan, bukan disadur. Then ketiga2 mereka mungkin akan dikenakan tindakan atau sekadar amaran atas tuduhan melakukan perbuatan khianat (uiks?) dan menghina lagu Negaraku. Kesian...tak pasal2. What do you have to say? Nothin. What do I have to say? Tatau.

04 : MarshaLondoh anggunz vavavoom

MarshaLondoh yang anggunz dan lazat...


Dulu bukak lain, skang dah lain! Nice. Really nice. Sebuah website official artis Malaysia yang boleh kate gerek laa. Dan nampaknya banyak blog dah kasik promo dah, tak ketinggalan Encik Fanatik yang menafikan kefanatikannya setelah ditujah oleh Tuanku. Iwan juga apatah lagi, menempek screenshot kat bahagian atas blognya. Marsha mungkin akan lebih menyerlah kalo camni. At least ada juga graduan AF selain Mawi yang laku dan disukai ramai. Haha. Berbanding dengan rakan seperjuangan yang lain, website MarshaLondoh boleh kate antara yang terbaik (berkongsi pendapat dengan Najmie), selain AdamAF (no wonder laa, dikerjakan komuniti KRU) dan ini merupakan perbandingan website profile artis dan bukannya FC. Congratz to saudara Shawn (abang ipar Marsha) dan Syadha yang dikatakan tulang belakang projek MashaLondoh. You guys done great!

05 : Farah, Shanghai & Puasa

Farah, family dan konco2. Gambar asal oleh Utusan


Ari tuh nak posting tak sempat, bergegas2 kat CC. Semua pon dah tau Farah dah berlepas ke Shanghai ari Isnin malam Selasa ari tuh. Ditemani family dan konco2 sejati termasuk Akak Canggish yang makin hari makin glamer. Masuk TV, masuk @15, masuk magazine, masuk paper lagi. Isy isy isy. Gile glamer betol PA Farah nie ya. Haha. Berbekalkan lagu Antara Dua & Tangisan Dalam Kerinduan, pertandingan berlangsung dua hari, Khamis & Jumaat. Sama2 doakan Malaysia menang laie kali nie.

Yang harunya, kecoh di forum ArtisMelayu.net dan @15 berdasarkan statementnya di Utusan yang mengatakan berkemungkinan dia tak berpuasa hari tuh. Mulalah diserang peribadinya dan sesi kutuk-mengutuk pon berjalan (mengutuk orang yang mungkin tak berpuasa walhal sendiri yang berpuasa mengutuk orang?) tanpa segan-silunya. Alamak, baru aje dikatakan berkemungkinan, dah dicaci macam2. Dah lumrah hidup selebriti. Apa yang aku tau, puasa kali nie (dan taun2 lepas) memang Farah tak tinggal, kalo memang dia boleh puasa. Paham2 laa. Dan kita boleh saja menganggap kenyataan tuh merupakan satu taktik untuk memberitahu yang pada waktu pertandingan berlangsung, tempoh periodnya tiba? Hahahaha. Tak gitu. Kita boleh saja berfikiran positif, cuma tak meriahlaa dunia hiburan kalo takde benda2 negatif. Macam tue ka? Terpulang laa kat diri masing2...

Sunday, October 16, 2005

RamadhanRendezvous & EntryRojak

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuhwamaghfirahwaridhwanuhu...

Eceh, intro kali nie bersesuaian la kununnya dengan tema Ramadhan.

Ramadhan Rendezvous with Farah & FFC : Simple Santai



Inside the dewan before majlis


14 October, hari Jumaat, FarahFanClub buat Ramadhan Rendezvous with Farah & FFC kat Dewan Perdana Felda. Majlis buka pose yang simple and santai aje. Salah satu sebab ialah kena kongsi dewan ngan event2 lain so takde peluang pakai stage or whutsoeva. Tapi dah kira okey jugak, sebab table from no1, agak ke tepi sket, ade privacy laa jugak. Each of the guests ade can laa bermesra ngan Farah, familynya and selebriti2 lain seperti aku, Akak Canggish, Bibik Larkin, Hakeem Klon Awal and the list goes on...



Ahli2 sukarelawan yang bekerja sampai lambat buke pose...


FFC jemput gak media macam Mangga and Karangkraf. Dan wakil media internet that's blogger2 tahap selebriti SM ngan Juan dua2 tak dapat join sebab ade event lain. Kalo Encik RajaPelaut tue ade laa. (Encik Pelaut boleh masuk kategori blogger selebriti ke? Huahua) So berkesempatan laa jugak media2 nie korek2 gossip2 panas nak letak dalam magazine masing2. Jual. Tambah2 kalo masuk laie gosip ngan Encik Teettttt. Tak habih2. Pasang2 gak telinga yaa mase interview. Hahaha.



One happy family tapi tak cukup complete lagi nih


Like father like daughter. Dua anak-beranak yang selalu bersekongkol


Sape2 yang pegi kelmarin tuh dapat laa terus kad raye daripada 3F : Farah, Family & Fanclub. All-in-one laa, hehe. Senang cerita. Kad raye yang tak dapat dibuktikan sape designernya kerana label kat bahagian bawah dicropkan. Chis. Hahahahahahahah. Dapat gak tag, photo special Farah ngan sebiji gelas (kalo ko boleh panggil gelas) special ngan dihiasi muka budak Apom ittiew. Berapa kali aku mentioned 'special' huh? Memang laa special sebab tempat lain mane ko nak dapat. Huahuahua...dile sendiri.



Warga selebriti FFC yang mesra kamera. Nama pon orang fofuler...huahuahua


Bila mata bertemu mata, bila Apom bertemu Apom


Rasa best juge lame tak makan buffet nih. Tapi sebab bulan pose nih, takleh laa nak melantak sangat sebab perut kosong mane leh sumbat gitu aje. Terkujat laa sistem badan dan penyahtinjaan nanti. So mase kebanyakannya dihabiskan dengan mengambil gambar2 guests, beramah-mesra ngan member2 yang mane lame tak jumpe, yang selalu jumpe, atau yang dah muak tiap2 ari asyik jumpa aje. Berkesempatan gak mengunyah kambing panggang yang sedia terlentang dihiris abang2 pemotong di meja buffet. Juga makanan yang mengidam nak makan that is Laksam Kelantan. But sadly, diorang pi letak laksa instead of kuey teow. Layan ajelaa.



One big happy family. FFC Rox!


Ape nak cerita laie. Majlis habis dengan lambaian Farah daripada rooftop Naza Ria Special Editionnya walaupon name Makcik Farizah yang dilaung2kan oleh sebab aura worldnya. Pakcik buat cool dan tenang sebab dah biasa dengan dunia glamor. Kasik chance pulak kat Makcik hang, kata isi hatinya yang aku dapat faham. Eh, itu bukan penghabisan majlis laa. Lepas Farah balik, masing2 masuk balik ke lobi meneruskan sesi pose berangan ngan ratusan gambar yang diambil walaupon dah berguni dah gambar dah amik before. Untuk pengetahuan anda, mereka (ke kami???) memang begitu, lebih2 laie diketuai Akak Canggish yang memang sebijik perangai Farah : Gila Kamera. Nasib baik semua kamera2 canggish. Yang kurang canggish tue kena tunggu lame baru boleh tengok gambar. Hahaha. Cerita nie habis kat sini pon bole kan? Dah.


Sesi Rojak 01 : Kenapa blog nie lambat hapdet macam asam haram?

Aku pon sungguh keciwak dengan keadaan nih. Sorry naik lori laa ya. Dengan keadaan diri yang kurang terurus dan panggilan pulau yang sejak kebelakangan nie yang makin kedengaran menyulitkan lagi peluang nak hapdet. Lagipon sebijik komputer wakaf telah musnah binasa tanpa diketahui apa sebabnya. Baru tuka hard disk. So computer yang sebijik nie haruslah direbut dengan bijak dan tangkas persis biawak komodo. Lega sejenak kalo Abang Orang Bukit bawak laptopnya datang, boleh yang lain tue menyelit kat situ. Kalo tak, hanya mampu bermain keyboard dan memekak mengikut lagu apa yang keluar kat tv. Apatah lagi skang dah belajar lagu2 baru macam Anak - Freddie Aguilar/Felix daripada Sifu Muzik Klon Ramli MS. Kesimpulannya, hapdet akan diteruskan jua walaupon aral melintang atau menegak sekalipon.


Sesi Rojak 02 : Isu Basi Hattan & Versi2 Negaraku

Memang dah lepas lame. (But not that long laa) Tapi sebab mase di baru kuar ari tuh tak sempat hapdet, skang laa meluah rase. Mungkin nie laa mase yang paling seswai untuk anchor NTV7 paling popular Wan Kamaruddin berkata APA KEJADAHNYA?

Orang yang haram tatau muzik pon boleh dengar dan tau lari tune ke salah lirik ke salah melodi ke untuk lagu kebangsaan dan kebanggaan warga Malaysia : Negaraku, apatah lagi yang nyanyi tuh penyanyi yang boleh kate veteran kat sini. Takde sape yang ngomel atau comment atau paling busuk pon bisik2 sesama sendiri cakap pasal Hattan nyanyi tak betoi, lebih teruk dia dianggap menghina! There was nothing wrong laa dek non kak nam. Mase siaran yang YB kate nak humban Hattan ke laut beserta semangat yang betol2 punye tuh, berkerut dahi aku dan timbul semacam rase yuck! Macam Hattan tue buat tak senonoh kat anak orang ke (which is orang tak melenting sampai macam ni plak???) atau at least hisap ganja ke (juga orang penah melenting walaupon ramai sangat yang buat???) takpe laa nak humban ke laut. Plak tuh, kesalahan nyanyian tuh sememangnya dia tak buat plak. Lagi laa haru. Publisiti murahan ke hape? Uiks, nasib baik dia YB aje, kalo Menteri risau juga nanti mampuih aku takleh update blog sebab kat dalam lokap. Kwang3.

Story tue pon dah settle skang walaupon YB masih berpegang utuh pada pegangannya. Kire nak tunjuk laa teguh pendirian, name pon YB, ego mesti ade. Nanti orang kate macam lalang pula. Tapi kalo benda dah terang lagi bersuluh lampu kalimantang, just admit it. Orang tak kesah pon. Orang akan kesah kalo isu nie nanti betul2 dia bangkitkan kat dalam dewan lain kali.

Pastuh isu versi sebenar moderato Negaraku dan versi baru berentak march. Lagi angkat kening haku membaca paper2 dan tabloid orang menyokong kerajaan nak ubah balik rentak Negaraku ke versi asal. Ape yang peliknya? Yang peliknya, berapa keturunan Mahsuri (saje ayat kasik bombastik) benda tuh dah ade takde sape cakap ape pon, tetibe laa ni masing2 pakat "..haah laa. Baguih ubah. Apa ntah yang baru tuh..." Chet. Ntah2 ramai yang tak pernah tau pon rentak tue diubah. And seingat aku la, beberapa taun dulu mase diorang rancakkan Negaraku atas dasar menaikkan semangat, ramai pakat setuju (paper laa) dan kate memang baguih sebab memang naik laa semangat. Macam ade perbarisan laa kire. Deny laa ape pon, yang penting at least I remember whut I read. Skang tetibe ramai plak kate "...buatpe ubah2, saye dulu pon memang tak suke benda2 sejarah nie kasik ubah...". Whut da? Dulu tanak komplen, kasik kipas itu menteri2, skang diorang ubah balik, sokong juga? Again, don't be like the lalang. Aku bukan tak suka perubahan2 banyak kali nie, cuma kelalangan inilah yang menjengkelkan.

Pendirian aku? Pakai laa ape rentak pon, yang penting pengisian dan penghayatannya. Patriotisme bukan terletak pada rentak lagu.

P/S - Sorry laa macam agak kasar lak aku kali nie kan? Biaselaa....tengah2 bulan.....wahahahah


Sesi Rojak 03 : Amylea jatuh No2, Marsha No1?

Hah? Carta ape lak nih? No no no. Bukan carta laa. Pasal ranking favourite AFku. Ape? Takkan Amylea jatuh no2 daripada list haku? Macam terbuangnya seseorang itu daripada seseorang yang lain ittiew? (Hahaha...Ampun Joe!!!) Bukan. Sebab sejak dua menjak nie asyik2 didapati nama Marsha banyak kali bermain di bibir haku sepanjang hari. Tambah plak haku semakin teruja menonton Marsha kat tv atau akhbar2 atau majalah (In-Trend punyer gambar pon anggunz wooo). Dan antara yang paling besar ialah kebanyakan hari sebelum tido aku kena dengar Untuk Terakhir Kali secara purata 2 kali at least. (Angau ke hape? Hahaha...sebab lagu tue memang sedap laa mengong) Tapi segala statements yang dicatat tadi tidak mengubah ape2 dalam list sebenarnya. Kesemuanya mendapat tempat yang sama dalam list haku sebenarnya. Eceh, blah ar. Kikikik. Okay, Amylea is (Is okay bukan Was) my no1 favourite berdasarkan persembahan2nya sepanjang kat Akademi. Tapi points attitude, adorable features dan looks Marsha nye lebih tinggi, pasai tuh laa agaknya aku lebih cenderung ke arah Marsha setelah habih AF. Sebab aku tak perlu menilai persembahan dan prestasi lagi macam dulu! Aku hanya suka apa yang aku nak suka. (Dulu tengok AF serious sangat punya pasal)

Sebab itu juga aku sedang berfikir2 nak pi tak Birthday Bash Marsha nih...



Birthday Bash Marsha ujung taun nih...

Tuesday, October 04, 2005

PowerRoot@Gold Coast (September)

Adoilaaaa......

Isk. Takde peluang nak hapdet btol2. Amik dulu sekeping pic intro Ambassador
Power Root kat Gold Coast ari tuh.

*Updated - Aku tambah laie sket gambar2 diorang kat Gold Coast nih. Nak cover pon dah lepas lame dah. Takyah laa ye. Kalo nak lagi gambo2 diorang leh laa check Fotopage aku (kalo update) atau Fotopage Akak Canggish.


Macam Power Root Power Rangers...


Fanuar Zain....?


Kena interview ngan TV3. Amboi3x...


Cheh, macam gangster kampung...huahuahua...


Bang Nuar, Mak Na & Apom


Pergh, macam hero filem Hong Kong


The original Zahid we all knew...


The anggunz Linda Onn


Sorry laa cik Farah Apom agak rendang sket. Wahahahahaha...


rosmanpositivo............out!