Tuesday, October 25, 2005

MamulaMoon, Marsha, Farah etc

Whasssuuppp....

Gambar hiasan semata. Like that old vase in your dining hall


Note : Entry dibuat dalam keadaan tergesa2 kerana online di CC, nak balik cepat tengok Desperate Housewives. Tiada images akan kelihatan sebab takde sebarang image editing software kat sini. Chiss. I need one boss!
Updated : Entry dah diedit baliks yeah...

01: Entry seminggu skali je ke?

Keadaan nie aku telah jelaskan kat entry
Ramadhan Rendezvous & Sesi Rojak. Cuma tak sangka akan berlarutan sampai macam nih. Oooo tidaaaakkkk. Bila online masa banyak dihabiskan dengan pickup balik membaca blog2 tahap selebriti atau topstar. Boleh perasan skarang ya rakan2.. Tapi apa pon yang terjadik usaha sedaya-upaya akan dilakukan untuk make sure blog nie dalam keadaan fresh gak. Ngohngeh.

02 : UiTM Disember nih?

Last week aku dah lalui satu interview ngan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
UiTM untuk masuk dalam semester hujung taun nih. Drawing test berjalan lancar (lancar laa sebab sorang pegawai datang tengok dan menepuk2 bahu sambil memuji, aku hanya mampu tersenyum kejap je sebab masa dah nak habis) Selepas tuh baru aku bangga diri dan kembang hidung seketika. Sesi interview dengan dua orang pegawai cum lecturer pulak tak aku sangka2 akan jadik begitu. Sebabnya diorang akan memberikan sokongan penuh hanya jika aku setuju nak amik Fine Arts for 1st option. Tak sangka sebab aku target nak masuk ke Grafik, cause for me it's more on commercial. But I think they know better sebab judgment dibuat berdasarkan drawing aku.

Entry berakhir di sini kejap sebab masa di CC dah habis!!!!


Drawing aku tue pon memang le agak fine arts sket bau2 dia. Time tuh otak tengah abstract mode. Heheh. In case kalo betol2 diroang nak campak aku masuk fine arts, aku memohon kerjasama sape2 yang still study fine arts kat mane2 institusi kat dunia nih, atau yang dah grade skalipon untuk share kan experience/ilmu korang ngan diriku yang agak confused nih. Huehue. Any feedback bleh mail jek.

03 : Mamula Moon, Era & Malaysia

Lepas satu, satu. Lepas Hattan kena serang, now it's KNK's turn plak. Maybe memang berdaulat lagu kebangsaan kita nih kan. Cuma kesian jugak kat Krill & Kieran. Hanya dengan menyiarkan Mamula Moon dan ajak pendengar kasik pendapat, mereka dah dituduh sebagai menghina dan merendah2kan Negaraku. Rasenya tak pernah ade laie undang2 yang melarang pemasangan Mamula Moon kat mane2 pon, itu kan lagu biasa. Cuma lepas isu nie hangat beberapa pihak tak sedap badan. So dengan tak semena2 KNK menjadik mangsa, sedangkan diorang hanya buat satu perbincangan/forum berkenaan isu nih pas Ramli MS buat suggestion untuk menukar melodi Negaraku so that ia dicomposed oleh penggubah/pencipta tempatan, bukan disadur. Then ketiga2 mereka mungkin akan dikenakan tindakan atau sekadar amaran atas tuduhan melakukan perbuatan khianat (uiks?) dan menghina lagu Negaraku. Kesian...tak pasal2. What do you have to say? Nothin. What do I have to say? Tatau.

04 : MarshaLondoh anggunz vavavoom

MarshaLondoh yang anggunz dan lazat...


Dulu bukak lain, skang dah lain! Nice. Really nice. Sebuah website official artis Malaysia yang boleh kate gerek laa. Dan nampaknya banyak blog dah kasik promo dah, tak ketinggalan Encik Fanatik yang menafikan kefanatikannya setelah ditujah oleh Tuanku. Iwan juga apatah lagi, menempek screenshot kat bahagian atas blognya. Marsha mungkin akan lebih menyerlah kalo camni. At least ada juga graduan AF selain Mawi yang laku dan disukai ramai. Haha. Berbanding dengan rakan seperjuangan yang lain, website MarshaLondoh boleh kate antara yang terbaik (berkongsi pendapat dengan Najmie), selain AdamAF (no wonder laa, dikerjakan komuniti KRU) dan ini merupakan perbandingan website profile artis dan bukannya FC. Congratz to saudara Shawn (abang ipar Marsha) dan Syadha yang dikatakan tulang belakang projek MashaLondoh. You guys done great!

05 : Farah, Shanghai & Puasa

Farah, family dan konco2. Gambar asal oleh Utusan


Ari tuh nak posting tak sempat, bergegas2 kat CC. Semua pon dah tau Farah dah berlepas ke Shanghai ari Isnin malam Selasa ari tuh. Ditemani family dan konco2 sejati termasuk Akak Canggish yang makin hari makin glamer. Masuk TV, masuk @15, masuk magazine, masuk paper lagi. Isy isy isy. Gile glamer betol PA Farah nie ya. Haha. Berbekalkan lagu Antara Dua & Tangisan Dalam Kerinduan, pertandingan berlangsung dua hari, Khamis & Jumaat. Sama2 doakan Malaysia menang laie kali nie.

Yang harunya, kecoh di forum ArtisMelayu.net dan @15 berdasarkan statementnya di Utusan yang mengatakan berkemungkinan dia tak berpuasa hari tuh. Mulalah diserang peribadinya dan sesi kutuk-mengutuk pon berjalan (mengutuk orang yang mungkin tak berpuasa walhal sendiri yang berpuasa mengutuk orang?) tanpa segan-silunya. Alamak, baru aje dikatakan berkemungkinan, dah dicaci macam2. Dah lumrah hidup selebriti. Apa yang aku tau, puasa kali nie (dan taun2 lepas) memang Farah tak tinggal, kalo memang dia boleh puasa. Paham2 laa. Dan kita boleh saja menganggap kenyataan tuh merupakan satu taktik untuk memberitahu yang pada waktu pertandingan berlangsung, tempoh periodnya tiba? Hahahaha. Tak gitu. Kita boleh saja berfikiran positif, cuma tak meriahlaa dunia hiburan kalo takde benda2 negatif. Macam tue ka? Terpulang laa kat diri masing2...

3 comments:

akakcanggish said...

gudluck Apom!

Javard said...

selamat hari raya ...maaf zahir batin

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read » » »