Wednesday, November 09, 2005

Raya-Raya, Farah@Shanghai, Oprah

Prong preng prong preng

01 : Ucapan Raya Official La Konon


Kad raya yang tak dihantar kepada sape2

Salam lebaran balik kepada semua yang mengucapkannya pada diriku yang best nih. Heheh. Tak kire laa via e-mail ke, comment ke (macam Abang Javard. Thanx bro!), jeritan di shoutbox ke, sms pon dikira. Tapi kirim salam aje ke? Makan2 tak ajak plak. Chiss. Lalala...

Out. Masa dah time. Ngehngeh. Tak leh tengok orang snang laa Faiez nih. Nanti sambung.

Terima kasey juga kepada sape2 yang buat ucapan kat blog sendiri ie. Najmie a.k.a Elkapitan, geng2 United Bloggers lain yang kunun2 tahap topstar dan selebriti :
SM, Joe, Juan, Bang Bad.

Rakan2 bloggers/onliner yang bersua muka di alam nyata/alam maya :
Solehan, Kak Awek, Iwan, Judd, Faiz Alien, KMX, Nakal, Bang Maman, Pdayos dan sape2 yang tak ditaip namanya, fill in the blanks la. Susah mau recap balik otak tengah jam.

Jugak kepada seluruh konco2 FFC yang canggish manggish :
Akak Canggish, AhManz, AlesyaKay, HakeemFlujo, Bang RajaPelaut, Cici, RockinLieza, Cik Julie, Noorul, Faidhi, dan skali lagi, fill in the blank la, sorry. Ramai sangat laa Mak Ngah, yang aku ingat links masing2 tue bole laa berlegar2 di fikiran nih.

Member2 fanclub AF1, AF2, AF3 :
FFC, Kaeratics, NFC, AFCM, ZarinaZone, LuvLinda, Za8FC, AFtC, EdlinFC, Sahri FC, Vince Beloved Fans, AmyleaFC, MarshaFC, Amy's Army, MawiFC etc...Akademi Fantasia memang brought us together like family laa babe! Cayalaa...terima kasih Astro...

Kawan2 skola dan menara gadingz dulu yang makan same, main same, study same, kantoi same, tido same, mahap zahir laa woi. Batin takyah sebab takde. Heheh. Ade open house jemput2 pisang laa. Jangan segan2. Aku pon tak segan nak serang umah2 korang tuh.

Dan the biggest, grand nye ucapan of coz laa kepada sape2 yang selama nie menatap menatang blog yang tidak seberapa ini, apatah lagi menekan punat undi tuh, walaupon benda tue takde laa membawa kesan fizikal atau mental kepada aku. Terima kasih bebanyak. I owe you guys hugs and kisses (but it's better kalo u all takyah redeem...heheh) Terima kasih kerana menyokong. God bless u all lah!

02 : Shanghai Cerita Pendek

Malaysia punya delegations ke Festival

Semua pon dah tau dah Jac menang kat sane. Congratz to her. Satu bukti Malaysia Mampu. World Idol bila laa nak buat ya. Tapi ramai sebnanya tatau yang Farah juga mendapat hadiah untuk Top Ten New Singers Prize. Dapat le juga bawak balik plat dan certificate anugerah tuh. Ada laa hasilnya. Wakil2 Malaysia memang tak pernah menghampakan rakyat jelata kalo beraksi kat luar negara. Cayok2!

Two Shining Stars of Malaysia

Banyak juga Sang Apom dan abahnya berkongsi pengalaman dan gambar2 masa berada di sana. Contohnya, betapa laparnya mereka sebab susah nak dapat makanan yang betul2 tidak diragui kehalalannya. Tahap kebersihan pon tak berapa nak memuaskan, kalo banding dengan kat sini, bayangkan laa wahai manusia. So mee maggi laa jadik peneman saat berbuka pose di sana. Maka bergentayanglah bunyi-bunyian abdomen di keheningan malam Ramadhan Al-Mubarak di Shanghai ittiew. Kesian. Masuk juga cerita bagaimana kurangnya kualiti pengurusan majlis di sana, berbanding kalo Malaysia yang menjadik tuan rumah. Memang kalo Malaysia tuan rumah, selalunya grand habis. Bayangkan, di Shanghai masa majlis cabut undi giliran yang bertempat di sebuah dewan yang tak berapa nak besar (besar lagi dewan sekola rendah rasenya) management langsung tak menyediakan kerusi untuk peserta, pengiring dan tetamu. Tahan lutut laa gamaknya...

Baliknya disambut meriah oleh konco2

Banyak laie cerita2 yang masuk akal dan yang tak tercapai akalmu, cuma dengan gaya penulisan aku skarang yang tersangat laa simple macam t-shirt putih kosong nih, hanya sejemput sahaja yang dikongsi. Ini semua sebab nak kejar masa kerana waktu membloggingkan diri terhad. Kalo diikutkan rasa yang membinasa, maunya penat nak dibaca segala tohmahan2 yang aku bakal berikan kat sini. Nasib baik aku jenis tak kejam punya owang. Baca sket2 cukup. Agama mengajar tentang kesederhanaan. heheh. Alasan.

03 : Oprah Yang Sangat Pemurah

Oprah yang baek hati. Gambar asal Oprah.com

Oprah Winfrey, nama yang memang tak asing bagi kita, tak kira laa korang tengok ke tak rancangannya di Starworld tuh. Aku tengok ya. Tapi kadang2 tertinggal gak. Oprah baru2 nih, setelah kejadian taufan Katrina yang melanda Amerika Syarikat (daerah New Orleans secara khusus), dan satu episod setelah beliau membawa rakan2 artis membantu mangsa2 Katrina di tapak kejadian dan tempat teduhan (shelter homes), beliau mengumumkan bahawa dengan berbesar hatinya mengeluarkan duit beliau sendiri sebanyak 10 Juta Dollar untuk menolong membina balik hidup mangsa2 Katrina! 10 Juta Dollar tuh! Gila kaya. Dan juga, kerana memahami situasi yang semua orang tak mampu nak sumbang sebanyak yang beliau sumbang (tau takpe), Oprah mewujudkan program Oprah Katrina Homes di bawah Oprah's Angel Network, satu badan yang memang khusus nak bantu-membantu nih. Sangat menarik skali program nih, sebab dalam program yang kita boleh turut serta nih, kita sama2 boleh donate atau membantu dengan banyak cara. Dan cara2nya memang unik dan logikal :

- Kita/syarikat kita boleh donate wang macam biasa melalui check via mail atau cash (khusus untuk warga US) ;
- offer bantuan dari segi services atau barangan, shoppingkan untuk mangsa2 nih barang2 keperluan bagi sebuah rumah baru untuk diorang macam sofa ke, peti ais ke, seterika ke, towel ke, even bingkai gambo pon boleh, macam kita shopping untuk rumah kita laa. Beza nya kita tolong belikan untuk mangsa2 nih ;
- Dan yang paling besar ialah dengan sponsor the whole house untuk sebuah family! Senang cerita!

Idea nie memang sangat bertepatan dengan objektif mereka iaitu untuk rebuild lives, memberikan balik hidup mereka yang dimusnahkan oleh kuasa alam daripada keagungan Tuhan sendiri. Tak kiralah ianya bala atau dugaan, apa yang penting tempat tinggal mereka dah musnah dan kita ada cara untuk menghulurkan apa yang kita ada...

P/s - Juga menyokong Bersamamu TV3

Wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

Great blog, I also have a casino related site, If you want or need more exposure get casino traffic by the thousands at **casino traffic** Works for me!

Anonymous said...

Wonderful and informative web site.I used information from that site its great.
»

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Pontiac firebird auto parts