Saturday, December 16, 2006

Comeback : Bila?

What the.....?



But when?



Hah! Aku seperti Pak Aziz Satar. Bukan. Aku tak kata aku perlukan Olay anti-aging lotion atau apa-apa yang berkaitan dengannya. Lama menyepi dan tiba-tiba muncul tanpa diduga. At least Pak Aziz muncul sebab dapat teman hidup baru. Aku muncul sebab ramai yang mula mengata. Hahaha. You know who you are. Tapi terima kasih sebab dengan desakan/kata-kata/kutukan/motivasi/etc itu semua ada jugak posting terbaru dalam blog yang penuh dengan sawang nie.

Jangan. Jangan tanya kenapa aku dah lama tak memblog. Aku pun takde jawapannya. Atau mungkin jawapannya terlalu banyak. Jawapan atau alasan itu terpulang la kepada penilaian masing-masing. Lagipun blogging bukanlah kerja berbayar dan sama sekali bukan kerja yang patut anda lakukan dalam waktu kerja atau kuliah. Itu kalau ikut etika kerja lah kan. Sebab dalam realiti aku rasa 85% pekerja atau pelajar menggunakan ruang yang ada ketika waktu kerja untuk bertenet di alam maya. Myspace lah, YM lah. Ya, anda boleh terasa sekarang dan gelakkan diri sendiri. Katalah aku kelawar yang hanya online pada pukul 11 malam ke atas, at least itu tak menyalahi mana-mana etika atau undang-undang. Hehehe. Sudahlah Rosman.

Salah satu penaik semangat untuk aku kembali blogging ialah rakan blog sendiri iaitu Lehan. Lehan inginkan review untuk filem Cinta daripada aku. Sebab dia menangis untuk filem nie. Hahaha. Lehan, aku dah berjaya menghilangkan kejantanan kau di alam cyber. Mampus aku. Dan ya, filem Cinta sememangnya filem yang layak direview sehabis-habisnya. Aku dah pon menontonnya pada hari ke-2 tayangan. Menonton beramai-ramai lebih kurang dalam 10 orang bukanlah cara terbaik untuk menontonnya sebab anda tak akan berpeluang melepaskan segala emosi yang terpendam. Air mata lelaki ini bukan murah untuk ditumpahkan sewenang-wenangnya. Cheh. At least bukan di depan rakan-rakan lah. Gila apa.

Banyak album, filem dan segala benda yang boleh diblogkan sebenarnya cuma tu lah. Haih. Kemudahan dan masa memang menjadi musuh aku sejak kelahiran karma pertama lagi. Isk. Itu ayat bombastik je sebenarnya. Tak perlulah korang ambik serious. Layout pon perlu ditukar. Kesian pulak kan, layout Myspace boleh aja tukar every week. Kalau blog nie boleh bercakap memang beliau dah mencarut dah kepada tuannya nie.

Aku akan mula mengumpul bahan untuk posting comeback aku nanti. Aku tak janji untuk buat bila. Mungkin minggu depan, mungkin tahun depan, atau mungkin aku tutup aje blog nih. So biar lah masa menentukan...



Adios...!

Sunday, June 18, 2006

Konsert Prelude AF4 : Bahana Datang Lagi!

Weeeeehhhoooo!

Note : Semua review AF4 akan dinaikkan cuma lambat daripada masa yang diharapkan. Basi pon basi laa janji jalan...



Kesemua 12 Pelajar Akademi Fantasia musim ke-4 dah pon diketahui. Spekulasi2 yang ditimbulkan berkenaan bilangan pelajar jadi crap. Tiada AFMASUK lagi, tiada penambahan pelajar, tiada kemasukan kesemua 20 student (this is what most of us hoped laa). 12, dan hanya 12. Munculnya Debaran Prelude mungkin satu strategi untuk menambahkan keuntungan (sebab bab tiket Astro dah tak dapat kikis duit peminat lagi dah), ataupon suatu muslihat di sebalik kerja2 produksi AF4 yang terlambat siap. Hahaha.

Konsert Prelude AF4 kali nie lebih kurang jugak dengan musim lepas. Cuma tahun nie Astro melancarkan gerakan untuk menyuntik betul2 pengaruh pelajar2 kepada masyarakat. Psychologically, makin banyak kita tengok seseorang tue, minat yang sikit akan jadik banyak, daripada tak minat jadi minat, daripada fanatik menjadi obsesif. Ini sedikit sebanyak akan menambahkan undian dan kumpulan peminat dan penonton. Cuba tengok sekeliling, golongan2 yang tak pernah ambik tau hal2 industri muzik tempatan sebelum nie sekarang ramai dah follow AF. Itulah pengaruh dan BAHANA AF!

The Show

The Succeed Ones (Girls)



Salima - Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu
Vocal : Biasa. Biasa. Biasa. Tapi kalo lagu Hindi atau Middle-East adelaa advantage nya. But this pop membuatkannya tiada apa2 kelebihan daripada yang lain.
Performance : Biasa jugak. Lagu sedih nak wat camane lagi kan.
Overall : Okay dan biasa (how many times aku dah mentioned the word BIASA nih?) Hujung2 tuh nak masuk jugak lenggoknya. Kasik can...

+RP : Coverage untuk minah bertudung nih lebih besar daripada apa yang patut. Sebelum masuk lagi dah top. Hanya kerana bertudung? Masyarakat atau media yang memberikan imej LUARBIASA kalo perempuan bertudung masuk AF? Tengok nyanyian dulu baru sogok dengan propaganda. But yet this is music industry. They must sell sell and sell. For me, Salima okay, bole nyanyi, bole menari selevel dengan yang lain. So nothin should be extravaganza about her.


Velvet - Naluri (Hadirlah Kekasih)
Vocal : She's good, really good. Kalo diasah bole setanding Jac, I agree with Juan. Tonenya lebih kurang ngan Jac tapi lebih halus dan kecil. Bijak improvise. Ada power dan momentum.
Performance : Bagi lagu ballad tiada apa yang da bomb untuk dibuat. Tapi perlakuannya atas pentas memberikan momentum bersesuaian ngan lagu.
Overall : Good. Bagus. Okay.

+RP : Orang mempersoalkan bentuk badannya yang besar dan agak lebar. But for me, tak laa besar mane pon untuk diperkatakan. Okay je cuma lebih berisi laa daripada yang lain. Mungkin untuk stamina dia haruslaa ikut nasihat untuk menjaga badannya nanti. Vokalnya ada kuasa dan mampu menginjak daripada satu level kepada level yang lebih tinggi. Mampu memberikan goosebumps kepada penonton. Keletahnya sangat menarik untuk ditonton. Laju betul dia bercakap! Dengan suara nyaringnya tuh dia bercakap laju, macam cartoon! Seronok melihat. Dia mampu pergi jauh kalo dibentuk betul2.


Farhan - Route 66
Vocal : Stunning! Penuh attitude. Tiada ke laut mahupon ke Carrefour. Sangat classy dan lazat.
Performance : Pandai membawa diri atas pentas dengan attitude yang menarik. Mampu membuatkan mata tertumpu kepadanya. Movement parallel dengan lagu dan vokal.
Overall : Two thumbs up! Dengan ibu jari kaki skali!

+RP : This girl rocks bebeh! My favourite untuk musim nie. Sebelum Prelude lagi bila dia mula membuka rahangnya dan mengeluarkan vokalnya I've started to luv her. AFUNDI FARHAN akan berada dalam Sent Items, and the only AF mp3 yang disave dalam handphoneku. Walaubagaimanapon imej urban dan kecenderungan vokalnya berkemungkinan tidak dapat diterima dengan baik oleh golongan yang lebih bersifat kampung-oriented. Macam Vince, Jac, Dayang atau even 8TV (haha). Find anyone who listens to Natalie Cole or Chaka Khan kat Felda Sungai Koyan dan kampung2 seangkatan. Dapat tak?




Nora - Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu
Vocal : Biasa. Nothing special.
Performance : Biasa. Mudah dilupakan.
Overall : Tak cukup umph untuk menarik perhatian. Orang tak menumpukan perhatian padanya bile menyanyi. Hanya wajah comel dan baju merahnya saja yang nampak menarik.

+RP : Aku tak meramalkan kemasukan dia. But then votes saved her, and reserved her seat with the others. Dia tak membuka mata penonton, tak mampu menonjolkan kelebihannya. Yeah, she's sweet, muka comel I admit it. Bole menyanyi, suara sedap, anggun bergaya, bole berlakon. But to steal the limelight, no. Sama macam Salima. But at least Salima ade kelebihan lain yang Nora tiada. So how? Hanya title Sabahan yang memberikannya kelebihan.


Zila - Rindu
Vocal : Okay. Dangdut. Boleh tahan. Agak gemersik. Mula2 nampak biasa but there's something beyond.
Performance : Isy, performance dangdut nak cakap macam mane lagi. Gelek laa. Okaylaa nasib baik dia nih baik je orangnya so tak over dan tak nampak slutty pon. Good at average.
Overall : Good at average. Biasa, pleasant.

+RP : Typical Malay kampung girl. Tapi comel, heheh. Nampak biasa je tapi macam ada sesuatu di sebalik Zila di mata kita. Maybe dia nih membuktikan moderate is pleasing. Sejuk mata memandang, sedap telinga mendengar. Perlu lebih attitude dan energy untuk memberikan impak kepada masyarakat. Bukan senang aku nak suka a typical Malay girl. But she's nice.


Karen - Di Muara Sepi
Vocal : Dia ada suara yang okay boleh tahan. Tapi penarikan nafasnya membuatkan kita yang terasa semput mendengarnya menyanyi. Kadang2 tergelincir jugak.
Performance : Pandai membawa diri atas stage. Senyumnya manis. Tak nampak sangat nervous dan tense yang ada. Berjaya enjoy dalam persembahan.
Overall : Okay.

+RP : Kewujudan Karen dalam AF4 digunakan untuk menarik undi daripada dua golongan yang memang mementingkan brotherhood dan agak overprotect bond mereka iaitu : Kaum Cina, dan rakyat Kelantan. Kalo berjaya memang baik. Musim pertama AF lagi dah nampak dengan kemenangan Vince (okay, dia memang takde saingan lain laa). The point is Chinese help each others dalam ape jua bisnes, dan Kelantanese ada semangat assabiyah yang agak tebal. Boleh dieksploitasi oleh Astro untuk mendapat keuntungan yang luar daripada yang biasa mereka dapat. Ape2 pon, Karen memang boleh menyanyi dan SANGAT comel. The way she talks is just cute!


The Succeed Ones (Guys)





Haziq - Umpan Jinak Di Air Tenang
Vocal : Fleksibel. Memang suara untuk lagu2 asli dan tradisional. Yet typical Johorian.
Performance : Agak menarik. Muka bersahaja walaupon tangannya menggeletar. Tak dapat dikenalpasti sebabnya nervous atau sakit. Takpe tak effect sgt.
Overall : Biasa. Ok la untuk genre sebegini.

+RP : Lenggok suaranya memang sedap untuk traditional tunes. Bakal disukai makcik2 dan pakcik2 (dah pon disukai my mom and dad). Mungkin akan mengikut acuan Bob dalam AF2 dulu tapi tak sehyper budak Sarawak tuh. Sedap but typical, tapi perlu untuk memeriahkan Akademi. Juan kate sape yang bole menguasai irama tradisional, genre lain no hal punya. Tapi for me kalo terlalu tebal pengaruh etnik kreatif dalam diri, nyanyi lagu Def Leppard pon bole jadi zapin!


Lotter - Sunday Morning
Vocal : Suara kepit. Memang suara dia cam gitu kan ape nak buat. Banyak juga berlubang sana-sini tapi dicover juga.
Performance : Persembahannya yang membuatkan dia selamat. Dia ada kuasa membentuk ruangnya atas stage dan membawa penonton ke dalamnya. Ini tanda2 seorang entertainer yang berjaya.
Overall : Okay walaupon banyak juga defects.

+RP : Lotter (yang Aznil banyak kali eja salah L.O.T.T.R. ) ada kuasa sebagai entertainer. Kuasa itu menutup kelemahan vokalnya. Bukan bermaksud vokalnya lemah, cuma vokalnya sangat limited sebab kepit semacam. Tapi bila dia di atas stage, orang melihatnya tidak mendengar dan mencarik kesalahan. Character sasau nya sangat mencuit hati dan memang orang suka. Lagipon dia kecik dan cute. Memang keturunan Yassin btol laa dia nih.


Diddy - Mimpi Yang Tak Sudah
Vocal : He can sing better than this. Suara hampir tenggelam dan kedengaran tak stabil. Nervous maybe. Pra-dengar lebih sedap. Papehal tonenya mengancam. Jantan!
Performance : Nampak stress. Sebab penyanyi akan tau bila dia buat silap. Dalam fikirannya mungkin dia bengang dengan diri sendiri tak dapat buat secara optimum.
Overall : Persembahan yang risky. Nasib baik originality dan tone suaranya diambilkira dan diberi markah tinggi oleh juri.

+RP : A very good package bagi seorang peserta lelaki. Cukup semua from suara, rupa dan fizikal. Dark, handsome and tall - features paling dicari oleh ramai perempuan (dalam konteks nie perempuan = majoriti pengundi). Mempunyai bawaan yang sesuai untuk Juara tapi belum cukup sempurna untuk mendapat title tuh. Bawaan from what I'm saying is kalo dia jadi Juara, nampak sesuai. Tak macam Dan*** yang macam tak boleh carry title sebesar Malaysian Idol. Can you see what I'm sayin?





Faizal - Pelangi Petang
Vocal : Lain daripada yang lain. Authentic. Tak follow sape2, ada gaya sendiri. Tiada ke laut. Bagus.
Performance : Nothin interesting, nothin weird. Persembahan biasa bagi ballad sebegini. Sesuai dengan suara dan lagu.
Overall : Okay, just nice. Tidak kurang tak lebih. Deserve masuk.

+RP : Paling ramai follower. Tatau nape tapi dia nih so special. Everybody loves Faizal. Orang suka dia macam orang suka Mawi. Aura? Tenaga dalaman? You tell me. Bagi aku, dia original. Suara bagus, perwatakan yang modest tapi funny. Ala2 sasau jugak. Nampak honest. Muka macam Dracula tapi sangat angelic. Ha, ha, ha, nak undi laa tuh.


Amirul - Biru
Vocal : Camane bole hancur ntah. Lari, tak stabil, tak yakin. Nervous jugak laa kot. Nota Prelude yang dia nyanyi atas katil lagi okay.
Performance : Juz like Diddy, dia tau dia nyanyi tak sedap dan makin lama makin lari. So performance jadik hambar, nampak stress. Patut juz lay back macam si Radhi orang gila tuh. Dia la guide attitude untuk lagunya sendiri.
Overall : Out. SMS menyelamatkannya. Tenkiu to voters. Hellyeah, this is Akademi Fantasia. Even Paris Hilton can join in if she participated dalam audition!

+RP : Muka comelnya lah aset paling utama dalam menarik perhatian juri masa audition, juri shortlist dan voters Prelude. He's the next breed of Saiful MI bergabung dengan genetik Daniel MI dan Adam AF2. It's all about marketing. Juga dengan rambut lawanya yang sangat dijelesi wanita dan lelaki. Gadis2 (dan juga adiks2 yang taste) menjadi Amirulics, tetibe obses dengannya WALAUPON tak pernah dengar dia nyanyi. That's the power of Amirul.


Rich - I'll Be
Vocal : Sesuai dengan lagu. Tone boleh tahan (name pon penyanyi) tapi terlalu slangy. Orang yang baru belajar English atau yang tak pernah dengar lagu Edwin McCain nih memang bole pening dengar tak paham apa dia nyanyi. Ada kepancitan dan kelarian pitching.
Performance : Dah biasa Rock The World. Sesuai. Tak over. Okay.
Overall : Okay.

+RP : Soalan untuk Andy - Nie mesti ko yang persuade dia masuk AF kan? Macam mane laa rocker underground bole masuk AF nih? Heheh. Estranged name yang boleh tahan popular bagi follower underground scene atau yang mengambil tau dan mendengar sedikit sebanyak macam aku. Ala, lagipon dah masuk mainstream laa jugak. Dah ade video clip pon. Okay jugak untuk memeriahkan watak2 dalam AF4. Harus memfleksibelkan sebutan yang terlalu slang English untuk sesuaikan dengan lagu Melayu. Karakter okay, modest, nice.


The Dropouts! (Girls)




Teks akan diupload later. Ada kesilapan teknikal sket.


The Dropouts! (Guys)





Shaz - Mungkir Bahagia

+RP : My kenalan. He sang my favourite tune (and Fatin's). Aku suda promote di kalangan kawan2 dan keluarga untuk vote, tapi ape nak buat. Vocally, he did good. Dia ade such a good package, suara dan rupa. Tapi masih tak berjaya tangkap perhatian juri dan pengundi. Suaranya lembut tapi besar. Tak ramai bersuara sebegini. Mungkin pengaruh Il Divo dan Josh Groban kuat terhadap diri dia. Antara yang aku expected untuk masuk but damn he got no chance. Sayang juga. Dia bole menarik undi banyak golongan peminat AF. People like his eyes though...


Jeff - Picture Of My Life

+RP : Jamiroquai's? Good choice. Juga antara yang aku expected untuk masuk, but yeah I don't know what happened. Dia ada karakter untuk menjadi kegilaan peminat. Better package than Shaz actually, sebab Jeff ade extra kejantanan (haha, no offence Shaz). Tone nya unik, hampir kepada Adam Levine dan Jamiroquai sendiri. Ada good sense of style, fashionable, good looking, nice figure, ape lagi? Mungkin dia terlalu urban untuk Akademi Fantasia, mungkin itu yang juri nampak. Atau vocalnya limited untuk divariasikan. Nyanyiannya okay, kecacatan sangat sikit. Dan performancenya yang sekadar duduk atas kerusi sesuai untuk lagu.


Haider - Untukmu Ibu

+RP : Krew Jiwang.Org menulis caption mp3nya memang direct kena kat hidung. Downgrade daripada Bon Jovi & Lifehouse kepada Exists??? Hahaha. But yeah it's true. Semua expect dia akan bawak a more dramatic rock tune, but then the melancholic Untukmu Ibu? Helo? Tapi bila difikirkan dan diterangkan juga olehnya, ade sentimental value dan kisah di sebalik pemilihan lagu tuh. Aku dapat memahami jugakla. Mungkin dia mengagak berkat doa ibunya akan membantu but thus, dah takdir. Suaranya macam dah makin tak best daripada taun lepas, tataulaa tapi telinga aku mendengarnya begitu. Cuma performancenya yang menusuk kalbu, sangat emosi. Memang menghayati lagu betol. Dah masuk kelas drama awal2 nih. Papepon, 2 kali beb 2 kali. Kalo lepas audition je takpela, nie masuk Prelude 2 kali tak dapat2. Sedih juga tuh.


Hazama - Zakiah

+RP : The first time I saw this guy, langsung aku tak minat. Kerempitannya terserlah. Macam member2 abang baju kuning Muzik@Ria tuh jek. But then to hear his voice and his keletah, yup he's still a Mat Rempit for me but with a lil twist. Perangai sasau! Bole dibuat member. Kalo masuk Akademi mesti meriah juga rasenye. Suara walaupon macam mamat karaoke tapi still dianggap okay. Serak2 meunikkan lagi tone suaranya. Penyokong ramai di studio, yelaa orang Keramat dekat jek. Mungkin kalo masuk meriah tapi undian tak meriah kot who knows? Remember, it's all about marketing, marketing...


Bersambung...Tergantung...

Sunday, May 21, 2006

The Bahana Is Coming!

Huh???

SMSes that awakened...

SMS #1 : AF4 dah nak start nie blog tak update ke?

SMS #2 : Blog man yang dah berhabuk tue tinggal camtu je ke?

SMS #3 : dahlaa, tak payah laa sebok2 tgk blog ko. dah ketinggalan jauh dah...

SMS #4 : shaz yang masuk af4 tue kawan ko kan?

SMS #5 : eh, haa...ko ade blog ek?


What? Huh? What? O my Lord, Akademi Fantasia 4 is about to start its engine and there are still no updates?

*fainted*

Sunday, May 07, 2006

The Patriot Is Back

Ziungziangzing!

(Bunyi di atas merupakan bunyi ayunan pedang. Harap maklum)

A New Start

It really feels awkward typing my entry, setelah berapa lama dibiarkan (unintentionally) tanpa update, kecuali penukaran banner atas nih ha. Now, as all my exam papers passed, i'd really love to continue blogging. RosmanPositivo 2006 kembali dengan warna yang lebih segar dan muda, macam M. Nasir dengan album barunya.



Rocks: Metaphor for the challenges of life, or stepping stones?


A friend of mine noticed me smiling when i was browsing through all the comments left here, then dia tegur why? I said it really feels good when you see people still browse to your blog when there is none of updates there. Really. It is inspiring. Tiada yang lebih menggembirakan selain mendapat sokongan orang lain. Dan sedikit sedih bila kita sendiri tak dapat memenuhi harapan meraka. And now, aku berasa sedikit selesa sebab akhirnya dapat jugak buat entry.

Too many things happened sepanjang ketiadaan aku kat blog nih. Some of them were good, sour and pahit sokmo. Banyak juga yang nak ditulis dalam blog nih, tapi kena ditapis dulu contentnya dan prioritynya. Kalo tak bertimbunlaa entry tertangguh nanti. One of the most interesting things would be the play of Jantan Meletopz, that was directed by me. Ia merupakan sebuah sketsa parody reality tv, sepertimana video klip Terhangat Di Pasaran oleh KRU dan Adam. For this Jantan Meletopz thingy, aku akan menyediakan entry khas untuknya nanti. It won the 1st prize of my faculty's Malam Estetika Seni 2006, and replayed for Festival Kolej with enhancement and extention of elements. I myself played the character of Faznil Haji Bawawi, the parody of you-know-who.

Hampir terlupa yang blog nih juga merupakan sebuah blog entertainment cum pro-AF. Terlalu banyak benda yang aku ketinggalan selama beberapa bulan nih. Tapi sedikit sebanyak benda2 yang penting aku amik tau jugak. But kes2 berat seperti terlupa malam APM (i missed the whole show) dan AIM13 (i missed half of it) tak boleh dimaafkan langsung. Rase nak bakar aje satu kampus. Duh...

(Entry is about to be continued. Network problem)

Monday, February 20, 2006

Holla Holla

Report Birthday Celebration

Sambungan daripada entry lepas, aku sememangnya tak dapat membuat report untuk majlis Farah Turn 21 Celebratiuon kat Crown Princess on the 28th of January ari tuh, so sila la ke blog RajaPelaut atau try ke FFC Official Web. Atau untuk gambo2 yang exclusive lawat la mane2 fotopages Pure FFC seperti FP Akak Canggish.

Positivo Yang Lambat dan Ketinggalan

And now, back to my problem nih. Projek RosmanPositivo 2006 tatau bila akan dijalankan. Total makeover akan dilakukan, dan entry2 tertangguh akan dimasukkan. Usaha seperti meminjam laptop rakan sebilik, berjalan2 ke pekan Machang untuk mencarik cc, mencuri pakai komputer budak bilik lain dan aktiviti2 sewaktu dengannya sedang, dan akan dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Harap faham.

Wednesday, February 01, 2006

Look Who's Back, Look Who's Back!!!

Ooo maa God!

01 : Sesi membebel sorang2.

Tak tau nak kate ape, melihatkan sebijik blog yang dahulunya bolehlaa dikatakan meriah, tapi skang nih dah nampak bersawang dah pon. Macam bini yang digantung tak bertali pon ade. Ramai juga yang bertanya, tapi nak jawab cara mana. Hati pon memang merana. Suku sakat pandang ketawa. Takda maknanya!

Welcome Back! Welcome Home!

Minggu nie aku dapat berpeluang balik ke KL yang dicintai untuk menyambut Gong Xi Fa Chai, sedangkan masa Hari Raya Korban tak pon balik! Hahaha. Ironik sungguh. Bagi yang masih terpinga2 aku balik dari mana, aku skang boleh laa dikatakan penduduk negeri Pantai Timur yang terkenal, Kelantan. Meneruskan pengajian dalam bidang Art & Design, aku pasrah aje pada Yang Esa. Demi nak tuntut ilmu dengan rasmi laa kiranya. Ilmu pengalaman aje memang laa cukup makan, tapi selagi takde segulung kertas yang ko kena bawak ke hulu hilir carik keja tue, memang susah laa nak hidup. Freelance bole tapi market? Ramai juga yang menggalak, apa salahnya. Lagipun hati orang tua harus dijaga. Sejukkan hati diorang, baru boleh senangkan hati sendiri.

Sedih hati menengokkan blog sebijik nih. Banyak betol entry tertangguh yang ada dalam to-do list. Sebelum bertolak ke Machang dulu memang dah prepare macam2 projek untuk blog nih. Salah satunya Glimpse of 2005. Kiranya imbasan untuk segala benda yang berlaku dalam 2005 la. Daripada muzik, filem, tv etc semua nya ada dalam list. Abih camano skang? Entry nie pon buat kat cc aje nih ha. Jam pon dah kul 3.30am. Esok ada temujanji (cheh, klasikal btol bahasaku skang) ngan rakan2 UiTM. Kalo lambat, habisla imej. Majoritinya perempuan plak tuh. Erm, rasenya bukan majoriti, tapi SEMUAnya perempuan! Kaum Adam memang dah pupus di IPT. Tak boleh nak sangkal kenyataan yang terang benderang tuh.

02 : Projek Tertangguh

This is my own list of projek2 tertangguh yang secara suka hati bapak tiri laki mak aku nak sambung kerjanya ataupon tidak, bergantung kepada availability masa, ruang, equipments dan tenaga kerja yang ada.

Projek Blog :
- Total makeover (layouts, graphics etc)
- Glimpse of 2005
- Ulasan2 separuh jalan i.e : Ungu Violet (file corrupted - sebab pakai floppy. Menyesal!)
- AF3 Encore, ulasan2 konsert AF yang tertinggal
- Rebiu filem dan album yang tertunggak etc

Projek Positivo :
- Satu badan/nama rasmi untuk melakukan kerja2 graphic design/video presentation secara freelance
- Sebijik atau lebih filem pendek/eksperimental untuk dimuatkan dalam portfolio
- Sekeping atau lebih lagu karya sendiri juga untuk portfolio atau disharewarekan
- Mendapatkan projek2 high-profile (at least banners/flyers utk high-profile events) untuk mendapatkan publisiti lebih - untuk mendapat projek lebih - untuk mendapat kepuasan lebih - *tambahan : untuk mendapat duit lebih (hahaha)
- Mendapatkan promotion2 show ....... (ayat seterusnya sama macam point atas nih)

Projek Mega :
- Mendapatkan sebijik PC berkuasa tinggi untuk merealisasikan kesemua projek di atas dengan pantas dan berjaya!

03 : Happy Birthday Apom!

Well, actually I'm so damn lucky sebab perancangan awal sambutan birthday
Farah akan dibuat pada 25th January 2006 iaitu the actual day of her birthday. Tapi atas pelbagai faktor yang membuatkan tarikh tersebut nampak kurang seswai, pemindaan dibuat kepada 28th January. Salah satu faktor tuh ialah I won't be there lah kalo on 25th! Mane lengkap birthday dia tanpa Yang Tersayang seorang nih. Hahahaha. Dile sendili! Sebenarnya faktor terbesar ialah ia jatuh pada weekday, bukan weekend. Jadi ia ditarik ke depan ke weekend terhampir, 28th itself.



Poster ditaja oleh Orang Kelantan Skang Dot Com Sdn Bhd


Bertempat di Crown Princess Hotel, memang seswai sekali dengan gelaran yang diberi kepada budak Apom sorang nih. Pure FFC pon sememangnya nak menjadikan Farah sebagai seorang puteri on that particular nite. Cadangan awal iaitu di Menara KL terpaksa ditolak selepas melakukan survey dan pemeriksaan di Menara KL sendiri. Tempatnya memang cantik. Even proposal pertama event pon nama majlis ialah Farah Turn 21 at Sky High, kena dengan lokasi majlis di celah awanan biru. Namun beberapa faktor telah merejectkan Menara KL Banquet lalu Crown Princess datang dengan penuh bergaya...

Untuk ulasan Birthday Farah ke 21, nantikan....muahahahahaha (gelak jahat). Sebenarnya tak pueh ati. Dah pagi nih. Tido jap pastuh gi meeting. Heheh.

Updated : Untuk special report bole ke blog RajaPelaut

Saturday, January 14, 2006

Pengumuman Kasihan

Uiks!

Oleh kerana aku kini berada di sebuah penempatan yang agak terpencil dan akses ke dunia maya agak terhad, jadi itu bole laa digunakan sebagai alasan yang mantap untuk tak menghapdetkan blog aku yang satu nih. Harap pihak2 tertentu jangan laa kecik hati kalo gamba anda tak lagi terpampang di blog nih. Wahahaha. Aku akan masih lagi mencarik masa yang seswai untuk buat entry one shot berlambak2 letak kat sini. Buat masa nih takleh lagi. Okies bebeh!!!!

Wassalam....

Maaf dipinta skali lagi. (Pinta? Lagu Nikki tuh....hmm...)