Wednesday, February 01, 2006

Look Who's Back, Look Who's Back!!!

Ooo maa God!

01 : Sesi membebel sorang2.

Tak tau nak kate ape, melihatkan sebijik blog yang dahulunya bolehlaa dikatakan meriah, tapi skang nih dah nampak bersawang dah pon. Macam bini yang digantung tak bertali pon ade. Ramai juga yang bertanya, tapi nak jawab cara mana. Hati pon memang merana. Suku sakat pandang ketawa. Takda maknanya!

Welcome Back! Welcome Home!

Minggu nie aku dapat berpeluang balik ke KL yang dicintai untuk menyambut Gong Xi Fa Chai, sedangkan masa Hari Raya Korban tak pon balik! Hahaha. Ironik sungguh. Bagi yang masih terpinga2 aku balik dari mana, aku skang boleh laa dikatakan penduduk negeri Pantai Timur yang terkenal, Kelantan. Meneruskan pengajian dalam bidang Art & Design, aku pasrah aje pada Yang Esa. Demi nak tuntut ilmu dengan rasmi laa kiranya. Ilmu pengalaman aje memang laa cukup makan, tapi selagi takde segulung kertas yang ko kena bawak ke hulu hilir carik keja tue, memang susah laa nak hidup. Freelance bole tapi market? Ramai juga yang menggalak, apa salahnya. Lagipun hati orang tua harus dijaga. Sejukkan hati diorang, baru boleh senangkan hati sendiri.

Sedih hati menengokkan blog sebijik nih. Banyak betol entry tertangguh yang ada dalam to-do list. Sebelum bertolak ke Machang dulu memang dah prepare macam2 projek untuk blog nih. Salah satunya Glimpse of 2005. Kiranya imbasan untuk segala benda yang berlaku dalam 2005 la. Daripada muzik, filem, tv etc semua nya ada dalam list. Abih camano skang? Entry nie pon buat kat cc aje nih ha. Jam pon dah kul 3.30am. Esok ada temujanji (cheh, klasikal btol bahasaku skang) ngan rakan2 UiTM. Kalo lambat, habisla imej. Majoritinya perempuan plak tuh. Erm, rasenya bukan majoriti, tapi SEMUAnya perempuan! Kaum Adam memang dah pupus di IPT. Tak boleh nak sangkal kenyataan yang terang benderang tuh.

02 : Projek Tertangguh

This is my own list of projek2 tertangguh yang secara suka hati bapak tiri laki mak aku nak sambung kerjanya ataupon tidak, bergantung kepada availability masa, ruang, equipments dan tenaga kerja yang ada.

Projek Blog :
- Total makeover (layouts, graphics etc)
- Glimpse of 2005
- Ulasan2 separuh jalan i.e : Ungu Violet (file corrupted - sebab pakai floppy. Menyesal!)
- AF3 Encore, ulasan2 konsert AF yang tertinggal
- Rebiu filem dan album yang tertunggak etc

Projek Positivo :
- Satu badan/nama rasmi untuk melakukan kerja2 graphic design/video presentation secara freelance
- Sebijik atau lebih filem pendek/eksperimental untuk dimuatkan dalam portfolio
- Sekeping atau lebih lagu karya sendiri juga untuk portfolio atau disharewarekan
- Mendapatkan projek2 high-profile (at least banners/flyers utk high-profile events) untuk mendapatkan publisiti lebih - untuk mendapat projek lebih - untuk mendapat kepuasan lebih - *tambahan : untuk mendapat duit lebih (hahaha)
- Mendapatkan promotion2 show ....... (ayat seterusnya sama macam point atas nih)

Projek Mega :
- Mendapatkan sebijik PC berkuasa tinggi untuk merealisasikan kesemua projek di atas dengan pantas dan berjaya!

03 : Happy Birthday Apom!

Well, actually I'm so damn lucky sebab perancangan awal sambutan birthday
Farah akan dibuat pada 25th January 2006 iaitu the actual day of her birthday. Tapi atas pelbagai faktor yang membuatkan tarikh tersebut nampak kurang seswai, pemindaan dibuat kepada 28th January. Salah satu faktor tuh ialah I won't be there lah kalo on 25th! Mane lengkap birthday dia tanpa Yang Tersayang seorang nih. Hahahaha. Dile sendili! Sebenarnya faktor terbesar ialah ia jatuh pada weekday, bukan weekend. Jadi ia ditarik ke depan ke weekend terhampir, 28th itself.



Poster ditaja oleh Orang Kelantan Skang Dot Com Sdn Bhd


Bertempat di Crown Princess Hotel, memang seswai sekali dengan gelaran yang diberi kepada budak Apom sorang nih. Pure FFC pon sememangnya nak menjadikan Farah sebagai seorang puteri on that particular nite. Cadangan awal iaitu di Menara KL terpaksa ditolak selepas melakukan survey dan pemeriksaan di Menara KL sendiri. Tempatnya memang cantik. Even proposal pertama event pon nama majlis ialah Farah Turn 21 at Sky High, kena dengan lokasi majlis di celah awanan biru. Namun beberapa faktor telah merejectkan Menara KL Banquet lalu Crown Princess datang dengan penuh bergaya...

Untuk ulasan Birthday Farah ke 21, nantikan....muahahahahaha (gelak jahat). Sebenarnya tak pueh ati. Dah pagi nih. Tido jap pastuh gi meeting. Heheh.

Updated : Untuk special report bole ke blog RajaPelaut