Sunday, June 18, 2006

Konsert Prelude AF4 : Bahana Datang Lagi!

Weeeeehhhoooo!

Note : Semua review AF4 akan dinaikkan cuma lambat daripada masa yang diharapkan. Basi pon basi laa janji jalan...



Kesemua 12 Pelajar Akademi Fantasia musim ke-4 dah pon diketahui. Spekulasi2 yang ditimbulkan berkenaan bilangan pelajar jadi crap. Tiada AFMASUK lagi, tiada penambahan pelajar, tiada kemasukan kesemua 20 student (this is what most of us hoped laa). 12, dan hanya 12. Munculnya Debaran Prelude mungkin satu strategi untuk menambahkan keuntungan (sebab bab tiket Astro dah tak dapat kikis duit peminat lagi dah), ataupon suatu muslihat di sebalik kerja2 produksi AF4 yang terlambat siap. Hahaha.

Konsert Prelude AF4 kali nie lebih kurang jugak dengan musim lepas. Cuma tahun nie Astro melancarkan gerakan untuk menyuntik betul2 pengaruh pelajar2 kepada masyarakat. Psychologically, makin banyak kita tengok seseorang tue, minat yang sikit akan jadik banyak, daripada tak minat jadi minat, daripada fanatik menjadi obsesif. Ini sedikit sebanyak akan menambahkan undian dan kumpulan peminat dan penonton. Cuba tengok sekeliling, golongan2 yang tak pernah ambik tau hal2 industri muzik tempatan sebelum nie sekarang ramai dah follow AF. Itulah pengaruh dan BAHANA AF!

The Show

The Succeed Ones (Girls)



Salima - Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu
Vocal : Biasa. Biasa. Biasa. Tapi kalo lagu Hindi atau Middle-East adelaa advantage nya. But this pop membuatkannya tiada apa2 kelebihan daripada yang lain.
Performance : Biasa jugak. Lagu sedih nak wat camane lagi kan.
Overall : Okay dan biasa (how many times aku dah mentioned the word BIASA nih?) Hujung2 tuh nak masuk jugak lenggoknya. Kasik can...

+RP : Coverage untuk minah bertudung nih lebih besar daripada apa yang patut. Sebelum masuk lagi dah top. Hanya kerana bertudung? Masyarakat atau media yang memberikan imej LUARBIASA kalo perempuan bertudung masuk AF? Tengok nyanyian dulu baru sogok dengan propaganda. But yet this is music industry. They must sell sell and sell. For me, Salima okay, bole nyanyi, bole menari selevel dengan yang lain. So nothin should be extravaganza about her.


Velvet - Naluri (Hadirlah Kekasih)
Vocal : She's good, really good. Kalo diasah bole setanding Jac, I agree with Juan. Tonenya lebih kurang ngan Jac tapi lebih halus dan kecil. Bijak improvise. Ada power dan momentum.
Performance : Bagi lagu ballad tiada apa yang da bomb untuk dibuat. Tapi perlakuannya atas pentas memberikan momentum bersesuaian ngan lagu.
Overall : Good. Bagus. Okay.

+RP : Orang mempersoalkan bentuk badannya yang besar dan agak lebar. But for me, tak laa besar mane pon untuk diperkatakan. Okay je cuma lebih berisi laa daripada yang lain. Mungkin untuk stamina dia haruslaa ikut nasihat untuk menjaga badannya nanti. Vokalnya ada kuasa dan mampu menginjak daripada satu level kepada level yang lebih tinggi. Mampu memberikan goosebumps kepada penonton. Keletahnya sangat menarik untuk ditonton. Laju betul dia bercakap! Dengan suara nyaringnya tuh dia bercakap laju, macam cartoon! Seronok melihat. Dia mampu pergi jauh kalo dibentuk betul2.


Farhan - Route 66
Vocal : Stunning! Penuh attitude. Tiada ke laut mahupon ke Carrefour. Sangat classy dan lazat.
Performance : Pandai membawa diri atas pentas dengan attitude yang menarik. Mampu membuatkan mata tertumpu kepadanya. Movement parallel dengan lagu dan vokal.
Overall : Two thumbs up! Dengan ibu jari kaki skali!

+RP : This girl rocks bebeh! My favourite untuk musim nie. Sebelum Prelude lagi bila dia mula membuka rahangnya dan mengeluarkan vokalnya I've started to luv her. AFUNDI FARHAN akan berada dalam Sent Items, and the only AF mp3 yang disave dalam handphoneku. Walaubagaimanapon imej urban dan kecenderungan vokalnya berkemungkinan tidak dapat diterima dengan baik oleh golongan yang lebih bersifat kampung-oriented. Macam Vince, Jac, Dayang atau even 8TV (haha). Find anyone who listens to Natalie Cole or Chaka Khan kat Felda Sungai Koyan dan kampung2 seangkatan. Dapat tak?




Nora - Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu
Vocal : Biasa. Nothing special.
Performance : Biasa. Mudah dilupakan.
Overall : Tak cukup umph untuk menarik perhatian. Orang tak menumpukan perhatian padanya bile menyanyi. Hanya wajah comel dan baju merahnya saja yang nampak menarik.

+RP : Aku tak meramalkan kemasukan dia. But then votes saved her, and reserved her seat with the others. Dia tak membuka mata penonton, tak mampu menonjolkan kelebihannya. Yeah, she's sweet, muka comel I admit it. Bole menyanyi, suara sedap, anggun bergaya, bole berlakon. But to steal the limelight, no. Sama macam Salima. But at least Salima ade kelebihan lain yang Nora tiada. So how? Hanya title Sabahan yang memberikannya kelebihan.


Zila - Rindu
Vocal : Okay. Dangdut. Boleh tahan. Agak gemersik. Mula2 nampak biasa but there's something beyond.
Performance : Isy, performance dangdut nak cakap macam mane lagi. Gelek laa. Okaylaa nasib baik dia nih baik je orangnya so tak over dan tak nampak slutty pon. Good at average.
Overall : Good at average. Biasa, pleasant.

+RP : Typical Malay kampung girl. Tapi comel, heheh. Nampak biasa je tapi macam ada sesuatu di sebalik Zila di mata kita. Maybe dia nih membuktikan moderate is pleasing. Sejuk mata memandang, sedap telinga mendengar. Perlu lebih attitude dan energy untuk memberikan impak kepada masyarakat. Bukan senang aku nak suka a typical Malay girl. But she's nice.


Karen - Di Muara Sepi
Vocal : Dia ada suara yang okay boleh tahan. Tapi penarikan nafasnya membuatkan kita yang terasa semput mendengarnya menyanyi. Kadang2 tergelincir jugak.
Performance : Pandai membawa diri atas stage. Senyumnya manis. Tak nampak sangat nervous dan tense yang ada. Berjaya enjoy dalam persembahan.
Overall : Okay.

+RP : Kewujudan Karen dalam AF4 digunakan untuk menarik undi daripada dua golongan yang memang mementingkan brotherhood dan agak overprotect bond mereka iaitu : Kaum Cina, dan rakyat Kelantan. Kalo berjaya memang baik. Musim pertama AF lagi dah nampak dengan kemenangan Vince (okay, dia memang takde saingan lain laa). The point is Chinese help each others dalam ape jua bisnes, dan Kelantanese ada semangat assabiyah yang agak tebal. Boleh dieksploitasi oleh Astro untuk mendapat keuntungan yang luar daripada yang biasa mereka dapat. Ape2 pon, Karen memang boleh menyanyi dan SANGAT comel. The way she talks is just cute!


The Succeed Ones (Guys)





Haziq - Umpan Jinak Di Air Tenang
Vocal : Fleksibel. Memang suara untuk lagu2 asli dan tradisional. Yet typical Johorian.
Performance : Agak menarik. Muka bersahaja walaupon tangannya menggeletar. Tak dapat dikenalpasti sebabnya nervous atau sakit. Takpe tak effect sgt.
Overall : Biasa. Ok la untuk genre sebegini.

+RP : Lenggok suaranya memang sedap untuk traditional tunes. Bakal disukai makcik2 dan pakcik2 (dah pon disukai my mom and dad). Mungkin akan mengikut acuan Bob dalam AF2 dulu tapi tak sehyper budak Sarawak tuh. Sedap but typical, tapi perlu untuk memeriahkan Akademi. Juan kate sape yang bole menguasai irama tradisional, genre lain no hal punya. Tapi for me kalo terlalu tebal pengaruh etnik kreatif dalam diri, nyanyi lagu Def Leppard pon bole jadi zapin!


Lotter - Sunday Morning
Vocal : Suara kepit. Memang suara dia cam gitu kan ape nak buat. Banyak juga berlubang sana-sini tapi dicover juga.
Performance : Persembahannya yang membuatkan dia selamat. Dia ada kuasa membentuk ruangnya atas stage dan membawa penonton ke dalamnya. Ini tanda2 seorang entertainer yang berjaya.
Overall : Okay walaupon banyak juga defects.

+RP : Lotter (yang Aznil banyak kali eja salah L.O.T.T.R. ) ada kuasa sebagai entertainer. Kuasa itu menutup kelemahan vokalnya. Bukan bermaksud vokalnya lemah, cuma vokalnya sangat limited sebab kepit semacam. Tapi bila dia di atas stage, orang melihatnya tidak mendengar dan mencarik kesalahan. Character sasau nya sangat mencuit hati dan memang orang suka. Lagipon dia kecik dan cute. Memang keturunan Yassin btol laa dia nih.


Diddy - Mimpi Yang Tak Sudah
Vocal : He can sing better than this. Suara hampir tenggelam dan kedengaran tak stabil. Nervous maybe. Pra-dengar lebih sedap. Papehal tonenya mengancam. Jantan!
Performance : Nampak stress. Sebab penyanyi akan tau bila dia buat silap. Dalam fikirannya mungkin dia bengang dengan diri sendiri tak dapat buat secara optimum.
Overall : Persembahan yang risky. Nasib baik originality dan tone suaranya diambilkira dan diberi markah tinggi oleh juri.

+RP : A very good package bagi seorang peserta lelaki. Cukup semua from suara, rupa dan fizikal. Dark, handsome and tall - features paling dicari oleh ramai perempuan (dalam konteks nie perempuan = majoriti pengundi). Mempunyai bawaan yang sesuai untuk Juara tapi belum cukup sempurna untuk mendapat title tuh. Bawaan from what I'm saying is kalo dia jadi Juara, nampak sesuai. Tak macam Dan*** yang macam tak boleh carry title sebesar Malaysian Idol. Can you see what I'm sayin?





Faizal - Pelangi Petang
Vocal : Lain daripada yang lain. Authentic. Tak follow sape2, ada gaya sendiri. Tiada ke laut. Bagus.
Performance : Nothin interesting, nothin weird. Persembahan biasa bagi ballad sebegini. Sesuai dengan suara dan lagu.
Overall : Okay, just nice. Tidak kurang tak lebih. Deserve masuk.

+RP : Paling ramai follower. Tatau nape tapi dia nih so special. Everybody loves Faizal. Orang suka dia macam orang suka Mawi. Aura? Tenaga dalaman? You tell me. Bagi aku, dia original. Suara bagus, perwatakan yang modest tapi funny. Ala2 sasau jugak. Nampak honest. Muka macam Dracula tapi sangat angelic. Ha, ha, ha, nak undi laa tuh.


Amirul - Biru
Vocal : Camane bole hancur ntah. Lari, tak stabil, tak yakin. Nervous jugak laa kot. Nota Prelude yang dia nyanyi atas katil lagi okay.
Performance : Juz like Diddy, dia tau dia nyanyi tak sedap dan makin lama makin lari. So performance jadik hambar, nampak stress. Patut juz lay back macam si Radhi orang gila tuh. Dia la guide attitude untuk lagunya sendiri.
Overall : Out. SMS menyelamatkannya. Tenkiu to voters. Hellyeah, this is Akademi Fantasia. Even Paris Hilton can join in if she participated dalam audition!

+RP : Muka comelnya lah aset paling utama dalam menarik perhatian juri masa audition, juri shortlist dan voters Prelude. He's the next breed of Saiful MI bergabung dengan genetik Daniel MI dan Adam AF2. It's all about marketing. Juga dengan rambut lawanya yang sangat dijelesi wanita dan lelaki. Gadis2 (dan juga adiks2 yang taste) menjadi Amirulics, tetibe obses dengannya WALAUPON tak pernah dengar dia nyanyi. That's the power of Amirul.


Rich - I'll Be
Vocal : Sesuai dengan lagu. Tone boleh tahan (name pon penyanyi) tapi terlalu slangy. Orang yang baru belajar English atau yang tak pernah dengar lagu Edwin McCain nih memang bole pening dengar tak paham apa dia nyanyi. Ada kepancitan dan kelarian pitching.
Performance : Dah biasa Rock The World. Sesuai. Tak over. Okay.
Overall : Okay.

+RP : Soalan untuk Andy - Nie mesti ko yang persuade dia masuk AF kan? Macam mane laa rocker underground bole masuk AF nih? Heheh. Estranged name yang boleh tahan popular bagi follower underground scene atau yang mengambil tau dan mendengar sedikit sebanyak macam aku. Ala, lagipon dah masuk mainstream laa jugak. Dah ade video clip pon. Okay jugak untuk memeriahkan watak2 dalam AF4. Harus memfleksibelkan sebutan yang terlalu slang English untuk sesuaikan dengan lagu Melayu. Karakter okay, modest, nice.


The Dropouts! (Girls)




Teks akan diupload later. Ada kesilapan teknikal sket.


The Dropouts! (Guys)





Shaz - Mungkir Bahagia

+RP : My kenalan. He sang my favourite tune (and Fatin's). Aku suda promote di kalangan kawan2 dan keluarga untuk vote, tapi ape nak buat. Vocally, he did good. Dia ade such a good package, suara dan rupa. Tapi masih tak berjaya tangkap perhatian juri dan pengundi. Suaranya lembut tapi besar. Tak ramai bersuara sebegini. Mungkin pengaruh Il Divo dan Josh Groban kuat terhadap diri dia. Antara yang aku expected untuk masuk but damn he got no chance. Sayang juga. Dia bole menarik undi banyak golongan peminat AF. People like his eyes though...


Jeff - Picture Of My Life

+RP : Jamiroquai's? Good choice. Juga antara yang aku expected untuk masuk, but yeah I don't know what happened. Dia ada karakter untuk menjadi kegilaan peminat. Better package than Shaz actually, sebab Jeff ade extra kejantanan (haha, no offence Shaz). Tone nya unik, hampir kepada Adam Levine dan Jamiroquai sendiri. Ada good sense of style, fashionable, good looking, nice figure, ape lagi? Mungkin dia terlalu urban untuk Akademi Fantasia, mungkin itu yang juri nampak. Atau vocalnya limited untuk divariasikan. Nyanyiannya okay, kecacatan sangat sikit. Dan performancenya yang sekadar duduk atas kerusi sesuai untuk lagu.


Haider - Untukmu Ibu

+RP : Krew Jiwang.Org menulis caption mp3nya memang direct kena kat hidung. Downgrade daripada Bon Jovi & Lifehouse kepada Exists??? Hahaha. But yeah it's true. Semua expect dia akan bawak a more dramatic rock tune, but then the melancholic Untukmu Ibu? Helo? Tapi bila difikirkan dan diterangkan juga olehnya, ade sentimental value dan kisah di sebalik pemilihan lagu tuh. Aku dapat memahami jugakla. Mungkin dia mengagak berkat doa ibunya akan membantu but thus, dah takdir. Suaranya macam dah makin tak best daripada taun lepas, tataulaa tapi telinga aku mendengarnya begitu. Cuma performancenya yang menusuk kalbu, sangat emosi. Memang menghayati lagu betol. Dah masuk kelas drama awal2 nih. Papepon, 2 kali beb 2 kali. Kalo lepas audition je takpela, nie masuk Prelude 2 kali tak dapat2. Sedih juga tuh.


Hazama - Zakiah

+RP : The first time I saw this guy, langsung aku tak minat. Kerempitannya terserlah. Macam member2 abang baju kuning Muzik@Ria tuh jek. But then to hear his voice and his keletah, yup he's still a Mat Rempit for me but with a lil twist. Perangai sasau! Bole dibuat member. Kalo masuk Akademi mesti meriah juga rasenye. Suara walaupon macam mamat karaoke tapi still dianggap okay. Serak2 meunikkan lagi tone suaranya. Penyokong ramai di studio, yelaa orang Keramat dekat jek. Mungkin kalo masuk meriah tapi undian tak meriah kot who knows? Remember, it's all about marketing, marketing...


Bersambung...Tergantung...

2 comments:

faidhi said...

hahahah .. rajin gak ko ulas yek rosman .. lamer gak aku tunggu turn ko nih .. hahaha.. lagging tol .. tp cam ko kater la .. at least ade dari takde walaupon da basi .. hahahha .. nice ... nanti tunggu la turn aku plak .. aku pon dalam perancangan utk jd seorang blogger ... huhu

bikwan said...

adui vang..walupon ko dah hapdet..tapi ni dah dikira dh tetinggal lrt ni..takpe2..usaha tangga kejayaan..palan2 eh..