Saturday, December 16, 2006

Comeback : Bila?

What the.....?



But when?



Hah! Aku seperti Pak Aziz Satar. Bukan. Aku tak kata aku perlukan Olay anti-aging lotion atau apa-apa yang berkaitan dengannya. Lama menyepi dan tiba-tiba muncul tanpa diduga. At least Pak Aziz muncul sebab dapat teman hidup baru. Aku muncul sebab ramai yang mula mengata. Hahaha. You know who you are. Tapi terima kasih sebab dengan desakan/kata-kata/kutukan/motivasi/etc itu semua ada jugak posting terbaru dalam blog yang penuh dengan sawang nie.

Jangan. Jangan tanya kenapa aku dah lama tak memblog. Aku pun takde jawapannya. Atau mungkin jawapannya terlalu banyak. Jawapan atau alasan itu terpulang la kepada penilaian masing-masing. Lagipun blogging bukanlah kerja berbayar dan sama sekali bukan kerja yang patut anda lakukan dalam waktu kerja atau kuliah. Itu kalau ikut etika kerja lah kan. Sebab dalam realiti aku rasa 85% pekerja atau pelajar menggunakan ruang yang ada ketika waktu kerja untuk bertenet di alam maya. Myspace lah, YM lah. Ya, anda boleh terasa sekarang dan gelakkan diri sendiri. Katalah aku kelawar yang hanya online pada pukul 11 malam ke atas, at least itu tak menyalahi mana-mana etika atau undang-undang. Hehehe. Sudahlah Rosman.

Salah satu penaik semangat untuk aku kembali blogging ialah rakan blog sendiri iaitu Lehan. Lehan inginkan review untuk filem Cinta daripada aku. Sebab dia menangis untuk filem nie. Hahaha. Lehan, aku dah berjaya menghilangkan kejantanan kau di alam cyber. Mampus aku. Dan ya, filem Cinta sememangnya filem yang layak direview sehabis-habisnya. Aku dah pon menontonnya pada hari ke-2 tayangan. Menonton beramai-ramai lebih kurang dalam 10 orang bukanlah cara terbaik untuk menontonnya sebab anda tak akan berpeluang melepaskan segala emosi yang terpendam. Air mata lelaki ini bukan murah untuk ditumpahkan sewenang-wenangnya. Cheh. At least bukan di depan rakan-rakan lah. Gila apa.

Banyak album, filem dan segala benda yang boleh diblogkan sebenarnya cuma tu lah. Haih. Kemudahan dan masa memang menjadi musuh aku sejak kelahiran karma pertama lagi. Isk. Itu ayat bombastik je sebenarnya. Tak perlulah korang ambik serious. Layout pon perlu ditukar. Kesian pulak kan, layout Myspace boleh aja tukar every week. Kalau blog nie boleh bercakap memang beliau dah mencarut dah kepada tuannya nie.

Aku akan mula mengumpul bahan untuk posting comeback aku nanti. Aku tak janji untuk buat bila. Mungkin minggu depan, mungkin tahun depan, atau mungkin aku tutup aje blog nih. So biar lah masa menentukan...



Adios...!

2 comments:

faidhi said...

let's comeback rosman .. aku menunggu .. ehhehehe .. da lamer sgt ko tak update ni ... hahaha .. okla .. jgn luper link kn aku skali . heheheh .. aku pon tgh blaja memblog cam ko

FADZLAN RIZAN JOHANI said...

relex la bro, ini hobi ja..utk suka2 ja..jgn pulak samapi jd pressure..ikut suka ko la nak update bila yer tak....ko boss, ko kuli..ko pun jadi baca sendiri..pun boleh.

jgn peduli org cakap, aal ko bahagia

happy blogging