Sunday, November 25, 2007

TechnoPositivo : Fakes Revealed!

Zeeettt!

People, be warned. Open your eyes and be wise. A fake, is a fake. Seperti kata-kata Cicakman (ow my god i can't believe i can say this one day haha), "yang original akan selalu lebih bagus daripada yang klon!"


Ini ori punyer ha



Mungkin dah ramai daripada kita yang tau. But some of us still haven't. Yela, bukan semua orang 'celik' dalam hal-hal macam ni. Contohnya cubela buat survey, agak2nya dalam berjuta pengguna internet nie pon, berapa kerat je yang tau apekah nama panjang bagi HTTP? Hah that's my point. Lebey kuranglah. Masih ade pengguna kita yang still tak dapat distinguish between the originals and the counterfeit ones, dalam kes ini : the Nokia's ultimate multimedia gadget, N95!



Yang ciplak pon ade packaging yang proper jugak


Setelah diperhatikan, kebelakangan nie banyak offer2 dan ads yang memaparkan betapa murahnya N95 dalam market today. Hello? N95? RM700? Kepala hotak bapak tiri laki mak kau punya kucing betina! Kalo kau cakap RM1200 pon sampai mampos aku tak caya la. Anyway, i did intrigued for the first time dulu. Intrigued ya dan seterusnya melakukan investigation. Bukan intrigued dan tros mengompol duet nak beli. Ingat! Jangan mudah terpedaya. Nak2 yang jual dengan reger hampir sama ngan original (estimate dlm RM2500 above), itu lagi la lahanat. Maaf tuan2 dan puan2. Kali nie saye mmg kasar sket bahasa. Ya saya tau bahasa jiwa bangsa. Yang saya sebut tadi tue pon memang Bahasa Malaysia kan? Kan? Hehehe.


Siap kotak ko!



Okay kepada sesiapa yang membaca crap saya nie. Especially makcik2 keja government, pakcik2 yang baru pencen dapat duet banyak, budak2 mentah dapat loan PTPTN dan kurang cerdik dalam dunia barang2an (beli facial wash pon kadang2 bole salah beli scrub, eyh ini slalu kot) dan warga2 Malaysia seumpama. Ketahuilah korang bahawa segala produk Nokia atau apa jua brand handphone yang telah di'adjust' dan konon2nya diupgradekan ini adalah crap dan produk bebal yang tak patut dibeli oleh sesiapa saja. Kecualilah anda banyak duit, tak kesah dengan apa2 function phone anda sebab hanya pakai utk call n sms saja (behtu baik beli 3310 je ngok) atau anda memang sengal. Counterfeit N95 ini adalah kemuncak segala fake handphone product dalam market.


Before nie memang banyak dah handphone yang telah diciplak, dan yang paling popular : N73. Dibeli sendiri oleh rakan baikku, Jue Bow (mestilah bukan nama sebenar). Sekali pandang memang N73. Tapi dengan imej yang lebih elegan dan classy. Kononnya lah. Siap ade 4 speaker....YA! Mak pon terperanjat! 4 SPEAKER nok! Kepala hangguk dia kan. N73 letak dua orang dah fuiyoh...dia bleh letak 4. Tergeleng2 Pak Abu jual keropok leko. Ngan touch screen n stylus tersendiri lagi kau. Mane tak orang tertarik nak beli kan. Aku mintak "..meh tengok sat.." Hasilnya - Nan ado! A total let down. Bukan dah let down dah. Kesian pulak tgk member pakai barang tuh. Tersengguk2 beliau menaip pakai stylus. Kalo ko tengok OS dia lagi menangis. Memang macam mp3 player cap ayam punye OS. Camera, tak smp VGA pon! Kepala hotak. Orang zaman nie dah berpuluh2 megapixel. Ini boleh dia kasi 320 x 240 je. Amik gambar jerawat adik aku pon blur ngok!

Okay that's the fake N73. Aku nak cite pasal fake N95. Biaselah manusia bercakap selalu terpesong jauh. Tapi jangan jauh sangat seperti Haji Kahar, 'Rasul' kaum Melayu tue sudahlah. Back to the chorus : worldwide, ramai orang dah terkena penipuan fake N95 ini. Ngan harga yang terlalu murah, dah gambaran yang sejibik original, people dah kena conned especially yang beli online atau via other people. Kotak, ori. Kalo tak ori pon orang tak kesa kan. Bentuk sekali pandang memang percaya punyalah. Dapat2 sampai kat umah, haa. Menganga kawan. Bukan nak harapkan OS Symbian, S40 pon tak sampai rakan2ku. Even ade icon menunya masih dalam Chinese. okay di bawah aku sediakan comparison between the original (which rules!) dan yang fake (which sucks!).


Screen & Buttons



Comparison bahagian depan


The fake punye skrin a lil bigger than the asli. Siap ade stylus menu button. Gile kau N95 ade touch screen kan? Kepala la. Then the ciplak memang xde dual-slide function, so media button yg supposed berada di slide atas dibawa kepada button utama, dalam kotak hijau dan kuning di dalam gambar atas. Button play/pause dan stop. Media dan menu button sebenar tak payah gunala sebab there's no Symbian OS nak guna pun.

Colour, Lens & Logo


Comparison bahagian belakang


Ketahuilah olehmu bahawa original N95 ade dua jenis colour sahaja (at the time being, mane tau kalo kuar special edition ke) iaitu Silver/Plum dan Silver/Sand sahaja. Silver di depan dan Plum atau Sand untuk cover belakang. Yang ciplak cover blakangnye kaler hitam. Sesuai ngan hati pembikinnya haha. Then, original punye kat bahagian lens ade thumb-swith (dalam kotak oren) yang bodo tuh takde. Dah bodo mane ade function lebih2 kat camera kan. Dan yang ori 5 megapixel, instead of 3 megapixel utk yang haram punyer (ade model yang cuma 2 megapixel). Tapi yang ciplak tue pegi tambah2 pulak amende tah kat tepi lens dia tuh. Bukan ada manfaat pon. Ditunjukkan dalam kotak purple. Logo pulak dicetak ter'flip' daripada yang ori. Apelah sengal sangat nih.

Spesifikasi


OS ciplak


Perlu diingat lagi skali, segala produk phone Nokia hanya menggunakan platform S40, Symbian S60 dan S90 sahaja. N95 menggunakan platform S60 3rd edition. Kalo tak paham ape yang aku cakap nie, tekan kat Google belajar2 la sendiri. Aku pun bukan cikgu tusyen korang.

Dan yang menjadikan N95 ciplak ini lebih lahanat, ia guna sistem OS sendiri. Cap ayamlah tapi. Macam haram. Berpinau jugak melihat. Ntah ape2 tah. Tengok font pon boleh jelik. Ape tah lagi icon2 nya yang melambangkan kedunguan.


Dual sim! Cool!


Yea, hebat. N95 ciplak boleh support dual-sim! Memang hebat. But we have this on E-Series I think. Ini lah satu2nya kelebihan barang ciplak bodoh nie. Nokia boleh amik sebagai pedoman yang orang skang suke pakai 2 sim. Satu untuk keja satu untuk skandal. Ops!

Eyh penat la aku mengutuk. Korang check it out sendiri spesifikasi ORIGINAL N95 kat website official nih. Tekan kat situlah, perkataan ORIGINAL N95 tuh.

Lagi


Another fake


Sebenarnya untuk N95 saja, ade beberapa syarikat keluarkan beberapa model sebagai penciplakannya. Yang aku tunjuk kat atas merupakan salah satu lah. Yang paling popular rasenye. Dan bukan tue saja. Banyak lagi phone model lain, daripada pelbagai brand telah diciplak. Buktinya ini :


Gitulah...


Kesimpulannya, berhati-hatilah ketika membuat apa jua pembelian. Jadi pengguna yang bijak. Kalo nak beli handphone atau berkenaan kat satu2 phone tue, kaji dulu. Buka website dia, tengok spesifikasi, bandingkan ngan model lain, survey harga dan pastikan ko betul2 kenal phone tue before gi beli kat kedai. Jangan la dok melalak pas kena tipu, pastu KORANG pulak yang menipu orang lain buat lelong dalam internet nie atau sesama kawan jual balik handphone bodoh tue. INGAT! Ini memang aku dah jumpa banyak. Korang nak tipu budak Tabika Kemas Taman Maluri ke boleh la. Ini RosmanPositivo la. Hah. Cheh berlagak konon aku nih haha.

Okey sehingga kita berjumpa lagi (eyh macam rancangan TV pulak dah) kalo aku ade mase utnuk mebebel sepanjang ini dan membuat research kepenggunaan seperti ini. Hm, tetibe terpikir untuk terus buat entry consumerisme macam nie. Okay gak kan? Ah ape2 jela. Korang cuma perlu tunggu dan baca. Aku nie memang suka ikut suka hati kepala hotak aku je. Otey.

Assalamualaikum, Salam sejahtera.

2 comments:

adam brown said...

hello, i emailed you but got an error. anyway here's the reg cleaner i uses, this shit is good, don't stay without protection!

barb michelen said...

Hello I just entered before I have to leave to the airport, it's been very nice to meet you, if you want here is the site I told you about where I type some stuff and make good money (I work from home): here it is