Wednesday, April 29, 2009

Headless Creature - 3D Modelling

Aiyo...


The first moment I got this 'friendly assignment' I was like, huiyoo, boleh ke nih? Julia asked me to help her with her 3D model sculpture assignment and I thought it was a 'biase2' sculpture and asked for her sketches. She gave me the sculpture itself and there I was standing in huiyo.

It is a small-sized, headless tiger actually. But I prefer to call it 'headless creature'. Seriously Jules, no offence. It's better to be named that way for me. Huhu.


The basic proportion is nothing impossible. It consists of basic components. Lupa plak nak post the real pics of the sculpture. But what I was huiyoing was the chains!

Tengok la sendiri the rantai. Dah la my 3DsMax 5.1 buat hal, takleh nak place components. Kena buat sume skaligus. 3DsMax 2008 plak lagi la meragam. I can install it no problemo tapi takleh nak activate padahal dah ready ngan keygen dah. (ops kantoi pkai pirate)

I have to form the chains from scratch. Walau pon boleh copy and paste, placing dia tak sekata dan bahagian ekornya kena ikut gravity plak. This is the tricky part.



And apabila dah terlampau banyak components, and I mean extremely banyak okeh komponen dia. So all the editing view jadi lagging. I turned off all the views except Perspective but it still lagged my 2gb RAM powered PC! I have to upgrade to 4gb or 8gb instead! Or the processor tros kot. Wah3.

Apetah lagi untuk proses rendering. And I prefer to render it in high res JPEGs. So lagi la kena tunggu lambat. Tuka view lagi. Jet jet jet jet (konon2 bunyi steps rendering dia kat skrin).


But anyway it was a fun and challenging task. Thanks Jules. At least aku leh asah balik skill 3DsMax yang dah berkarat nih.

iPhone please! LOL :)


P/s - Hope you got A for this yah. Eventhough it still breaks my heart that I got B+ ke B tah for this subject last 2 semesters. Apa lagi yang kau mau tah wahai lecturers.

Friday, April 24, 2009

Semester's Near-End : Errr, Rosman, Tolong...

Lalala.


Every semester, I mean, EVERY semester, time2 dkat nak final macam ni, usually there will be more people come to my rented house. Dan a few housemates akan mula mengendeng2.

Diorang nak apa Rosman?

No. Aku bukan melacur la. Azab betol mulut kau. Haha.

(Pic : 3D assignment for interior design. Tolong seorang kawan nih buat dalam masa beberapa jam sahaja sebab last minute call. Cuba la call awal2 kan senang)

Some of them mintak tolong watkan final. Ade mintak tolong polish up je. Ade yang datang mintak suggestion dan repairing. Tapi ramai yang datang mintak tolong buatkan journal/report. Kerana apa? Kerana report memerlukan kemahiran berbahasa dan menulis dalam English dengan baik. Hah!

Itulah dia. Daripada sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, sampai diploma, orang suruh belajar English elok-elok, pegi main guli la, tido dalam kelas la, gi hisap rokok kat toilet la, main pakau tepi padang sekolah la, etc. Kan dah terkial2.

(Pic : The same interor as above from a different viewpoint)

Macam mane la agaknya kalau dah habis diploma ni, kalau nak kerja company besar2, basic English pon blur2. Assess ngan access pon tak tau beza, susah la. Alamatnya kerja la kat bahagian belakang2. Tak diasssign untuk jumpe clients etc.

Aku cakap ni pon macam la aku hebat sangat kan? Haha. Lantak la. Tapi yang penting basic tu settle lah.

(Pic : Assigment website-creation for another friend. Skang sudah kantoi sama kawan2 dia aku buat hahaha)

Malam ni ade banyak lagi report nak kena tolong buat. Takpelah, janji ade Big Apple, Pizza Hut, Secret Recipe etc hehehe.

I-Phone takde sape ke nak offer?

Sunday, April 19, 2009

Kau Silap Cakap, Kami Tulis!

Hehehe...


Anda pernah “Bolog”?

Aku bajet mesti pern
ah punya, ataupun kau memang pernah tapi taktau ape itu “bolog”. Semestinya kerana banyak lagi nama panggilan lain. Macam aku sendiri dan rakan2 lain di university, kami panggil “folder”, atau “masuk folder”.

So, what the hell kah itu semua Rosman?

Ok ok. Relax. Macam tagline BologBlog, ianya ialah “Kau Silap Cakap, Kami Tulis!”
(bolehla lawati BlogBolog ya. But no, I’m not one of the bloggers there)

“Kau Silap Cakap, Kami Tulis.” Yes. Now anda mesti terhangguk2 kan kepala anda kan? Kau sedang mengimbau kembali saat2 yang memalukan itu. Atau ianya jadi kelakar when it’s not you yang tersalah cakap. For me it IS funny tak kira la kau atau dia atau siapa2 saje yang ‘bolog’. Atau kau masih tertanya2 apa benda yang kau mengarut ni Rosman? Okay aku bagi contoh jangan risau.


Situasi A :

Ajis : Wah. Boleh tahan air nih. Masam2 m
asin manis sket. Macam gula2 dulu tu, apa nama dia? Nanonanona?
Ramli : Nanonanona?
Sudin : Muahahaha!
Ramli : Nano-Nano la woi!
Ajis : Senyum tahan malu.
Ha. Macam tu la kiranya apa yang aku sebut di atas tak kira la nak panggil ‘bolog’ ke ‘folder’ ke ape. Situasi di atas memang benar2 terjadi ya, Cuma name tak payah la nak pakai name sebenar. Backup member ni takut dia malu.


Situasi B :

Budak A : Man, nanti boleh la tolong aku ek?
Man : Tolong apa?
Budak A : Aku nak buat journal nanti, ko boleh la jadi bitionary aku.
Man : Bitionary?

Budak B : (Menyampuk) Hahahahahaha! Folder dowh, folder!
Budak A : Dictionary, ya dictionary (angguk2 tanda akur akan kesalahan beliau)


Okeh, mungkin sekarang anda makin jelas akan keadaan ini dan baru teringat yang korang juga memang pernah main benda ni, lebih2 lagi kau sedang belajar di sekolah, kolej atau university, mana2 la. Sebab ruang lingkupnya bersama kawan2, memang senang kena bahan. Cuma aku ingatkan, benda ini hanya berjalan bila kau SALAH CAKAP sahaja. Bukan salah dengar atau salah faham. Typo error juga selalunya tak diterima. Aku bagi contoh salah dengar yang tidak diterima sebagai kesalahan yang patut digelakkan.


Situasi C :

Man dan kawan2nya sedang berada di dalam kereta (konon2 Mini Coop) yang ada system hi-fi (konon2 hebat) dan memang bising.

Korok : Dong, esok kau pergi masjid tak?
Dong : Apa? Parit?
Korok : Masjid! Esok kau pegi masjid tak? Jumaa
t? (Ha, yang nie jangan diikuti, pergi masjid semayang Jumaat pon boleh plan2 nak pegi ke tak)

Okeh, contoh di atas TIDAK dikira ya. Sebab beliau salah DENGAR, bukan terbelit lidah salah cakap. Salah dengar tak dikira sebab akan timbul isu suasana persekitaran yang mengganggu, bukan beliau punya mulut sendiri yang bocor!

Jom sambung situasi lain.


Situasi D :

Jambu : Isy, tak boleh aku nak habiskan nasik ni. Banyak gila dia letak.
Batu : Tapau jela. Boleh makan slow2 kat umah.
Jambu : Dik, tapau la nasik ni. Meh plastesin sini.
Batu dan kawan2 : Plastesin????
Disambut dengan hilai tawa yang memang puas hati :)
Jambu : Polisterin, aku tau la. Aku saje je buat2 la….(cuba mengelak. Tak payah la woi nampak sangat haha)


Situasi E :

Eddy : Aku nak minum air limau la makan nanti.
Roko : Tapi kedai tu tak best sangat buat. Lain sikit.
Eddy : Nape? Dia tak pakai limau betul eh? Mesti dia pakai apa tu, Sunlight kan?
Roko : (Lambat sedar) Dia pakai bu…? Sunlight?
Man : (Mencelah) Muahahaha! Dia nak cakap Sunquick nih aku tau! Hahaha!
Satu kereta gelak sakan.
Man : Kau nak tau tak, konon2 nak cakap Sunquick, padahal kita tengah cakap pasal AIR LIMAU, maksudnya limau nipis la. Pekejadahnya ade Sunquick pulak?
Ketawa ramai2 lagi.

Okay okay. Untuk membuka pekung di dada, aku akan post jugak kesalahan sendiri. Main gila nih, malukan diri sendiri. Inilah peluang anda untuk menegur saya kalau jumpa di mana2. Boleh buat modal berbual.


Situasi F :

Man : (Borak pasal SPM dulu) Gila kan? Aku dulu pon Add Math nasib baik lulus jugak. Time kat sekolah selalu merah je.
Pijoy : Aku Math Mod (Matematik Moden) pon kantoi.
Man : Add Math kau berapa?
Pijoy : Aku tak amik.
Danny : (Mencelah) Aku pon tak amik.
Man : Aku memanjang je fail. Masa bulan2 awal form 4 boleh la dapat B ke C. Mase tu belajar Pembaziran…(masih ade lagi nak cakap)
Pijoy & Danny : (Potong) Pembaziran?
Man : Pembaziran? Pembaziran. Pembaziran. (Ulang banyak kali nak dengar balik betul ke tak aku cakap nih)
Pijoy : Pembezaan la! Pembaziran? Hahahahaha (lagi panjang sebenarnya dia gelak ni)
Man : Celaka. Salah jugak akhirnya.
Satu rumah kemudian bising dengan hilai tawa. Siot.

Ini berlaku kerana sejak dari dulu lagi aku dikira macam ‘penguatkuasa’ kepada benda nie. So memang ditunggu2 la untuk dikenakan balik. Penguatkuasa? Senang cerita ‘penguatkuasa folder’, sebab kami panggil benda ni folder. Sebabnya kami akan buka nama2 sorang2 geng2 kami atas dinding atau kertas dan berikan ruang yang sesuai supaya kesalahan2 bo
leh dicatat teros tanpa segan silu. Aku la yang selalu kantoikan mereka sebab telinga aku cepat tangkap sket. Read : Dinding. Jangan ikutlah. Dulu mase duduk kolej memang nakal. Habis dicontengnya dinding bilik di kolej dengan benda folder nih. Tapi takpe sekarang kolej dah renovate. Semua cat baru.



Okay okay. Ini pon mungkin pernah berlaku kat kau, taktaulah. Pernah tak bolog/folder berlaku berturut2 akibat daripada keghairahan ‘menghanjing’ kawan2 yang salah? Ini lagi menarik sebab korang boleh gelak lagi lama dan panjang sampai pecah perut punya.

Situasi G :

Jambu : (Dia ni suka berangan sket)
Aku besar2 nanti nak duduk Chichago la. (Kesalahan 1)
Roko : Chichago?
Pijoy : (Dia nih suka gelak je, cuba refer situasi sebelum ni) Hahahahaha…
Man masuk dalam bilik dan tanya “Pe cer?”
Roko : (Nak menghanjing dan mengadu) Jambu nih la, dia nak cakap ‘Chicago’, dia cakap Chichajo! (Kesalahan 2)
Man : Chichajo?
Pijoy : (Thanx to him) Eh, dia kate Chichago la. Chichajo plak? Muahahaha!
Man : Hahaha.

Pijoy : (Menambah) Ko ingat ko comel sangat ke? Chichajo. Chichajo. Eleh. Hahaha.
Seterusnya kesalahan ini dicanang ke seluruh isi rumah dan kami gelak beramai2. Best kan hidup kami?

Itulah dia kalau nak menghanjing kawan kena bersedia dulu. Nanti badinya kena balik kat hang baru padan muka. Okay contoh lagi.


Situasi H :

Eddy : (Tengah cerita pasal choker) Kau agak2 nanti muat tak choker yang aku buat tuh?
Man : Ikut la. Tengok size standard macam mana.
Eddy : Sebab nanti aku buat joining dia, pastu nanti dia punya locket sampai dada (sambil tunjuk bahu)
Roko : (Sambil menghanjing Eddy dengan menunjukkan gaya) Sampai dada?
Pijoy : (Aku dah kate tadi budak ni suka gelak je) Hahahahaha….
Roko : Dia ni nak sebat dada ke bahu hahahaha…
Pijoy & Man : Sebat?
Mari gelak beramai2. Folder/bolog telah terjadi dua kali berturut2. Hebak demo hebak. Situasi ini lokasinya di kedai makan jadi tokei pon tumpang gelak skali. Tahniah.

Sebenarnya aku ada banyak lagi. Sebab kan aku dah cakap tadi, aku penguatkuasa. Aku akan catat kesalahan2 diorang nih. Dulu rajin capai pe
n/pensel. Skang nih takbley conteng, aku pkai Notes di handphoneku, lebih canggih, mudah dan pantas. Padan lah muka korang. Haha. Cuma untuk ditulis dalam satu entry semuanya tak aci la. Panjang sangat. Tapi ade satu nih yang dah lame terjadi. Agak2 dah masuk setahun setengah dah.



Situasi I :

Man : (Topik perbualan pasal X-Men) Aku minat Cyclops, tapi dalam filem dia poyo sket.
Pooch : Aku tak lain tak bukan mestila Volmerine.
Man : Volmerine?
Pooch : Yela hero kan. Kuku besi stylo siot. Macam Vega dalam Street Fighter dulu.
Man : Volmerine? (Masih nak pastikan. Dia ni pon macam tak rase bersalah pon, tak perasan ke?)
Pooch : Volmerine la.
Man : Cuba eja sket Volmerine ko tuh.
Pooch : V, O, L, M, E…….
Man : (Tak kasi chan dia habiskan ejaan lagi menyampuk) Volmerine! Hahahahahaha (serious beb aku gelak besar time nih)
Pooch : (Gelak kecil, masih blur2)
Man : Wolverine! Wolverine la! Wolverine! Pasal dia wolf! Volmerine? Muahaha (sambung gelak)
Sampai skang aku dan rakan2 meletakkan Volmerine ini petanda aras bagi bolog peringkat tinggi. Tak boleh celen punya. Siap eja lagi tuh. Pooch (bukan nama sebenar), kau memang kami tabik. Dan budak ini pon memang ranking tinggi dalam bilangan bolog paling banyak. Kat dinding dulu dia la paling banyak skali kesalahan. Siap baca balik sebelum tido sambil gelak2. Ubat tido la tuh.

Untuk lebih banyak bolog, sila ke sesawang BlogBolog. Itu lagi banyak. Sesuai baca time tension2. Bloggers dia ramai so lagi banyak bahan.

Thursday, April 09, 2009

Graffiti : The Unappreciated Art

Zezz.


Honestly, what do you think of graffiti? Secara tulus dan ikhlas, sedang kau berjalan kaki dari LRT balik ke rumah dan terpandang coretan graffiti (read: graffiti, bukan contengan) di atas dinding sebuah bangunan, apa benda yang pertama
sekali singgah di fikiran dan hati kau?

Vandalisme?
"Anak sapelah punya kerja cacatkan pe
mandangan aje"

Atau,


Jenayah? (lebih heavy daripada vandalisme tadi)
"Ini kalo dapat depan mata ni aku
cekau bagi kat polis trafik mati budak2 nih"

Atau,

Ekspresi Seni?
"Huiyoo hebat ni. Pandai main colour la sape yang buat nih. Nampak 3d tuuu"


Di atas ni ialah sebuah hasil karya a friend of mine, Hafizul, or Eon (what we call him everyday), or his cyberworld name/art brand Without Motive. Boleh lawat blog beliau dengan tekan name Without Motive ini ya kawan2.

Cantik?


Itu buat saja2 je tuh. Mengisi masa lapang. Aku bangun2 tido pegi belakang umah sewa tersergam tetibe. Suke wat surprise. He's talented.

Selalunya Eon akan ditemani his crime partner sejak dari dulu lagi, Amiro a.k.a Stroke, dalam menjalankan aktiviti sisi gelap mereka ini. Tengokla tempat kolah air di atas. It's funny!


This one is the latest. And the largest. Nak tau skala tgk paip air tuh. Banding la proportionnya sendiri.

Ini pun agak funny and cute. Betul2 di bawah kolah air.

Yes indeed. It is a bontot. Haha. Patut dicensored kah?


And they called this place "Galeri". A gallery of their own. Tempat yang menjadi dunia mereka sendiri. Di sini merekalah artis. Di sini mereka umpama Picasso, Da Vinci atau Van Gogh. Hanya di sini tempatnya.

What do you think?

Adakah anda masih fikir "ape kejadahnya semua ni? Buat rosak dinding saja"

If yes, it's okay. It's normal for us untuk menerimanya. Feedback sebegitu memang sesuatu yang biasa. Pergi lah mana2 saja.

Graffiti mengikut Wikipedia :

Graffiti is sometimes regarded as a form of art and other times regarded as unsightly damage or unwanted.

SOMETIMES regarded as a form of art. Ya, sometimes. Walaupun di era kemodenan dan art-savvy ini, masih juga sometimes. Walaupon telah ramai daripada anak2 muda di Malaysia ni dah pon berjaya dan terkenal sebagai graffiti artist, ianya masih lagi dipandang 'kurang enak' oleh sesetengah daripada kita.

Kenapa?

Apa yang aku boleh proses dan terjemah ke dalam ayat yang lain, ianya same macam nih. Anda pegi jalan2 kat Bukit Bintang. Sampai dekat ngan McD simpang empat tuh, anda nampak budak2 baru nak up ni shuffle kat situ. Bukan hebat pon. Kecoh je lebih. Sedangkan anda tau shuffle itu bagus dan penuh seni sebab ade 30 orang lebih kurang kawan anda yang terlibat dalam shuffle nih. Slalu wat show jugak sana sini. Masa tu anda mesti pandang shuffle tu semacam dan merimaskan kan? Rase nak tendang je budak2 tuh kan? Rase macam nak piat telinga mak bapak diorang suh tengok anak2 diorang tu meng-show-offkan skill mereka yang tak seberapa tu kan?

Samela macam graffiti.

The problem is : yang merimaskan itu lebih menonjol daripada yang mengangkat martabatnya. Yang buruk itu lebih diwar2kan daripada yang cantik. Yang poyo itu lebih, er, poyo daripada yang pro.

Sebenarnya kalau anda tak tau, tapi rasenye tau kot tapi saje buat tatau atau lupa, ramai dah graffiti artist di Malaysia. Anda mesti pernah dengar Muid Latif? Atau at least Super Sunday. Mereka ni bukan aje buat graffiti tapi benda2 lain jugak. Ade clothing line, wat kerja2 design dan sebagainya. Mereka juga seperti aku, dan tak lupa Without Motive, mengangkat seni sebagai serampang dua mata : hobi dan mata pencarian. Apa yang ada depan kami, kami ambil. Kami explore, kami buat. Ok ya, aku tak buat graffiti, tapi aku buat wall painting instead. Maybe ade lainnya di situ tapi ianya masih sama : SENI. Di masa lain memang kami berkarya atas canvas (me and my friend withoutmotive are fine arts students), tapi adakah ianya tak boleh dianggap sebuah karya jika keluar daripada kanvas?

Bayangkan kau hidup di zaman Picasso. Suatu hari dia datang rumah kau, cakap dinding kau ni kosong la tanak buat ape2 ke? Kau kate ko buat la ape2 yang patut. dan dia buat karya seninya atas dinding kau. Masih karya seni tak benda tuh? Atau tetap vandalisme?

Macam juga karya WithoutMotive di atas. Aku rase sebelum dipenuhkan dengan kaler2 tuh, memang tension duduk belakang umah tuh. Rumahnya rumah zaman lama. Dinding pon nampak horror. Takut kalau saje2 nak lepak malam2 basuh kasut ke ape2. Tapi setelah tangan2 kreatif menjalankan kerjanya, bukanlah nampak teruk pun. Lagi ceria lagi ada.

Di bandar, KL especially, graffiti memang boleh kate diterima secara agak meluas sebagai seni. Tak kira la yang legal atau bombing malam2. Di luar bandar mungkin horizon pemikiran belum diperluaskan lagi untuk menerima sesuatu yang asing bagi mereka. Ok di bandar pun ade lagi yang masih skeptikal kepada graffiti dan artis2nya. Kita perlu admit. Tapi usaha untuk memartabatkannya tetap berjalan. Let's pray one day graffiti itu berdiri sama tinggi dengan catan seni halus. It should be. Seni tiada diskriminasi. Manusia yang mendiskriminasi.

Aku sebagai aktivis seni, penchenta seni, dan pelajar seni, berharap graffiti akan diterima umum dan tidak lagi dipandang jelik. Cuma sesiapa yang selalu, dah atau nak buat graffiti tuh, jangan la semberono. Kalo setakat palit2 tu memang sakit mata jugak melihatnya. Cari sumber2 yang betul, video kat YouTube ke, belajar. Tanya pada yang pakar, cuba2 dulu atas kertas atau papan di belakang rumah.

Aku tak boleh menggalakkan korang bombing di bangunan2 kerajaan atau persendirian sebab ianya berjalan dalam legal matters, cuma sebagai training dan untuk show-off skill cuba la di rumah sendiri atau rumah tinggal. Paling tidak pon bilik sendiri. Kalau betul korang ade bakat, tonjolkan pada medium yang betul. Skang nih banyak competition. Masuk la. Asah bakat yang ada. Baca buku dan sumber dalam internet. APA? BACA? Ya adik, baca! Apa2 benda pon mulakan dengan research. Cari ilmu banyak2 dulu. Jangan jadi artisan berminda rendah. Barulah karya tak bermutu rendah dan dipandang rendah. Badan rendah takpe nak buat macam mane.

Tuesday, April 07, 2009

Najib Razak - 1 Malaysia, Teori RAHMAN

Hem....


Tentunya wanita yang boleh tersenyum puas dan bangga ketika ini ialah Tun Rahah, ibu Dato' Seri Najib Razak. She was once the first lady of Malaysia and now she's a mother of our new Prime Minister! I bet, selepas ini kakak beliau pula that is Tun Suhaila, juga was once the first lady, bakal senyum dengan naiknya Dato' Hishammuddin menj
adi PM selepas Najib.


By the way korang boleh la melawat www.1malaysia.com.my : the official website of our all-new Prime Minister Dato' Sri Najib Razak.

It's interesting how in that hectic life of his, he can still manage to blog!

And yeah, dengan perlantikan Najib Razak, lengkaplah sudah apa yang kita panggil selama ini "TEORI R.A.H.M.A.N".

Have you heard about Teori RAHMAN?

Okay if you haven't, it's somehow creepy, yet cool and controversial.

R : Rahman Putra
A : Abd Razak
H : Hussein Onn
M : Mahathir
A : Abdullah (I bet everyone predicted Anwar)
N : Najib!

Sometimes rase macam citer National Treasure pon ade. Haha.

But yeah kenaikan Najib memang dah lame dipredict, even before Pak Lah naik lagi. Sebab takde N lain dah yang betul2 menonjol selain dia. Ade desas-desus Nizar selepas ini? Not Nizar my dad of course haha.

Monday, April 06, 2009

Apple Tree, Apples & People.

Dadada...


Like an apple tree.
He gives people, apples.

Like people.
They get apples, from the apple tree.

Like an apple tree.
He needs water, love and care.
To give people, apples.

Like people.
They abandon the apple tree.
When there's no apples on the tree.

Like an apple tree.
He can do nothing.
But to make apples, for people.

Like people.
They can do many thing.
But none for the apple tree.
That gave them so many apples.

Like an apple tree.
He can just make apples.

Like people.

They just take apples.

Wednesday, April 01, 2009

RekaTee TV3

Choy...


RekaTee TV3

Kalaulah anda pelanggan Astro sekalipun, tentunya tv2 free yang lain anda masih tonton jugak kan? Tipulah kalau kate tak tengok langsung. Bukanlah aku kate ko perlu tengok TV1 yang asyik berubah branding tu saje (ops), cuma TV3 ni sume orang akan tengok juga walau macam mane skalipon. Betol tak? Pasal tu Karam Singh Walia tu dah jadi wartawan peringkat selebriti skang nih. Pasal kita yang tengok dan mengangkat beliau.

Ok ok. Melalut. Cerita pasal TV3 ni sebenarnya untuk posting pasal RekaTee. Mesti sume pon penah dengar atau tau sekelumit kan. Sebab bonda aku yang dah pencen tu pon tau, apatah lagi korang yang sangat tech-savvy ni. Kalau taktau juga memang mak aku lagi canggish daripada korang. Chet.

These are
my humble submissions for it.



Bukanlah lawa sangat pon. I mean it's not supposed to be so lawa pon. Seriously. Sebab tengok sajelah contohnya masa audition mane2 realiti TV. Bukan kena sedap sangat pon suara kau untuk masuk dalam tuh. It's just the matter of the judges rase ko fit in. Yang lagi sedap pon tak dapat, ko yang suara macam angsa (ops) pon boleh lepas dan jadik finalist. Kan? So dalam hal RekaTee ini, bukanlah design ko kena wahlawei sangat, cuma kena menepati tema dan seswai. Seswai dalam erti kata seswai dengan mata judges dan seswai jika ianya dipasarkan kepada masyarakat. Dan tak lupa seswai untuk diprintkan. Sebab kadang2 orang main design je, bila nak manufacture, nak print, dah complicated.

I've printed a number of t-shirt series. Dan oleh kerana pengalaman itu bila aku design (tshirt dalam hal ini), aku terus memikirkan bagaimana orang akan print tshirt yang aku design tu. Jadi kalau diamati, design2 di atas adalah printer-friendly. Maksudnya kalau pakai silk-screen tu memang boleh buat. Takde lah orang tu nak memaki hamun designer nya. Cuma the negative side is ; design aku takkan nampak segah design orang lain. I've seen a few designs yang lain yang dah disubmit. Ade yang betul2 eye-catching. memang overshadow dah designs aku. Cuma adakah ianya printer-friendly? Tapi (lagi), printer-friendly mungkin bukanlah satu faktor untuk memenangi benda ni and if that so, I've already left behind. Takpelah. Bukan rugi pon. Pegi cc berapa ringgit sangat.


Beneath It


Nah. Ini bukan soal duit. TV3 dah stated yang semua entries akan menjadi hak milik TV3. Hadiah pulak RM10000, RM5000 dan RM3000. Besar kan? Do you smell something fishy?

RM10000 untuk sebuah pertandingan MEREKA t-shirt. Bukan buat tshirt. hanya REKA saja. Ini tentunya menaikkan curiosity aku.

Okay, let put it this way. Pertandingan design t-shirt, hadiah utama RM10000, open to ALL MALAYSIANS. Nampak tak?

They're collecting thousands, or millions of fresh ideas FROM US! And it's worth way more than RM10000 + RM5000 + RM3000 = RM18000. Seriously. Idea2 yang disubmit itu semuanya bernilai lebih jutaan ringgit. RM18000 hanyalah modal kecil untuk mendapatkannya secara sah daripada kita. Tentunya hadiah yang lumayan tu menarik skali bagi sume orang TERMASUK designer2 profesional. Mana ada orang nak dapat designs and ideas from the professionals FOR FREE? Inilah dia.

Now can you see how brilliant TV3 is?

Kudos!