Thursday, April 09, 2009

Graffiti : The Unappreciated Art

Zezz.


Honestly, what do you think of graffiti? Secara tulus dan ikhlas, sedang kau berjalan kaki dari LRT balik ke rumah dan terpandang coretan graffiti (read: graffiti, bukan contengan) di atas dinding sebuah bangunan, apa benda yang pertama
sekali singgah di fikiran dan hati kau?

Vandalisme?
"Anak sapelah punya kerja cacatkan pe
mandangan aje"

Atau,


Jenayah? (lebih heavy daripada vandalisme tadi)
"Ini kalo dapat depan mata ni aku
cekau bagi kat polis trafik mati budak2 nih"

Atau,

Ekspresi Seni?
"Huiyoo hebat ni. Pandai main colour la sape yang buat nih. Nampak 3d tuuu"


Di atas ni ialah sebuah hasil karya a friend of mine, Hafizul, or Eon (what we call him everyday), or his cyberworld name/art brand Without Motive. Boleh lawat blog beliau dengan tekan name Without Motive ini ya kawan2.

Cantik?


Itu buat saja2 je tuh. Mengisi masa lapang. Aku bangun2 tido pegi belakang umah sewa tersergam tetibe. Suke wat surprise. He's talented.

Selalunya Eon akan ditemani his crime partner sejak dari dulu lagi, Amiro a.k.a Stroke, dalam menjalankan aktiviti sisi gelap mereka ini. Tengokla tempat kolah air di atas. It's funny!


This one is the latest. And the largest. Nak tau skala tgk paip air tuh. Banding la proportionnya sendiri.

Ini pun agak funny and cute. Betul2 di bawah kolah air.

Yes indeed. It is a bontot. Haha. Patut dicensored kah?


And they called this place "Galeri". A gallery of their own. Tempat yang menjadi dunia mereka sendiri. Di sini merekalah artis. Di sini mereka umpama Picasso, Da Vinci atau Van Gogh. Hanya di sini tempatnya.

What do you think?

Adakah anda masih fikir "ape kejadahnya semua ni? Buat rosak dinding saja"

If yes, it's okay. It's normal for us untuk menerimanya. Feedback sebegitu memang sesuatu yang biasa. Pergi lah mana2 saja.

Graffiti mengikut Wikipedia :

Graffiti is sometimes regarded as a form of art and other times regarded as unsightly damage or unwanted.

SOMETIMES regarded as a form of art. Ya, sometimes. Walaupun di era kemodenan dan art-savvy ini, masih juga sometimes. Walaupon telah ramai daripada anak2 muda di Malaysia ni dah pon berjaya dan terkenal sebagai graffiti artist, ianya masih lagi dipandang 'kurang enak' oleh sesetengah daripada kita.

Kenapa?

Apa yang aku boleh proses dan terjemah ke dalam ayat yang lain, ianya same macam nih. Anda pegi jalan2 kat Bukit Bintang. Sampai dekat ngan McD simpang empat tuh, anda nampak budak2 baru nak up ni shuffle kat situ. Bukan hebat pon. Kecoh je lebih. Sedangkan anda tau shuffle itu bagus dan penuh seni sebab ade 30 orang lebih kurang kawan anda yang terlibat dalam shuffle nih. Slalu wat show jugak sana sini. Masa tu anda mesti pandang shuffle tu semacam dan merimaskan kan? Rase nak tendang je budak2 tuh kan? Rase macam nak piat telinga mak bapak diorang suh tengok anak2 diorang tu meng-show-offkan skill mereka yang tak seberapa tu kan?

Samela macam graffiti.

The problem is : yang merimaskan itu lebih menonjol daripada yang mengangkat martabatnya. Yang buruk itu lebih diwar2kan daripada yang cantik. Yang poyo itu lebih, er, poyo daripada yang pro.

Sebenarnya kalau anda tak tau, tapi rasenye tau kot tapi saje buat tatau atau lupa, ramai dah graffiti artist di Malaysia. Anda mesti pernah dengar Muid Latif? Atau at least Super Sunday. Mereka ni bukan aje buat graffiti tapi benda2 lain jugak. Ade clothing line, wat kerja2 design dan sebagainya. Mereka juga seperti aku, dan tak lupa Without Motive, mengangkat seni sebagai serampang dua mata : hobi dan mata pencarian. Apa yang ada depan kami, kami ambil. Kami explore, kami buat. Ok ya, aku tak buat graffiti, tapi aku buat wall painting instead. Maybe ade lainnya di situ tapi ianya masih sama : SENI. Di masa lain memang kami berkarya atas canvas (me and my friend withoutmotive are fine arts students), tapi adakah ianya tak boleh dianggap sebuah karya jika keluar daripada kanvas?

Bayangkan kau hidup di zaman Picasso. Suatu hari dia datang rumah kau, cakap dinding kau ni kosong la tanak buat ape2 ke? Kau kate ko buat la ape2 yang patut. dan dia buat karya seninya atas dinding kau. Masih karya seni tak benda tuh? Atau tetap vandalisme?

Macam juga karya WithoutMotive di atas. Aku rase sebelum dipenuhkan dengan kaler2 tuh, memang tension duduk belakang umah tuh. Rumahnya rumah zaman lama. Dinding pon nampak horror. Takut kalau saje2 nak lepak malam2 basuh kasut ke ape2. Tapi setelah tangan2 kreatif menjalankan kerjanya, bukanlah nampak teruk pun. Lagi ceria lagi ada.

Di bandar, KL especially, graffiti memang boleh kate diterima secara agak meluas sebagai seni. Tak kira la yang legal atau bombing malam2. Di luar bandar mungkin horizon pemikiran belum diperluaskan lagi untuk menerima sesuatu yang asing bagi mereka. Ok di bandar pun ade lagi yang masih skeptikal kepada graffiti dan artis2nya. Kita perlu admit. Tapi usaha untuk memartabatkannya tetap berjalan. Let's pray one day graffiti itu berdiri sama tinggi dengan catan seni halus. It should be. Seni tiada diskriminasi. Manusia yang mendiskriminasi.

Aku sebagai aktivis seni, penchenta seni, dan pelajar seni, berharap graffiti akan diterima umum dan tidak lagi dipandang jelik. Cuma sesiapa yang selalu, dah atau nak buat graffiti tuh, jangan la semberono. Kalo setakat palit2 tu memang sakit mata jugak melihatnya. Cari sumber2 yang betul, video kat YouTube ke, belajar. Tanya pada yang pakar, cuba2 dulu atas kertas atau papan di belakang rumah.

Aku tak boleh menggalakkan korang bombing di bangunan2 kerajaan atau persendirian sebab ianya berjalan dalam legal matters, cuma sebagai training dan untuk show-off skill cuba la di rumah sendiri atau rumah tinggal. Paling tidak pon bilik sendiri. Kalau betul korang ade bakat, tonjolkan pada medium yang betul. Skang nih banyak competition. Masuk la. Asah bakat yang ada. Baca buku dan sumber dalam internet. APA? BACA? Ya adik, baca! Apa2 benda pon mulakan dengan research. Cari ilmu banyak2 dulu. Jangan jadi artisan berminda rendah. Barulah karya tak bermutu rendah dan dipandang rendah. Badan rendah takpe nak buat macam mane.

1 comment:

Anonymous said...

One of my friends already told me about this place and I do not regret that I found this article.