Sunday, April 19, 2009

Kau Silap Cakap, Kami Tulis!

Hehehe...


Anda pernah “Bolog”?

Aku bajet mesti pern
ah punya, ataupun kau memang pernah tapi taktau ape itu “bolog”. Semestinya kerana banyak lagi nama panggilan lain. Macam aku sendiri dan rakan2 lain di university, kami panggil “folder”, atau “masuk folder”.

So, what the hell kah itu semua Rosman?

Ok ok. Relax. Macam tagline BologBlog, ianya ialah “Kau Silap Cakap, Kami Tulis!”
(bolehla lawati BlogBolog ya. But no, I’m not one of the bloggers there)

“Kau Silap Cakap, Kami Tulis.” Yes. Now anda mesti terhangguk2 kan kepala anda kan? Kau sedang mengimbau kembali saat2 yang memalukan itu. Atau ianya jadi kelakar when it’s not you yang tersalah cakap. For me it IS funny tak kira la kau atau dia atau siapa2 saje yang ‘bolog’. Atau kau masih tertanya2 apa benda yang kau mengarut ni Rosman? Okay aku bagi contoh jangan risau.


Situasi A :

Ajis : Wah. Boleh tahan air nih. Masam2 m
asin manis sket. Macam gula2 dulu tu, apa nama dia? Nanonanona?
Ramli : Nanonanona?
Sudin : Muahahaha!
Ramli : Nano-Nano la woi!
Ajis : Senyum tahan malu.
Ha. Macam tu la kiranya apa yang aku sebut di atas tak kira la nak panggil ‘bolog’ ke ‘folder’ ke ape. Situasi di atas memang benar2 terjadi ya, Cuma name tak payah la nak pakai name sebenar. Backup member ni takut dia malu.


Situasi B :

Budak A : Man, nanti boleh la tolong aku ek?
Man : Tolong apa?
Budak A : Aku nak buat journal nanti, ko boleh la jadi bitionary aku.
Man : Bitionary?

Budak B : (Menyampuk) Hahahahahaha! Folder dowh, folder!
Budak A : Dictionary, ya dictionary (angguk2 tanda akur akan kesalahan beliau)


Okeh, mungkin sekarang anda makin jelas akan keadaan ini dan baru teringat yang korang juga memang pernah main benda ni, lebih2 lagi kau sedang belajar di sekolah, kolej atau university, mana2 la. Sebab ruang lingkupnya bersama kawan2, memang senang kena bahan. Cuma aku ingatkan, benda ini hanya berjalan bila kau SALAH CAKAP sahaja. Bukan salah dengar atau salah faham. Typo error juga selalunya tak diterima. Aku bagi contoh salah dengar yang tidak diterima sebagai kesalahan yang patut digelakkan.


Situasi C :

Man dan kawan2nya sedang berada di dalam kereta (konon2 Mini Coop) yang ada system hi-fi (konon2 hebat) dan memang bising.

Korok : Dong, esok kau pergi masjid tak?
Dong : Apa? Parit?
Korok : Masjid! Esok kau pegi masjid tak? Jumaa
t? (Ha, yang nie jangan diikuti, pergi masjid semayang Jumaat pon boleh plan2 nak pegi ke tak)

Okeh, contoh di atas TIDAK dikira ya. Sebab beliau salah DENGAR, bukan terbelit lidah salah cakap. Salah dengar tak dikira sebab akan timbul isu suasana persekitaran yang mengganggu, bukan beliau punya mulut sendiri yang bocor!

Jom sambung situasi lain.


Situasi D :

Jambu : Isy, tak boleh aku nak habiskan nasik ni. Banyak gila dia letak.
Batu : Tapau jela. Boleh makan slow2 kat umah.
Jambu : Dik, tapau la nasik ni. Meh plastesin sini.
Batu dan kawan2 : Plastesin????
Disambut dengan hilai tawa yang memang puas hati :)
Jambu : Polisterin, aku tau la. Aku saje je buat2 la….(cuba mengelak. Tak payah la woi nampak sangat haha)


Situasi E :

Eddy : Aku nak minum air limau la makan nanti.
Roko : Tapi kedai tu tak best sangat buat. Lain sikit.
Eddy : Nape? Dia tak pakai limau betul eh? Mesti dia pakai apa tu, Sunlight kan?
Roko : (Lambat sedar) Dia pakai bu…? Sunlight?
Man : (Mencelah) Muahahaha! Dia nak cakap Sunquick nih aku tau! Hahaha!
Satu kereta gelak sakan.
Man : Kau nak tau tak, konon2 nak cakap Sunquick, padahal kita tengah cakap pasal AIR LIMAU, maksudnya limau nipis la. Pekejadahnya ade Sunquick pulak?
Ketawa ramai2 lagi.

Okay okay. Untuk membuka pekung di dada, aku akan post jugak kesalahan sendiri. Main gila nih, malukan diri sendiri. Inilah peluang anda untuk menegur saya kalau jumpa di mana2. Boleh buat modal berbual.


Situasi F :

Man : (Borak pasal SPM dulu) Gila kan? Aku dulu pon Add Math nasib baik lulus jugak. Time kat sekolah selalu merah je.
Pijoy : Aku Math Mod (Matematik Moden) pon kantoi.
Man : Add Math kau berapa?
Pijoy : Aku tak amik.
Danny : (Mencelah) Aku pon tak amik.
Man : Aku memanjang je fail. Masa bulan2 awal form 4 boleh la dapat B ke C. Mase tu belajar Pembaziran…(masih ade lagi nak cakap)
Pijoy & Danny : (Potong) Pembaziran?
Man : Pembaziran? Pembaziran. Pembaziran. (Ulang banyak kali nak dengar balik betul ke tak aku cakap nih)
Pijoy : Pembezaan la! Pembaziran? Hahahahaha (lagi panjang sebenarnya dia gelak ni)
Man : Celaka. Salah jugak akhirnya.
Satu rumah kemudian bising dengan hilai tawa. Siot.

Ini berlaku kerana sejak dari dulu lagi aku dikira macam ‘penguatkuasa’ kepada benda nie. So memang ditunggu2 la untuk dikenakan balik. Penguatkuasa? Senang cerita ‘penguatkuasa folder’, sebab kami panggil benda ni folder. Sebabnya kami akan buka nama2 sorang2 geng2 kami atas dinding atau kertas dan berikan ruang yang sesuai supaya kesalahan2 bo
leh dicatat teros tanpa segan silu. Aku la yang selalu kantoikan mereka sebab telinga aku cepat tangkap sket. Read : Dinding. Jangan ikutlah. Dulu mase duduk kolej memang nakal. Habis dicontengnya dinding bilik di kolej dengan benda folder nih. Tapi takpe sekarang kolej dah renovate. Semua cat baru.



Okay okay. Ini pon mungkin pernah berlaku kat kau, taktaulah. Pernah tak bolog/folder berlaku berturut2 akibat daripada keghairahan ‘menghanjing’ kawan2 yang salah? Ini lagi menarik sebab korang boleh gelak lagi lama dan panjang sampai pecah perut punya.

Situasi G :

Jambu : (Dia ni suka berangan sket)
Aku besar2 nanti nak duduk Chichago la. (Kesalahan 1)
Roko : Chichago?
Pijoy : (Dia nih suka gelak je, cuba refer situasi sebelum ni) Hahahahaha…
Man masuk dalam bilik dan tanya “Pe cer?”
Roko : (Nak menghanjing dan mengadu) Jambu nih la, dia nak cakap ‘Chicago’, dia cakap Chichajo! (Kesalahan 2)
Man : Chichajo?
Pijoy : (Thanx to him) Eh, dia kate Chichago la. Chichajo plak? Muahahaha!
Man : Hahaha.

Pijoy : (Menambah) Ko ingat ko comel sangat ke? Chichajo. Chichajo. Eleh. Hahaha.
Seterusnya kesalahan ini dicanang ke seluruh isi rumah dan kami gelak beramai2. Best kan hidup kami?

Itulah dia kalau nak menghanjing kawan kena bersedia dulu. Nanti badinya kena balik kat hang baru padan muka. Okay contoh lagi.


Situasi H :

Eddy : (Tengah cerita pasal choker) Kau agak2 nanti muat tak choker yang aku buat tuh?
Man : Ikut la. Tengok size standard macam mana.
Eddy : Sebab nanti aku buat joining dia, pastu nanti dia punya locket sampai dada (sambil tunjuk bahu)
Roko : (Sambil menghanjing Eddy dengan menunjukkan gaya) Sampai dada?
Pijoy : (Aku dah kate tadi budak ni suka gelak je) Hahahahaha….
Roko : Dia ni nak sebat dada ke bahu hahahaha…
Pijoy & Man : Sebat?
Mari gelak beramai2. Folder/bolog telah terjadi dua kali berturut2. Hebak demo hebak. Situasi ini lokasinya di kedai makan jadi tokei pon tumpang gelak skali. Tahniah.

Sebenarnya aku ada banyak lagi. Sebab kan aku dah cakap tadi, aku penguatkuasa. Aku akan catat kesalahan2 diorang nih. Dulu rajin capai pe
n/pensel. Skang nih takbley conteng, aku pkai Notes di handphoneku, lebih canggih, mudah dan pantas. Padan lah muka korang. Haha. Cuma untuk ditulis dalam satu entry semuanya tak aci la. Panjang sangat. Tapi ade satu nih yang dah lame terjadi. Agak2 dah masuk setahun setengah dah.



Situasi I :

Man : (Topik perbualan pasal X-Men) Aku minat Cyclops, tapi dalam filem dia poyo sket.
Pooch : Aku tak lain tak bukan mestila Volmerine.
Man : Volmerine?
Pooch : Yela hero kan. Kuku besi stylo siot. Macam Vega dalam Street Fighter dulu.
Man : Volmerine? (Masih nak pastikan. Dia ni pon macam tak rase bersalah pon, tak perasan ke?)
Pooch : Volmerine la.
Man : Cuba eja sket Volmerine ko tuh.
Pooch : V, O, L, M, E…….
Man : (Tak kasi chan dia habiskan ejaan lagi menyampuk) Volmerine! Hahahahahaha (serious beb aku gelak besar time nih)
Pooch : (Gelak kecil, masih blur2)
Man : Wolverine! Wolverine la! Wolverine! Pasal dia wolf! Volmerine? Muahaha (sambung gelak)
Sampai skang aku dan rakan2 meletakkan Volmerine ini petanda aras bagi bolog peringkat tinggi. Tak boleh celen punya. Siap eja lagi tuh. Pooch (bukan nama sebenar), kau memang kami tabik. Dan budak ini pon memang ranking tinggi dalam bilangan bolog paling banyak. Kat dinding dulu dia la paling banyak skali kesalahan. Siap baca balik sebelum tido sambil gelak2. Ubat tido la tuh.

Untuk lebih banyak bolog, sila ke sesawang BlogBolog. Itu lagi banyak. Sesuai baca time tension2. Bloggers dia ramai so lagi banyak bahan.

3 comments:

withoutmotive said...

amboi?? amboi??

livelifethefullest said...

aku akan cuba baca pelan2...nak concetrate..hehe

adilahalim ; said...

hey! i know this blog. hehe. seriously kelakar gilaaa kentang. and ive got ur link dr bolog meyh. hee~ :)