Sunday, May 24, 2009

Akademi Fantasia Connects People

Ding!



Entry ini boleh dikatakan sambungan daripada yang lepas. (Rujuk : Recap AF)


I've discussed about how Akademi Fantasia connects people. It does. Jika anda perasan, setiap kali musim AF bermula, perkara ini akan bermula semula, dan berterusan. Sama ada wujud connection baru atau connection lame pulih semula ianya terpulang kepada keadaan, masa dan individu itu sendiri.

1 - Contestants

Mahu tidak mahu, walau dipisahkan pelbagai ideologi, latar belakang, fahaman politik, agama, bangsa, dan sebagainya, mereka harus juga tetap bersama 'menuju puncak'. Walau macam mana kuat sekalipon semangat juang dan daya saing, mereka harus berkawan dan terus berkawan (ikhlas atau tak terpulang) kerana mereka TIADA ORANG LAIN. Itu saja pilihan yang ada. Dan bagi yang bijak, peluang ini bagus utk melobi diri sendiri. Mereka automatically boleh tunjukkan yang mereka ini sgt friendly, tolong kawan, tidak selfish dan sebagainya untuk meraih undi. Kerana, secara dasarnya, mereka MASIH bertanding sesama mereka. In the end, banyak connections telah tercipta.

2 - Family

Sama seperti peserta, ahli keluarga peserta juga akan saling mengenali, bertukar nombor telefon dan ade plak yang saling tackle menackle (yang muda lah). Keadaan ini memang biasa, sepertimana makbapak kau hantar kau ke sekolah dan berkawan ngan parents kawan kau tuh plak. Di depan mereka seharusnya berkawan baik. Di belakang, tak semestinya. Ada juga yang sangat tak puas hati sesama mereka. Apa masalahnya aku pon tak tau. Tanya la sendiri. Tapi apa2 hal pon, connections telah wujud di sini.





3 - Production

Naik turun program ini mestilah kerana production teamnya. Daripada yang paling belakang sehinggalah yang paling depan. Di sini semuanya bersatu, untuk merealisasikan Akademi Fantasia. Gaduh, bertekak, baling meja, tarik rambut, apa saja yang mereka lakukan akhirnya kerana AF juga. Mana ade program TV lain yang mampu mempopularkan cameramannya? Ingat Uncle Johny? Aku nampak dia hari tuh masa Final AF7 :) Siapa yang kisah dengan lakonan Cikgu Fatimah sebelum ni? Sekarang, video2 lakonan beliau orang korek balik. Adlin Aman Ramlie? Berapa kerat yang tahu pasal Alang Rentak Seribu? Mereka2 ini bersatu demi Akademi Fantasia. Itu belum kira krew2 technical. Ah Chong dan Jamil (tentunya bukan nama sebenar) yang sebelum ini tak pernah kenal mungkin menjadi kawan baik susulan berkawan ketika membina set AF.

4 - Fan Club

Inilah bahagian yang paling major dalam hal Akademi Fantasia, tak kira la you like it or not. AF dari dulu hingga sekarang dijana secara besar2an oleh kelab2 peminat pesertanya. Admit this ; kelab2 peminat AF merupakan kelab peminat paling berkuasa dan besar jika dibandingkan dengan mana2 fanclub lain. Kita tak mahu cerita pasal jangka hayat dan masalah2 dalaman skang nih. Itu tolak ke tepi. Fokus kepada bagaimana tertubuhnya kelab2 yang besar (sebahagiannya ade funding yang besar juga) yang digerakkan oleh PELBAGAI golongan dalam negara ini. Mak orang, bapak orang, anak orang, staf kerajaan, pegawai bank, security guard, photographer, pelajar universiti/kolej, penganggur, dan lain2 ; semuanya bersatu di bawah satu bumbung yang mencantumkan persamaan dan menidakkan perbezaan. Mereka2 ini bersatu tanpa mengira agama, bangsa, usia, taraf hidup etc, untuk menggerakkan sesebuah kelab itu. Bersama2, mereka menjana kuasa undian yang besar untuk menyelamatkan pelajar pilihan mereka daripada disingkirkan dan bukan itu saja! Mereka mengumpulkan begitu banyak idea sekaligus mencipta suatu industri lain dengan mengeluarkan macam2 produk untuk dikongsi dengan berjuta lagi peminat yang lain! Dan ketika peringkat ini, hal untung rugi tidak dipandang sangat. Percayalah. I know. Atas premis inilah kelab2 peminat atau FANCLUB AF begitu kuat sehinggakan apabila AF dah habis pon, jika mana2 graduan AF tercalon dalam anugerah yang memerlukan undian, nescaya PELAJAR AF jugak yang akan menang. You know that don't you. Kudos to all AF Fanclubs. Ini boleh saja diangkat sebagai connection terbesar dalam hal AF.

5 - Peminat

Peminat berbeza dengan kelab peminat hanya kerana mereka2 ini tidak terikat dengan mana2 kelab. Mereka merupakan golongan yang ikhlas menonton dan mengundi atas sebab2 masing. Tidak 'mengabdikan' diri kepada sesebuah organisasi dan lebih rela menonton dan menilai sendiri tanpa ada rase bias (ramai jugak yang bias). Mereka selalu berkongsi idea dan pendapat sesama mereka. If you're one of them, pernah tak ketika anda sebok membaca artikel AF atau sekadar menonton ulangan Konsert, ada yang menyapa dan berborak dengan anda, berbincang tentang siapa bagus dan siapa tidak, memberi komen juri sendiri2, dan sebagainya? Dan orang itu kadangkala anda TAK PERNAH tegur langsung sebelum ini, walaupon satu pejabat, atau satu kelas, satu course etc. Di sinilah terciptanya banyak connections yang patut ada pada mulanya lagi.

6 - Blogger

Hah. Ini lagi satu. Aku kira, pencetusnya tak lain tak bukan, my own sifu, SM. Haha. You deserve it bro. Beliau banyak memberi inspirasi untuk orang lain membina blog sendiri dan mengekspresikan pendapat masing2 ke dalam bentuk penulisan maya. This includes me. Aku bermula ketika AF2. Waktu itu tak banyak lagi so-called-blog-AF yang ada. Hanya ketika bermula ERA MAWI, itulah zaman blog muncul macam semut bau gula. And I admit that medium blog merupakan antara medium berkesan membina persahabatan dalam bentuk maya hingga ke dunia realiti. Ini terjadi kepada aku sendiri. To name a few, other than SM, aku ada Juan, Joe, Najmie, Faiez, Abg Bad, KA, Kak Waiem, Stalker, Javard, Kak Awek, Iwan, Judd, Nakaltitude dan ramai lagi. Banyak daripada blogger tegar dulu telah menjadi kenalan dan rakan yang baik sehingga kini. Tak kisahlah yang mana tak rapat sangat, janji persahabatan dah mula dibina. Kiranya kalau tayar kereta kau meletop di tengah jalan dan takde siapa2 bantu, tetiba lalu sebuah kereta dalamnya kawan blog kau, beliau nampak, dan automatically beliau akan offer diri utk tlg kan? Yang mana sudi la. Janji, see my point?

7 - Semuanya

Lastly, paling penting, semuanya skali sebenarnya mewujudkan suatu ikatan yang tidak disangka2. Peminat kenal peserta, peserta kenal blogger, blogger kenal production, production kenal family, family kenal fanclub, fanclub kenal peserta. Semuanya berpusing dalam satu circle of community yang sama. Semuanya mengenali antara satu sama lain, yang mana mewujudkan banyak lagi pertalian yang tercetus selepas itu. Sepertimana pelbagai ikatan dan reaksi berbeza to each other sepetimana dalam kata hujung entry lepas (Rujuk : Recap AF)





Baik atau buruk, Akademi Fantasia tetap mewujudkan begitu banyak hubungan sesama masyarakat sekeliling. Ianya kadangkala lebih kuat daripada jaringan sosial macam Myspace, Facebook, Friendster, Tagged dan sebagainya kerana hubungan AF ini selalunya tidak superficial tapi lebih telus. Hubungan tidak mati pada ruang lingkup wall post dan photo comment tapi hubungan terus kepada manusia. Ada juga yang berkahwin atas perkenalan kerana AF!


AF connects people.

11 comments:

livelifethefullest said...

aku bukan nak komen pasal entry ni..cuma nak bitau tadi dah makan Big Apple yang cheese punye tu...sgttt sedappp...sekian...

RosmanPositivo said...

tak ajak!!!

jue said...

jap2..
bkn nk cmnt psl AF ni..
just nk gtau ko...
pn.emma suh ko wat blog pasal unit kbudayaan..
ko kn smart i blog...
ok x?
huhu...
nnt contact dia k...
bubye..
enjoy d oliday..

linahilmin said...

rindu nya kat dia!
meh dtg umah, jumpa abg fauzi!!!
ps- suka ngan af - connections tu, ada kebenarannya! *wink*

RosmanPositivo said...

"mama" lina!

omg. its been a while lah.
mish u too. n bg fauzi too.

yeah, mst la u agree. u're one of the proofs! haha :)

ur kids are amazingly CUTE la kak :)

keep in touch k. ade makan2 jmputlah hehe.

Comella said...

Interesant blog.

Ivan Sulaiman said...

bose kawe tgk demo punyo blog..
huhuhuh..!!

KA said...

wah wah wah.huhuhu byk citer psl af ek kt sini. ;)

RosmanPositivo said...

baru tau ke KA.
dah berzaman dah cik kak ooih. huhu.
sila2 tambah nasik :)

KA said...

tu ler psl. nama sy pun ada tu.muahahhahahaa

RosmanPositivo said...

mst la kak. sah2 akak org lame. ngeh3. time tu aidid yg real pon takleh bcakap lg kot haha :)