Wednesday, May 20, 2009

Recap AF : Sebuah Imbasan Sebelum Final AF7

Swing!





Mungkin ada segelintir orang, okay, bukan segelintir, BANYAK orang yang memandang kecil, remeh, serong, dan segala benda yang negatif terhadap program realiti paling 'besar' di Malaysia : Akademi Fantasia.

No, I'm not blaming them for that.


Bukan salah mereka hanya kerana mereka tak nampak beyond those makeups, so-so performances, made-up controversies, scripted acts etc. Bukan salah mereka hanya kerana mereka tak nampak apakah 'magic' yang telah dikeluarkan hanya oleh sebuah pertandingan realiti tv di sebuah stesen TV berbayar yang memonopoli marketnya di negara ini.

Ini adalah kerana people tend to judge things they don't even know. Apatah lagi involved!

Selama lebih kurang 6 tahun aku terlibat dan berkecimpung secara langsung dan tidak langsung dalam dunia AF. Okay, some people mungkin akan cakap "ala 6 tahun pon kau jadi apa aja Rosman? Kau bukan one of those well-known reporters pon".

Ya I accept that. Aku bukan pengamal media yang bertauliah. Aku bukan Kak Cham, Niezam, Abie, Joe Lee atau sape2 lagilah.

Tapi penglibatan aku sedikit sebanyak memberi kesan kepada 'masyarakat AF' dalam ruang lingkupnya sendiri. Orang yang aku anggap mentor SultanMuzaffar pon bermula dengan blog beliau saja. Sekarang? Dan ketika itu masih lagi jelas dalam ingatan, nam
a aku secara ajaibnya tersenarai sekali sebagai sumber utama AF sebaris SM, Joe Lee, JuanDanza, Najmie dan sebagainya. RosmanPositivo pernah dimentioned di dalam majalah arus perdana. Itu saja dah cukup memberi kesan kepada semangat juang aku.

Maksudnya di sini, AF bukan hanya about sebuah pertandingan 'nyanyian' yang mengumpul beberapa orang pelajarnya dari seluruh pelusuk negara untuk mencari seorang Juara. Kalau selama nie kau pikir macam tuh, kesian lah bagi kau.

Walau secara kosmetiknya, AF nampak shallo
w, it is beyond that. There's a lot more than what you think it is.





Mengenal AF - Evolutions

Secara jujurnya, memang pertama kali menonton Akademi Fantasia musim pertama, aku rasa ianya bukan sesuatu yang biasa dihidangkan di Malaysia. Konsep realiti TV sebuah akademi yang ditonjolkan memang sesuatu yang baru di sini masa tu. Apatah lagi dengan tangisan2 dan pelukan2 semasa penyingkiran konsert. "Takkan pasal terkeluar daripada Akademi pon dah nangis?" "Apa cengeng benar korang nih?" "Kecik2 dulu tak dapat kasih sayang mencukupi lah nih." Macam2 yang berlegar dalam kepala.

Habis season pertama, aku tonton balik ulangan2nya. Ini menarik bai, menarik. Apatah lagi AF1 ialah bagi aku the most sincere dan real skali dalam sejarah AF. Dan kerana ini pada musim kedua, awal2 lagi aku menempah minat untuk menonton. Masa tu baru la pakai piring Astro sendiri. Before that tengok di rumah abang saja. Bunyi macam sedih plak cerita aku nih kan.

Kedua2 musim AF terawal ini secara peribadinya aku anggap sebagai musim2 yang paling baik dalam sejarah penerbitan AF dan mana2 pertandingan pencarian bakat di Malaysia. Ini mungkin jugak kerana masa tu ia masih baru, banyak idea fresh dan praktikal untuk digunapakai.

Masuk ke musim ke-3, ianya adalah bag
i aku secara keywordnya 'The Devastating Renaissance'. Term ni aku buat sendiri jadi kalau nak pakai sila credit ya. Heheh. Kerana apa ianya adalah The Devastating Renaissance ; kerana AF3 ialah zaman kebangkitan, zaman enlightenment, era pemodenan dunia media televisyen paling tinggi puncaknya yang mana kemudiannya mengubah seluruh senario, tanggapan dan tingkahlaku masyarakat terhadapnya.

'Renaissance' jenis ini sekaligus telah memusnahkan (read : Devastating) seluruh tingkahlaku dan reaksi asal masyarakat terhadap program realiti TV seumpamanya termasuklah apa2 program lain ; Malaysian Idol, Bintang RTM, Audition etc.

Tak kurang trend fanclub juga terkesan daripada senario ini. Kalau dulu fanclub ialah sebuah ruang menyokong artis sahaja, menjelang Devastating Renaissance Akademi Fantasia, fanclub berevolusi menjadi senjata terulung, wadah pemikiran politik, medium peningkatan perniagaan, dan instrumen2 negatif lain. Fanclub2 saling berperang dingin. Fanclub menjadi tempat berebut kerusi kuasa. Fanclub menjadi lubuk duit. Fanclub menjadi penjimat duit dan evolusi2 lain.

Pasal inilah AF4 masih lagi dianggap AF paling tidak menonjol sampai sekarang. Ianya terkesan secara langsung dan paling kuat kerana betul2 Post-Renaissance tersebut. Dan kini, AF telah melalui pelbagai tahap TRANSFORMASI yang mana kalau kita bandingkan dengan musim2 terdahulu, memang lain aromanya. Akademi Fantasia kini buka
n lagi Akademi Fantasia dulu.





Kesan AF - Connections

Walaupon mengalami banyak evolusi negatif, kesan2 positif yang disemai dan terbit daripada semangat AF dari dulu hingga kini masih lagi kuat. Inilah dia one of the biggest points yang aku mention tadi sebagai 'beyond' it.

Sebagai dasar premis paling asas dan general, Akademi Fantasia CONNECTS people. Seriously.

Okay, if you're one of the AF follower yang tegar, cuba ;

- kira berapa banyak orang yang anda dah kenal sepanjang terlibat dengan AF.

- kira berapa orang yang dah dalam friends list Myspace, Friendster, facebook, Tagged, atau Twitter etc.

- kira berapa orang dah menjalin urusan perniagaan dengan anda.

- kira berapa orang yang dah jadi kawan dalah kehidupan seharian.

- kira berapa orang yang akan/sedang/telah jadi orang2 yang agak istimewa dalam hidup anda.

- kira berapa yang telah couple/tunang/kahwin atas tiket awal perkenalan kerana AF.

- kira berapa orang yang anda dah lahirkan specifically atas reason di atas.

- kira berapa orang anda dah meluat dan benci kerana AF.

- kira berapa orang yang meluat dan benci anda kerana AF.

- kira berapa orang yang sudah pon bermusuh dan perang dingin dengan anda kerana AF.

- atau at least, kira orang yang pernah nampak dan bercakap dengan anda kerana AF.


Tentunya soalan2 di atas ni dah pon memberikan jawapan yang diangguk-anggukkan oleh anda skang.

Ini adalah point paling penting dalam dunia AF itu sendiri. Bagaimana sebuah rancangan televisyen yang kebanyakan orang anggap picisan memberikan berjuta kesan terhadap berjuta manusia yang hidup dalam Malaysia saja. Bagaimana sebuah rancangan TV menggerakkan begitu banyak jentera manusia ke arah kehidupan positif dan negatif. Bagaimana sesebuah masyarakat boleh berevolusi sekali bersama rancangan itu sendiri.


Inilah magic Akademi Fantasia.



(Entry Final AF7 akan menyusul)

No comments: