Wednesday, June 24, 2009

Akim (Lagi), Jaguh Futsal RTM3 & J Squared!

Fringg!!!


Eh. Macam bunyi Lotter plak "fring fring" nih. But anyway, if you're sensitive dan aware enough, kau boleh detect yang SETIAP entry aku akan dimulakan dengan bunyi-bunyian. Seriously. Check la. Aku tunggu. Nanti kau tepuk bahu aku, dan hangguk2 kepala okeh.

Okay back to business.


Gafim @ Zoo Negara This Sunday


Akim. Akim lagi. Lagi lagi Akim. (Memang ada orang yang cakap macam nih ditujukan kepada aku) Haha. Lantak.

Okay di bawah adalah t-shirt istimewa yang akan korang dapat kalo korang dah pon register untuk join GAFIM @ Zoo Negara, Ahad nih. Simple saja lah. Bukan t-shirt untuk korang pakai tiap2 ari pegi sekolah, kolej atau ofis pon. Pekejadahnya kerja Law Firm pkai t-shirt Gafim @ Zoo Negara? Ow okeh, lupa, itu bapak kau punya firm. Sorry.





Okeh di sebelah sana (bukan sebelah sana kat luar nun, sini sini, kat skrin. Sebelah gambo t-shirt) adalah crew tag yang telah dibikin bersesuaian dengan web promo. Apa? Kau nak? Kau crew ke? Ada tolong2 buat air? Ada tolong buat kira2 costing sampai pening pale otak dan terlelap di McDonalds Ampang Park? Tolong marah mamak kat NZ Garden yang lambat hantar Char Kuey Teow? Eh itu dah lain. Itu masa makan sampai bil RM200 lebih. Hahahaha.

Aku nak letak juga design untuk pertandingan mewarna kanak2 masa gathering Gafim tuh, tapi nanti tak chi pulak, kalo budak2 tuh dah tengok, nanti diorang practise di rumah, senang2 je menang. Apatah lagi yang masuk nanti mestilah anak2 seorang orang kuat nih. Lagi lah birokrasi gitu. Muahaha.

Ahad nih semuanya akan berlaku. Lancar atau cacamarba kita sama2 lah tunggu. Kalo tak lancar, mestilah aku akan dituding dulu. Name pon MC. Master of Ceremony. Master tuh. Ingat senang2 nak jadik master. Eh, tapi aku bukan keseorangan. Ada Ahkak Caramel. Ops! Silap nama. Ada Ash Savilara. Bukan. Beliau bukan bini aku. At least belom lagi (matilamak statement!!!) Hahaha. Korang tak payah la susah2 nak buat speku. Kerja la woi kerja. Bergosip je. Kalo hanco, malu sendiri. Kalo lancar, bangga beramai2. Hins hins hins. Bismillah. Wish us luck. We need it.


Jaguh Futsal RTM 3





Hah. Setelah diadjust dan diadjust berhari2, berminggu2, di atas merupakan sedikit daripada look and feel of the not-so-well-known Jaguh Futsal RTM Season 3. Macam mana nak well-known. Berapa kelumit sangat yang tengok TV1 zaman skang nih. Pakcik2 makcik2 pon paling tidak tengok TV9, atau Ria, atau Prima. Tak pon melayan program2 yang boleh tahan bagusnya di Oasis.

Tapi papehal pon, program ini pon boleh tahan bagus jugek. Most of the players daripada season lepas dah pon join team Malaysia, tak pon negeri masing2. That's not bad, at all. Bagus la untuk mereka kan. At least tak la sekadar main bola untuk keluar peluh lagi. Walaupon platform mereka sekadar di RTM, tapi itu pon dah cukup. In the end, it's not how popular the program is, but how far the program can bring them. Kalo kau masuk Akademi Fantasia yang extremely popular tu pon, dan akhirnya balik ke kehidupan asal kau, takde yang berubah (ada yang jadi lebih susah pon ada), pon takde maknanya kan. Nasib dan usaha, dua2 penting.

Aku pon baru settle update yang terkini untuk design production Jaguh Futsal nie. Mungkin jugak akan dialter mana2, itu tak tau lagi. Just hope for the best lah.

Majulah Sukan Untuk Negara, dan badan kau jugak.


J Squared : Will Rock Malaysia.


Agak poyo title. Haha.

Apa itu J Squared? Times Square? Hartamas Square? Apa kau ingat shooping complex? Dataran makan2? Nak try kena carut ngan dua ownernya tu, try la hanj. Haha.

J Squared sebenarnya jika ditulis dengan kaedah sebenar2nya jadilah ia : .





Ya, J Kuasa Dua. Sebab apa? Sebab dua2 pemiliknya bermula daripada huruf J la. Siapa siapa? Sapa lagi kalo bukan dua wartawan bertaraf selebriti (ahahak) : Joe Lee & Juan Danza.

J² (J Squared) ialah sebuah syarikat baru milik Joe Lee dan Juan Danza yang bakal memberi lebih warna dan cabaran dalam dunia media Malaysia. Chewah. Ayat. J² involves dalam kesemua cabang dalam media. be it TV, writing, music etc. Tak heran la, kedua2nya penuh ilmu dalam bidang nih. At the time of speaking, eh, writing, diorang dah pon selesai bikin opis meka cantik2 gitu. Pst, ada chandelier beb! CHANDELIER! Huhu. Meletops :) Dan mereka sudah pon ada "produk" yang bakal meka kuarkan kepada umum tak lama lagi. Chewah. Hang tunggu saja naaa.

Eh habis tuh, kau apa kena mengena plak Rosman?

Oh lupa. Pasal inilah aku tulis pasal diorang. Chiss. Haha. Aku pon secara officialnya telah menjadi a part of J²! Yeah. Di bawah nama aku atas name card, ada tulis "GRAPHICS", jadi secara automatik dan manualnya aku akan involve dalam things on graphic2 thingy lah. Apa yang susahnya nak paham tentang tu kan. It's an honor for me, thanx to you two for believing. Boss! Huhu.


Nota Kaki :

Life is full with colours. Kita aja yang tak perasan.


http://rosmanpositivo.blogspot.com/

Saturday, June 20, 2009

Politik : Nik Aziz, Hadi Awang, Najib Razak.

Leehlooh.



Title entry saja dah macam memberikan justifikasi yang tidak tepat pada blog ni. Haha. Hello, surely this is not one of those politics blogs yang membicarakan dengan mendalam, penuh perasaan (dan perasan) tentang senario politik dalam dan luar negara occay. Kerana aku tidak pernah cuba untuk kelihatan dan kedengaran bijak, apatah lagi tentang politik. Ingin saja aku teriakkan aku "Menchik Politics" (dengan suara kepit dan gaya ala2 Laura gitu) tapi apa pula kata lecturers Law ku di UIAM dulu? Ahaks :p Lantak la anda semua, saya pon chow daripada Law dulu haha :)

Sebagai seorang anak yang dibesarkan dengan persekitaran yang, er, I would say 'UMNO-ish', sememangnya telah terdedah sedari awal tentang banyaklah jasa (dan beban. Aiyoh statement berbahaya tatooot) mereka kepada Malaysia. Masuk sekolah dan UIAM, tentunya ada different side of the whole story yang aku dapat, tak kiralah whether kesemuanya raw, tidak bertapis, terlebih tapis dan sebagainya. At least kemudiannya pemikiran ini dapat diseimbangkan. Teringat zaman Reformasi dulu, pernah jugak diajak. Tapi memang tak pernah pegi pon. Cuma ada this one time, when I was walking and window-shopping at Sungei Wang, keluar2 main entrance rupanya ada demo kat luar tuh, punya lah ramai. RELA pon rupanya dah ready untuk clear up, abih aku terlibat sama disembur dengan water jet! Demmit. Hahaha. Ngok betol. Adik2, kalau nak keluar jalan2 baca paper dulu kalo2 ade orang nak buat ekspresi perasaan di situ haha.

Eh, ni nak citer pengalaman kau ke apa nih Rosman?

Sori2. Ini lah orang putih kata 'Terbawa-bawa'. Orang kita kata 'Carried away'.

Okay. Kenyataan balas Tok Guru sememangnya mendapat reaksi yang sangat negatif daripada ramai orang. Seriously. Even from my circle of people. Aku diamkan sahaja.

Honestly, aku merupakan salah seorang yang dari zaman sekolah kecik2 dulu, selalu mengimpikan apa yang diutarakan Hadi Awang. Aku tau ramai yang sama macam aku. Korang aku taktau la. Lantak deme la.

Tapi bila dah terjadi, dan diberikan reaksi sebegitu, secara ironiknya, mungkin aku boleh kata, aku agak nampak apa yang Tok Guru nampak. You know what I mean?

Okay, bagi orang yang biasa2, yang biasanya hanya hadam saja apa2 daripada media2 utama, mereka akan dengan cepatnya memberikan satu labelling dan judgment yang tidak berapa adil kepada pihak pembangkang. Seriously. Mungkin mereka lupa yang media utama kita dipegang secara total oleh kerajaan. Okay ini dah mula masuk statement beranimati uols. Kalo I kena jail korang tolong kutip derma lepaskan I occay? Haha. Ok, bila media dipegang, apa saja tindaktanduk dan kenyataan pembangkang boleh dimanipulasikan kepada apa jua bentuk yang diingini.

Bila keadaan dah jadik macam nih, umpamanya, kau Subuh2 dah keluar nak pergi menoreh, ada orang dah letak 3 tong besar getah kat depan umah kau. Seronok kan? Heaven gitu kan? Susah2 je nak kayuh basikal tua very the verangan BMX tuh gi kebun, rezeki jatuh dari langit nih. Sapa takmoh. Aku pon nak.

Kita sebenarnya tak pernah terfikir pon, bila kita betul2 aplikasikan konsep 'bersatu' nih, sebenarnya untuk mentadbir sesebuah negara, 1Malaysia hanya betul2 boleh dijalankan di peringkat masyarakat. Bukan pemimpin. Percayalah. Tanak pon takpe lantak.

Ini adalah kerana, bila semuanya jadi satu (Gitulah lagu 3 Diva Semua Jadi Satu), we tend to overlook things here and there, dan kita sememangnya akan cuba menutup kesalahan masing2, kita berkongsi suapan beramai2, kita akan kurang offensive walaupon terhadap salahlaku dan prinsip yang kita agung2kan selama ini, kita bersorak atas satu tiket kejayaan dan kita bermurung atas sebab satu kegagalan.

Nampak tak?

Inilah yang Tok Guru nampak. Dan mungkin lebih lagi, itu aku taktau. Aku pon tak berapa sure macam mana nak susun ayat secara betulnya sebab banyak kekangan. Aku dah cukup dimomokkkan dengan anti-kebebasan media di Malaysia. Ahah :)

Secara ringkasnya, di peringkat pemerintahan, komponen yang banyak MEMANG diperlukan. Mereka tak boleh sewenang2nya bersatu di bawah satu bumbung. Bekerjasama, yes. Even sebenarnya, inilah yang Hadi Awang suggest. Mungkin beliau tak pernah pon kata betul2 bergabung. Tapi kalau ya pon nak gabung, seperti visi Tok Guru, ianya janganlah dilakukan demi kestabilan negara jugak.

Cuba kau bayangkan, semua pemain bola di dunia masuk dalam satu team. Agak2 team tuh tahun berikutnya akan lebih terer ke, masih di takuk lama?

Ataupon di sekolah, geng2 budak jahat dah kamceng dengan guru displin dan mula hisap rokok sama2 belakang sekolah. Macam mana rupanya sekolah tu kemudian?

Ataupon, senang citer la. Ada yang agak slowmo di sini. Hahaha.
Celcom, Maxis dan Digi semuanya bersatu. Kita semua pakai satu line saja. 80 sen satu SMS pon kita terPAKSA redha. Kan?

Nampak?


Tapi kejap geng. Ada satu masalah belum selesai.

"Habis tu macam mana nak realisasikan penyatuan Melayu dan Islam?"


(Ending ala2 misteri dan seram gitu. Ahak)



http://www.rosmanpositivo.blogspot.com

Tuesday, June 16, 2009

GAFIM @ Zoo Negara : Akim, People & More People

Zooom!


Have a look at this and go to Afiq Hakim & GAFIM Official Website for further information.



Tekan pada gambar untuk version yang lebih besar dan berkualiti. Pastu boleh la save masuk ke dalam PC/lappie. Boleh juga buat wallpaper tros macam ada orang tuh *wink. But the size tak adapt kepada wallpaper lah.

Cepat2 book your seats!

(Mungkin entry ini akan diedit untuk menambah informasi lain. Sekarang tengah fenin2 huhu)

Saturday, June 06, 2009

Jaguh Futsal RTM Season 3 Production Design

Haiyah.


These few days adalah masa2 yang aku tidak dapat tidor for days. Korang apa tau. Ada yang siap merajuk sebab aku terpaksa reject the offer untuk hangout dan lepak umahnya. Aiyoh. Mau aje aku potong badan aku dan agih2kan. Kau, wat keja, kau pegi sini, kau pegi sana, aku nak pegi tengok movie, kau pegi teman kawan aku tuh, kau gi blanje awek tuh. Yang last tu ayat poyo. Hehe.



This is the realiti TV yang aku mention sebelum nie. (Di atas ialah logo Season 2) Ya, RTM. Jangan kau pandang enteng la. Ingat, before ada Astro yang korang agung2 kan tu, RTM ni mula dulu. Chewah. Backup RTM nmpak? Hahaha.

Untuk siapa2 yang tak pernah tau tentang program ini, Jaguh Futsal RTM dah pon masuk ke musim ke-3. Ya, dan korang masih taktau kan? Tula sapa suh tak tengok RTM. Keh3. Program nie adalah untuk mencari bakat2 baru, fresh dan gantang dalam arena futsal. Yela, futsal la. Kalo nak bakat nyanyi gi la masuk AF ke, OIAM ke. "Kau ingat kau terer main bola?"



Untuk permulaan, aku telah pon design 10 ketul logo baru selepas diminta untuk membuatnya. Dan perkara yang menyedihkan, selepas disubmit dan orang2 atasan berbincang (aku pon taktau apa yang mereka bincang), rupanya RTM masih sukakan logo Jaguh Futsal RTM yang Season 2 punya! Adoiyai. Kalo kome bagitau teman awal2 kan senang? Leh teman proceed je untuk design benda2 lain. Yang dua paling besar dalam gmbar di atas merupakan personal favourite sebenarnya, dan yang dalam circle merah itulah logo Season 2.



Dan kemudian, aku dah pon menyediakan item2 yang perlu dalam proses awal produksi including poster, banner, bunting, print ads, studio backdrop dan teaser poster. Ini aku sempat buat 2 set sahaja. Di atas pon just posters je. Yang lain takyah la post dlu. Dan selepas itu, aku menerima respons that requires me to come out with a few other designs lagi. Details nya tak perlulah dimention di sini. Aiyoh. Penat wok. "A few designs" lagi tu plak kena submit Isnin nih. Teman baru la nak berehat sket. Punggung ni dah kematu dok atas kerusi, mata dah berpinau ngadap skrin pc. Huhu. Takpe2 keja punya pasal.

This is the reality dude. Kau ingat kau dah reti pkai Photoshop, Illustrator, InDesign, 3dsMax, Solidwork bagai, kau dah boleh jadi designer? Cak cak cak. Belajar, belajar dan belajar. Being a designer di dunia realiti bukannya macam kau jual t-shirt di kampus.

Be humble and learn. I'm trying :)

Monday, June 01, 2009

June Projects : TM Malaysia & Hopefully More.

Aiyoh...


It's June and I've some thoughts of hanging out with cool friends, watching movies and stuffs. But it didn't turn out like that. Adoi. Not saying it's a bad thing, surely not. Tapi ini pembuka pintu rezeki. To many doors after this.

Thank God for giving me opportunities to expand my skills. And clients. Back to days, months and years ago, aku selalunya mengambil job2 minor (ade jugak yang tak minor, tapi dianggap kecik la jugak) yang tidak memerlukan tahap yang tinggi dalam kesungguhan, kesabaran, detailing dan commitment. Tapi kini, dalam meningkatkan kualiti sebagai seorang graphic designer yang buat freelancing, client ku bertambah besar. Jadi semua ciri2 di atas juga perlu besar. Aku tak lagi boleh mendengar "...wah, okay la nih. Thank you...", tetapi "...er, boleh tak yang ni ubah sket, pastu yang ini tanak, this one rasenye perlu lebih menarik, korporat blah blah blah...". Ya, ia memang biasa berlaku dalam dunia sebenar dan kita tak boleh goyang kaki. Fulfill the needs! Kalo tak, sorry lah beb. Ada banyak lagi orang lagi hebat daripada kau nok. Kau ingat kau cantik? Cak cak cak!

Setakat ini, client besarku ialah TM. Bukan Tun Mahathir. Ini yang kita sama2 panggil Telekom Malaysia dulu lah. Mungkin nak lebih kedengaran western, modern dan canggih, jadilah TM. Sebut dengan slang English sket, "TM". Haaa. Okay, sebab ini job daripada company yang mengambil job2 daripada TM so disubkanlah kepada aku. Semasa waktu posting entry nih, ade 3 job telah pun disettlekan. (Selepas nights of tidak-tidur-malam dan mata dah jadi macam panda)


TM Corporate Shirt for Sports Event.



Sebenarnya ada 6 atau 7 designs (biasalah orang macam I ni mesti rajin sket buat banyak2 haha) tetapi tiga ni kira own favourite lah. Ini untuk orang2 korporat TM yang akan pergi mesyuarat and then pegi melawat kawasan2 projek untuk sports (atau sekadar melepak di mamak mengusha gadis2 muda berpeleseran). Jadi balancing the corporate dan santai look tuh kena ada. Buat masa ni, belom difinalize lagi yang mana akan jadi official.


TM World MuayThai Council Fans T-Shirt



Ini pon ada banyak dah dibuat. Dalam 10 designs kot. (Sekali lagi, rajinnnnn hehe) Sesiapa yang minat Tomoi atau MuayThai mesti pernah dengar ini cerita kan. Bukan cerita, pertandingan MuayThai laa. Adoi. Ini untuk peminat2 la untuk pakai masa datang tournament. Player pon boleh bli jugak, kasik awek atau bini yang datang menjerit untuk kau masa kau kena tumbuk bagai. Juga belum difinalize. Mungkin akan diambil a few designs kot.


TM Season Greeting E-Cards (Flash)



Haaa. Yang ni betul2 mencabar aku kembali dalam arena Flash. Bukan Flash yang lari laju pakai baju ketat warna merah tu ngok. Ini Flash yang file2 nya slalu SWF tuh. Pernah nampak kan? Selalu iklan2 kat web tu Flash la (untuk anda2 yang buta IT sket haha). E-Card ini maybe akan digunakan TM untuk dianta kepada client2 mereka di festive seasons. Aku dah laa lame tak pakai Flash. Seriously. Tapi oleh kerana aku masih tau, takkan nak tolak plak job kan. Asah jela skill balik, apa susah. Jangan la malas2 (teringat dialog Melissa Maureen dalam Gol & Gincu haha). Ada 4 festive season utama. Kalo kau bukan orang Malaysia dan taktau, itu ialah Hari Raya Aidilfitri, Chinese New Year, Deepavali dan Christmas. Kat atas nun aku taruk dua je. Bukan korang nak sangat tengok empat2 kan. Ada aku kesah? Cak cak cak.


Job yang dalam waiting list termasuk lah sebuah interactive company profile, pertandingan golf (juga daripada TM), sebuah program realiti TV (read : bukan AF ya haha) dan a few yang belom disebut.

Ini ironi. Ironi apa, kau takyah tau. Hanya beberapa kawan saja yang tau hal ni. Kami selalu berbincang dan bersetuju dengan ayat "...lain orang, lain rezeki...". Dan ini memang diakui ramai orang. Aku harap kawan2ku itu juga dapat melebarkan apa2 yang mereka patut lebarkan sebagai tunjang dan tiang untuk terus hidup. Life's like that. Semalam mungkin kita sampah, tapi kalau kita rajin untuk recycle diri sendiri, kita takkan jadi sampah lagi. Malah kita boleh jadi lagi 'valuable' daripada benda2 'bukan sampah' yang 'mahal2' dan 'berkualiti tinggi' di luar. Kalau tak paham, ada aku kesah? Cak cak cak lagi.


P/S - Eh, posting Final Akademi Fantasia 7 dah pending lama. Padahal dah taip dah. Hehehe. Lambat la kau Rosman. Orang lain dah layan Anak Wayang dah pon. Chiss.