Wednesday, June 24, 2009

Akim (Lagi), Jaguh Futsal RTM3 & J Squared!

Fringg!!!


Eh. Macam bunyi Lotter plak "fring fring" nih. But anyway, if you're sensitive dan aware enough, kau boleh detect yang SETIAP entry aku akan dimulakan dengan bunyi-bunyian. Seriously. Check la. Aku tunggu. Nanti kau tepuk bahu aku, dan hangguk2 kepala okeh.

Okay back to business.


Gafim @ Zoo Negara This Sunday


Akim. Akim lagi. Lagi lagi Akim. (Memang ada orang yang cakap macam nih ditujukan kepada aku) Haha. Lantak.

Okay di bawah adalah t-shirt istimewa yang akan korang dapat kalo korang dah pon register untuk join GAFIM @ Zoo Negara, Ahad nih. Simple saja lah. Bukan t-shirt untuk korang pakai tiap2 ari pegi sekolah, kolej atau ofis pon. Pekejadahnya kerja Law Firm pkai t-shirt Gafim @ Zoo Negara? Ow okeh, lupa, itu bapak kau punya firm. Sorry.





Okeh di sebelah sana (bukan sebelah sana kat luar nun, sini sini, kat skrin. Sebelah gambo t-shirt) adalah crew tag yang telah dibikin bersesuaian dengan web promo. Apa? Kau nak? Kau crew ke? Ada tolong2 buat air? Ada tolong buat kira2 costing sampai pening pale otak dan terlelap di McDonalds Ampang Park? Tolong marah mamak kat NZ Garden yang lambat hantar Char Kuey Teow? Eh itu dah lain. Itu masa makan sampai bil RM200 lebih. Hahahaha.

Aku nak letak juga design untuk pertandingan mewarna kanak2 masa gathering Gafim tuh, tapi nanti tak chi pulak, kalo budak2 tuh dah tengok, nanti diorang practise di rumah, senang2 je menang. Apatah lagi yang masuk nanti mestilah anak2 seorang orang kuat nih. Lagi lah birokrasi gitu. Muahaha.

Ahad nih semuanya akan berlaku. Lancar atau cacamarba kita sama2 lah tunggu. Kalo tak lancar, mestilah aku akan dituding dulu. Name pon MC. Master of Ceremony. Master tuh. Ingat senang2 nak jadik master. Eh, tapi aku bukan keseorangan. Ada Ahkak Caramel. Ops! Silap nama. Ada Ash Savilara. Bukan. Beliau bukan bini aku. At least belom lagi (matilamak statement!!!) Hahaha. Korang tak payah la susah2 nak buat speku. Kerja la woi kerja. Bergosip je. Kalo hanco, malu sendiri. Kalo lancar, bangga beramai2. Hins hins hins. Bismillah. Wish us luck. We need it.


Jaguh Futsal RTM 3





Hah. Setelah diadjust dan diadjust berhari2, berminggu2, di atas merupakan sedikit daripada look and feel of the not-so-well-known Jaguh Futsal RTM Season 3. Macam mana nak well-known. Berapa kelumit sangat yang tengok TV1 zaman skang nih. Pakcik2 makcik2 pon paling tidak tengok TV9, atau Ria, atau Prima. Tak pon melayan program2 yang boleh tahan bagusnya di Oasis.

Tapi papehal pon, program ini pon boleh tahan bagus jugek. Most of the players daripada season lepas dah pon join team Malaysia, tak pon negeri masing2. That's not bad, at all. Bagus la untuk mereka kan. At least tak la sekadar main bola untuk keluar peluh lagi. Walaupon platform mereka sekadar di RTM, tapi itu pon dah cukup. In the end, it's not how popular the program is, but how far the program can bring them. Kalo kau masuk Akademi Fantasia yang extremely popular tu pon, dan akhirnya balik ke kehidupan asal kau, takde yang berubah (ada yang jadi lebih susah pon ada), pon takde maknanya kan. Nasib dan usaha, dua2 penting.

Aku pon baru settle update yang terkini untuk design production Jaguh Futsal nie. Mungkin jugak akan dialter mana2, itu tak tau lagi. Just hope for the best lah.

Majulah Sukan Untuk Negara, dan badan kau jugak.


J Squared : Will Rock Malaysia.


Agak poyo title. Haha.

Apa itu J Squared? Times Square? Hartamas Square? Apa kau ingat shooping complex? Dataran makan2? Nak try kena carut ngan dua ownernya tu, try la hanj. Haha.

J Squared sebenarnya jika ditulis dengan kaedah sebenar2nya jadilah ia : .





Ya, J Kuasa Dua. Sebab apa? Sebab dua2 pemiliknya bermula daripada huruf J la. Siapa siapa? Sapa lagi kalo bukan dua wartawan bertaraf selebriti (ahahak) : Joe Lee & Juan Danza.

J² (J Squared) ialah sebuah syarikat baru milik Joe Lee dan Juan Danza yang bakal memberi lebih warna dan cabaran dalam dunia media Malaysia. Chewah. Ayat. J² involves dalam kesemua cabang dalam media. be it TV, writing, music etc. Tak heran la, kedua2nya penuh ilmu dalam bidang nih. At the time of speaking, eh, writing, diorang dah pon selesai bikin opis meka cantik2 gitu. Pst, ada chandelier beb! CHANDELIER! Huhu. Meletops :) Dan mereka sudah pon ada "produk" yang bakal meka kuarkan kepada umum tak lama lagi. Chewah. Hang tunggu saja naaa.

Eh habis tuh, kau apa kena mengena plak Rosman?

Oh lupa. Pasal inilah aku tulis pasal diorang. Chiss. Haha. Aku pon secara officialnya telah menjadi a part of J²! Yeah. Di bawah nama aku atas name card, ada tulis "GRAPHICS", jadi secara automatik dan manualnya aku akan involve dalam things on graphic2 thingy lah. Apa yang susahnya nak paham tentang tu kan. It's an honor for me, thanx to you two for believing. Boss! Huhu.


Nota Kaki :

Life is full with colours. Kita aja yang tak perasan.


http://rosmanpositivo.blogspot.com/

1 comment: