Monday, June 01, 2009

June Projects : TM Malaysia & Hopefully More.

Aiyoh...


It's June and I've some thoughts of hanging out with cool friends, watching movies and stuffs. But it didn't turn out like that. Adoi. Not saying it's a bad thing, surely not. Tapi ini pembuka pintu rezeki. To many doors after this.

Thank God for giving me opportunities to expand my skills. And clients. Back to days, months and years ago, aku selalunya mengambil job2 minor (ade jugak yang tak minor, tapi dianggap kecik la jugak) yang tidak memerlukan tahap yang tinggi dalam kesungguhan, kesabaran, detailing dan commitment. Tapi kini, dalam meningkatkan kualiti sebagai seorang graphic designer yang buat freelancing, client ku bertambah besar. Jadi semua ciri2 di atas juga perlu besar. Aku tak lagi boleh mendengar "...wah, okay la nih. Thank you...", tetapi "...er, boleh tak yang ni ubah sket, pastu yang ini tanak, this one rasenye perlu lebih menarik, korporat blah blah blah...". Ya, ia memang biasa berlaku dalam dunia sebenar dan kita tak boleh goyang kaki. Fulfill the needs! Kalo tak, sorry lah beb. Ada banyak lagi orang lagi hebat daripada kau nok. Kau ingat kau cantik? Cak cak cak!

Setakat ini, client besarku ialah TM. Bukan Tun Mahathir. Ini yang kita sama2 panggil Telekom Malaysia dulu lah. Mungkin nak lebih kedengaran western, modern dan canggih, jadilah TM. Sebut dengan slang English sket, "TM". Haaa. Okay, sebab ini job daripada company yang mengambil job2 daripada TM so disubkanlah kepada aku. Semasa waktu posting entry nih, ade 3 job telah pun disettlekan. (Selepas nights of tidak-tidur-malam dan mata dah jadi macam panda)


TM Corporate Shirt for Sports Event.



Sebenarnya ada 6 atau 7 designs (biasalah orang macam I ni mesti rajin sket buat banyak2 haha) tetapi tiga ni kira own favourite lah. Ini untuk orang2 korporat TM yang akan pergi mesyuarat and then pegi melawat kawasan2 projek untuk sports (atau sekadar melepak di mamak mengusha gadis2 muda berpeleseran). Jadi balancing the corporate dan santai look tuh kena ada. Buat masa ni, belom difinalize lagi yang mana akan jadi official.


TM World MuayThai Council Fans T-Shirt



Ini pon ada banyak dah dibuat. Dalam 10 designs kot. (Sekali lagi, rajinnnnn hehe) Sesiapa yang minat Tomoi atau MuayThai mesti pernah dengar ini cerita kan. Bukan cerita, pertandingan MuayThai laa. Adoi. Ini untuk peminat2 la untuk pakai masa datang tournament. Player pon boleh bli jugak, kasik awek atau bini yang datang menjerit untuk kau masa kau kena tumbuk bagai. Juga belum difinalize. Mungkin akan diambil a few designs kot.


TM Season Greeting E-Cards (Flash)



Haaa. Yang ni betul2 mencabar aku kembali dalam arena Flash. Bukan Flash yang lari laju pakai baju ketat warna merah tu ngok. Ini Flash yang file2 nya slalu SWF tuh. Pernah nampak kan? Selalu iklan2 kat web tu Flash la (untuk anda2 yang buta IT sket haha). E-Card ini maybe akan digunakan TM untuk dianta kepada client2 mereka di festive seasons. Aku dah laa lame tak pakai Flash. Seriously. Tapi oleh kerana aku masih tau, takkan nak tolak plak job kan. Asah jela skill balik, apa susah. Jangan la malas2 (teringat dialog Melissa Maureen dalam Gol & Gincu haha). Ada 4 festive season utama. Kalo kau bukan orang Malaysia dan taktau, itu ialah Hari Raya Aidilfitri, Chinese New Year, Deepavali dan Christmas. Kat atas nun aku taruk dua je. Bukan korang nak sangat tengok empat2 kan. Ada aku kesah? Cak cak cak.


Job yang dalam waiting list termasuk lah sebuah interactive company profile, pertandingan golf (juga daripada TM), sebuah program realiti TV (read : bukan AF ya haha) dan a few yang belom disebut.

Ini ironi. Ironi apa, kau takyah tau. Hanya beberapa kawan saja yang tau hal ni. Kami selalu berbincang dan bersetuju dengan ayat "...lain orang, lain rezeki...". Dan ini memang diakui ramai orang. Aku harap kawan2ku itu juga dapat melebarkan apa2 yang mereka patut lebarkan sebagai tunjang dan tiang untuk terus hidup. Life's like that. Semalam mungkin kita sampah, tapi kalau kita rajin untuk recycle diri sendiri, kita takkan jadi sampah lagi. Malah kita boleh jadi lagi 'valuable' daripada benda2 'bukan sampah' yang 'mahal2' dan 'berkualiti tinggi' di luar. Kalau tak paham, ada aku kesah? Cak cak cak lagi.


P/S - Eh, posting Final Akademi Fantasia 7 dah pending lama. Padahal dah taip dah. Hehehe. Lambat la kau Rosman. Orang lain dah layan Anak Wayang dah pon. Chiss.

3 comments:

Ivan Sulaiman said...

habak demo.. hebak!!
sunguh kawe kagum ngn demo!! hebak belako..!

man, leh la belanja aku lepas nie yek...
byk job dapat!!
hihihhihih..

livelifethefullest said...

hebak demo eh..

withoutmotive said...

; )