Saturday, June 20, 2009

Politik : Nik Aziz, Hadi Awang, Najib Razak.

Leehlooh.



Title entry saja dah macam memberikan justifikasi yang tidak tepat pada blog ni. Haha. Hello, surely this is not one of those politics blogs yang membicarakan dengan mendalam, penuh perasaan (dan perasan) tentang senario politik dalam dan luar negara occay. Kerana aku tidak pernah cuba untuk kelihatan dan kedengaran bijak, apatah lagi tentang politik. Ingin saja aku teriakkan aku "Menchik Politics" (dengan suara kepit dan gaya ala2 Laura gitu) tapi apa pula kata lecturers Law ku di UIAM dulu? Ahaks :p Lantak la anda semua, saya pon chow daripada Law dulu haha :)

Sebagai seorang anak yang dibesarkan dengan persekitaran yang, er, I would say 'UMNO-ish', sememangnya telah terdedah sedari awal tentang banyaklah jasa (dan beban. Aiyoh statement berbahaya tatooot) mereka kepada Malaysia. Masuk sekolah dan UIAM, tentunya ada different side of the whole story yang aku dapat, tak kiralah whether kesemuanya raw, tidak bertapis, terlebih tapis dan sebagainya. At least kemudiannya pemikiran ini dapat diseimbangkan. Teringat zaman Reformasi dulu, pernah jugak diajak. Tapi memang tak pernah pegi pon. Cuma ada this one time, when I was walking and window-shopping at Sungei Wang, keluar2 main entrance rupanya ada demo kat luar tuh, punya lah ramai. RELA pon rupanya dah ready untuk clear up, abih aku terlibat sama disembur dengan water jet! Demmit. Hahaha. Ngok betol. Adik2, kalau nak keluar jalan2 baca paper dulu kalo2 ade orang nak buat ekspresi perasaan di situ haha.

Eh, ni nak citer pengalaman kau ke apa nih Rosman?

Sori2. Ini lah orang putih kata 'Terbawa-bawa'. Orang kita kata 'Carried away'.

Okay. Kenyataan balas Tok Guru sememangnya mendapat reaksi yang sangat negatif daripada ramai orang. Seriously. Even from my circle of people. Aku diamkan sahaja.

Honestly, aku merupakan salah seorang yang dari zaman sekolah kecik2 dulu, selalu mengimpikan apa yang diutarakan Hadi Awang. Aku tau ramai yang sama macam aku. Korang aku taktau la. Lantak deme la.

Tapi bila dah terjadi, dan diberikan reaksi sebegitu, secara ironiknya, mungkin aku boleh kata, aku agak nampak apa yang Tok Guru nampak. You know what I mean?

Okay, bagi orang yang biasa2, yang biasanya hanya hadam saja apa2 daripada media2 utama, mereka akan dengan cepatnya memberikan satu labelling dan judgment yang tidak berapa adil kepada pihak pembangkang. Seriously. Mungkin mereka lupa yang media utama kita dipegang secara total oleh kerajaan. Okay ini dah mula masuk statement beranimati uols. Kalo I kena jail korang tolong kutip derma lepaskan I occay? Haha. Ok, bila media dipegang, apa saja tindaktanduk dan kenyataan pembangkang boleh dimanipulasikan kepada apa jua bentuk yang diingini.

Bila keadaan dah jadik macam nih, umpamanya, kau Subuh2 dah keluar nak pergi menoreh, ada orang dah letak 3 tong besar getah kat depan umah kau. Seronok kan? Heaven gitu kan? Susah2 je nak kayuh basikal tua very the verangan BMX tuh gi kebun, rezeki jatuh dari langit nih. Sapa takmoh. Aku pon nak.

Kita sebenarnya tak pernah terfikir pon, bila kita betul2 aplikasikan konsep 'bersatu' nih, sebenarnya untuk mentadbir sesebuah negara, 1Malaysia hanya betul2 boleh dijalankan di peringkat masyarakat. Bukan pemimpin. Percayalah. Tanak pon takpe lantak.

Ini adalah kerana, bila semuanya jadi satu (Gitulah lagu 3 Diva Semua Jadi Satu), we tend to overlook things here and there, dan kita sememangnya akan cuba menutup kesalahan masing2, kita berkongsi suapan beramai2, kita akan kurang offensive walaupon terhadap salahlaku dan prinsip yang kita agung2kan selama ini, kita bersorak atas satu tiket kejayaan dan kita bermurung atas sebab satu kegagalan.

Nampak tak?

Inilah yang Tok Guru nampak. Dan mungkin lebih lagi, itu aku taktau. Aku pon tak berapa sure macam mana nak susun ayat secara betulnya sebab banyak kekangan. Aku dah cukup dimomokkkan dengan anti-kebebasan media di Malaysia. Ahah :)

Secara ringkasnya, di peringkat pemerintahan, komponen yang banyak MEMANG diperlukan. Mereka tak boleh sewenang2nya bersatu di bawah satu bumbung. Bekerjasama, yes. Even sebenarnya, inilah yang Hadi Awang suggest. Mungkin beliau tak pernah pon kata betul2 bergabung. Tapi kalau ya pon nak gabung, seperti visi Tok Guru, ianya janganlah dilakukan demi kestabilan negara jugak.

Cuba kau bayangkan, semua pemain bola di dunia masuk dalam satu team. Agak2 team tuh tahun berikutnya akan lebih terer ke, masih di takuk lama?

Ataupon di sekolah, geng2 budak jahat dah kamceng dengan guru displin dan mula hisap rokok sama2 belakang sekolah. Macam mana rupanya sekolah tu kemudian?

Ataupon, senang citer la. Ada yang agak slowmo di sini. Hahaha.
Celcom, Maxis dan Digi semuanya bersatu. Kita semua pakai satu line saja. 80 sen satu SMS pon kita terPAKSA redha. Kan?

Nampak?


Tapi kejap geng. Ada satu masalah belum selesai.

"Habis tu macam mana nak realisasikan penyatuan Melayu dan Islam?"


(Ending ala2 misteri dan seram gitu. Ahak)



http://www.rosmanpositivo.blogspot.com

2 comments:

darth one said...

man!
nukilan yang menarik..
mmg aku setuju bila semua bersatu, tiada pembangkang pastinya hidup tanpa pilihan. walaupun pilihan itu tidak yang terbaik, tetapi solusi kemusykilan terhasil daripada suara pihak tidak bersetuju. =)

** komen tidak bersangkut-paut dengan politik mesia** sigh

Faiz Syazwan said...

jyeah!

buat pertama kalinya aku bc blog ko..very nice 1 la bro..

tp aku mnt entri ni,sbb aku cenderung ke arah politik gak..u know what i mean..PAS sahaja..haha..

secara total,mmg betul apa yg ko luahkan kat entri ni..aku pun dah jrg bc paper arus perdana ni..bc sumbe ralternatif mcm Harakah je,br betul maklumat dorg, RAW la org ckp..haha..

btw,jgn lupa melawat blog aku bro..:)