Thursday, July 23, 2009

Otak Tersangkut, Entry Tersangkut

Ngong ngeng.


Mungkin ada yang sudah mula bosan dengan blog ini. Dulu nya rajin benor menghapdet sampai kadang2 satu hari lebih satu entry. Lepas tu, HADO. Hilang. Rosman hilang entah ke mana. Semua orang bertanya (chewah macam kau ni Mawi pulak orang nak tanya2) dan kemudian tetibe kau muncul balik, dengan entry2 kau yang kadangkala boleh tahan panjang jugak. Entry design lah, AF (kembali) lah, macam2. Tiba2 kau hilang balik. Aku bukak2 entry yang sama aje di depan nih. What tha ef Rosman?

Boleh tak kiranya kalo kau maafkan aku
kerana sejak kebelakangan nih otak macam serabut sket. Macam2 hal. Daripada handphone yang cakap2 tak boleh dengar kemudian dengan selambanya pergi beli handphone "first hand out of the box" (yang mana aku dah lama tak bli) but dengan selambanya juga rupanya handphone itu juga bermasalah, dengan kawan2 punya peel yang bermacam2, dengan akaun ASB yang aku sering lupa untuk bukak (mak akan bising tentang hal ini) dan macam2 lagi.


Otak aku kini kalau kau nak selongkar, ianya lebih kurang sebuah painting Jackson Pollock di atas nih.

Aku dah pon menulis dengan panjang sebuah entry tapi it turned out LEBIH panjang lagi.

Aku rasa aku patut masuk area journalism secara part time. Aku rasa tulisan aku kadangkala lebih baik daripada sesetengah penulis majalah keremajaan di Malaysia ini yang kebanyakannya hanya banyak copy paste dan tiba2 ending nya tergantung dan aku akan menarik muka sambil maki hamun dalam hati. Kau dibayar untuk menulis tapi tulisan macam gamps. Aku tulis blog saja lantak aku lah gaya tulisan aku macam mana kan. Ini ekspresi perasaan generasi baru. Kini budak darjah satu pon dah ada blog. Hebat tak hebat. Dulu kita nak pegang komputer kat lab sekolah pon takut macam nak pegang peha Megan Fox.

Ewww...Rosman! Ada underage readers di sini!


Maaf. Saya pergi dulu. Dan akan kembali jangan risau.


http://rosmanpositivo.blogspot.com/

No comments: