Friday, August 21, 2009

Tak Faham! The Seven S's.

Ning nong.


(Entry ini mula ditulis pada awal July 2009. Ya. Dah lama dah. Lepas tu aku biarkan draft nya bersawang. Dan kini aku sambung kembali dengan selambanya)



Bart tiada kena mengena pon sebenarnya

Okay I admit sepatutnya blog ni dah pon memaparkan entry daripada event Gafim @ Zoo Negara ari tuh. Bukan. Selambanya kau tuduh aku malas. Masa kat skola dulu ustaz kau tak pernah ajar ke yang fitnah tu lagi terok daripada membunuh? Aku takleh lagi buat entry tuh sebab, satu : aku nak gather balik info2 yang terlibat pada hari tu, dan dua : aku still belom copy gambar daripada Bang Lan. Bang Lan tu photographer official Gafim. Camera dia hebat kalau kao taktau. Lens nya pernah dipuji Principal Tiara dulu masa malam Final, dengan gaya yang cukup, er, separa lucah. Wakakaka (Teringat balik gaya itu. Sila rujuk aku atau Bang Lan secara live untuk gaya itu) Jadi tunggu sajalah nanti bila aku update adelah. (UPDATE : Aku rasa mungkin tiada entry tentang itu. Kau pergi saja ke blog orang lain seperti blog Eleza atau blog Akim yang ditulis oleh Along-nya) Sementara tu, aku nak bebel pasal satu benda yang dari dulu aku tak paham, iaitu, TAK PAHAM.

(Erk?)

Jangan cuba tipu aku dan orang lain jika kau cakap kau paham sume benda. Albert Einstein pon takkan pernah berani untuk keluarkan statement macam tuh. Jangan gebang dan ngaku saja yang banyak benda dalam dunia nih yang kau belom, masih belom, tak pernah, dan mungkin tak akan paham pon.

Bukan. Ini bukan pemahaman tentang Teorem Phitaghoras atau Big Bang Theory mahupon konsep evolusi Darwism. Bukan. Kalo masuk bab tu memang berjela la entry nih, ataupon kosong teros. Hehe. Ini aku cerita tentang pemahaman tentang dunia sekeliling kau dan aku. Tentang sampah sarap, tentang mangkuk tandas, tentang kedai mamak, tentang arwah Michael Jackson mahupon tentang Owen ke MU. Tentang kita semua. Di sini aku bentangkan betapa bodohnya (atau pandainya) AKU kerana tidak berupaya memahami semuanya. Ya mungkin aku just bodoh. Hah.

Berikut adalah benda2 yang aku tak paham, yang aku pada mulanya hanya listkan secara random, tetapi end up aku categorizekan kepada Seven S's (jika disebut jadilah 'seven asses' haha). No, aku tak rancang yang semuanya bermula daripada huruf S, cuma in the process it became clearer and then it became intentionally-categorized. Macam kak Atilia punya penjelasan kepada aku tentang teori S aku terhadap track2 album nya yang 7 over 10 bermula daripada S. Ya, aku memang gemar membuat teori dan spekulasi sendiri *wink.


The Seven S's.



1) SOALAN

AKU TAK PAHAM bila orang bertanyakan soalan2 yang tak payah ditanya at the first place.

Contoh A :
(Di Myspace/Facebook etc)
"Hye, thanx for approving. Nama awak sapa ek?"


Aku nak jawab dengan nada sopan aku rasa malas. Aku nak jawab dengan menampar dahi jendul nya pon aku rase tak patot. Jadi aku biarkan ajelah. I can adapt to understand that you probably TOO LAZY to read my profile so soklan2 macam "dok mana", "keja or study" tu i can accept, dan aku boleh jawab dengan sopan, but my NAME??? MY NAME? Masa dia add tu apa la yang dia nampak tah.

Contoh B :
(Semasa apa2 majlis, anugerah etc)
"Apakah perasaan anda....(blablabla)"


Konon la soalan ini ditujukan di suatu anugerah, let's say ABP (Anugerah Bintang Popular), this artist menang dan reporter tanya soalan itu "Apakah perasaan anda sekarang?". Ada tak kemungkinan dia akan menjawab "Saya berasa sangat marah dan sedih kerana berjaya mendapat anugerah ini. Patut Rosman yang dapat. Dia lebih layak" Ini bagi aku soalan paling 'pandai' dan 'classy' dalam dunia kewartawanan. Terima kasih.



2) SITUASI

AKU TAK PAHAM dengan orang2 yang tak paham keadaan/situasi orang lain.

Contoh :
(Isu profile internet artis atau ruangan chat)
i - "XXX tak reply pon comment saya. XXX ni sombonglah! Menyesal saya sokong XXX selama ni"
ii - "Mana XXXXX nih, janji nak chat pukul 8, nih dah 8.10. Artis memang semuanya macam nih ke. Kalo 8.15 dia takde lagi saya out lah! Poyo tol XXXX nih!"
iii - "XXXXXXX, saya dah mintak banyak kali dah no phone XXXXXXX. Mana nih? Bak la"

Itu antara BANYAK lagi respon2 'normal' peminat kepada artis nya. Dan kalo aku seorang artis, aku pon taktau macam mana nak handle sebegitu banyak punya peel. (read : sebutan nya pear-el ya, bukan peel. Peel tu kupas/kopek ngok) Aku plak rase segan bagi pihak orang yang mengeluarkan ayat2 seperti di atas. Macam ni punya orang pon ada ka? Apa kau ingat kau dah undi dia dlm 2-3 hengget, kau leh mintak macam2? Kau ingat dia takde keja lain ke selain berchatting ngan kau?



3) SIVIK

AKU TAK PAHAM dengan orang2 yang kesedaran siviknya di tahap paling rendah dalam sejarah manusia atau pon kosong sekaligus.

Contoh A :
(Isu jalanraya)
i - Di satu lorong ONE LANE, depan 7-Eleven, seorang mamat bengong dengan selamba kataknya parking tgh2 jalan, depan 7E membeli rokok dengan gaya jalan seperti beliau adalah Joe Satrianni atau sekadar Azroy dalam GGR sedangkan ada kereta lain di belakang keretanya yang tak berapa nak lawa tuh, PLUS pulang ke kenderaan dengan rasa cool dan perlahan tanpa sedikit pon terkejar2.
ii - Di tengah2 jalan kota yang tipikal Malaysia (maksudnya dalam busy tak busy la) seorang daripada dalam sebuah kereta juga dengan selamba (tapi kali ni bukan katak, mungkin kambing) mencampak sebuah beg plastik yang AGAK BESAR, lebih kurang sebesar macam kau dah makan 2 atau 3 set di KFC dalam kereta, dan membuang nya ke luar melalui tingkap kereta, sedangkan ada banyak kereta di belakang dan tepi.
iii -Jalan tipikal di kotaraya, ada sebuah kereta yang dipandu seorang pemandu sengal dengan kelajuan yang mana kalau anak buah kau bawak basikal kaler pink nya itu, mungkin dengan sedikit usaha beliau boleh potong pemandu sengal tadi.

Pasal jalanraya ada banyak lagi yang boleh dikupas. Tapi di atas cukuplah menjadi 'benchmark' bagi orang2 yang sama kategori ngan diorang tuh. Rasa macam aku nak menyamar je jadik JPJ dan tarik segala lesen yang diorang ada termasuk lesen tv dan lesen scuba sekalipon. Mungkin di sekolah mereka adalah antara orang2 yang ponteng kelas Pendidikan Islam ataupon Pendidikan Moral. Kalau tua sikit ya, kelas Sivik. Pasal buang sampah from inside the car tu, kalo sekadar pembungkus gula2 atau tisu yang ko lap hingus hijau kau tuh aku seriously boleh maafkan. Tapi kalo plastik KFC yang mungkin dalam tuh ada lagi coleslaw dan seketul dua ayam yang tak habis dimakan, aku rasa macam nak kutip balik plastik tuh dan sumbat dalam mulut kau sambil gelak jahat.

Contoh B :
(Isu kejiranan)
i - Suasana perumahan flat biasa, sedang kau bersiap2 nak masuk ke dalam MyVi SE putih/motor RXZ kaler merah kau, ppphhhewww......PRANG! Jatuh dari tingkat atas! Kadang2 botol kaca, plastik sampah yang berisi dan sesetengah kes, TELEVISYEN LAMA (serious)
ii - Parking penuh dan macam biasa parking bertindih la kaedahnya. Takpe. Tapi pagi2 kau nak keluar, cuba tolak kereta dia, TAK BERGERAK. Handbrake tak angkat. Kau dengan bengang masuk dalam kereta dan hon2 dengan bising, lama dan bersungguh. Menyakitkan telinga dan hati. Jiran kau yang menganggur keluar dan maki kau kerana kacau daun dia nak tido. Kau panas, jiran panas, tapi tuan punya kereta masih nyenyak tido kerana dia off ari tuh.

Aku taktau nak komen apa dah tentang perkara di atas. Certainly dah lalui, walau dalam watak yang mana2 sekalipon. Cuma bukan watak pembuat kesalahan la yang pasti. Aku taktau lah mungkin yang baling sampah dan TV daripada tingkat atas tu terdengar bunyi lori sampah dan try untuk buat jaringan 3 pointer terus masuk ke dalam lori tapi tersasar. Kalau 3km tu bukan dah tersasar lagi mangkuk. Ada kes orang mati kena hempap ngan barang yang dicampak daripada tingkat atas flat kalau kau taktau. Sedih kan? Mati kena hempap TV? Gila sadis. Bodoh punya orang takde sivik.

Sebenarnya point SIVIK aku ada banyak tapi takmoh la letak banyak2 nanti emo haha.



4) SONGEH

AKU TAK PAHAM dengan orang2 yang songehnya mengalahkan ibu mengandung yang sedang dalam tahap mengidam.

Contoh :
(Situasi di office mahupon rumah sewa atau kolej)
"Eh kau nak pegi kuar lunch ke? Nak kirim bole?" (Kau jawab okay je) "Okay aku nak Nasi Goreng Ayam, tambah telur. Ayam tu aku nak bahagian peha tau, nak yang garing2. Nasi dia kau suruh jangan lembik sangat, dan pedas sikit jangan pedas sangat. Sayur taknak, tapi taugeh okay. Telur mata tu jangan goreng terlampau masak. Aku nak ada cair2 nya." (Kau jawab : "...tapi aku nak lunch kat KFC...") "Ala lepas kau pegi KFC tu kau pegi la Restoran Hamidah tu. Kat simpang dekat ngan traffic light. Aku tak suka la nasi goreng kat kedai lain. Kau pegi Hamidah aje tau. And cepat sikit la. Aku lapar nih. Duit nanti la aku kasi..."

Mintak tolong orang tapi songeh nya tanak kalah. Mesti kau pernah alami ini kan? Tak la semestinya macam yang di atas. Tapi situasi di atas memang dah terjadi pada aku dan kawan, masa, tempat dan orang yang berbeza. Kalau banyak sangat songeh kau tu, boleh tak kalau kau pergi je sendiri dan jangan menyusahkan orang lain? Kalau kami tak buat atau sound kau, kau kate kami ni tak helpful, jahat dan macam2 tohmahan lain. Sedar la yang kau mintak tolong, bukan suruh orang gaji kau buat kerja berbayar. Amah Indon pon kalau kena macam ni pening jugak wok!



5) STATUS

AKU TAK PAHAM dengan orang2 yang menyembunyikan status diri masing2. Maksud status di sini ialah status sama ada anda single, in a relationship, engaged, married or divorced sekalipon.

Okay untuk point ini aku rasa tak perlu contoh, hanya ulasan. Sebab yang paling besar untuk seseorang menyembunyikan status nya ialah KAU NAK PASANG LAIN! Betul tak? Aku nak kau hangguk2 banyak kali sebab ini dah banyak aku saksikan. Buat malu aja. Dah ada awek/balak buat la macam dah ada. Dah tunang/kawin apatah lagi! Serious shit, kau hanya menyusahkan diri kau bila buat macam nih. Dan tak lupa menyusahkan orang lain juga! Hidup dalam penipuan memang takkan aman la hidup kau. Tolong la jujur dengan pasangan masing2. Paling tidak pon jujur kepada diri sendiri. Kalau kau rasa pasangan kau bukanlah jodoh yang dicari, cakap dan luahkan, move on. Jangan bina komplikasi dengan mencari alternatif ketika hubungan sedang dilanda badai tapi last2 you end up with lotsa relationships yang tiada arah tuju. Kalau kau hanya SKANDAL dan masing2 tahu status masing2, itu cerita lain. Itu pilihan korang, dan kesalahannya hanya menyembunyikan keskandalan. Tapi dengan menipu status, kau curang kepada pasangan dan menipu orang ketiga itu sekaligus! Kau mungkin akan ada saja ayat untuk bidas kata aku ni, tapi kau sendiri sedar itu semua hanya alasan untuk menutup kesalahan kau sendiri. Kan?



6) SUMBANG

AKU TAK PAHAM dengan golongan manusia yang sama ada tidak sedar atau buat2 tidak sedar dengan kesumbangan suara/lakonan/bakat2 lain yang ada pada diri mereka sendiri.

Ini juga bagi aku tak perlu contoh. Setiap kali ada audition realiti TV kau akan nampak contohnya. Mungkin kau juga salah sorang, sapa tahu. Okay no offence. Mungkin kau rasa kau perlu 'ubah nasib' keluarga kau atau apa2 saja lah alasan kau. Mungkin kau terlalu berharap atau bercita2 tinggi. Atau mungkin saja kau ada sedikit 'off' di bahagian otak, aku pon tak pasti. Memang ketika audition2 akan muncul semua golongan ini, daripada yang sangat berbakat, agak berbakat dan langsung tiada bakat. Yang langsung tiada bakat tu yang aku tak paham sebenarnya. Okay aku pon bukanlah seorang Faizal Tahir atau Anuar Zain itu aku tahu. Kalau tak, takdela aku ada masa buat entry ni, baik aku pergi buat show dapat duit kan. Tapi at least aku sedar pada tahap mana bakat diri sendiri itu. Dan kau juga perlu tahu dan aware. Kalau tak tahu, tanya la orang sekeliling. Tak mungkin la suara sumbang kau tu dipuji dengan jujur oleh SEMUA orang daripada kawan serumah, kakak, abang, mak, bapak, pak ngah, mak usu etc. Tolong la jangan memberi kesakitan kepada telinga kami setiap kali kami buka channel @15 tu. Okay ada juga yang di samping menyakitkan telinga mampu memberi gelak ketawa. Itu aku ucapkan terima kasih dan tak lupa kasihan lah bagi kau dieksploitasi media sebegitu. Hah. Satu pesanan aku, kalau rasa2 kurang berbakat, asah. Kalau langsung tiada bakat, cari! Semua orang ada bakat sendiri. Kalau semua orang hebat menyanyi dan berlakon, gamaknya takda la doktor, engineer, arkitek, doktor sakit puan dan sebagainya. Mungkin kau hebat dalam benda lain seperti, buat cupcakes?



7) SIBUK

AKU TAK PAHAM dengan orang2 yang suka menyibuk, buat2 sibuk dan menyibukkan diri dalam hal orang lain yang mana mereka tak perlu pon untuk sibuk in the first place.

Ini pon aku ulas saja. Okay mungkin nampak dah yang aku malas memberikan contoh yang detail untuk kau imagine hehe. Alah, kau pon baca point saja dah bole tau kan. Apa perlu lagi aku bagi contoh sedetail kain batik Jawa Kraton. Okay, sibuk sibuk sibuk. Golongan ini aku tau, setiap kelas, course, kumpulan, office, bangunan, keluarga, gerai, kedai, jalan, taman, SEMUA tempat memang wujud! Tidak pelik. Cuma aku tak paham. Apakah perlunya kau harus tahu semua hal orang daripada berapa gaji bersihnya, sehinggalah kepada mengapa BCG di lengannya tidak cantik. Aku tak paham. Mungkin orang2 macam nih la yang harus mengendalikan Wikipedia dan Google. Sumber ilmu seluruh dunia. Hal yang langsung takda kaitan ngan dia pon dia nak korek dalam2. Aku memang banyak jumpa. Kadang2 kita sedang berborak dan bincang tentang masalah keluarga/kawan dengan seseorang dan orang ini bumped into the conversation dan kita lalu slowmo dan diam, tapi dia pulak insist on knowing the details. Bila kita kata tak perlu tau, pulak dah, dikatanya kita ni berahsia2, tak patut la, ini la itu la. TAK MALU betul! Orang dah rasa tak perlu share ngan kau, kau pulak nak ngendeng lebih2? Baik aku tekan butang SHARE di Facebook saja kalau aku nak kau tau. Aku tau kita manusia memang penuh curiosity tapi takda la sampai menjaga tepi kain dalam orang lain. Kain dalam occay! Kalau kain pelikat/batik tu boleh la kita kuis2 lagi. Kalo dah kain dalam, Makcik Senah pon sepak kau. Dia pakai Wacoal tau di dalam! Hahaha XD


Okay okay. Sebelum aku tekan butang PUBLISH POST ingin saja aku tekan kan bahawa entry ini dibuat kerana aku TAK PAHAM. Ingat tuh. Mungkin kau terasa, itu aku taktau lah. Tapi kalau ya, kau boleh lah beri komen. Aku cuma tak paham, mungkin kau boleh tolong aku dan orang lain untuk paham, sapa tahu kan? Aku hanya seorang muda belia yang masih tak paham tentang banyak perkara di dunia ini, katenye! Hehe :)


http://rosmanpositivo.blogspot.com/

9 comments:

Wawa said...

fuhhhh.. penat nye baca entry ko rosman, giler panjang. hahaha. kengkadang mebi kita x boleh nak paham sbb kita x mcm tu? perkara2 yg ko sebut 7 asses ni pun aku banyak x paham. camana org boleh ada level kelakuan smpai cmtu skali? buang sampah tu yg paling x tahan. susah sangat ke cik senah oii nak simpan kejap smpah tu dlm kete n buang kat umah atau memana yg ade tong sampahhhh...??? dan yg plg best adik kandung seibu sebapa i sndiri suka buang smpah dr kereta.. x__x kalo i ade sah2 kena ceramah, tp kalo i xde... T__T dan smpai hr ni i x paham apesal adik i bgitu gemar nak buat gak walopon dh kna ceramah bnyk kali...

erk, motip i lak buat blog kat sini??? XD

nyway... interesting entry..! :D

songo said...

haha...mmg akan ade bende cam tuh...aku slalu pon prasan.....

tang yg kamera abg lan tuh... aku pon boleh tunjokkan cara bagaimana tiara.... 'memuji'.....muahahahahaaaa

miss hannan said...

rosman!~
seyes...penat baca tapi i bleyh gak la gelak guling2 bace entry u nih....

sememangnye..i pun nk join tak paham gak ler..all d 7.....

hehe.....citer part sumbang...tetiber terasa mau mintak maaf kot2 uols menanah telinga dgr i nyanyi mse kt redbox aritu...waaaa...hahaha....=P

shandye. said...

tentang 01: ya. aku pun letih+benci menjawab soalan2 remeh camtu. klu betullah dia betul2 nk berkenalan semestinya dia akan go through profile kita (setidak2nya seimbas) dan dah tahu an itsy bit of ourself before clicking the add to friendlist button.

tentan 02: kadang2 aku rasa kecik hati juga ble artis yg aku minat tak reply mesej/komen aku kat fb/ms dan sewaktu dengannya. tapi aku fikir2 balik for sure dia ada like a gazillion komen yg masuk so takdelah nk kisah sgt. but still ada je yg vunguks ingat ble artis tu dh approve jd kawan buat stail member2 plak. rimas la weh...

tentang 03: paling annoying - u cuba bayangkan u drive kancil sajork n tgh lalu dgn chumelnya pada jalan sehala tgh carik parking n then tetibe dari arah BERTENTANGAN ada mercedez tgh creeping in sedangkan itu JALAN SEHALA! wtf!!! then dia dgn vudusnya takmao reverse n stay kat situ. nak tak nak since aku rasa tersangatlah inferior dan tanak cari gaduh aku reverse la keluar bg dia pass. vavis sangat2....

tentang 04: aku tak penah alami tapi bab2 ibu beranak kecik ni aku pnh kena. ada ke patut memula dia suh aku jaga anak dia for 1 teensy hour sajork sbb dia nk pg pasar n since its in the morning aku takdelah kesah sangat. then tetibe dia call ko cakap suh babysit sampai ke PETANG sbb dia nk pg buat rambut/jumpa kawan/miting ibu2 tunggal/dating dgn sape ntah/dsb. wtf sekali lagi!!!! dia ingat aku buat charity work ke kekdahnye???

tentang 05: aku single dan ebelebel. tp ekceli dh ada org yg ushar2 i cuma i tak certain lg how far we're gonna go. boleh status cenggitu? hehehe... any takers? waaa... pomot diri kat blog org nih. wakakakakaka.....

tentang 06: aku sebenarnya keliru dan tak faham dengan format ujibakat AF. rata-rata aku tgk contestants dia semuanya choi tahap gaban. i mean, i'm not shafinaz or ning baizura to judge tp buleh dengar sendiri kot yg diorang sekor2 can't even carry a tune properly!! siap ada yg kena sound dgn cikgu tenaga pengajar terus nanges2 n acted up all diva-ish prasan nyanyi cambest. mujur tak menang. klu menang aku rasa semua org migrate pindah pg indon kot....

tentang 07: bukan nak bersifat gender-biased tapi majority org yg aku kenal berperangai camtu semuanya pompuan and stock semuanya ada masalah sendiri tapi prefer untuk mencuba menyetelkan masalah org lain. totally pisses me off!!!

oklah. penat mengomen. hehe... ^^,

RosmanPositivo said...

wawa : panjang ke? hehehe. takpe la kalo pendek tu baik buat kt twitter je kan? muahaha.

anyways, yes, mmg kite byk lg tak paham ttg perangai manusia2 sekeliling kita dan marilah sama2 pahamkan. bout the buang sampah tu i think u shud just let it out loud n clear. bukan lah maki. tegur je. kalo nmpk je "...hey! selambe nye dia buang..." macam tu pon dah cukup. at least kita tunjuk yg kita concern. and next time maybe time diorg nk buang, diorg at least akan terasa 'diperhatikan' huhu.

RosmanPositivo said...

songo : hahaha. pegang lense...dan gerakkan tangan anda...

muahahaha XD

principal tiara sgt notti XD

RosmanPositivo said...

hannan : guling lagi guling hahaha.

eh takde la menanah. occay saje. and i want to make it clear here. SUMBANG MAMBANG DI DALAM KARAOKE IS SO OKAY! takpe. kita gi karaoke bukan nak jadi artis. just have fun and melalak. so jgn risau jika anda sumbang di karaoke. tapi jgn sumbang di audition. please.

RosmanPositivo said...

shandye : wow i'm impressed. comment pon dah bole buat satu entry occay! haha :)

bab single n ebelebel tu takpe la. name pon single. just ade usha2 je. itu namanya survey. mencari pilihan kaedahnya haha. tp kalo dah couple then it's called cheating. except that u make it clear that u're really want something that have future berbanding si dia yg nak bersukaria. gitu.

shian dia penat mengomen haha. thanx! mari discuss2. badan cergas otak cerdas.

livelifethefullest said...

no 6 tu paling best..hehe..nak gelak guling2 je bila tgk audition AI/AF or apa2 jelaa..tapi ok gak ada org2 camni..leh jadi bahan gelak ketawa tuk org2 cam kite ni...