Saturday, September 12, 2009

My Vee 2.0 - PART 1 - Intro : Guys' Stuffs

Yale yale yale!



Basuh kereta bang? Taklah. Basuh kapal terbang. Buta.


Perempuan. Pernah tak kau rasa macam boifren/tunang/laki kau tu lebih sanggup menggadai nyawa beliau demi kereta MyVi SE putih yang belom habis bayar tu, berbanding nyawa korang? Atau gaji sebulan banyak habis bikin motor LC nya yang kaler hitam merah tu daripada habis untuk belanja korang makan kat mamak dan restoran2 makanan segera tempat2 korang dating? Atau beliau lebih banyak menghabihkan masa kat depan komputernya daripada depan muka korang yang berjerawat tepat2 kat atas hidung dan berselerak di pipi tuh? Pernah rasa kan? Pernah kan?

Saya sebagai wakil kaum lelaki ingin...bukan, bukan memohon maaf, tapi memohon supaya korang MEMAHAMI kami sebagai lelaki. Suka2 je kau Rosman main wakil laki. Kau ingat semua setuju ke ko wakil? Ah lantak la. Ini blog aku. Kalo ko laki dan tak setuju gi bikin blog sendiri.

But wait. Memahami lelaki? Eew, lelaki pon nak mintak difahami ke? So very the. Heh.

Hello mak minah. Kau ingat korang perempuan je yang boleh merengek "...You tolong la faham keadaan I..." blablabla. Hah? Kau ingat pompuan je yang perlu difahami? Ingat laki tak amik Bahasa Melayu (Pemahaman) masa UPSR dulu? Kitorang semua dapat A tau. Heh.

FYI girls, kebanyakan lelaki pon langsung tak paham apa yang seronok sangat bagi perempuan bila ;
satu :
berjalan seharian bershopping mahupon hanya window shopping di mall2 yang anda rasa stylo untuk melepak dan sebagainya ;
dua :
bagaimana anda semua boleh gagah memakai mekap, baju yang macam2, contact lens yang merimaskan etc semata2 makan di Madam Kwan KLCC selama sejam dua ;
tiga :
bagaimana korang boleh suka gila kat Tomok masa zaman dulu2 dia tu (skang ni okay la hehe).

Most of us do have a really hard time to understand all that, you girls.

Jadi, point saya hari ni (la baru nak masuk point Rosman) ialah lelaki ada satu perangai yang mana perempuan harus faham. Apa dia? Yela aku nak bagitau la nih.

Statement of the day:
Guys tend to adopt his beloved stuffs (dalam kebanyakan kes, benda2 yang major, atau besar, atau mahal, atau ade implikasi besar dalam hidupnya) sebagai benda yang paling disayanginya dalam hidup dan dianggap 'life partner'. Life partner as in awek, tunang, bini. Ya.



Kalo la bini betol macam ni. Tak banyak songeh. Tak lawan cakap. Haha.


Sebagai contoh mesti korang pernah dengar lelaki refer kereta mereka sebagai bini. Kan? Haa macam tu la.

Jadi fahamilah benda ini. Aku pon taktau macam mana nak terangkan pada setiap seorang perempuan tu hal ini tapi that's the main point. Ini supaya kau beringat, satu hari nanti, contohnya, jangan la marah sangat kalo dia lebih suka wax kereta dia sekilat2nya pagi2 Ahad daripada duduk tolong kau susukan anak sambil dia lipat kain. Jangan lah marah. Atau dia lebih prefer bertukang kat hand-made garage nya di belakang umah tu daripada dengar ko bebel pasal warehouse sale yang jual bag Guess murah2. Jangan marah juga. Atau dia lebih suka untuk tidak tido di rumah tapi tido di office instead. Haa yang ni kau selidik sikit takut2 dia kenal Memey Suhaiza. Ops! Jangan sebut nama la Rosman.

Aku rasa ini satu escapism bagi lelaki. Mungkin. Aku tak belajar psychology. Kau pegi tanya budak2 yang belajar lah.

Aku nak bagitau yang mana masih belom tau bahawa aku sudah ada bini baru. Dalam kes aku yang tiada Honda Civic Type R atau motosikal Belang R ini, ianya adalah sebuah komputer. PC. Ya. memang nampak macam remeh kan. Tapi kalau kau taktau aku lebih banyak menghabiskan masa di depan monitor daripada depan muka kau yang konon cantik tuh. Jadi ini lah bini aku. Dan sepertimana laki2 lain, mereka namakan benda kesayangan mereka with NAMES. Yes girls, we actually give those things names. Kereta lama kaler merah kawan aku sorang tu namanya Sally. Sorang lagi budak Bangi punya kereta kaler biru namanya Mary. PC sorang budak Pandan Indah ni namanya Nariko. Haa itu contoh2 di sekeliling aku.

Jadi apa nama PC kesayangan kau Rosman?

er...

Vee :)

Kenapa Vee? Vee itu...ala...malu lah. Hehehe.
Vee stands for Vanidah Imran. Hehehe.



Owh Vanidah Imran. Kalo Bang Shidee buat hal call saya okeh :)


Kan aku dah cakap aku malu. Tengok la aku dah blushing ni. Hisy. Hehehe.

Vee yang lama aku dah tolak kepada seorang rakan baik. Walaupon berat hati tapi it's better that way. Serahkan pada yang kita kenal. Yang kita tau dia akan make full use of it dan jaga elok2. Hafizul Mahput namanya. Natural talent dan keberanian berkarya budak ni memang aku kagum dari dulu. Jadi aku tau PC itu akan membantu beliau supaya lebih maju dalam bidang seni digital. He's one of a kind babe. Tau2 dia dah beli Wacom Bamboo awal2 lagi dah before dapat PC tu haha. Chiss. Aku pon takde lagi Wacom! Anyway good luck bro.

Okay, bini lama dah pergi ikut suami baru. Suami lama restu. Tapi aku takkan restu kalo aku takde bini baru yang lebih muda dan hot kan? Standard la. Gile hape. Tengok Dato' K sudeyh. Hahaha. So Vee lama dah tarak, Vee baru itu la namanya Vee 2.0!

Owh gitu rupanya.

Okay, tadi tu semua intro je. Hahahaha. Apa? Lantaklah intro aku sama panjang dengan karangan BM kau masa SPM dulu. Aku BM A1 tau SPM hehehe.

Aku akan share info yang aku rasa ini berguna untuk sesetengah lelaki lain yang nak membina sebuah PC baru untuk diri mereka sendiri. Especially budak2 kolej and universiti yang nak buat PC tapi on budget dan tidak cukup knowledge tentang hardware. Aku pon gile hape mane de terer ke apa. Aku just rajin godek2, research2 dan google2 pasal PC dan merayau ke Low Yat survey harga. So ilmu tu kalo kita share ngan kengkawan kan ke bagus kaedahnya. Walaupon sikit dapat la jugek.

Entri My Vee 2.0 akan dipecahkan kepada 3 bahagian, iaitu :
PART 1 - inilah dia sebagai intro. Bebel2 dulu.
PART 2 - I'll share with you components yang aku pilih based on my own budget dan specification yang aku set.
PART 3 - nak share pengalaman baru menggunakan Windows 7 yang baru ni. Tengok ngam ke tak ngan Vee 2.0

Lepas habis ketiga2 entry akan diupdate lah setiap satu dengan letakkan link. Senang sket.


To be continued.


http://rosmanpositivo.blogspot.com/

2 comments:

bluecollar said...

saya pun ada 'bini' gak. namenye HUNNYMADU dan ia adalah sebuah kereta KIA. kahkahkah.

RosmanPositivo said...

adam, hunnymadu? seriously? hahaha. igtkan NOI. haha :p got a kia at that age is a blessing. bsyukur lah dan bwk kawan2 jalan2 huhuhu.