Sunday, September 13, 2009

My Vee 2.0 - PART 2 - My Quad-Core Darling

Yale yale yale!


Ya bunyi yale tu sama macam entry Part 1. Haha.



They surely can help us, laughing.



Okay if you missed things out, entry ini adalah sambungan kepada entry yang lepas iaitu
:
My Vee 2.0 - PART 1 - Intro : Guys' Stuffs
Click la link untuk baca. Takkan itu pon nak ajar. Oh yeah, tak payah click pon takpe, scroll je ke bawah. Hehehe.

Entry ini adalah untuk memperkenalkan bini aku yang baru iaitu the anggun Vee 2.0. Berkuasa empat lejang tapi tidak mampu memotong EX5 anda. Haha.

Like I mentioned before, untuk membina sebuah rig dengan kuasa quad-core plus component2 lain dengan budget yang agak tight memang memeningkan dan seringkali aku hampir tewas dengan godaan dan realiti. Godaan = ada barang yang sangat delicious tapi mestilah cost more. Realiti = ada barang yang hampir sama spec dan harga dan ini lebih memeningkan sebab otak akan fikir pasal the so-called future-proof yang mana hampir tak applicable dah zaman skang.

Okay mungkin kau dah pakai Core i7 dan brag about it tapi macam biasa la "ada aku kesah?". Aku rasa Core i7 masih belom relevan dan praktikal skang. Plus harganya masih tinggi melambung. Paling kurang about RM1000 seketul. Gila. 1K tu dh bole buat sebijik PC low-end dah huhu. So pasal tu aku stick to the quad-core plan. Dalam family quad-core pon dah ade macam2 pilihan, memang memeningkan. Belom cerita pasal barang2 lain.

Bagi mereka2 yang selalu buat kerja2 macam aku namely graphic designing, photo & video editing, video processing/encoding/rendering, 3D rendering, extensive gaming etc, specs yang aku buat ini mungkin sesuai juga bagi anda. Aku share ini pon untuk kau hadam info kalau2 kau atau orang yang kau kenal ada yang nak buat sebijik PC yang memerlukan kerja2 tersebut. So here it is, segala anggota badan Vee 2.0 :




Processor
Intel Core 2 Quad Q9400
(Click untuk overview)

Untuk yang tidak mengetahui, Core 2 Quad ialah seperti sebuah processor didarabkan dengan 4. Macam Core 2 Duo = darab 2.
Bagi kebanyakan daripada korang sebenarnya tak perlu pon untuk buat PC quad-core. Seriously. Lebih lagi kalau kau seorang perempuan kerja opis yang buka laptop/PC hanya untuk on Facebook, Twitter, kadang2 buat kerja MS Word, main Diner Dash atau crop2 gamba untuk profile pic. Membazir uols! Okay, to be frank, walaupon processor adalah benda yang first aku decide, tapi ianya benda yang terakhir sekali aku beli. Seriously. Sebabnya sebenarnya aku berbelah bagi untuk pilih Q8400 atau Q9400. Kedua2nya ada CPU speed yang sama iaitu 2.66 GHz (haa darabla 4), bus speed 1333 MHz dan lain2. Memang sama. Cuma, the difference lies on the L2 cache. Q8400 L2 cache nya ialah 4MB dan Q9400 yang aku pilih ni 6MB. Aku bertanya berhari2 should I spend more just for the extra 2MB? Demmit. Seriously walaupon semua benda dah beli, I was still asking this question sehingga ke kaunter kat Low Yat tuh. Dengan dia2 aku ajak borak psal benda nih. He's one nice guy to talk to fortunately. Soalan dia senang je, you ada budget tak? You mau laju tak? Hahaha. It wasn't that short tapi we really had fun talking and discussing. Dan last skali aku sambar jugak. The extra 2MB cache itu memang membantu dalam prestasi dan speed komputer kau. At times la, bila kau pakai extensive programs dan gaming. Most of the time tak berapa rasa sangat beza. Tapi aku rasa aku banyak multi-tasking dan guna program2 yang berat so aku angkat la Q9400. Ingat. Kalau kau hanya nak buka Facebook dan main Tumblebugs dan Chuzzle, tak perlu la bazir duit buat quad-core ya. Hehe.

Price range : Approx. RM670-RM700


Power Supply Unit
Gigabyte Superb 550W
(Click untuk overview)

Most people ignore the importance of a PSU. Betul kan? Siapa sangat yang endah power supply nih. Tapi PSU ialah sebuah menatang yang sangat penting sebenarnya. PSU yang menyalurkan kuasa elektrik kat semua component komputer korang. Kalo ada short circuit ke dan tersalur ke komponen2 semua tak ke naya, habih rosak segala. Menangis macam mati laki la cik Jenab! Aku admit juga PSU yang aku pilih ni tak la power sangat, tapi ini fit the budget dan cukup2 makan untuk spec aku. Ingat, kalau korang nak pakai graphic card power2, hard disk ade berapa ketul, dan macam2 benda lain, PSU mestilah mampu untuk handle semua benda tuh. Maximum power PSU ni 550w tapi sebenarnya true power dia ialah 450w je. Tapi untuk aku tu dah cukup. Tapi cukup2 jela huhu. Patut kena up sket lagi. Aku nak angkat Cooler Master sebenarnya of course lah sebab CM ialah brand PSU yang paling leading. Tapi reger dia tinggi sket dan takde sleeving aku rasa. PSU ni ade sleeving so kemas je dalam PC aku nih hehe. Dan Gigabyte ialah satu brand muda yang sangat trustable zaman skang nih. Produk2 dia bagus2. PSU aku nih selain di sleeve, dia label semua cable2 tuh. Sangat sesuai untuk beginners.

Price range : Approx. RM200>




Motherboard
Gigabyte EP43T-UD3L
(Click untuk overview)

Hah ini lagi satu benda penting yang memeningkan untuk dipilih. Motherboard sangat penting sebab kita akan pakai lama. Tuka la hard disk ke apa, motherboard adalah sesuatu yang kita jarang akan tuka sebab semua komponen akan affected dengan perubahan. Contohnya, untuk pilih mobo ini, aku kena decide untuk buat sistem DDR3 atau stick to the DDR2. Mesti salah satu sebab RAM DDR3 dan DDR2 lain. Masa aku research pasal mobo DDR3 ramai yang kata ianya mahal tapi masa tu 2008. Skang ni bila aku nak pilih, beza spec yang sama DDR2 - DDR3 sangat sikit je. Berapa puluh hinggit so aku pilih la mobo nie. Ianya bagus, ultra-durable. Support DDR3, FSB pon sampai 1600MHz (dengan overclock), ada Dual-Bios, support overclocking yang mudah dan macam2 lagi. Port SATA pon sampai 6. RAM up to 8GB dengan 4 slot, slot USB pon banyak etc. Betul2 fit spec aku. Dan memang aku target mobo Gigabyte pon sebab untuk Vee lama pon aku pakai Gigabyte jugak dulu.

Price range : Approx. RM350>


Random Access Memory (RAM)
Kingston DDR3 1333MHz 2GB
(Click untuk overview)

Bila dah pilih mobo yang bagus tros la beli RAM nya kan. Dan semua orang dengan senangnya akan pilih Kingston. Tapi sebenarnya kalo aku ada budget lebih aku akan dapatkan RAM lain, specifically yang sesuai untuk gaming. Jadi memory handling nya lebih bagus dan efficient. Tapi dengan budget biasa aku sambar je yang ni. Kat kedai pon aku tak cakap banyak beli je huhu. Setakat ni amik 2GB je dulu, lain kali aku tambah lagi lah. Sebenarnya kalo korang research pasal RAM, bole gila isim jadinya. Aku pon ada satu malam ni memang naik pecah kepala research pasal timing dan clocking RAM. Gila dowh. Banyak sangat info masuk pala so jadi biol la. Hahaha. Kalo korang pakai DDR2, carilah yang 800MHz dan ke atas. Kalo pakai sampai 8GB pon tapi guna 667MHz tak berapa go sangat. Aku nak terangkan tapi aku dah kata tadi bole pecah pale so better don't. Jika anda mau, google pasal RAM ya.

Price range : Approx. RM140-RM160 (2GB DDR3)




Graphic Processing Unit (GPU) @ Graphic Card
Sapphire ATI Radeon HD 4850
(Click untuk overview)

Kalau kau pegi check it out di internet memang rupa bentuk lain dengan aku punya. Aku punya adalah keluaran baru yang lebih murah dan cooling system dia lebih bagus dan senyap. Tapi yes I know it's uglier! Hahaha. Tak hensem langsung. I like the older one, lawa. Kaler merah2, design mengancam uols. Tapi apa ada pada rupa kan. Chewah. Yang penting performance. 4850 ini bagi aku ialah satu produk yang agak bagus untuk end-user biasa. Cukup la jugak untuk aku setakat nih. Untuk kaki gamers yang banyak duit pegi la beli yang mahal2 tuh. Aku bukan kaya macam korang. Berbekalkan 256-bit & 512MB GDDR3 yang aku target okay la. Aku dah try 64-bit, pastu 128-bit dan skang mestila nak up kan. GPU ni pon support resolution yang lebih tinggi, sesuai untuk LCD korang yang besar2 tuh. Aku pakai flat screen CRT 19" je so ianya cantik bila 1280 x 1024, bila tinggi lagi boleh tapi screen flicker la. Game2 berat boleh dimainkan GPU ni dengan okay. Some heavy games yang aku mainkan aku dah set the highest setting dan okay lancar je main. Contohnya Devil May Cry 4 dengan resolution 1280 x 1024 dan Super High Quality semuanya, cantik dan laju, no problem. Ow yeah, macam yang aku cakap tadi pasal power supply, untuk GPU ni kna la ade PSU yang berkuasa 450w ke atas. Pasal tu aku angkat PSU kat atas nun. Dan GPU ni memerlukan anda untuk insert PCI-E cable direct power daripada PSU.

Price range : Approx. RM370>


Internal Hard Disk
Samsung SATA 1.5 TB
(Click untuk overview)

Ini benda penting dalam hidup aku. Huhu. Sebagai collector data yang cemerlang aku betul2 perlukan hard disk yang besar. Dulu aku dah ada 2 biji 640GB = 1.28TB tapi masih tak cukup so apa lagi amik jela 1.5TB ni. Kalau ade 2TB yang murah aku dah amik dah hahaha. Tapi seriously mahal lagi. It's cheaper kalo ko beli 2 x 1TB. Macam crap kan, patut beli beli skaligus lagi murah. Wrong! Hard disk skang nih perlukan ruang untuk platters nya dan saiz pulak kena la ikut balik saiz standard 3.5" jadi memang susah nak buat hard disk yang lebih besar pada saiz yang sama. Kena compress betol2. Tapi aku rasa dalam setahun dua isu ni bole diatasi. 1.5TB ni ada banyak jenis, sebab rotating speed lain, bilangan platters lain etc. Aku pilih yang lebih cokia/murah sebab budget aku kan sangat tight. Tak mampu. Ada jenis yang lebih laju dan data transfer lebih bagus, tapi takpelah setakat ni pakai la dulu.

Price range : Standard Approx. RM470>, Cheap Approx. RM370>





ROM Device
Samsung DVD-RW TruDirect SATA
(Click untuk overview)

Ini part yang takde susah payah pikir atau apa dah. Blu-Ray? Belom zaman lagi. Kau sambar je satu DVD-RW yang biasa di pasaran dan walah. It will do your things dah. Kau nak buatpe je. Melainkan kau nak buka kedai cetak rompak, ini dah cukup elok untuk kegunaan seharian kau. Plus Samsung ade apps TruDirect untuk burn DVD direct daripada videocam kau.

Price range : Approx. RM75>



Chassis / Casing
Cooler Master Elite 335
(Click untuk overview)

Okay last one, selepas mengira inner beauty, outer beauty pon harusla diambil kira uols. Kalo kau pandai, bijak, baik hati, pemurah etc, kalo gigi kuning, bau mulut macam longkang, muka meleweh macam penagih, leher berdaki, rambut macam dawai cuci pinggan kau ingat ada orang nak ke? Buat kawan boleh lagi walaupon harusla dicarut dan diumpat bila kau takde. Tapi kalo nak kawin memang tak dapat la jack. Harus ko pegi mandi bunga. Hahaha. Okay back to the point. Aku tau casing ni bukanlah yang paling lawa yang pernah kau tengok. Gila hape. Yang lawa2 beribu2 beb. Matila casing aje dah beribu. Bapak aku takde pangkat Dato' with the capital D pon. Okay ini juga kalo ko tengok kat website lain, lain sikit side nya. Aku punya version ade side transparent window. Maksudnya sebelah tu dia pakai perspek yang transparent tu bole tengok2 dalam kalo boring. Sesuai pasang lampu liplap uols. Hahaha. Sebenarnya casing ini bagus jugak tau murah2 pon. Kalo kau ni jenis tak reti pegang benda2 kecik macam skru tuh, asyik jatuh je, jari gemuk (hahaha) memang sesuai. Screwless! Dia ada sistem locking bahagian dalaman yang bagus. Kecuali kat PSU la mestila kena skru. Yang lain macam hard disk, DVD, graphic card, semua takyah skru. Memang convenient. Pastu front panel dia boleh cabut untuk dibasuh atau saja2 takde keja cari keja. Didatangkan skali dengan 120cm fan kat bahagian belakang. bahagian depan materialnya meshed. Sedap dipegang woo.

Price range : Approx. RM150


Sum Up

Okay semua price range ini anggaran berdasarkan penat kaki dan mulut aku merayau dan bertanya kat Low Yat nun. Kalo kau ada jumpe lebih murah atau lebih mahal jangan la salahkan aku. Basically dengan mencampurkan semua komponen ni, aku buat estimation seperti budget aku iaitu TIDAK MELEBIHI RM2500. Aku punya target tercapai. Tu pon setelah penat bernegotiate dengan banyak kedai. Yang mana lebih murah aku beli. Setelah dikumpul2 aku pasang sendiri di rumah. Haa. Itu pon cost tu. Kalo di kedai mereka ada charge untuk pasang semua. Jimat sikit. Knowledge is power and money-saving haha.

Okay ini spec untuk PC aku considering the budget, needs & wants, availability etc. Mungkin ada sesetengah barang tu bagi korang tidak begitu menyelerakan dan so-very-the-murah-kau-memang-cheapskate-la-Rosman kan, tapi sekali lagi, "ADA AKU KESAH?" Cak cak cak. Kau kaya kau pandai pegi la beli ikut selera kau. Kalo pemurah tolong la beli barang2 bagus untuk aku sket hehehe. Ini pon aku masih belom habis bikin. Ada lagi ruang untuk aku tambah kat Vee 2.0 ni tapi tunggu la bila ada kemampuan nanti.

Apa? Apple?

Hisy. Aku rasa semua mat2 dan minah2 komputer inginkan at least sebijik barang Apple dalam koleksi. Aku pon nak jugak. Tambah2 pulak aku dah terlibat dalam bidang graphic ni. Tapi honestly dengan keadaan ekonomi ni memang bertahun dari skang pon tak tentu dapat. Plus, Apple ada sedikit problem dengan software2 yang aku perlukan. Ada beberapa software ni sama ada tak available untuk Apple atau pon bole pakai tapi ada bug2 tertentu.

Jadi instead of using OSX yang cantik kat Apple tuh, apa kata kita pakai Windows paling baru di dunia, WINDOWS 7!

Selesai dengan hardware, untuk entry seterusnya aku akan ceritakan sikit tentang Operating System baru ini that is WINDOWS 7 yang merupakan penyelamat bagi Microsoft ni setelah KEGAGALAN BESAR iaitu WINDOWS VISTA. Yes, I've been telling this to my friends ages ago dan setelah Windows 7 keluar, nampaknya Microsoft sendiri dah mengaku yang Vista memang gagal. Pasal tu aku stick kepada XP bertahun2 lamanya.

So stay tune lah untuk tau apa tentang Windows 7 ni yang aku nampak, suka atau tidak dalam entry seterusnya nanti.

To be continued.


http://rosmanpositivo.blogspot.com/

No comments: