Saturday, October 31, 2009

Entry Cukup Syarat Di Pagi Buta

Wuuuuu...





Entry ini ditulis ketika penulis baru saja selesai menonton The Exorcism of Emily Rose, buat kali ke berapa tah. Even though I've watched it several times but I still locked in front of the idiot box when AXN aired it this cold-pagi-buta. Secara peribadi, filem ini masuk ke dalam senarai horror movie favourite aku. Walaupon aku tau tak ramai yang suka pon. Most people find it 'boring' and 'too-talky-talky'. Adakah the fact aku masih ada darah Law mengalir dalam badan (yang semakin naik) ini yang buat aku suka? Sebab most of the scenes ialah dalam court. Ngeh. Filem ini bukanlah sehorror-arty karya Hitchcock, atau penuh darah macam Tarantino. Tapi kandungannya dan cara penyampaian yang 'tidak mistik' itu yang best. Tengok cerita hantu yang kau haram langsung tak jumpa hantu pon sampai habih cerita. Sapa nak tengok? Aku sorang jelah. Huhu.


By the way, ia bukanlah cerita hantu secara literal dan technical. Lebih kepada ketuhanan, Christianity in specific, dan the world beyond.


Banyak scene sebenarnya yang apply kepada kehidupan kita sekeliling nih. Kau mesti pernah dengar cerita orang kita kena rasuk dibacakan ayat2 suci, tapi dengan selambanya benda yang merasuk tadi boleh sambung ayat2 itu, laugh and mock you to chill to the bone? Dalam ni pon ada. Jennifer Carpenter memang terbaek. Dia yang buat aku suka Quarantine, in spite of the not-so-good reviews.


Okay okay. Ada yang dah dapat tangkap.


Rosman sedang sedaya-upaya menaip dengan suka hati memandangkan blog beliau dah lama bersawang. Demmit. Aku dah try cover dah.


Macam saudara Fahmi Mahat di sebelah bertanyakan pasal entry terakhir My Vee 2.0, bukan aku tak tulis lagi. Aku dah taip banyak, tp ia menjadi longer than what I expected. Dan nampaknya aku biar je draft nya terkepam kat dalam nih tanpa publishing. Entry itu adalah pasal Windows 7, dan ramai kenalan dan kawan2 yang tanya aku pasal Seven, that's why I'm working on it. Cuma untuk masa ini cukuplah aku mengatakan yang Windows 7 is not dissapointing, not bad at all. At least better than the lame Vista, if you're wondering. Cukup stabil dan cantik, kombinasi yang menarik. Gi la cari DVD 10-15 hengget kat kedai2 yang ada. Gila direct support piracy. Hahaha.


Oh ya, alang2 ni boleh aku bagitau awal2 yang I'm working on the official website of a talented Malaysian actor yang sedang naik skang nih. Ustaz Amirul, Yusuff, that transexual in Patung Kertas. Siapa siapa? It's Ashraf Muslim. The domain ialah AshrafMuslim.com tapi belom ada pape pon, cuma ada link ke Twitter Ashraff saja. Go follow him. Dia pon baru nak berjinak2 tu huhu.


Kadang2 seronok jugak main ikut sedap tangan menaip nih. Selalunya aku bersedia dengan bahan yang ada untuk buat entry but this is good enough. Cukup la syarat konon macam blogger yang aktif.


Chet poodah la Rosman.




http://rosmanpositivo.blogspot.com/

Thursday, October 08, 2009

Raya, Saya, Mereka & Kita

Dang!


Okay okay. Apa kata sebelum aku membebel, aku letak satu keping kad raya digital di sini supaya kelihatan lah seperti aku ni seorang yang sensitif dengan keadaan sekeliling bahawa kita masih dalam suasana perayaan terbesar di Malaysia. Nah.



Not a typical one. Not a beautiful one, too. Biarlah.


To be frank, Raya taun ni merupakan raya yang paling tidak meriah untuk aku. Dan jika dilihat balik, setiap tahun aku akan ulang perkara yang sama, yang mana membawa kepada satu pengertian bahawa :

Hari Raya untuk Rosman akan menjadi lebih tidak meriah tahun demi tahun.

Suatu premis yang boleh dikira logik dan acceptable.

On the contrary, aku masih lagi menghantar SMS2 raya dan hapdet status pasal raya di
Facebook/Twitter. Siap hari pertama hari kedua bagai. Ha, tengok lah. Itu membuktikan bahawa aku, er, no, KITA, (yes ko perlu admit kau terlibat sama), kita semua semakin digital termasuk dalam hal2 membabitkan perayaan. In spite of Pos Malaysia telah rebranding diri mereka termasuk logo burung yang semakin chic itu, kita semakin kurang, atau sebenarnya LANGSUNG tidak menggunakan khidmat pos untuk menghantar kad raya dalam bentuk fizikal. Mengaku lah woi. Aku tak dapat pon kad raya kau. Jangan tipu.

Itu belum lagi cerita pasal beraya pada hari ketiga di KLCC. Mana ada aku buat mana ada. Kau nampak aku ari tu? Alamak. Okay I admit. Chet. Tak pernah dibuat orang, er, ade orang buat, cuma tak pernah DIBUAT AKU berada luar daripada lingkungan keluarga dalam minggu pertama Syawal. Syawal cliche bagi aku ialah minggu pertama itu memang melekat bersama family tak kira untuk beraya atau menunggu orang datang beraya. This year, malam raya ketiga itu aku kecepos pulang ke Maluri kerana dah plan dengan beberapa konco untuk beraya di JB. Yela, ade '
orang tu' buat open house besar-besaran raya ketiga. Tapi kerana masalah teknikal, plan itu hanya tinggal kenangan dan aku terus membawa hati ke KLCC. Aku pon dah lupa apa aku buat. Tengok movie ke? Yang aku betul ingat aku makan Alfredo. Sedap. Haha.

Tapi experience itu membantu aku supaya mencapahkan penglihatan dan melihat Malaysia dan masyarakat Melayu kita daripada satu view yang berbeza. I was born dan brought up in a typical Malay community jadi mind setting tentang apa yang harus kita lakukan pada Hari Raya tentulah yang cliche. Except the fact aku tak pernah beraya di kampung kerana memang takde kampung. Put that aside. Yang pasti, Hari Raya kita bersama keluarga sama ada duduk di rumah melayan tetamu, atau kita pergi serang umah diorang dengan menjadi tetamu. Budak2 memang suka la. Kumpul duit nak beli robot. Robot? Itu zaman aku. Budak2 skang beli PSP la, handphone la etc. Chiss.

Tapi apa yang aku dapat lihat pada hari tu, hari raya ketiga, ialah penuh nya KLCC, bukan dengan non-Malays shopping, dining out atau movie-watching, tapi banyak gila orang Melayu, sama ada singles, couples, groupies dan families. For the singles or couples tu aku tak heran, tapi FAMILIES tu yang aku macam gosok mata sket. Bukan satu dua, memang banyak families. Ada parents, anak2 remaja dan adik2 kecil mereka. Shopping2, makan2, tengok movie, jalan2 kat taman dengan gumbira etc.

Suatu persoalan muncul di benak fikiran ; adakah ini suatu senario yang bakal kita saksikan secara normal dalam tahun2 mendatang?

Sebelum aku berkata lebih, cuba bayangkan senario ini pula. Senario ini rekaan, dibuat sendiri. Tidak ada kena mengena dengan nenek kau.


Seminggu selepas cuti Raya di sebuah sekolah rendah.

Cikgu : Sarah, cuti raya seminggu awak macam mana? Seronok? Cerita la sikit.

Sarah : Seronok cikgu. Saya balik kampung kat Terengganu. Malam raya kitorang ramai2 pasang pelita kat rumah ngan seluruh kampung. Pastu tolong2 nenek pasang langsir, kemas rumah. Pagi2 raya masa Abah dan pakcik2 pegi semayang raya, saya bangun awal untuk siap2 pakai baju raya yang baru. Kaler pink (tersenyum). Pastu kitorang salam2 ngan Atuk, Nenek, Mak, Abah, semua2 la. Pastu kitorang makan lemang, ketupat,rendang, kuih macam2. Saya, kakak, abang ngan cousin saya pegi beraya baaaanyak rumah. Best dapat kumpul duit raya! Semalam baru kitorang balik KL (Bercerita dengan penuh excited dan tersenyum girang)

Cikgu : Wah. Seronok awak ya. Ha, Ali, awak macam mana pulak? Balik kampung kat negeri mana?

Ali : Kampung? Saya duduk TTDI je. Tapi saya pun seronok jugak. Mummy ngan Daddy bawak saya, kakak dan adik pegi tengok movie kat KLCC citer Jin Notti. Best citer tu, ade Mawi ngan Farah Fauzana. Pastu kitorang shopping2 kat dalam KLCC tu, Daddy belikan saya baju Ben 10 dengan jam dia skali. (sambil menunjukkan jam di tangan nya) Pastu kitorang makan kat Sushi King, sedaaaap. Pastu Mummy belikan donut Big Apple untuk tapau bawak balik. Pastu kitorang pegi jalan2 kat taman KLCC tu sebelum balik. Esoknya kitorang pegi Sunway Pyramid pulak, main ice-skating....

Cikgu : (mencelah) Owh okay terima kasih Ali...er...siapa lagi yang nak kongsi pengalaman RAYA dengan kelas? Pengalaman RAYA ya.... (bukan Krismas, berkata dalam hati)


Adakah anak anda bercerita seperti Sarah atau Ali? You tell me.

Mungkin dari satu sudut I'm just being conservative. But in any ways pon dalam hal ini, being conservative is not a bad thing, at all.

Kita sendiri admit yang Hari Raya kita semakin hilang serinya seiring kemajuan teknologi lah itu lah ini lah. Itu pon bagi yang dah menyambut nya bagai nak rak. Tapi macam mana pulak bagi golongan2 yang aku perhatikan tu? Macam mana dengan family2 seperti family Ali? Tak cukup dengan Ramadhan itu sendiri hanya sekadar takde breakfast, lunch dan minum petang, tambah pulak dengan Raya yang typical Malay pon sudah terhakis. Makan pizza dan spaghetti instead of ketupat palas dan rendang ayam. Pakai skirts dan cardigans instead of kebaya songket dan baju melayu cekak musang. Bermain ice-skating instead of watching Raya Kilang Berapi (motip).

Dari kecik, aku pon sebenarnya selalu rasa sedikit inferior kepada kawan2 setiap kali balik sekolah daripada cuti raya. Aku takda kampung! Tapi kalau kau tidak pernah beraya di KL, mungkin kau taktau bahawa Aidilfitri di KL juga tak kurang meriah. Dulu masa aku duduk di Cochrane, every year kami ada takbir rumah ke rumah malam raya. Berpuluh2 orang join, berpuluh2 rumah kami pergi bertakbir raya dan makan sampai pecah perut. Esok pagi selepas semayang raya rumah aku akan jadi tempat bersidang jiran2 beraya dan mencanang perabot2 baru rumah masing2. Raya di KL tidak pernah sunyi bagi aku. Tak jauh beza kalau kau beraya di Johor Jaya atau Kuala Kangsar pon.


Selepas melihat suatu sudut lain bagi sesetengah keluarga Melayu ni rasa inferior tu berubah menjadi superior kerana seKL-KL aku, aku masih beruntung dan bersyukur kerana tradisi dan intipati kebudayaan dan semangat perayaan itu masih menebal dalam diri. Aku boleh tersenyum dengan ironi kerana ada rasa malu berjalan seorang diri makan Alfredo di KLCC, bukan bangga membawa anak main bowling di Mid Valley atau beratur membeli popcorn sementara nak masuk menontong wayang pada hari Raya.

Raya anda bagaimana?


http://rosmanpositivo.blogspot.com/