Saturday, October 31, 2009

Entry Cukup Syarat Di Pagi Buta

Wuuuuu...





Entry ini ditulis ketika penulis baru saja selesai menonton The Exorcism of Emily Rose, buat kali ke berapa tah. Even though I've watched it several times but I still locked in front of the idiot box when AXN aired it this cold-pagi-buta. Secara peribadi, filem ini masuk ke dalam senarai horror movie favourite aku. Walaupon aku tau tak ramai yang suka pon. Most people find it 'boring' and 'too-talky-talky'. Adakah the fact aku masih ada darah Law mengalir dalam badan (yang semakin naik) ini yang buat aku suka? Sebab most of the scenes ialah dalam court. Ngeh. Filem ini bukanlah sehorror-arty karya Hitchcock, atau penuh darah macam Tarantino. Tapi kandungannya dan cara penyampaian yang 'tidak mistik' itu yang best. Tengok cerita hantu yang kau haram langsung tak jumpa hantu pon sampai habih cerita. Sapa nak tengok? Aku sorang jelah. Huhu.


By the way, ia bukanlah cerita hantu secara literal dan technical. Lebih kepada ketuhanan, Christianity in specific, dan the world beyond.


Banyak scene sebenarnya yang apply kepada kehidupan kita sekeliling nih. Kau mesti pernah dengar cerita orang kita kena rasuk dibacakan ayat2 suci, tapi dengan selambanya benda yang merasuk tadi boleh sambung ayat2 itu, laugh and mock you to chill to the bone? Dalam ni pon ada. Jennifer Carpenter memang terbaek. Dia yang buat aku suka Quarantine, in spite of the not-so-good reviews.


Okay okay. Ada yang dah dapat tangkap.


Rosman sedang sedaya-upaya menaip dengan suka hati memandangkan blog beliau dah lama bersawang. Demmit. Aku dah try cover dah.


Macam saudara Fahmi Mahat di sebelah bertanyakan pasal entry terakhir My Vee 2.0, bukan aku tak tulis lagi. Aku dah taip banyak, tp ia menjadi longer than what I expected. Dan nampaknya aku biar je draft nya terkepam kat dalam nih tanpa publishing. Entry itu adalah pasal Windows 7, dan ramai kenalan dan kawan2 yang tanya aku pasal Seven, that's why I'm working on it. Cuma untuk masa ini cukuplah aku mengatakan yang Windows 7 is not dissapointing, not bad at all. At least better than the lame Vista, if you're wondering. Cukup stabil dan cantik, kombinasi yang menarik. Gi la cari DVD 10-15 hengget kat kedai2 yang ada. Gila direct support piracy. Hahaha.


Oh ya, alang2 ni boleh aku bagitau awal2 yang I'm working on the official website of a talented Malaysian actor yang sedang naik skang nih. Ustaz Amirul, Yusuff, that transexual in Patung Kertas. Siapa siapa? It's Ashraf Muslim. The domain ialah AshrafMuslim.com tapi belom ada pape pon, cuma ada link ke Twitter Ashraff saja. Go follow him. Dia pon baru nak berjinak2 tu huhu.


Kadang2 seronok jugak main ikut sedap tangan menaip nih. Selalunya aku bersedia dengan bahan yang ada untuk buat entry but this is good enough. Cukup la syarat konon macam blogger yang aktif.


Chet poodah la Rosman.




http://rosmanpositivo.blogspot.com/

2 comments:

Anonymous said...

Hello! I'm newbie in Internet, can you give me some useful links? I know only about Yahoo [url=http://yahoo.com]Yahoo[/url] http://yahoo.com Yahoo

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!