Monday, November 16, 2009

Alam Sentral, Istana Budaya, Kerusi Biruku

Kraaaak.


Di atas itu bolehla kalau kau anggap sebagai bunyi pinggang yang dipusing ke kiri dan kanan.

Entry ini juga seperti entry sebelumnya ialah entry cukup syarat di pagi buta. Sejuk.

Di masa aku menaip ini ialah the time I made a decision to not to sleep as pagi sekejap lagi aku akan mengikut seorang fotog handalan
(hehe puji up sket dia blanje cheese naan malam tadi hehe) iaitu Abang Lan untuk ke satu tugasan beliau di sebuah location di Ampang untuk photoshoot budak2 belum baligh. Mungkin ada juga yang belum dianggap mumaiyiz. Bukan. Kau tak tergolong dalam kategori itu. Maaf. Aku tau kau banyak dah buat dosa. Aku pon. Mereka itu budak tadika lah. Mungkin sebaya Upin & Ipin. Mungkin juga aku akan jumpa kembar kepada kembar itu. Aku tak sure. Budak2 skang terlalu carried away kadang2. Mungkin juga bukan mereka pon sebenarnya. Parents diorang la. Macam-macam.






Rujuk title entry ini sekarang. Ya sekarang. Jangan degil.

Dah?

Okay satu ;
Alam Sentral.

Kenapa Alam Sentral?

Bukan. Aku takmau sentuh pasal ade couple kena kantoi bikin projek buat anak dalam kereta di situ tak lama dulu. Cerita basi. Lagipon masa cerita tu keluar takda gamba. Tak best lah. Kalau ade gamba diorang tangkup muka masa caught in the act aku akan blog panjang lebar.

Senang cerita, nah aku letak gambar sekeping dulu.





Okay rujuk gambar yang belah kiri tu dulu. Ya, itu
Akim. Yang lebih kacak sebelah dia tu, itu aku kalo kau taktau. Kalo dah tau, if you happen to bump into me somewhere nanti sila tegur. Kalau belanja makan lagi aku akan sayang kau. Mungkin teros boleh jadi Top Friend dalam Myspace dan akan dibuat status khas di Facebook.

Kalau kau orang yang anti-sosial, tak tengok TV atau mungkin saja peti TV kau dah kena sambar petir, atau apa saja alasan kau yang kau taktau ari tu ada pusingan kedua Semi Final
Muzik-Muzik atau AJL, ni aku nak bagitau. Aku dan ramai lagi umat manusia dah pegi ke Alam Sentral untuk tengok dan support budak nih. Kononnya makin ramai makin tinggi lah peluang untuk lepas ke AJL nanti. Tak kira lah, janji memang berjaya pon. Aku pon tak sure lah berjaya kerana banner design aku yang cantik tu ke, rambut baru dia yang cacak macam landak tu ke (quote Songo : KENTANG LANDAK), ataupon sebab Akim dah bayar juri tuh. Hahaha. Apa2 pon Akim, Amir si komposer dan SQ lyricist, congrats untuk anda bertiga. Tah kenapa aku macam terpikir SQ tu ialah Miss Que a.k.a Kak Yun. Haha.

Tapi belom konfem masuk AJL lagi tau. Doa2 la dapat masuk betul2 nanti. Kesian Aryn dah design banner special untuk BENGANG dan MUZIK-MUZIK sahaja. Eksklusip tu.


Okay dua plak.
Istana Budaya.

Ini aku bet kalau kau tengok TV pon kau macam tak berapa tau. Sebab rancangan ni ada kat RTM 1. Melainkan kau ialah seorang nasionalis paling bersemangat, atau seorang makcik/pakcik yang tidak terfollow arus pemodenan dunia penyiaran zaman ni, atau kampung kau tak dapat siaran TV lain, itu aku percaya kau follow. Nama programnya ialah
Penyampai Ikon 2009.

Kalau kau taktau, ianya program realiti TV, tapi bukan cari penyanyi/pelakon. Sah2 dekat nama tu ada perkataan 'Penyampai'. Jadi cari penyampai berita lah. Principalnya ialah Yusanani Yushak. mesti kau pernah dengar nama tu kan.

Okay kau tengok gambar atas tadi balik. Dah? Haa yang putih2-hensem2-tapi-takleh-celen-hensem-aku sebelah kanan tu la member aku.
Shahril Sarapudin nama dia. Kalau kau berkenan nak tackle click la nama dia tu. Aku dah buat link. Tapi aku bagitau awal2 dia dah ade gelpren. Kalo rasa sanggup bermadu silalah.

Dia ni kat UiTM memang MC yang paling aktif pon. Time aku buat show je kompem dialah yang jadi pengacara. Psal tu kitorang kamceng. Kadang2 ada terserempak dia makan McD ngan awek kat KB. Hahaha. Kalo dia baca ni blushing la tuh.

Supporting him dan mendapat jemputan khas daripada Puan/Ahkak Emma aku pon gi lah meredah IB sorang2 sebab kat sana budak2 UiTM dah kumpul masuk reramai. Ada yang datang naik van reramai dari Mache. Konsep ala-teater yang dibawa untuk laporan lokasi memang menarik. Baru aku paham kenapa mereka buat di Istana Budaya. Pendek cerita (sebab malas nak taip panjang2 time nih), Shah dapat tempat ke-5. Ala rezeki kat Final itu je, dunia kat luar ni lain cerita. I know he'll learn a lot more dan dapat survive dalam bidang penyiaran. Gila tak. Contestant paling handsome kot
(puji mintak belanja).

Shah. Congratz untuk demo. Demo bulih, kawe tau demo ado bakak. Kalo perlu pasange MC yang hok palo gilo skek hello2 kawe. Hehehe.

Owh haah. Aku pon ade jadi MC jugak sket2 kat UiTM dulu. Versi kureng formal sket. Huhu. Baru teringat.


Jadi, Alam Sentral dah. Istana Budaya dah. Kerusi Biruku apa kejadahnya?

Kerusi Biru ialah tempat paling banyak aku habiskan masa lately.

It's my workstation office chair la gilo. Kepala pecah buat design kat atas kerusi ni la. Kepala layan Facebook atas kerusi ni la jugak. Kepala layan Supernatural Season 4 pon atas kerusi ni, eh tak. Aku baring kat katil layan Supernatural huhu.

Ni antara kerja latest aku. Event international ni. Kira boleh join Mawi la aku, World. Ngeh.




Alhamdulillah, experience daripada project2 yang di-sub kepada aku ni leh aku collect untuk kegunaan masa depan. Dulu abang aku pernah bagi contoh. Dia tunjuk satu iklan printed kat paper, pastu lebih kurang ayatnya "...kau ingat sorang designer je design benda nih pastu tros bawak gi printing? Takde maknanya. Sekeping iklan berapa inci ni je berapa puluh orang bergaduh, baling kerusi, pecah pale sampai berbulan2 baru kuar paper..." panjang lagi cerita dia. Tapi memang betol pon.

Kau tengok kat atas tu. background putih, wording2 sket. Macam simple. Tapi Tuhan je la tau macam mana hazab semua orang yang terlibat. Aku nak kuar kejap makan kat mamak pon hilang feel sebab kompem kena contact untuk adjust design dan dihantar balik untuk checking sampai berpuluh kali.

Tapi papehal pon, best field ni. Aku rasa okay being a small fish in a big pond, rather than being a big fish in a small pond.

Ikut orang la. Some like it the other way.

Tapi aku takleh duk kat atas kerusi biru ni lama2. Sakit bontot. Walaupon ahkak aku dah belikan kusyen alas bontot.

Will anybody call me to get my ass off this chair? HUKM? Wallahualam.

Till then.


http://rosmanpositivo.blogspot.com/

No comments: