Tuesday, December 22, 2009

Random : Implied Etiquettes Bila Kau Di Public

Nee noong!


Demmit. Lama pulak tinggal bersawang. Takpe lah lately takde orang complain pon. Sapa aje nak baca. Lantak.

Ini entry MAKI.

Benda2 di bawah ni selalu ada dalam pale otak aku bila benda dah jadi depan mata, dan selalu aku ingatkan diri sendiri untuk dipostkan di sini tapi asyik lupa. Now, dengan randomnya aku listkan. Tiada kategori mahupon susunan tertentu. Ade juga yang akan tertinggal tapi what the hell. Kau baca saja dan hangguk jika setuju. Tampar muka kau sendiri kalau kau buat benda2 di bawah. Tambah point di bahagian komen jika ada. Mungkin nanti bila teringat aku sendiri akan tambah.






Perkara2 yang kau tolonglah jangan buat walaupon di sekolah dulu takde subjek khusus yang ajar kau
(Subjek Sivik tu aku tak sure silabusnya)



1) Bila berjalan di shopping mall (atau tempat2 public lain), kalau kau ramai dengan sedara-mara dan pak menakan kau, tolong
jangan berjalan seiring/sebaris secara horizontal. Kalau couple 2 orang takpelah. Ini kalau bawak kaum sampai 7-8 orang nak jalan sebaris, kau ingat kitorang kat belakang ni escort kau ke apa?


2) Masih lagi pasal berjalan di public. Tolong la
jangan berlenggang sangat. Kalau nak pon, usha2 kat belakang takut ade orang tengah rushing dan kau selamba boleh comolot ngan awek kau tengah2 susur pejalan kaki. Jangan marah kalau diorang sepak kau dari belakang.


3) Parents!
Babies are cute, BUT NOT IN THE CINEMAS! Yang kau gigih sangat nak sayang baby kau yang tak sampai setahun dua tu bawak masuk tengok movie apahal? Kau ingat diorang paham ke citer 2012 atau Avatar tu? Kalau tayang Madagascar pon belom tentu diorang paham. Lepas tu bila dah merengek baby tu dalam panggung, memang berdesing la telinga kami yang lain. Baby itu tak penah salah. Kau tu je yang takde sivik. Pegi la lepak kat McD ke apa.


4) Dalam cinema lagi. Please la, dah takde zaman dah orang
beromen dalam panggung. Kau ingat skang ni 1994 ke apa? And if yes kalo ko gersang sangat, tolong jangan bergerak banyak la. Ini sampai dah terlanggar2 orang sebelah, kejap gerak ke sini kejap gerak ke sinun. Aku sula dua2 kang. Get a room! Pudu banyak hotel murah la cheapskate!


5) Ya cinema lagi. Kau tengok movie tau, bukan tengok bola.
Tak payah nak ulas macam Hasbullah Awang la. Kalau nak sangat, keluar nanti balik umah post entry kat blog macam aku nih. Ini pasal bulu dada Rosyam Noor pon nak kecoh dalam panggung.


6) Kaunter pembayaran. Beratur dah sikit punya lama. Tak kira la mesin tiket LRT ke apa. Cuba masa kau dah kat belakang orang yang berurusan tu, kau
ready siap kuarkan wallet dan lebih elok siapkan exact changes kalo ada. Ini dah sampai turn baru lah tanya/tengok berapa harga, terhegeh2 bukak beg, carik wallet dah makan berapa lama. Tengok2 takde plak duit kecik, boleh panggil kawan yang tak beratur tanya ada duit tak bayarkan dulu. Masa kau beratur punya lama tadi, kepala kau melayang ke mana?


7)
Cakap telefon. Ini daripada zaman dulu lagi. Macam dia sorang je ada handphone. Bercakap macam nak bagi khutbah Jumaat zaman Rasulullah dulu. Tak payah pakai microphone. Louder please, I think they can't hear you...IN URUGUAY!


8) LRT. Everybody knows, especially yang dah biasa travel nek LRT, yang bila tren sampai, kau patut
bagi laluan untuk orang keluar di bahagian tengah dan kalau nak menyelit pon di bahagian tepi. Ini punyalah bersusun kami nak kuar dari tren kau boleh elok tercegat tengah2 dan depan pintu tu, dengan kau takleh masuk, kami pon takleh kuar. Pecah jugak pankreas budak ni kang. Sabar boleh tak?


9) Parking #1. Melainkan kau buta, kau boleh nampak petak parking yang mana memang obviously painted. Yang kau pegi
parking senget2 tu buat pa? Elok2 boleh parking 2 kereta dah tinggal kereta kau sorang. Bukan Fairlady pon, kadang2 Iswara cabuk je. Bercalar pintu kang.


10) Parking #2. Okay, kau nak masuk parking nih. Kau nampak ade kereta kuar dari parking dia, kau
terus masuk, takut kalau nanti dah tak jumpa parking yang lebih chantek. Ewah. Cuba la tengok dulu kalau dah ade kereta lain yang sebenarnya dah setia menanti kereta tadi untuk kuar, kau sedap2 je masuk. Juga ada potensi bercalar. Nak2 kalau kuar keta buat muka donno. Pergh.


11) Escalator. Ha ini selalu jadi. Escalator tu almaklumlah panjang/tinggi. Tak laju mana. Kadang2 ade orang ni dia rushing. Biasalah kota2 besar ala2 New York gitu. Kau boleh pulak borak2 manja ngan awek kau siap cubit2 lengan lagi. Baek punya
blocking line. Orang kat belakang yang boleh berjalan meneruskan perjalanan dah stuck. Cuba toleh ke belakang please. Tak rugi pon berapa saat tu kau tak sebelah2 ngan awek kau. Depan-belakang bukan tak boleh.


12) Ha yang ini lebih kurang macam hal escalator. Tapi on the road. Naik kereta. Jalan ade 2-3 lane. Kalau kau dah bawak keta macam nak bersiar2 kat sawah padi,
cuba gerak ke lane kiri. Ini bawak stakat 70 ade hati nak stay lane kanan. Cermin pandang belakang tu apa tah gunanya.


13)
Couple bergaduh. Pergh. Lawak ade menyampah lagi ada. Kalau setakat gaduh2 manja takpe, ini sampai nangis2, dok jerit2 lagi, memang terbaek la. Ikut hati nak aja record pastu upload kat YouTube, tapi jelak sangat, nak record pon takde selera. Nak gaduh balik rumah la. Gaduh macam dah kawin 30 tahun. Makeup berapa inci?


14) ATM. Ini daripada zaman dulu lagi. Selalunya perempuan. Punyala
lama dok kat ATM machine, buat apa tah. Dah boleh on Facebook ke kat ATM machine skang? Cuba tengok2 sikit kat belakang awak tu ade berapa ramai. Kadang2 siap borak2 lagi dengan kawan kat situ, bincang2 "nak beli apa ek", "nak kuarkan berapa ek", siap bole buat Belanjawan Negara pulak kat situ. Segala kad dia try. Tekan pulak alahai ayunya, takde instinct rushing langsung. Elok pulak ATM tu tinggal jadi the one and only ATM kat situ. Memang free2 je kau kena carut dalam hati oleh sekalian orang yang berbaris. Orang Malaysia baik, maki dalam hati je.


15)
Korek hidung! Pergh. Terbaek wok. Ya aku tau serombong kita patut dibersihkan sekali-sekala, BUT NOT IN PUBLIC! Kadang2 elok kat escalator, takpon masa jalan kat dalam shopping mall tengah sesak2. Muka selamba je. Okay ya, itu memang suka hati kau lah. Takde kacau orang. Tapi cuba aku metaforakan sebagai satu hari kau jalan, ade orang berak tengah jalan. Dia tak kacau kau, tapi for sure lah penglihatan, fikiran dan emosi kau terganggu kan? Nuff said. Duduk elok2 kat meja la at least, pastu sediakan tissue. Lagi elok kalau kau pegi toilet je senang. Bersihkan segala. Susah ke.


16)
Mengorat. Ala, jenis bunyi2 tikus tu. Kau kalau dah duduk selambak dengan geng2 kau, nampak adik manis je mulalah. Aku yang laki ni yang menyampah dan malu kau tau tak. Lagi panas kalau yang dia suitkan tu kawan/family/cousin/scandal yang berjalan sebelah kita nih. Rasa nak lesing je. Kadang2 bukan stakat bunyi tikus je, siap jerit2 pekik2 lagi. Aku gilotin sorang2 kang. Kalau ya pon dah gatal telor gersang sangat nak awek, cuba gentleman datang elok2, offer YOUR handphone number ke apa ke. Barulah nampak berdignity sket cik abang.


17) Oh lupa. This one is classic. Despite dah bermacam jenis peringatan dah dibagi.
Switch your phone to Silent Mode di dalam movie! Pergh. Berbuih2 dah mulut bagitau. Siap banyak gila kot iklan sebelum movie start suh silent silent silent. Orang suh off kita takmau, so silent jela. Apa tah yang susah. Ini tak, siap jawab telefon lagi, cakap macam biasa! Lepas tu dah letak, bunyi lagi 3-4 kali dan jawab macam biasa. Seriously dah jadi depan mata. Mencabar keimanan betul manusia macam nih. Normal human being, kadang2 terlupa, so bila dapat first call tu, dah letak, silent la. Biasa la kan. Ini kalo dah jawab telefon dengan ringtone kuat kau macam kau sorang je bole truetone sampai lebih 3 kali, patut kena tikam dalam cinema macam citer Scary Movie.


18)
Buang sampah. Bukan dalam tong sampah. Suka hati bapak tiri laki mak dia punya cucu tiri je ke mana pon. Not denying yang aku sendiri pon adekalanya terpaksa, tapi tengok la jenis sampah dan tempat pembuangan itu. Even peringkat terdesak pon, at least bergerak la ke tepi/bahu jalan/tembok tepi/longkang/apa saja yang di tepi/pinggir jalan dan buang dengan penuh hati2, tidak semberono dan penuh rasa bersalah. Bukan buang tengah jalan2 dengan selamba badak. Badak pon malu nak buang. Kadang2 sampah punya la gedabak. Dan ini bukan sahaja apply kepada jalan raya, aku lebih khususkan kepada pedestrian punya jalan. Kadang2 dalam mall pon ade. Punya lah takde sivik.






18 je? Kira macam umur aku la tu. Hahaha. Punya la berjiwa muda. Konon. Ah banyak lagi la. Aku je kepala sangkut nih. Kau rajin kau tambah la sendiri. Pastu nanti aku bole buat entry baru dengan tambahan kau dan aku skali. Aku creditkan la nama kau nanti.

Bersama menjana generasi penuh sivik.

P/S - Leading antara paragraph points dah diedit sket untuk memudahkan pembacaan. (05/01/10)


http://rosmanpositivo.blogspot.com/

8 comments:

Ir A.Aziz said...

no 14 terbaek!! pompuan mmg terhegeh2 guna atm. panas gak aku. ada skali tuh, bila dah withdraw duit, dia tunggu utk dapatkan resit. bila resit tuh dah kuar, boleh la pulak dia dok mengulangkaji resit tuh kat tmpat tuh gaK? Panas giler aku time tuh. Pi la ketepi siket. org dok beratur kot. kalo nak baca resit, x yah ar tunggu dpn atm.

Ir A. Aziz said...

sori2, bukan sumer pompuan la, tp mostly. especially yg beratur ngan kawan2 tuh.

Pert Alpah said...

@AZIZ nasib bek ko dah betolkan statement tu haha...kalo x habes la ko! aku kalo org kat blakang aku beratur mulala kelam kabut sampai salah tekan, selalu membe aku marah aku "la relek la plan2," tp aku rasa x selesa plak kalo aku rasa ada org lain tunggu aku cam nak cepat je huhu

yg pasal korek hidung tu, aku etringat plak membe aku sorang ni kalo naik escalator selalu dai tegur aku.. "weh! ko pegang tu..? ada tu org palit taik hidung situ"
haha..aku pun cepat2 la naikkan tgn x nak sentuh pun pemegang escltr tu huhu

Pert Alpah said...

@AZIZ nasib bek ko dah betolkan statement tu haha...kalo x habes la ko! aku kalo org kat blakang aku beratur mulala kelam kabut sampai salah tekan, selalu membe aku marah aku "la relek la plan2," tp aku rasa x selesa plak kalo aku rasa ada org lain tunggu aku cam nak cepat je huhu

yg pasal korek hidung tu, aku etringat plak membe aku sorang ni kalo naik escalator selalu dai tegur aku.. "weh! ko pegang tu..? ada tu org palit taik hidung situ"
haha..aku pun cepat2 la naikkan tgn x nak sentuh pun pemegang escltr tu huhu

withoutmotive said...

hahaha..hambik kau..sekali die update...yg korek idung tu paling style n yg kat atm tu paling x tahan..kebanyakan nye pmpuan n kat ipt..jgn mara..itu knyataan nye..haha

shandye. said...

oh the regular happenings when you are out and about the great city of Kuala Lumpur.

geram betul dowh klu org buat komentar ala2 football match dlm panggung. and yes, handphones ringing in the cinema mmg babi tol....

Ir A.Aziz said...

@ pert - Haha! Sori2. Bukan sumer wanita. Pasal kat escalator tuh, aku ada penah ternampak sorg lelaki sedang mengorek anu (tangan masuk dalam seluar okay!), then, pegang pemegang tuh ngan selambanyer. Sungguh OMG!

Aziel Azhar said...

Haaa..yang no. 5 tu memang paling pantang. Aku keluar duit tengok movie sebab nak menghayati aspek-aspek kesenian dalam penceritaan, bahasa dan visual. Tiba-tiba budak-budak bawah umur kat belakang boleh bantai gelak-gelak masa scene sedih dalam cite YA, aiiihh rasa nak taji biji mata. Memang selamat kena sound setepek.