Tuesday, February 09, 2010

Kris Allen di Kuala Lumpur, I Wasn't There. Great.

Hiak hiak dusy dusy.


Itu bunyi keganasan domestik yang sangat minimum.



Everybody knows Kris Allen akan mencemar duli Idolnya di sini. At least kau orang yang entertainment-savvy lah. Makcik Senah mungkin taktau. Beliau lebih utamakan perniagaan nasik lemak beliau dan persekolahan anak2nya saja (yang mana mungkin juga anak beliau sendiri tak utamakan).

Aku juga tau. Tapi sadly aku got lost dengan dates semua nih. Tau sajalah, sapa yang betul2 ingat date seperti budak sekolah. Budak sekolah memang cekap bab tarikh. Sah2 setiap hari nak buat kerja sekolah mesti kena tulis tarikh kat bahagian atas tu. Kalau taktau aku tampar je keduk dia. Keduk tu kalo kau taktau, tengkuk. Lebih tepat dan bernas lagi kalau tengkuk yang berlemak. Macam tengkuk kau. Takyah naikkan kolar aku dah nampak.

Dan kerana itu juga aku rasa ramai daripada yang hadir ialah budak sekolah. Confirm kerat jari juga ramai yang ponteng sekolah. Budak universiti/college jangan cerita lah. Budak UIA PJ dan UM yang dekat dengan Mid tu aku rasa sebelum Subuh dah get ready.



Aku sedang menjeleskan diri kepada Juan dan
Joe. Joe dah update his blog on this matter. Dia memang productive. Juan lagi kelas. Profile picture di Facebook uols! Secara automatik page beliau berbau international. Ya, saya jealous. Damn.

Ini kalau Adam Lambert yang datang, rasenye Fana lebih kancing gigi. Beliau fanatic.

Dah lah. Tido mimpikan Adriana Lima ke apa lagi bagus. Dia ada nak datang Malaysia tak?


http://rosmanpositivo.blogspot.com/

Sunday, February 07, 2010

Minimalis-Techy Di February Pula

Greettt greetttt.


Aku pon tak sure bunyi apa greettt tu. Tapi it's surely sounds techy. Mechanical.

Ini kerana entry ini memang semuanya pasal tech. Kau tak minat, close la skarang. Pegi tengok Na-O-Mei ke, mengumpat dengan jiran ka, korek cagu kat kaki ka.

Dengan keadaan sekarang, memang akan menjadi tabiat (buruk atau baik?) untuk aku buat entry yang minimal. Ringkas dan sesuka hati. I hate it. Kerana tidak langsung mencerminkan seorang aku yang suka menulis dengan penuh detail dan sedikit research (jika ada). Kerana jika aku kerap buat begini, menulis dengan semberono, risau pula tulisan menjadi tidak factual dan boleh dipertikai.

Tapi what the hell kan. Aku bukan published writer pon. Blogger aje. Suka hatilah nak tulis apa. (read : Raja Petra) Alamak. Scary.

Okay terus Rosman terus. Pantas.

Satu : Eli Lily aku kini bukan lagi stripper. Beliau dah berbaju. Lihat.



Ada macam Blackberry tak? Haha. Ops. Siapa yang menaip 'Blackberry' dengan ejaan penuh pada zaman ini dikira old-skool. Aku harus menaipnya dengan abbreviation saja. BB. Nah. Aku kini sangat tech-savvy. Walaupon bukan pengguna BB. Alah, potong jari saja, budak2 baru nak up skang bukan semua reti sangat guna BB. Sah2 budak baru abih sekolah. Ade yang tak tau pon psal BIS. Jadi hanya guna line GPRS & 3G saja. Baik back to Sabun/Daun saja. Yang banyak duit boleh lah subscribe BIS. Not me. Aku cheapskate. Call orang pon jarang2. (Kelihatan skandal2ku mengangguk2 tanda setuju. Mereka saja yang call aku. Haha. Sorry)

Baju getah ini aku beli di Sungei Wang. Plannya mahu menyambar leather case. Tapi ada brader tu cakap, ini dah biasa. Aku pulak cakap, macam orang tua. Tau pon. Dia tunjuk plastic case. Yang transparent tu. Aku then was like "wek eleh biasa sangat la" then blah. Elok sampai di satu corner, rubber case ini pula baru fresh2 sampai rupanya kata tokey. Mereka la kata, mungkin auta saja lebih. Tapi memang praktikal. It's rubber. Melekat dan tahan lasak. Aku pon menggoda mereka mintak kurang. Dan dapat! Aku kenyit mata lagi, dapat pulak anti-matte screen protector. Siapa kata aku tak handsome? Siapa?


Dua : Garmin kini berfungsi!



Aku tech-savvy. Bukan berlagak. Hanya satu ayat penyata. Juga, aku geeky. Jika aku tak dapat solve satu benda, aku godek sampai habih. Berapa kali aku format handphone dulu hanya kerana leka menggodek file system. Itu belum masuk cerita pasal PC.

Di entry lepas aku sebok meroyan pasal Garmin tidak berjalan lancar hanya kerana map Malaysia tak dapat unlock. Last2 aku clear semua data Garmin out from Eli Lily, download balik semua installer yang diperlukan. Gigih berpuluh2 MB download, masa tu Wimax dah habis threshold, memang lembabs la jadinya. Takpe. Gigih katenye. Install mengikut procedure. Download juga latest Malaysia map balik (walaupon dah ade banyak map didownload before).

And walla.

Garmin kini berfungsi dengan bagus. Aku dan rakan2 memanggilnya Kak Min. Suaranya seperti perempuan yang matang. Teringat arwah Kak Min lagi. Kira tribute la nih. Tapi suara dia more to Yasmin Yusuf. Standard la suara komersial. Remember "Ding, Station, Masjid Jamek"?

Tapi aku dan driver2ku kadang2 bergaduh dengan Kak Min ni. Dia kadang2 nak ikut jalan yang kita semua tau jam. Jadi bertempelak lah beliau "recalculating...recalculating..."


Tiga : Vee 3.0? Oh Em Jee.



Baru berapa bulan aku bersama Vee 2.0, kini ade desas-desus mengatakan bahawa dia kini nak dilamar orang. Orangnya merupakan orang yang sama aku dapatkan Vee 1.0 dulu. Kini dia pulak nak rampas bini aku. Aiyak.

Jadi untuk menghadapi sebarang kemungkinan, aku kini sedang membuat sedikit research tentang Intel Core i5. Dah pakai Core 2 Duo, Core 2 Quad, kini mungkin masanya untuk i5. Core i7 tu tak dapat la jack. Mahal dowh. Aku bukannya ada mak ikan. Kau nak sponsor?

Jadi jika anda yang membaca nie tau serba sedikit atau ada pakai Core i5, sila tinggalkan carutan di sini. Aku perlukan suggestion, walaupon semuanya boleh digoogle. Macam di universiti/college, research itu bukan hanya di library dan lab. Kena buat survey, interview, site visit etc. Oleh kerana itulah banyak cerita seram guna benda ni. Pelajar kolej, siasat tentang kejadian paranormal di kampung/hutan/pulau, dan mula mati seorang demi sorang. Familiar?

Aku melalut.

Owh. Dah pagi. Patutla.

Kali ni minimal tak?


http://rosmanpositivo.blogspot.com/