Monday, March 08, 2010

Entry Berterabur & Jumbo Gajah Biru

Panggg!


Hotak dia. Ingat blog ni majalah Remaja ke sebulan sekali je update? Hahaha.



Lantak lah. Majalah Remaja tu writer dan designer mereka dapat gaji cukup bulan. Aku dapat apa.

Dan kau, tak guna jugak kalau kau hanya baca melalui imported notes aku di FB. Cuba bawak2 la ke
blog sebenar. Baru feel dia sampai. Tapi apa kau kesah kan. Bukan ada kesan besar pon kat hidup kau. Aku tau.

Jap aku check last post aku. Oh, Kris Allen.

Daripada Kris Allen tu sampai la ke hari ini, dah berlambak dah benda yang jadi. You name it. From mandi swimming pool malam2, night-out ke i-City, Konsert Kau & Aku di PAS, wedding kawan2 sekolah, tournament bowling Candy & UCM, premiere Jumbo Gajah Biru sampailah ke convo Encik Patrick a.k.a Dek Nab nun.

Belum cerita pasal kerja2 buruh kasar dan kurang kasar lagi. Cerita payment yang tertunggak dekat 5 bulan pon ada. Macam2.

Nampak sangat aku taktau nak construct post aku kali ni kan. Baru la tak cliche.

Padahal main rembat je ni, tulis sesedap tangan.

Aku dah sedikit lost kali ni. Sedikit blurry dan agak hilang arah. Bukan hilang arah macam orang mati anak. Aku takda buntingkan anak orang lagi. At least belum lagi. Gila apa. Di zaman serba canggih ni pon ada accidental-pregnancy ke. Mengong. Berapa banyak advertisement "USE PROTECTION" kau nak orang buat?

Jangan masuk pulak cerita arwah adik Syafiah. Mau berjela.

Jumbo Gajah Biru


*Gambar dicilok daripada Wikipedia*

Anyway, alang-alang dah aku tersebut pasal Jumbo Gajah Biru nun, nanti dah launch korang pegi la tengok ramai2. Timing pulak memang chantek, time cuti sekolah. Budak sekolah macam Azreq memang suka lah time2 camni. Fadila Jamal tidak ketinggalan.

Mungkin kau masih blur ape kejadahnya gajah ada warna biru ni kan? Mungkin kau jenis orang yang tak tengok Astro Ria kerana bagi kau itu channel orang kampung. Kau urban, kau hanya tengok Star Movies (yang asyik ulang movie sama tu je), atau kau on MTV dan Channel V sepanjang masa. Hip kata kau.

Jadi aku yang kampung ni nak bagitau kat kau, Jumbo Gajah Biru ni adalah sebijik filem animasi. Bukan dari Malaysia. Kalau filem Malaysia diorang letak title macam ni aku luku pala orang tu. Ini filem Thai. Cerita Siam bak kata mak bapak kita. Kau tak percaya ke? Hebat kan industri filem Thailand. Animasinya memang puas ditonton. Nama asalnya Khuan Klay II. Ya, memang dah no 2 dah. No satu aritu tanak pulak sebok nak translate kat kite. Tengok market la kot kekdahnya.

Jadi kenapa Khuan Klay ni jadi Jumbo Gajah Biru? Ape ke lem nya kau ni. Sebabnya, satu, memang gajah tu warna biru, lantak la pelik ke tak. Dua, kalau la ditayangnya cerita kartun gajah2 ni cakap bahasa Siam tang mana pulak anak buah kau yang umo 2-3 taun tu nak paham. Kau yang umo lebih suku abad tu pon takde nak paham nya. Jadi sebab mereka2 yang import ni malas nak taip subtitle banyak2, letih jari kang katanya, mereka panggil la budak2 baru dan ragging mereka supaya buat suara kepit dan garau untuk translate cerita ni. 2 orang paling utama untuk diragging mestilah anak kesayangan Astro Entertainment, Akim ngan Mila.


*Gambar dicilok daripada FB Kak Sally kemudian aku letakkan nama aku di bawahnya setelah ditouchup serba sikit. Aku memang seorang blogger yang jahat dan tiada etika. Hahahaha*

Nah. Jadinya kau dah tau dan faham kenapa aku mention pasal cerita menatang gajah ni kan at the first place. Kalau dah tau diam saja.

Di hari yang panas yang memanaskan badan dan hati ni aku takmau nak review cerita ni. Tapi secara pendeknya, walaupon alihsuaranya ade yang berbunyi seperti ayat2 daripada filem Sembilu dan Maria Mariana, namun the gist of the story itself memang dah bagus. Sesuai untuk semua generasi I would say. Tak kira la kau ialah seorang budak taski Sri Gombak, ahli Geng Bas Sekolah daripada SRJK Tamil Ulu Bertam Hilir, budak2 shuffle baru nak up yang pegi menggelinjang kat depan Maybank BB tu, atau pon seorang eksekutif syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia, aku rasa semua orang akan puas menontonnya. Not the best animation yang pernah kita tengok, tapi cukup haul lah. Takkan ada rasa rugi kalau beli tiket pon. Apatah lagi yang dapat pas premiere free.



Jadi bila dah launch nanti korang pegi lah tengok ramai2. Tak pegi pon lantak lah. Bukan aku ada share pon.


http://rosmanpositivo.blogspot.com/

1 comment:

Joseph said...

ini blog racist namanya.. aku membaca blog kau dengan berbaju biru.. so aku terasa bahawa aku lah JUMBO yang kau katakan itu.. hakikatnya saiz aku agak besar, namun aku berbaju biru bukanlah menunjukkan aku adalah seekor JUMBO yang bakal ditonton secara berjamaah..

pendek kata.. aku terasa aku JUMBO BERBAJU BIRU.. hahahahahahahahahah