Thursday, April 08, 2010

Living Life / Hidupi Hidup

Hins Hins






Ini juga sepertimana entri sebelumnya, ia spontaneus. Tapi tidaklah se-crack dan se-biol itu. Ianya memang revolves around dan tidak hanya terbit sesuka hati daripada mulut, eh, jari-jemariku ini.
Aku yakin kalau kau pergi sekolah dan belajar bahasa Inggeris, kau pasti pernah dengar ungkapan "live life to the fullest". Paling kurang pon kau ade terbaca tagline blog Kak Yut si Akak Canggish. Dia ingat dia sorang boleh cakap omputih. Ex-student Stamford kekdahnya hahaha. Budak UiTM ini pon apa kurangnya. Dekan aku kata UiTM ialah English-speaking-campus, walaupun aku hardly dengar staf atau even lecturer2nya berbahasa Inggeris pon. Lagi pekat Klate dio adolah! Haha. Nasib baik aku ni macam chameleon apa bahasa pon boleh hadam.


Nak cerita pasal bahasa pulak ke. Asik lari je. Aiseh.


Macam mana interpretasi kau dengan ungkapan yang di atas nun? Yang mana? Yang live life to the fullest tu la. Hisy. Jangan lem sangat bole tak.


Aku yakin penerimaan dan perlaksanaan masing2 atas premis ungkapan itu sangat berbeda2. Pasti berbeda. Macam mana kita melihat dan merasai dunia dan seluruh hidup ini memang tak akan sama sampai bila2. Even diri kita sendiri pon, viewpoint dan horizon pemikiran kita sendiri akan berubah mengikut pengalaman dan masa. Jadi bagaimana kita melihat diri kita living life to the fullest?


Mungkin bagi kau, habis belajar, carik kerja government, gaji bulan2 masuk kerja tak berat sangat, okay la tu. Sedap dah. Janji hidup relax.


Dia pulak, tak boleh duduk diam. Masuk MLM tu, lompat MLM ni, join MLM sana, nak pegang duit kepuk2, pakai kereta merah ada lambang kuda meroyan kat depan, rumah sebesar hospital. Baru puas. Baru fullest katanya.


Yang hujung sana, sungguh2 nak terjun masuk showbiz. Cari glamour. Mak dia kata muka dia handsome macam Hail Amir. Yang perempuan lebih kurang Preity Zinta. Ada yang suka nyanyi. Girlfriend dia kata suara awak sedap sangat macam coklat Godiva. Nanti dah masuk paper, majalah sana-sini, masuk drama and filem, baru puas. Hidup selebriti maa. Baru orang kampung tabik hormat sikit. Baru saudara-mara tak malu ngaku sedara. Live life to the fullest ni.






Macam2 lagi cara kita mengatakan life kita on the way to the fullest. Aku dan kau punya target yang berbeza. Even definisi 'target' itu pon tak sama.


Aku juga pernah ditanya dengan sinis lebih kurangnya "kau ni tanak jadi berjaya ke macam si polan-polan?"


Bagi aku, yang kau sedap2 kata si polan2 tu dah berjaya macam mana? Mungkin bagi kau dia dah berjaya. Tapi cuba kau tanya dia sendiri. Betul ke dia dah berjaya? Betul ke dia gembira dengan apa yang dia ada skang?


Mungkin adakalanya kau dengan kereknya memandang seorang penjual ikan kat Pasar Besar Selayang nun sebagai orang yang tak ada cita2 tinggi dan takda wawasan. Bagi aku sedikit kurang ajar la kalau kau ada pemikiran sebegitu. Kita langsung tak berhak nak menentukan seberjaya dan sebahagia mana kehidupan orang lain kerana bukan kita yang in their shoes.


Kalau kau sedap pakai kasut saiz 6 dan kau gembira dengan itu, aku tidak. Aku saiz 10 atau 11 baru muat. Bukan bermakna aku tak suka saiz 6 kau tu, cuma ia tak sesuai untuk aku. Ada orang lain saiz 12 ke atas baru boleh masuk dan selesa. Jadi bole ke dia suruh kau pakai saiz 12 tu? Boleh tak dia panggil kau useless dan tak berwawasan kerana tak boleh pakai kasut saiz 12?


Dapat?


Dan sekarang kau ingin bertanya kepada aku soalan yang sama. How do I define that?


How do I live life to the fullest?


Ternyata jawapan aku takkan pernah bersifat objektif. Aku memandang hidup ini sebagai suatu perjalanan yang sangat fleksibel. Everything can happen, by chances, actions, coincidences and fate. Jadi interpretasi aku juga terlalu luas namun secara pendeknya, jika sesuatu perkara buat kau gembira dan puas pada masa2 tertentu, kau berada pada jalan yang okay jika kau ingin live life to the fullest.


Aku ambil contoh perjalanan hidup aku last week.


Kalau kau kenal aku secara personal tentunya kau tahu aku ini suka berjalan. Bukan sekadar berjalan kaki, tapi dengan bahasa mudahnya merayap. Jadi benda2 yang melibatkan perayapan ini tentunya menggembirakan aku dan membawa sedikit point kepada carta live life to the fullest ku.


Kau bayangkan, setiap malam bermula pertengahan last week, aku berjalan merata sehingga luar Kuala Lumpur secara spontannya dan mampu pulang ke rumah setiap hari2 tersebut.


No, aku bukan setakat pergi ke Sungei Wang. Yang itu Stevie Wonder yang buta tu pon boleh buat.


Malam pertama, Genting Highlands. Sampai ke atas, ambil sedikit gambar (as proofs) dan turun semula. Singgah ke Kolam Air Panas Selayang, sarapan di McD Setiawangsa dan pulang ke rumah.


Malam kedua, terasa nak makan ikan bakar. Mana yang popular? Melaka lah! Mari pergi Melaka. Culik budak UTEM di Ayer Keroh dan makan sedap2. Pulang ke rumah sebelum Subuh. Hebat.


Malam ketiga, ada orang Terengganu datang daripada Penang. Mari makan Western, di Kampung Baru saja. Bawak lah sampai Shah Alam. Lepak2 di tasik dan Mamak Hakim yang popular tu.


Malam keempat. Makan2 di Kampung Baru lagi. Ada yang teringin nasi bubur berlauk. Sedang makan2, terpikir ke Cameron Highlands. Biar betik? Jemput adik manis daripada Tesco, dengan berpakaian uniform kerja, beliau juga main gila. Mari ke Cameron Highlands kata semua! Ada orang tak isi minyak kereta. Nasib baik sempat sampai. Apa lagi borong strawberry dan bunga segar. Ada yang beli bonsai dan pokok cili. Sambil jalan2 makan kimchan dan cendawan goreng.


Keesokannya, alang2 pulang dari Cameron, mari singgah di Seri Iskandar. Jumpa buah hati di UiTM dan bawak pegi makan2. Selamat tinggal dan mari pulang.


Seterusnya, segar2 badan di hujung minggu. Ring ring. Ada suami isteri yang baik hati jemput makan Nasi Ambeng di Banting. Eloklah tu, tak pegi ABP di Genting, tengok daripada Banting saja.






Keluar daripada Banting, terasa mau berjalan lagi. Genting lagi kah? Tak mau lah. Mari panjat Broga Hills! Ada orang panjat hills pakai high-heels. Meletop kan. Sambil panjat ada sumpah seranah tapi sampai puncak semua happy. Balik rumah, kau rasalah kaki, badan dan tulang2 kau! Mampos! Hahaha.


Esoknya, dengar kata ini last day. Jadi harus ditutupi apa yang kita buka dulu. Genting harus ditutup dengan Genting. Kali ni kau kena drive Rosman. Tak kira. Adoi. Sejuk2 aku pegang stereng naik ke puncak. Jalan2 macam hari siang, minum Hazelnut White Coffee di Old Town. Ada orang tu diajak beromen dalam toilet oleh total stranger! Gila kau! Idaman gayboy sangat! Hahahahaha! Abang dia kata bontot dia sexy, memang patut la pon. Gelak lagi. Hahaha.


Kau bayangkan semua ini berlaku semuanya in a row.


Aku tak kata ianya sangat lah living life to the fullest. Tapi aku berani kata ianya tak biasa dilakukan oleh mereka2 di sana yang berfikiran conventional dan static. Walaupun bukanlah fullest sangat, aku tau ia tak bisa jadi dullest, itu yang penting. Ini pon dalam kekangan pengetahuan, transportasi dan kewangan. Kalau aku kaya macam Paris Hilton, tiap kali aku rasa sengal badan kompem aku terus terbang ke Bali. Atau pon terasa nak makan pasta, yok terbang ke Italy. Lagi fullest kan.


Tapi sekali lagi aku nyatakan, ini semua suatu ekspresi daripada cara pemikiran dan kelakuan aku serta beberapa kenalan lain yang turut serta. Tak semestinya kau di luar sana yang tak buat macam ni, kau tak live life to the fullest. Tentunya bagi kau cara kau beriadah sangat berbeda. Kalau kami main paintball, kau lebih gemar bowling. Mereka mungkin suka futsal dan abang2 yang dok ulu sana suka memancing. Anything suits you best, as you wish lah kan.






Yang penting, ingin aku stresskan di sini bahawa kau hidup hanya sekali. Nah, jangan terus ambil dan hadam ayat ni sesuka hati bapak tiri laki mak kau saja. Kau hidup sekali, jadi hidupkan lah hidup kau tu dengan berjalan atas muka bumi ni dan rasailah benda2 sekelilingnya. Jangan hanya duduk terpaku di ceruk kau tu, rugi tak cherish everything beautiful around us. Apa yang kau rasa nak lakukan, do it. Aku ingin sekali sebelum mati nak cuba bungee jumping, sky-diving dan benda2 seumpamanya. Ari tu masa di KLCC ada F1 Expo tu sempat aku bermain lompat2 atas trampolin besar tu. Walaupun kelihatan remeh dan hek-eleh, tapi at least ade lah.


Kau hado? Hahaha. Pegi lah hadokan!


Cuma ingat, jangan explore benda yang bukan2 pulak! Mak tanak jawab kalau kau pegi buat benda2 tak senonoh and then orang tua kau tanya kat mak pulak nok! Very the naughty!


Cherish life. Live life to the fullest.




http://rosmanpositivo.blogspot.com/

7 comments:

mysteriousFana said...

Wah, i suka entry u. happy tgk kawan happy.:)

yeah, kite mesti live life to its fullest!mcm i gamble ke singapore berjumpa abe adamlambert ku perancangan drastik yg membawa kebahagiaan sehingga sekarng.

Hahahha.

mysteriousFana said...

Wah, i suka entry u. happy tgk kawan happy.:)

yeah, kite mesti live life to its fullest!mcm i gamble ke singapore berjumpa abe adamlambert ku perancangan drastik yg membawa kebahagiaan sehingga sekarng.

Hahahha.

RosmanPositivo said...

haah! kte lom borak lg psal ur craziness g trun SG utk adam tersayang tu kan! i was soo excited to see u excited masa tu hahahaha. happy for you too. terus kan terjal dan bedal saja. nak buat, buat saja kan. hoyeh! haha ;)

jackAlist said...

what a beautiful live u have bro!
. . .tot u r gonna mmbebel on stupid things, but its something quite useful. . .well, i do agree on what u said, everyone had their own life, and on how they live. . .

. . .cheers!

mysteriousFana said...

eh knp i post 2 kali?

yeas,me too, i ws soo excited to see me very excited until now harrassing tweet adam setiap hr.Hahahha.never get bored talking dreaming listening watching him everyday.

itulah pasal,tak cerita lagi pasal epic day tu!!Ya allah tak boleh nak ckp rasa gembira mati berkali2 hr tu.

ow btw, my adam lambert is going to mentoring AI on my birthday (13 april)and will perfom on 14th april. ye sila wish heh :p. So sila tgk AI. i gotta feeling that this year punya bday is the best eva birthday!2 nights in a row watching adam!phewwwittt!!

shandye. said...

summary utk entri yg (amat!) meletihkan utk dibaca ini adalah:

kalau anda bangkit pada pagi hari, dan menyesali sesuatu yan anda lakukan pada hari sebelumnya; anda masih lagi belum living your life to the fullest.

ok, sambung tidur.

RosmanPositivo said...

@jack : wakakaka. siot je. expected something stupid from me heh? oyeh, not so beautiful but okay la for me. sometimes duit kepuk2 or keta belas2 pon tak sama ngan happy ade kawan ramai kan ;) u have a great life too k!


@fana : u post 2 kali sbb u igt ni blog rosman lambert. tetibe. wakakaka. we shud chat f2f utk story SG itu ok hehe. hek eleh, utk AI je pon. bkn dia dtg sini bwk besday cake n candles kan. dream on. hahahaha ;p dreams pon ok what, at least kte happy jgk kn ;)

@syai : wakaka. mmg meletihkan eh? LOL but itu compliment ke complaint ek? hahaha. sori la my fingers takleh stop main sebat je tu huhu. anyways, u got point beb u got point. hesitance and regret will follow us. selagi ada, susah nk happy to the max.