Wednesday, April 14, 2010

P1 Wimax, Modem & RSSI. Bacalah!



Tinininit tonot tano

Mungkin di atas lebih mirip kepada bunyi connection internet dial-up kau yang sedang cuba masuk ke dunia maya. Mungkin.




Aku terpanggil untuk membuat entry ini selepas beberapa orang aku missionary kan untuk menganut mazhab P1. Jadi jika mereka2 ini merungut dengan keberkesanan connection Wimax mereka aku rasa bertanggungjawab dan rasa ada tangan2 dari neraka yang menarik aku ke lohong api itu. Aku tak mahu jadi Ayah Pin. Aku tak mau disamakan dengan Haji Kahar. Kalau Johnny Depp atau Josh Hartnett itu aku takde hal. Memang lebih kurang pon.

Alasan paling praktikal dan semua orang tahu ialah, selepas P1 mengadakan kempen missionarynya yang paling gilang-gemilang iaitu kempen POTONG nya yang provokatif itu, servis dan kualiti koneksi menjadi congested. Aku tak sure adakah mereka sendiri langsung tak expect yang ia akan berjaya macam itu atau, sekadar test the market untuk tidak terus menerus memberi servis yang mengancam. Apa2 pon, kesalahan kelajuan capaian internet menerusi P1 tidak harus kau salahkan mentah2 pada provider, apatah lagi jika kau memang cheapskate kedekut macam Haji Bakhil hanya subscribe yang paling murah setakat RM49 sebulan tapi merungut macam bayar beribu2! Macam terasa je? Aku pon. Hahaha.

Kau tengok iklan Streamyx yang lagi haram kasik P1 terasa tu. Dan kau rasa memang kau buat begitu. Buat apa? Kau letak modem P1 ko yang besar gedabak tu betul tepi tingkap. Ada orang siap terjuntai2 nak jatuh dah ke bawah modemnya. Kan? Aku tau. Aku pon. Hahaha. Pergh, ayat redundant dalam 2 perenggan berturut2.

Jadi entry ini akan enlighten kan kau tentang satu benda yang aku pon taktau kenapa P1 sendiri tak heboh2kan pada penggunanya. Pelik. Tapi lantak kau lah kan, yang penting aku tau dan aku nak bagitau.

Satu perkara yang paling penting.

Setiap ukuran darjah, posisi dan lokasi peletakan modem itu betul2 memberi impak kepada koneksi internet anda. Betul. Walaupon letak tegak, kemudian kau letak senget, benda tu efek kat kelajuan internet kau. Sebab ianya menggunakan teknologi wireless. Jadi halaan modem (receiver) kepada pencawangnya sangat penting. Macam Bluetooth atau infrared juga.

Senang cerita aku pendekkan saja entry ini dengan macam mana kau boleh buat internet kau bukan lebih laju, tapi lebih efisyen. Kalau nak laju habih kau subscribe la yang mahal sikit wahai cheapskate.

Satu.

Buka internet browser kau tak kira la Firefox ke, IE ke, Chrome ke, Safari ke, Opera ke. Janji bole buka.

Halakan ke web address ini : http://10.1.1.254/index.php

Kau akan nampak page dia macam ni.




Address di atas tu namanya Wimax Mobile Station. Kau loginlah. Secara defaultnya :

Login ID   : admin
Password  : admin123

Akan kelihatan lah kontol control panel dia macam ni.




Okay, now is the best dan wathadilly part. Kau perhatikan pada bacaan RSSI itu. Yang tu saja, kau takyah nak buat2 pandai tengok nombor2 yang lain. Buang masa. Kau bukan reti pon kan. Kau tengok integernya kompem negatif something. Sebagai contoh gambar aku di atas menunjukkan angka -60.14. Ingat, ianya negatif tau.

Bacaan RSSI ini, semakin besar angkanya semakin bagus capaian internet kau sebab hubungan dengan pencawang lebih mantop. Ahah, tricky nya sebab ada antara korang yang keliru dengan terma SEMAKIN BESAR.

Ingat subjek Matematik yang kau hampir2 fail di sekolah dulu. Dalam angka negatif, yang LEBIH BESAR ialah yang LEBIH DEKAT DENGAN KOSONG (0). Jadi sebagai contoh, -60 adalah lebih KECIL daripada -30. Okay?

Jadi, dah dapat RSSI nya, sekarang kau gerakkan modem bagai P1 itu ke mana2. Tak kira la ke atas ke bawah ke, senget 45 darjah ke, depan sikit daripada tingkap ke, atas monitor ke, janji bacaan RSSI kau semakin meninggi.

Untuk aku punya, inilah bacaannya.




Bacaan ini aku dapat selepas parking modem secara senget ke kiri 45 darjah, lokasinya di atas monitor, dekat ngan tingkap. FYI, sebelum ni modem tu lebih terkeluar daripada tingkap iaitu sapa2 yang tengok akan kata ini memang baik punya dapat line, tapi NO. Lokasi atas monitor ini lebih bagus dan terasa beza speednya.

Mungkin kau punya lebih tinggi atau rendah, depends kepada lokasi dan masa. Kenapa aku kata MASA, sebab adakalanya connection memang macam haram, bacaan RSSI aku yang paling tinggi ni kadang2 rendah jugak. Depends la.

Ala, panas la arini. Malas nak taip panjang lagi.

Selamat menyepahkan modem anda ke tempat2 yang pelik.


http://rosmanpositivo.blogspot.com/

2 comments:

Anonymous said...

I would like to exchange links with your site rosmanpositivo.blogspot.com
Is this possible?

Anonymous said...

Aku baru subscribe jap tadi...dan sekarang surf internet guna P1 Wimax. Apa yang ko tulis tu tepat sekali. Cuma aku ada nak tambah sikit....dalam kes aku tingkap tu kena bukak luas2. Aku cuba tutup sikit jer (sebab hujan) terus signal drop giler2....

Hampes tol..