Thursday, May 06, 2010

Morning Mumbling : Facebook

Sssss...




Di antara entry lepas dengan yang ini, macam2 dah jadi so aku macam susah nak recap mana yang penting untuk di-mention dan yang mana tak perlu disentuh langsung pon. Senang cerita aku story lain kali je.






Tambah pulak ada budak ni boleh tanya pulak bila nak hapdet blog ni, jadi sedikit sebanyak segan itu ade la jugak. Macam ade orang datang umah kau, dia tanya, awat lantai melekit, carpet berdebu, tingkap berhabuk tebal macam lemak bawah lengan peserta The Biggest Loser. Gila tak segan kau?


Oh ya. Lupa pulak, kalau lah kau tak tahu, aku dah ade Tumblr. Klik kat perkataan Tumblr ni. Tak pon kat bahagian atas nun ade button nya, expecting kau sedang baca direct from the Blogspot site, bukan bahagian Notes kat Facebook. Tapi aku yakin semuanya memang baca kat notes pon. Korang memang gila Facebook. Kejadahnya lawyer2, majistret, pegawai bank peringkat tinggi atau pengetua sekolah, bincang dengan serious tentang tanaman lah, lupa nak harvest lah, tak letak anjing lah, seeding lah etc etc. Kira nampak comel lah tu? Aku sedang membayangkan Tok Guru BBM dengan Najib "jib, demo dah add kawe jadi neighbour doh? deghah deh. pahtu nnt bui la gift2 skek hehe".


Just so you know, I don't play games on FB.


Bercakap pasal Facebook, skang ni tengok makin semak pon ada. Budak2 baru nak explore especially. Budak2 yang ok aku ok saja, yang menyemak ni stok budak2 takde etika, cakap main lepas, carut macam nak kena lempang, fikiran letak kat pungkoq, dan pelbagai benda negatif yang kau rasa macam nak gilis dengan lori je. Does the name Rafiqin Darwish ring a bell? Kira tahap2 camtu lah.


Eh, jangan pulak taktau, Ayah Pin pon ade Facebook uols! Hahaha. Probably it's not really him, but still, he/she seperti jugak the real Ayah Pin, menyebarkan dakyah2 tak masuk akal itu kepada orang. Yang menjadi masalahnya, orang2 kita ni, pala taktau mana letak, hang add dia jadi friends, pastu kat profile pakcik tu masing2 dok sibuk maki punya macam cabai pium pium pium tembak tak tentu hala. Tak masuk carut lagi. Buat pening pala la hangpa nih. Kau bayangkan, orang yang taktau/cetek pasal Islam, dalam friendlist Ariffin, baik punya baca2 kat wall dia, tengok korang2 yang konon2 alim ni punya masyuk dok maki carut siap spam lagi carutan2 tu, padahal profile picture masing2 yg sorang nampak bra, yg sorang tu dalam Zouk pegang botol JD, yang sorang lagi gamba comolot, sorang gambar Maria Ozawa, kejadahnya! Konfem bertambah ashkar Si Ipin tu! Aduih. Semak la korang! Lebih semak daripada si Ayah Pin tu. Sesat2 dia pon, banyak pengikut siap minum air kaki lagi. KAU ADA? Hahaha.






Belom cerita macam2 fanpage dan group ada nun. Nama semua bukan main panjang2. Aku rasa sempena friend request dalam simpanan aku nanti cecah 300 (sikit je lagi) aku nak bukak fanpage "Saya Add Rosman Nizar Kerana Beliau Sangat Comel & Sweet Walaupun Takdelah Handsome Sangat, Tambahan Pula Beliau Memang Hebat". Boleh tak? kalau jadi, sila LIKE ya. Azreq Mahson tidak perlu diberitahu kot.


Thank God sekarang ni demam tagging dah reda. Kalau kau buat lagi tag-spam besar2an memang aku shoot teros je. Mintak mahap la ya. Semak lah. Murtabak yang kau beli kat pasar malam pon kau nak tag ke? Lebih berfaedah kalau kau hantar straight to my front door, ade jugak terisi perut ni. Siap aku buat status khas lagi untuk kau. Untuk teman2 rapat yang memang nak borak psal benda yang ditag tu aku tak kesah sangat jangan risau.


Ketika entry ini ditaip, ade yang sedang menguap dan berkira2 nak mandi atau tak untuk ke kolej atau gi kerja. Yang kerja tu, selamat bukak web browser kecik2 sambil main Facebook. Kau ingat aku taktau kau bukak senyap2 tanpa pengetahuan boss. Haha. Macam la aku tak buat dulu masa kelas Time-Based Media kat UiTM nun. Alah. Lecturer pon ala2 nak tak nak je ngajor. Baik gunakan internet free bersocial-networking ya dok?


Selamat menyambung ketagihan berinternet.




http://rosmanpositivo.blogspot.com/

5 comments:

IrAziz said...

Post2 ko mmg interesting la Man. Sentap! Hahaha!

Faeiz said...

Ini baru bagus, berasap mata budak2 mencarut tu kalau baca entri ko ni rosman. hehe.

RosmanPositivo said...

@ajiz : sentap sbb terkena part buka browser kecik2 tu ke? hahaha

@tai : tak ckup lagi. malas la nk shoot btol2. buang karen je. haha.

Anonymous said...

Good point, though sometimes it's hard to arrive to definite conclusions

Anonymous said...

top [url=http://www.001casino.com/]free casino bonus[/url] coincide the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]las vegas casino[/url] autonomous no deposit perk at the best [url=http://www.baywatchcasino.com/]charitable casino games
[/url].