Wednesday, June 30, 2010

Can you see Messi's pore in HD?

Wooooo


Kau mungkin sedang bersorak sorai dengan kemenangan team pilihan kau tadi kan. Atau mungkin juga airmata kau sedang mengalir mengenangkan kekalahan team pilihan kau beserta sejumlah wang yang kau bet kan dengan kawan2 taik judi kau tu. Haram la dowh main bet. Bukan time2 World Cup je, bet Akademi Fantasia pon tak bole! Aritu kompem la Shahir menang. Tiba2.

Semalam semasa aku sedang enak menjamu nasi lauk ayam dan telur dari As-Shifa Maju di depan TV menonton Everybody Loves Raymond, abang sulungku singgah di rumah dan menyoal "eh, tak tengok bola ke?". Aku juga pernah ditanya soalan yang sama beberapa kali contohnya ketika menghirup cham ais di mamak atau sedang bersocial-networking di dalam bilik.



Aku memang tak tengok World Cup.

I wish I watch more football like I watch Nick Dreamer on Youtube. Atau menonton The Simpsons di Fox atau Starworld. Aku ingin suka football.

Mungkin seperti waktu2 dulu, aku perlu bersama kaki2 bola yang tegar untuk duduk dan tengok bola sehingga tiada apa yang boleh mengganggu. Dalam erti kata lain, aku tak boleh buat apa2 selain tengok bola. Then, aku rasa, aku boleh tengok bola religiously. Macam kau orang semua.

Tapi yang pasti Waka Waka Eh Eh punya video klip memang aku suka. Shakira comel dalam tu. Bagi some of you girls, korang screaming for Messi, I know. Alah, lately lepas dia potong rambut dan banyak jadi duta ini duta itu baru la korang nampak dan suka dia kan. Atau selepas dia lanyak Arsenal sampai 4 goals tu. Kalau kat Malaysia kompem dah dapat Dato' Messi dah.

In HD!

Tiba-tiba.

So macam mana pengguna B.Yond? Kalau hujan dapat tengok secara HD tak?

Tapi haram lagi Astro rumah aku ni. Belum hujan dah sekat2. Boleh jadi peramal cuaca. Aku boleh tahu hujan akan turun sebelum ia turun lagi menggunakan sistem Astro rumah aku ni. Punyalah hebat.

Ade rase nak tuka B.Yond tapi LCD TV kat umah lagi satu. Rumah sini TV biasa2 je. Tak kaya macam korang mintak mahap la ya. Jadi apa guna tuka B.Yond kalo tak HD kan? In HD bak kata Messi.

Oh ya. Kat Youtube, aku dah mula nampak Malaysian videoclips in HD tuh. Tapi punya lah sengal. Kalau video biasa, kau resize besar2 sampai jadi size HD dan upload, itu bukan HD lah nate. Itu haram jadah namanya. Jangan propa lebih boleh tak? Kalau dah tak HD tu tak payah la nak konon2 ikut trend. Unless kalau betul2 high definition punya content, lu upload, baru la gua respect. Macam Alibi Music punya videos. Sedap je mata memandang (dan sedap jari menekan download).

Cite pasal Alibi, kalau nak tengok orang mengandung berlakon video klip, tengok Atilia's Indah MV. Dynas sangat cute with the baby bump. Got all the celepets too.



Eh, aku nak tengok jam, tertengok tarikh lak. Hari ni ramai pulak yang birthday. Korang memang pakat ramai2 kuar dari perut mak korang sekali ke apa. Carilah lagu Selamat Ulang Tahun Sayang by Imran Ajmain. Aku dedicate kat korang ya. Anak bongsuku si Ajim Belon. Daddy cayang ucu huhu. Selamat ke degree. Juga anak bongsu, tapi bukan anakku, si kakak gila Ash Savilara. Atau Kak As. Atau Kak Niza. Susah betol orang banyak nama ni. Saya sayang bini pertama saya. Aww. Hahaha. Juga ada sangkut paut ngan biniku tadi, merangkap bini kawan baikku si Shrek Daerah Ulu Tiram, Suryati Shaari. Hamik kau nama betul. Juga yang lain2. Penat la nak taip.

Haram.

Bila penat menaip baru perasan. Apa yang aku tulis kali ni?

Nampaknya kena tunggu entri lain lah untuk apa2 yang intriguing dan mengghairahkan.


http://rosmanpositivo.blogspot.com/

3 comments:

Joseph said...

ya, aku suka, especially bila ramalan cuaca astro ko tu.. semalam aku nak tgk bola, die boleh POTONG? die cakap aku tak bayar bil.. bile aku call aku cakap:

"check balik.."

tetibe tak sampai stengah jam dah sambung balik.. ape da kes kaki potong.. teknikal betol..

RosmanPositivo said...

ini mst kes terpengaruh ngan p1 ni. dia pon nak POTONG jugeek. hahahaha.

anyway astro rumah aku ni aku rase satellite dish dia prob la. byk channel xdpt. try card lain sama. try tuka decoder sama jgk. nate.

songo said...

SHREK daerah ULU TIRAM? ade plak SHREK daerah CHERAS? ouh lupe tu DONKEY........ hehe