Tuesday, June 08, 2010

Internet, Cyber-Harrasment & Adab Sopan

Skreek skreek.


Macam bunyi pintu. Kau rasa?


Sebelum benda alah ini ditulis, er, ditaip, sebenarnya tangan sudah menggatal mahu menulis tentang, well, apa lagi, AF8. Ya aku bukan lagi penulis tegar Akademi Fantasia, zaman blog AF dah berlalu. Juan Danza pun dah tak memblogging, apetah lagi yang bukan pengamal media macam RosmanPositivo™ ni. Gitu. Tapi sekali sekala nak jugak bebel AF kan. Carut sana-sini. Heheh.


Namun yelah, seperti yang aku taip di atas tu, itu sebelum aku taip ini. Aku taip draft untuk AF8 di notepad, namun berhenti kejap, facebooking dan blog-walking, kepala aku pening kembali.

Bukan. Aku tak pegi tengok video pelik2. Jangan fitnah. Berdosa.





Aku pening kerana melihat orang2 kita, ya orang kita, macam kau dan aku. Aku luaskan skopnya, orang Malaysia. Kalau kau nak kecikkan skopnya kepada orang Melayu, ikutlah.

Kalau diikutkan, gist entry ini ade kena mengena dengan entry lepas. Yang aku sebut pasal budak Darwisy dan Ayah Pin tu.

Secara metafora yang umum, aku susunkan ayat seperti ini.


Johan (bukan nama sebenar. Bukan Johan Raja Lawak. Bukan johan mana2 pertandingan karaoke) buka gerai memberi kuih kepada orang ramai secara percuma. Ya percuma. Kepada orang ramai. Kuihnya tak pernah habis. Kiranya dia ini seorang kaya yang tiada kerja, ingin membuat amal saja. Bagus kan.

Ramai yang datang makan kuih Johan.


Ada yang datang ambil dan terus berlalu.

Ada yang datang, duduk diam dan makan elok2. Kadang2 senyum dan angguk2 kepada Johan.

Ada yang datang makan dan berborak2 sakan dengan Johan, kalau tak puji kuih2 dan semangat amal jariahnya, mereka berborak pasal dunia. Yelah mungkin ada kuih yang tak kena dengan selera orang tu, tapi orang dah bagi free, ambil jela kan.

Ada yang datang, makan dan bagi pendapat serta resipi baru untuk kuihnya. Sebab dalam ramai2 tu mesti ada yang lebih pandai buat kuih daripada Johan kan.

Johan memang gembira dengan keadaan ini. Beliau terus membuat kuih dan memberinya kepada orang ramai. Dengan senyuman.

Tapi lupa pulak nak add up.

Dalam ramai2 yang datang...

Ada yang datang ambil kuih makan sikit, kunyah2, buat muka pelik, berjalan ke tong sampah terdekat dan buang baki kuihnya.

Ada yang datang makan kuihnya, gigit sedikit, terus diluah dan dimuntah keluar balik, dan dicampak ke lantai sambil "Ptuihhh!" dengan kuat. Tak sedap kot. Dia tak cakap apa2 pon. Terus blah.

Ada yang datang, tak makan, tapi dengan muka sinis duduk depan gerai mengatakan Johan ni konon bagus dan tunjuk kaya, buat kuih dan bagi free kat orang. Poyo katanya. Dan orang2 ini bercakap dengan kuat dan lantang. Terkedu kejap.

Ada yang datang, ambil kuihnya, jilat sedikit dan dibaling ke lantai sambil menyumpah seranah, maki hamun segala bagai. Katanya dah la tak sedap, membawa penyakit, entah apa ingredient nya tah, katanya. Ini boleh membawa mudarat kepada orang ramai. Orang2 ini mengancam untuk buatkan Johan tutup gerainya terus.

Ada yang datang selepas hiruk pikuk tadi, mereka2 ini tak pernah pon makan kuih free Johan, tapi terus menyokong maki hamun puak2 tadi. Dihasutnya mereka2 di sekeliling taman tu. Yang suka kuih Johan dikatakan dah kena mandrem!

Mengeruhkan keadaan, dalam ramai2 tadi, ada yang menjerit2 kata Johan ni penyangak lah, banduan lah, penagih dadah, curik kuih orang lain dan bagi free lah, anak haram lah, anak derhaka yang dibuang keluarga, ketua ajaran sesat lah, bagi pengaruh tak baik kat anak orang lah dan macam2 tohmahan yang Johan sendiri taktau dari mana datangnya. Tengok kat orang2 tuh, sorang pon dia tak kenal. Macam mana diorang konon2 nya tau itu dan ini.

Dalam ramai2 tu, banyak juga sebenarnya yang pakai topeng. Topeng Ultraman ada, Spiderman ada, Ironman ada, Upin Ipin pon ada! Yang pkai stoking busuk macam perompak bank tu toksah cerita la memang banyak. Macam Abu Sayyaf tu pon ada. Jadi Johan memang taktau sapa yang buat hiruk pikuk ni. Rasa macam nak taji je kepala satu2.

Setiap kali mereka jerit satu fitnah kepada Johan, Johan respon dengan penjelasan yang betul, tapi mereka apa ada kesah. Semua tu alasan katanya. Menutup kesalahan yang lebih besar. Johan ni agen Yahudi! Itu pon ada jugak yang kata! Sebab ada bekas kuihnya bentuk segitiga. Freemason katanya.

Ramai juga yang memberi backup kepada Johan, tapi tak lut. Semua dah kena mandrem katanya. Semua nak jilat bontot Johan sebab Johan orang kaya, jadi boleh rapat dengan dia untuk kepentingan diri sendiri. Sudah. Orang ramai pon kena fitnah sekali.



Johan penat.

Yang lain pon dah penat.

Ada yang masih boleh melawan tu melawan lah. Bertekak lah lagi.

Dunia internet sekarang. Facebook, Twitter, Blog, etc etc.

These days, lotsa people tend to have no life, they seek their lives by messing around with everybody else's lives.

Atas ni quote Rosman Nizar ya.


http://rosmanpositivo.blogspot.com/

3 comments:

Joseph said...

jomla lepak.. boleh dgr cite btol..

RosmanPositivo said...

sedap nasi goreng ketam? hahahaha

mogobja said...

betolll