Friday, September 24, 2010

V : Not For Vendetta. It's Vanidah

Tik tik tik.


Alright sorry for the saliva droppings there. Saya lap sekarang.

Saya terliur teringat salmon lah!


Jika anda mengenali saya secara personal, you should have known my adoration towards a really gorgeous God's creation : Vanidah binti Amran, atau yang kita semua kenali sebagai Vanidah Imran.

Jika kau memanggil kucing kau dengan nama
Albab, atau Manap, atau kau panggil nama kereta kau dengan pelbagai lagi nama (Apatah lagi bersempena abjad platnya) seperti DAH - Kak Dah, WLL - Wak LuLu etc, kau boleh baca entry ini (tekan sini) (dan sini) dan lihat bagaimana komputer peribadiku menjadi Vee 1.0 dan Vee 2.0.

Aku sendiri lupa bagaimana aku boleh mula mempunyai suatu admiration terhadap perempuan tersebut. To remember it is like to recall siapakah perempuan yang buat projek geli² dengan kau semasa mimpi basah kau yang pertama kali dalam hidup. Kau boleh ingat ke? Aku salute lah kalau boleh. Aku rasa Vee bukan mimpi basahku kerana waktu itu beliau masih lagi comot dan belum menjadi poster girl di Malaysia. Dan aku tentunya memimpikan seorang Minah Salleh. Taste nak tinggi aje. Mestilah. Aku masih ingat gadis katalog bikini Avon milik Mak. Kalau dia gadis mimpi basah aku tak heran, mungkin ya juga. Mungkin juga Madonna atau Geena Davis dalam A League of Their Own.

Hey hey. Ni macam mana boleh masuk citer mimpi basah aku pulak nih? Pervert! Laki pompuan same je!

Tapi yang penting aku memang suka perempuan pakai kebaya atau kain batik. Macam citer The Red Kebaya ni la :



Eh, bukan gamba pakai kebaya pon. Shot close-up gila² lagi ade la. Hehehe.

Okay la aku zoom out sket.



Eh ni dah masuk citer lain. Ini Sepi by Kabir Bhatia. Tapi citer ni dengan dia memang aku... *muka leleh, mata ke atas dan berangan* Scene dia bergurau senda di dapur bersama
Afdlin Shauki is one of my favourite scenes dalam filem² Melayu moden. Tak kisahlah macam mana ade pulak sebungkus tepung terbuka kat atas shelves tu, tapi ianya super-sweet!



Eh, citer lain lagi. Suka² je kau tuka citer. Okay la komen je ikut gambar. Macam voice over dalam dokumentari la ni kena ikut visual. Dalam citer Setem, watak Vee tak berapa besar tapi dengan uniformnya aku rasa makhluk² pervert yang ade fetish mungkin terasa syukur yang amat dengan kehadiran wataknya. Cuma di hujung cerita Vee berpakaian biasa. Macam dalam gambo di atas ni. Dia punya lawa rasa macam nak lempang² je. Boleh pulak macam tu.

Apa-apa pun fantasi nakal atau separa-nakal yang aku atau kau ada, kembalilah ke dunia realiti.



Dia ni dah ade suami bernama Rashidi Ishak. Tahun ni, masuk lah 10 tahun anniversary kawin diorang.

Dan 20 September 2010 hari tu, aku dapat invitation daripada makcik pujaanku ini untuk ke majlis tu. Ironic kan. Orang yang kita suka, kita pergi sambut anniversary kawin dia ngan jantan lain. Tak kesahlah dia cool ke, macho ke, handsome macam Anuar Zain ke, terer main gitar dan ade band nama Dead Mushroom ke, ada aku kesah. Ini statement jealous. I bet you know that. Saya super-jealous dengan manusia yang saya panggil Abang Shidi.

Boleh tak satu hari aku bawak rifle ke caliber ke snapang patah ketua kampung ke, gi umah diorang dan tembak Shidi. Masa tu pakai topeng.

Pastu dengan pantas aku lari keluar rumah, buka topeng dan masuk semula, sebagai diri aku yang sebenar, cuba selamatkan Shidi (sorok² sumbat racun masuk mulut dia), Shidi mati, aku tenangkan mereka, dan sebulan lepas tu aku kahwin ngan Vee and live happily ever after.

Pergh.

Ini kalau diorang baca ni agak² aku kena tangkap masuk ISA tak?

Tapi boleh ke kita kena tangkap atas kesalahan yang BELUM kita buat? Hehe.

Anyway, I wanna say a gazillion thank you kepada Kak Vee & Bang Shidi untuk invitation itu.

Majlis yang sangat sweet. Dee sebagai MC memang terbaik. The food was awesome. Aku dan
Nabel pekena smoked salmon betul² punya. Nasib baik beringat kepada orang belakang, kalau tak, tak merasa lah orang lain salmon tu. Kat situ juga jumpa Sofea Jane, Amani & Leya, bakal-Datuk AC Mizal etc. Si Joe Klubbkidd pon ada. Kak Vee & Bang Shidi juga siap menari sket depan stage. Dan tergerak pulak fikiran, takde pulak kawan² diorang dalam Sehati Berdansa yang datang?

Bang Shidi kelihatan stand-out dengan suit birunya. Kak Vee kau nak kata apa lagi. Kalau tak lawa pon aku mesti cakap lawa punya. Bias. Tapi memang dia super-sweet malam tu. Baju oleh Rizman Ruzaini macam ballerina. Terus daripada umur 37 jatuh jadi 17 tahun Kak Vee malam tu!


Kesimpulannya, aku redha jela Kak Vee di tangan orang lain. Sebab kalau kau nak compare Bang Shidi ngan aku memang lah buat malu aku je. Tuhan kata jangan buka aib sendiri. Aku kata aku bodoh ke apa. Nak bagi anak makan apa? Takkan minum susu Dugro sponsor je sampai besar. Minum kopi Starbucks pon terkial² kuak wallet kan. Nanti aku kaya nanti baru leh berangan sket.

Bang Shidi jagalah Kak Vee elok² ya.

To Kak Vee,

Erm.

Kalau Bang Shidi buat hal, call saya eh?


http://rosmanpositivo.blogspot.com/

4 comments:

Rashidi Ishak said...

hehehe...aku tak tahu kenapa, tapi aku sayang lak kat ko..thank u for ur adoration to kak vee (SHE'S MY WIFE). Thank u for coming, dan abg shidi betul-betul berharap majlis tempohari menjadi satu kenangan indah untuk Rosman. Nanti apa-apa, abg Shidi mintak tolong Rosman untuk organize kan event utk kak Vee dan fans ye, thanks!!

gadizgula said...

huhuhu...jika anda jeles dgn Abg Shidi tp saya jeles pulak dgn anda sbb saya mmg minat@suka@like giler dgn kak Vee. I adore her so much!
ape2 pon, tahniah utk Kak Vee & Abg Shidi diatas ulangtahun yg ke-10 dan berjaya mempertahankan ikatan perkahwinan mereka (ayat skema). Baru la rase mcm dok kt Malaysia & bukan kt Hollywood yg asyik2 isu cerai-berai di kalangan selebriti...

RosmanPositivo said...

@bang shidi :
hahaha. ya ampun. nasib baik la sayang kan. kalo abang yang datang umah tembak saya risau jugak hahaha. *lap peluh* no probbie bro. and i look up to as well, just so you know. walaupon entry ni nampak bias kt kak vee, abang mmg cool. nasib baik u got the jokes hehe. majlis haritu tiptop, thank u so much for the invite. i wont forget that evening. the blue suit was really eye-catching! hehe. insyaAllah no sweat lah, just buzz me kalo ade ape2, bisa diatur hehe. thanks again bro!

@cik mell : wah jeles ngan saya ke cik mell. haha. tu la tlepas dh majlis ni kan. anyway jgn risau insyaAllah ade event2 lain lepas ni bole join. and yeah, congrats to them sebab masih jadi pasangan husband-wife yang paling sweet di malaysia huhuhu

fiqa amyra said...

pakcik! g event bes2 x ajak saya pon!!!! jelessss~ congrats to k.V n a.shidi ye...